Sunday 30 November 2014

KENAL DIRI KENAL TUHAN (261) TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'KAU DAN AKU MILIK-NYA,' Karya Ratu Rimba Niagara, PM Najib Razak, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah & Arman Dub


KENAL DIRI KENAL TUHAN (261) TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'KAU DAN AKU MILIK-NYA,' Karya Ratu Rimba Niagara, PM Najib Razak, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah  & Arman Dub


 HATI MELAYU YANG MESTI DIUBATI SEBELUM MATI

PENYAKIT MELAYU
* BILA MISKIN KITA DIBENCI
* BILA SUSAH KITA DIKEJI
* BILA MEMINTA KITA DICACI
* BILA KAYA KITA DIDENGKI
* BILA LEBIH KITA DIKHIANATI
* BILA DIBERI KITA DIUMPATI
KITA DICARI BILA DIHAJATI
KITA MATI BARU PUAS HATI
Moga Allah jauhi kita semua drp penyakit2 tersebut. Aamiin.


SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH
 
YANG LEMAH ITU KELEMAHAN SAYA SENDIRI MAKA MAAFKAN SAYA.
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
RATU RIMBA NIAGARA,
WAKIL RAKYAT ALAMMAYA NUSANTARA
PUJANGGA NUSANTARA
6 SAFAR 1436H
29 NOVEMBER 2014
LikeLike ·  · 
  • Rabeah Binti Mohd Ali



You wrote on Najib Razak's timeline. View post in "Posts To Page".
Hari ke-5 persidangan #PAU2014 tidak kurang rancaknya. Ikuti perkembangan suasana sekitar Perhimpunan Agung UMNO dihttps://storify.com/NajibRazak/pau2014-hari-kelima -Admin
  • 955 people like this.
  • Nilam Sari T.kasih perdana menteri Ku menperjelaskan betapa penting kits berkerjasama dgn MCA MIC Dan rakan2 lain bagi memacu negara keambang kejayaan dgn menjaga perasaan semua agama.pehak istana hak hak semua masy.Malaysia.hebat hatimu seperti ayahenda my run Abdul razak.tk sekali lagi pm semoga Allah sentiasa menberi petunjuk yang terbaik

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'KAU DAN AKU MILIK-NYA,' Karya Ratu Rimba Niagara, PM Najib Razak, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah  & Arman Dub


SEMUA YANG KITA PUNYA MILIK-NYA
KITA HANYA DIPINJAMKAN SAJA
MAKA SAMPAI KAPAN PUN KITA MILIK-NYA
MOGA KITA MENJADI MILIK-NYA YANG DIREDHAI HIDUP DAN MATI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN


PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI

Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.

Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.

Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.

Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.

Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.

Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.

Oh! Tuhan di pagi yang penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Amin Ya Rabbal ALamin.

Karya Ratu Rimba Niagara
16 Jun 2012

SEMUA JASAD BAKAL DIMAKAN CACING DAN ULAT

Secantik dan setampan apa-pun wajah kita. sesexi dan segagah apa-pun tubuh kita. Sekaya dan setinggi apa-pun jabatan kita. Jangan-lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!! Sesungguhnya semua itu akan HANCUR kelak termakan CACING dan ULAT...!!!

(PETIKAN DARIPADA SUARA AKHIRAT)
16 Jun 2012

ULAT ROH

Semua orang pasti mati
tak tahu bila masanya
akan mati
mahu tak mahu pasti tempuhi juga
muda atau tua
pasti mati
aku tak terkecuali
pasti mati
adakah aku takut?
Ya ...aku takut
kalau matinya aku
tanpa bekalan
kalau aku yakin ada bekalan
tapi aku tetap takut
takut bekalan yang kubawa
tidak diterimaNya
lalu aku dicampakkan ke Neraka
itulah yang kutakuti
bukan aku takut mati
aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.

Apabila mati...
Jasadku tentu membusuk
dimakan jutaan ulat
jika itu hukum alam
aku redha
tapi jika amalanku
dimakan ulat-ulat rohku
macam mana?
Allahu Akbar
merana rohku
merana yang tak tertebus!
Nak menangis pun tak berguna
jasad dah hancur dimakan ulat
tangisan roh percuma saja.

Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
agar ianya menjadi
bekalan yang Kau terima
dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya: Ratu Rimba Niagara
16 Jun 2012

TENTANG MATI

Kenapa takut mati?
Takut mati... mati
Hindari mati... mati
Sihat mati
Sakit pun mati
Tua muda mati
Kaya miskin mati
Semuanya akan mati
Mati milik semua
Bersedia atau tidak mati
Mati tak kira siapa
Tak kira di mana
Di mana-mana boleh mati
Bersedia atau tidak mati
Yang penting mati dalam Khusnul khotimah
Mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Iahi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012

TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT

Kaya macam mana manusia itu
dia tetap miskin

Apa maksudmu?
sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya

Kau lahir ke dunia ini kosong...

