Wednesday 3 September 2014

CUCUKU...KUWARISKAN KEMERDEKAAN TANAH AIR TERCINTA!


CUCUKU...KUWARISKAN KEMERDEKAAN TANAH AIR TERCINTA!

MOGA DI HUJUNG NAFAS KITA YANG TERAKHIR DAPAT MELAFAZKAN KALIMAH SYURGA IN SHAA ALLAH SYURGALAH TEMPAT ROH KITA NANTI. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LikeLike · 

News Feed

  • You and 9 others like this.
  • Rabeah Binti Mohd Ali MOGA DI HUJUNG NAFAS KITA YANG TERAKHIR DAPAT MELAFAZKAN KALIMAH SYURGA IN SHAA ALLAH SYURGALAH TEMPAT ROH KITA NANTI. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
    3 mins · Like
Suttan Seghayo Dipuncak Nur added 2 new photos.
Sumber Keindahan , hanya dr padaNYA, segala Kekuatan n Tenaga, maka Agar kita semua Bahagia n Kuat maka kita semua harus Dekat dengan Sumber dari Sumber tersebut...Semoga kita semua dimudahkan untuk Dekat pada Sumber tersebut..........Amin Yra
Burung adalah Lambang JIWA sedangkan Kuning , lambang Keagungan,
Burung Kuning adalah Lambang "Jiwa Seseorang yang Agung" mempunyai Jiwa yg Mumpuni, Semoga...

Rabeah Binti Mohd Ali added 11 new photos.
Cucuku..kuwariskan kemerdekaan tanah air tercinta!
UnlikeUnlike ·  · 
  • Rabeah Binti Mohd Ali CUCUKU KUWARISKAN KEMERDEKAAN TANAH AIR TERCINTA!

    Cucuku kuwariskan kemerdekaan tanah air tercinta

    padamu untuk kau pertahankan
    daripada musuh durjana
    yang cuba menjajah tanah air tercinta
    pertahankanlah hingga ke titisan darah terakhir
    sekalipun nyawamu jadi taruhan

    Telah ribuan puisi nenda karangkan
    agar menjadi semangatmu
    untuk berjuang terus berjuang

    Andai engkau mula berputus asa
    atas ketiadadayaanmu atas sesuatu dugaan yang melanda
    bacalah...bacalah...bacalah...
    hayatilah baris demi baris
    apa yang nenda tulis
    In Shaa Allah 
    akan datang semangatmu
    untuk terus berjuang
    tanpa jemu
    tanpa lelah
    tanpa pambrih
    kamu tak akan izinkan
    pengkhianat bangsa
    bermaharajalela
    memusnahkan impian
    moyangmu
    agar kemerdekaan yang diperjuangkan 
    selama ini musnah di tangan pengkhianat bangsamu sendiri

    Yakinlah dengan kekuatanmu cucuku
    yakin boleh...yakin boleh..yakin boleh...
    kau boleh pertahankan kemerdekaan ini
    sekalipun nyawamu jadi taruhan...

    Nenda berbangga 
    punyai wira abad ke-21 sepertimu
    yang berjuang demi kerana
    agama bangsa dan negara.

    "KEPERWIRAANMU SUMBER ILHAMKU KAULAH CINTA HATI SEJATIKU"

    Karya Nenda Ratu Rimba Niagara
    7 Zulkaedah 1435H
    2 September 2014
    (Puisi Diilhamkan Istimewa Untuk Semua Perwira Abad Ke-21, Pewaris Bangsa Nusantara & Cucunda Tersayang Muhammad Ammar Afifi Moga Kasih Kita Berpadu Di Syurga Aamiin)

0 comments:

Post a Comment

 
;