MALAYSIA MILIK KITA
Malaysia milik kita
kerana Malaysia negara kita
kita lahir di Malaysia...
kita hidup di Malaysia...
kita mati pun di Malaysia...
lahir hidup mati di Malaysia...
sebab itu Malaysia Milik kita
Malaysia kita cinta
Malaysia kita kasih
Malaysia kita sayang
Cinta kasih sayang pada Malaysia tidak berbelah bahagi
Kita sayang semua yang ada di Malaysia...
semua rakyat Malaysia kita sayang
walaupun pelbagai kaum, semuanya kita sayang tanpa terkecuali
Untuk menyatukan semua kaum di Malaysia ...
hanya bahasa yang satu boleh menyatukan semua kaum di Malaysia...
kita tidak membenci bahasa lain selain daripada Bahasa Malaysia...
tapi jika mahu menjadi sebuah kerajaan yang adil kepada semua rakyatnya
semua kaum dan bahasa yang ada di Malaysia ini diwujudkan sekolah nenek moyang mereka, bahasa cina, india, kadazan, jawa, asli, kelantan, negeri sembilan dan pelbagai bahasa lagi sudah pasti Malaysia ini melahirkan rakyat berpuak-puak semuanya bersifat perkauman.
Kenapa pemimpin mesti takut?
Kenapa bangsa cina mesti takut?
Sepatutnya takut meninggalkan generasi yang bersifat perkauman yang menebal di jiwa .
Cuba kita fikir..
kenapa Bahasa Malaysia bukan Bahasa Melayu...
ini bermakna Bahasa Malaysia sudah diterima pakai oleh semua kaum yang ada di Malaysia...
Cuba kita fikir lagi...
lihat saja kad pengenalan kita...
kenapa tidak seperti dulu
ada tertulis bangsa apa dan agama apa?
kenapa tidak ditulis bangsa melayu cina india kadazan...
pasti akan menimbulkan isu sensitif...
Kenapa harus takut kehilangan undi jika dihapuskan sekolah jenis
kebangsaan cina...selama ini pun MCA tidak memberi kemenangan kepada BN yang memberi kemenangan kepada BN adalah rakyat miskin yang terpencil di pendalaman dan mereka yang berkepentingan dengan BN. MCA terang-terang akan begabung dengan DAP jika BN hapuskan sekolah cina,
untungnya DAP bilamana MCA , PAS dan KEADILAN bergabung dengan DAP...pasti BN KO. Maka sedarlah BN jangan takut kepada bayang-bayang sendiri rakyat Malaysia sentiasa menyokong BN sekiranya BN mengamalkan POLITIK PATRIOTIK.
Percayalah, rakyat cina akan faham kenapa kerajaan wujudkan sekolah 1 aliran sahaja kerana Malaysia ini milik semua bukan milik kaum yang berpuak-puak , walaupun sekolah 1 aliran saja namun bahasa nenek moyang mereka masih boleh dipelajari dan secara tidak langsung rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu juga boleh belajar bahasa cina, india dan sebagainya.
Malaysia ini milik kita...
kita bersatupadu sepakat untuk bersama memajukan rakyat dan negara susah senang bersama agar Malaysia yang indah ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang dengan aman sejahtera tanpa ada sifat perkauman lagi. Bahasalah yang menyatupadukan semua kaum yang ada di Malaysia ini.
Apa yang ditulis ini adalah sekadar cadangan tiada niat untuk merendah-rendahkan kerajaan, parti dan bangsa lain, diberi cadangan kerana kita semua adalah rakyat Malaysia...Malaysia milik kita bersama untuk menjaga dan mencintainya sepenuh hati hingga ke akhir hayat.
"BAHASA MALAYSIA MENYATUKAN SEMUA KAUM"
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
...................................................................................
Rabeah Mohd Ali,
Rakyat Malaysia Berbangsa Melayu Yang Cintakan Semua Rakyat Malaysia,
18 Dzulhijjah 1435H
13 Oktober 2014
0 comments:
Post a Comment