Lagi aku tak faham?
apa maksud kosong
aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
apa pulak kosong...

Kau silap...
kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
kalau mati membawa semua hartamu yang ada
jenuh juga orang nak menggali kuburmu
satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...

Apa maksudmu?
katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
sebab aku ni pencinta harta
bagiku harta adalah segala-galanya
untuk diri aku sendiri pun aku berkira
inikan hendak bersedekah
kirim salamlah
kalau nak kaya usaha sendirilah
kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
ramai suka berkawan dengan aku...
aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
hormat gila-gila dengan aku...
aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
pelik kan manusia ini..
cuba aku papa kedana...
seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
manusia ini sukakan harta
sebab itu aku sukakan harta
kerana harta aku dihormati dan disanjungi
ke mana saja aku pergi semua hormat aku
dan sanjungi aku ...
sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
harta yang banyak inilah Syurga duniaku...

Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
ha...sebab itulah aku katakan tadi
sebulan hendak menggali kuburmu pun tak siap-siap
sebab segala aset yang kau miliki mahu ditanam sama
kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
nak di kebumikan juga...
itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
yelah nak ikut wasiat tuannya...
dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu juga kan3...

Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
macam mana ye rupanya pembeli produk aku
dibeli boleh pocong-pocong
hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
berminat ke nak beli...buntu aku ni...

Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...

Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
menyesal sebelum aku bergelar pocong

Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
harta kau yang banyak-banyak ni
banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
biarpun kau sudah berada di alam barzah
kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
kau lafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
ke jalan-jalan Syurga-Nya

Masya-Allah aku tak terfikir
sebagaimana yang kau fikir
terima kasih suara akhirat
kaulah sahabat dunia akhiratku
Moga Rahmat Allah Azzawajallah
diLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia

Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012Yesterday at 1:14pm ·



PENYAKIT HATI MELAYU YANG MESTI DIUBATI SEBELUM MATI
PENYAKIT MELAYU
By: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah



* BILA MISKIN KITA DIBENCI
* BILA SUSAH KITA DIKEJI
* BILA MEMINTA KITA DICACI
* BILA KAYA KITA DIDENGKI
* BILA LEBIH KITA DIKHIANATI
* BILA DIBERI KITA DIUMPATI
KITA DICARI BILA DIHAJATI
KITA MATI BARU PUAS HATI

Moga Allah jauhi kita semua drp penyakit2 tersebut. Aamiin.


KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?

Engkau ni keturunan puteri ke?
Engkau suka berlagak kan?
Meluat aku...
Weeii kau cermin sikit muka kau tu
Harap mekap je lebih
Buang mekap
Tengok...
Hodoh....
Maka dari itu cermin sikit
Engkau tu siapa...

Aku sentiasa sedar diri
Aku siapa
Yang tak secantikmu
Yang tak semudamu
Aku memang tak setandingmu

Ha sedar pun
Habis tu kenapa
Kau berlagak macam
Seorang puteri raja
Tak malu ke
Perasan?

Salah ke aku
Menghargai kecantikan
Kurniaan dari Allah
Kalau kau nak tahu
Jika aku tak bermekap
Wajahku hodoh
Kalau ditarik lapisan kulit
Wajahku ini lagi hodoh
Seperti tengkorak berjalan
Termasuk juga wajah
Engkau tanpa kulit di wajah
Engkau boleh bayangkan
Jadi apa nak dikesahkan
Pada kecantikan yang
Sementara ini...

Habis tu kenapa kau
Berwatak seperti puteri diRaja
Kau perasan nak jadi puteri ke
Putera mana yang hendak
Kau pikat dan
Putera mana yang akan terpikat
Denganmu
Lainlah aku cantik dan masih muda
Tak perlu mekap pun dah cantik
Sekali aku senyum 10 yang terpikat
Tapi aku tak semudah itu terpikat
Selagi dia itu bukan bergelar jutawan atau kerabat diRaja

Yelah kau cantik dan muda
Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...

Tak perlu kau doakan sudah ada pun
Cinta gila-gila dengan aku
Kerana kecantikan aku
Aku pun anak orang berada
Makanya kenalah setaraf denganku

Syukur Alhamdulillah
Moga kau bahagia sahabatku

Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku
Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia
Yang diimpikan oleh semua orang....

Habis yang kau berlagak macam puteri tu
Tak pesona dunia ke tu...

