Monday, 13 October 2014

CINTA NEGARAMU CINTA NEGARAKU (297) TABIK HORMAT UNTUK PEGUAM MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ PEJUANG BAHASA KEBANGSAAN



CINTA NEGARAMU CINTA NEGARAKU (297) TABIK HORMAT UNTUK PEGUAM MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ PEJUANG BAHASA KEBANGSAAN

Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata syarat ini terlalu ketat dan tidak masuk akal.
ASTROAWANI.COM
Rabeah Binti Mohd Ali posted in 2 groups.
Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata syarat ini terlalu ketat dan tidak masuk akal.
ASTROAWANI.COM
TABIK HORMAT UNTUK PEGUAM YANG MEMPERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAN
Negara kita sudah merdeka 57 tahun
merdeka daripada cengkaman penjajah
tapi masih dibayangi cengkaman penjajah...
Continue Reading
LikeLike ·  · 

TABIK HORMAT UNTUK PEGUAM YANG MEMPERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAN
Negara kita sudah merdeka 57 tahun
merdeka daripada cengkaman penjajah
tapi masih dibayangi cengkaman penjajah
masih berbangga dengan bahasa penjajah
salah siapa?
Bukankah Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita
sepatutnya menjadi kebanggaan tapi bangsa sendiri menyelewenginya
aduhai malangnya nasib bahasa kebangsaan kita diperkotak katikkan oleh rakyatnya sendiri.
Kita tidak menolak bahasa Inggeris tapi ada kaedah lain untuk mempertingkatnya bukan sampai memperlekehkan bahasa kebangsaan.
Kenapa kita tidak kaji negara Jepun, Korea dan negara lain dunia boleh maju dengan menggunakan bahasa kebangsaan mereka tidak menjadi penghalang kepada negara mereka untuk maju, baik menteri dan rakyatnya semuaya berbahasa kebangsaan mereka akan berasa malu tidak menggunakan bahasa kebangsaan, dalam masa yang sama apabila berkomunikasi dengan bangsa asing barulah mereka berbahasa Inggeris, lagipun bekerja di negara sendiri bukan berkerja di negara asing kalau negara asing memang patutlah menguasai bahasa penjajah.
Apa yang hendak kita agungkan dengan bahasa penjajah tak ingat ke apa yang telah dilakukan oleh penjajah pada negara kita, kesihan nenek moyang kita berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kemerdekaan akhirnya bila sudah merdeka anak cucu bergaduh gara-gara mahu agungkan bahasa penjajah. Bila ada yang mahu membela dikatakan bodoh tidak mahukan kemajuan. Bukan tidak mahukan kemajuan tapi mahukan kerajaan pandang berat dalam perkara ini. Jika ianya berterusan isu bahasa penjajah dan sekolah jenis kebangsaan cina akan menjadi punca keretakan perpaduan kaun di negara ini tanpa penghujungnya.
Jika bahasa Inggerislah yang menjadi masalah pada pemimpin dan rakyat Malaysia adalah lebih baik ditukarkan kepada Bahasa Inggeris (Bahasa Penjajah sebagai bahasa kebangsaan) lupakan saja bahasa melayu semua sudah jadi rakyat Singapura berbahasa Inggeris, rakyat singapura tak apalah gunakan bahasa Inggeris sebab mereka tiada bahasa ibunda.
Jika kerajaan mahukan juga rakyatnya mahir berbahasa Inggeris , tekankan sejak dari sekolah rendah lagi bukan ketika sudah masuk ke universiti dan pastikan jika mereka sudah keluar universiti dapat diterima berkerja di syarikat yang CEOnya berbangsa cina dan india kerana yang termaklum syarikat besar cina tidak mahu menerima pekerja melayu kalau adapun dianak tirikan oleh kaum cina. Ini tidak pelik kerana kaum cina sudah dari awal telah diasingkan dengan kaum melayu ketika di bangku sekolah lagi..maka jangan haraplah Malaysia ini menjadi sebuah negara yang bersatupadu selagi sistem pelajarannya tidak ke arah patriotik.
Sekali lagi tabik hormat untuk peguam yang berani tampil ke hadapan untuk membela Bahasa Kebangsaan. Moga perjuanganmu berjaya mencelikkan hati-hati rakyat Malaysia yang buta sejarah asal usul nenek moyang kita.
Sekian.
Salam Hormat Daripada,
Rabeah Mohd Ali,
Rakyat Malaysia Yang Bercita-cita Mahu Jadikan Bahasa Melayu Bahasa Dunia In Shaa Allah AAmiin
18 Dzulhijjah 1435H
13 Oktober 2014

PETIKAN PAGE ASTRO AWANI & RATU RIMBA NIAGARA
18 Dzulhijjah 1435H
13 Oktober 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;