Teman...aku ini cuma
Menghayati watakku
Sebagai seorang puteri rimba
Yang tinggal bersama dengan
Penghuni rimba niagara
Takkanlah memegang watak
Sebagai puteri rimba pun
Nak cemburu....
Lainlah puteri untuk manusia
Bolehlah kau cemburu

Nasib baik puteri rimba
Kalau puteri istana memang aku cemburu
Dengan haiwan apa nak dicemburukan
Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan
Tak nak aku....

Tahu tak apa...
Mulai hari ini kau jangan cemburu ye
Kau beri saja sokongan/dukungan padaku
Dunia sastraku agar aku dapat berpena
Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati
Keikhlasan sokonganmu dalam karya
SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012 · ·


MOGA ALLAH SWT MEREDHAI HIDUP MATIMU USTAZ

Redha perlu dicari
Bukan dinanti

Inilah kisah yang ingin kukongsikan bersama pembaca alam maya
Sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang ustaz kepadaku

Ceritanya bermula begini.

Ini pengalaman ustaz itu sendiri yang kerjayanya sebagai pendakwah mahu menyebarkan agama Allah Azzawajallah...apa yang dilakukan hanyalah mahu memcari Redha Allah SWT di kala dia hidup dan mati.

Pengalamannya bersama Mat Rempit.
Ustaz rela dirinya dipukul
Disepak terajang dengan besi
Hingga berdarah-darah
Bengkak-bengkak urat sarafnya
Semata ingin menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT
Berkat kesabaran ustaz
Mat rempit itu diberi Allah SWT
Nur Hidayah Kasih-Nya
Mat rempit tersebut kini menjadi
Seorang Hafiz Al-Quran
Atas bimbingan ustaz

Pengalamannya bersama
Ketua Babi Hutan

Ustaz bersama dua tiga orang
Ingin pergi berdakwah
Disebuah perkampungan orang asli
Yang semuanya bukan menganuti agama Islam
Dalam perjalanan ke sana
Di petengahan jalan
Kenderaan mereka dihadang oleh
Sekumpulan babi hutan
Ustaz keluar dari kenderaan
Bertemu dengan ketua babi hutan
Kerana dia sudah letakkan
Hanya Allah sahaja yang ditakuti
Dengan berani dia
Berkata dengan ketua babi hutan itu

Mata bertentangan mata
Ketua babi hutan merenung mata ustaz
"Duhai babi hutan sungguh pun engkau babi
Tapi kau redha dengan asal kejadianmu
Menjadi haiwan yang dilarang dimakan dan disentuh
Oleh Pencipta-Mu...mulianya kamu biarpun kamu
Bergelar babi...sifat redhamu amat tinggi...aku salut padamu babi..."
Ketua babi hutan itu menganggukkan kepalany tanda bersyukurnya
Dia pada Penciptanya yang mentakdirkan dia menjadi babi dan dia redha. Tergenang air mata ustaz penuh mengharu birukan jiwanya di kala itu.
"Babi...kau redha dengan hidupmu yang selamanya haram
Aku mahu ke seberang sana...untuk mencari redha Allah maka berilah
aku laluan agar aku dapat menyebarkan agama Allah..."

Ketua babi hutan menganggukkan kepalanya dan memberikan isyarat kepada semua sekumpulan babi hutan yang mengerumuni kenderaan
ustaz ..agar pergi dari situ.

Ustaz selamat pergi ke perkampungan orang asli dan berjaya mengislamkan sekampung orang asil tersebut.
Syukur Alhamdulillah kepada Allah sebanyak-banyak-Nya

Kepada ustaz pendakwah yang hidupmu penuh fisabilillah
Kami doakan moga Allah SWT meredhai hidup dan matimu nanti
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012


SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBA-MU YANG BERIMAN

Sahabat...
Biarpun nyawamu sudah habis
Tapi rohmu masih hidup
Hidup dan terus hidup
Tika jasadmu hidup...
Kita tahu wujudnya roh
Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita
Selama kita hidup
Pabila kita solat bertemu Tuhan
Allah nampak kita
Dan kita rasakan kehadiran Tuhan
Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat

Bila kita sudah bergelar roh
Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku
Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan
Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh
Bukan manusia lagi yang hidup
Mereka yang hidup tak nampak kita
Tapi kita nampak mereka
Sedang meratapi kematian kita
Kita ...bercakap-cakap dengan mereka
Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan
Semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...

Yang bermakna sekarang...
Bekalan yang di bawa...
Ye bekalan...
Allahu Akhbar ....
Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku
Yang menciptakan aku...
Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia
Ya Allah berkat aku bersangka baik dengaMu Ya Allah
Terimalah segala bekalan yang kubawa ini
Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan padaMu
Serasa mahu aku dihidupkan semula
Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan
Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar
Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula
Masa untukku sudah tamat
Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku
Berhidup di bumi Tuhan.
Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku
Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redho kerana redho itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja.
Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia....
Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa
Kau sentiasa mengikut prasangka hambaNya...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah maka terimalah rohku ini
sebagai roh-roh di kalangan hambaMu yang beramal soleh.
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya Putri Rimba Niagara
28 Mei 2012
(PETIKAN GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA, MALAYSIA & BRUNEI DARUSSALAM.)
28 Mei 2012

PANTUN MUHASABAH DIRI

Orang bijak ingat mati,
Setiap amalan fikirkan akhirat;
Keikhlasan beramal itu dihajati,
Tiada bererti melainkan saham akhirat.

Upah dari manusia untuk dunia,
Upah dari Allah untuk dunia akhirat;
Orang dunia memburu upah hingga hujung dunia,
Orang beriman memburu saham akhirat.

Hati panas semua akan menjauhimu,
Justeru sejukkan hatimu dengan wuduk;
Akan terpancar ketenangan di wajahmu,
Biasakan dirimu menjadi tawaduk.

Biar miskin harta,
Jangan miskin iman dan budi;
Miskin harta orang tak kata,
Kaya budi bawa ke mati.

Bumi musnah angkara manusia,
Kerana tidak menghargai bumi;
Apabila bumi berbicara,
Bencana datang menyembah bumi.

Hidup adalah suatu pengambaraan,
Pabila mati pengembaraan baru bermula;
Amalan diredhai menjadi bekalan,
Roh dan jasadmu tenang di alam Syurga.

Rohmu tidur lena di kuburan,
Lenamu tidur bagaikan ahli Syurga;
Permandangan Syurga dilihat penuh kesyukuran,
Berbahagialah dikau tidur dalam bauan Syurga.

Ya Tuhan kucintamu bukan kerana SyurgaMu,
Tapi ingin mendapat keredhaanMu;
Tabahkan hatiku tidaklah jemu,
MencintaiMu tika hidup hingga matiku.

Jantung berdegup seratus ribu kali sehari,
Kutangisi apabila tidak mengingatiMu;
Ya Allah sinarkan hidayahmu kepada kami,
Berzikir dalam senyap itu yang dimahu.

Berzikir dalam senyap itu mahuku,
Agar jantung berdegup seiring roh memujiMU;
HambaMu yang hina ini merayu padaMu,
Di akhirat nanti terimalah rayuanku.

Ya Allah berilah aku peluang dan ruang,
Untuk melakukan kebaikan yang Kau redhai;
Jangan biarkan syaitan mengambil peluang,
Mempengaruhi aku hingga ke mati.

Aku cemburu orang mengingati Allah,
Kenapa aku tidak begitu;
Hati tenang mengingati Allah,
Justeru aku mahukan begitu.

Hidup memang menyilaukan,
Kerana kita memerlukan kilauan iman;
Balasan Syurga atas kesabaran,
Itulah yang diharapkan orang beriman.

Duhai kekasih Allah di cintai,
Balaslah cinta kami ini;
Pilihlah kami mendapat Syafaatmu nanti,
Perjuanganmu sentiasa kami ingati.

Betapa tulus cintamu kepada kami,
Seharusnya kami balasi;
Perjuanganmu kami tangisi,
Shafaatmu di Mahsyar perkenankan nanti.

Aku terpegun alam ciptaanMu,
Kesyahduan pemandanganNya hatiku sayu;
Subhanallah Maha KebesaranMu,
Kekuasaan!Kebanggaan! Hanya milikMu.

Allah Maha indah seindah 99 namaNya,
Seindah dan semerdu KalamNya;
Apabila menyebut namaNya bergetar jiwa,
Pabila lupakanNya roh merintah jasad merana.

Jiwaku meruntun membaca KalamNya,
Wangian cintaNya meresap dalam roh dan jasadku;
Terus menangis kerinduan padaNya,
Balasan cintaNya amat kutunggu.

Pandanglah aku di dunia ini itu mahuku,
Wahai Tuhan Semesta Alam;
Kutakut di akhirat Kau tidak memandangku,
Tiada berguna tangisan seisi alam.

Ya Allah berkatilah hidup kami,
Berilah peluang dan ruang beramal keranaMu;
Kami mahu bertemu denganMu dalam Kau redhai,
Moga di akhirat nanti mendapat ihsanMu.

Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2011



Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
Yesterday at 12:00pm


OH! MELAYU BUKANKAH KITA BERSAUDARA...
BUKANKAH KITA KETURUNAN ADAM BAPA KITA HAWA IBU KITA
JIWA KITA JIWA LAKSAMANA HANG TUAH DAN HANG JEBAT
JIWA SEORANG PEJUANG DEMI KERANA AGAMA BANGSA DAN NEGARA
BETAPA INDAHNYA ANDAI KITA FAHAM TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI-NYA...

SEHEBAT MANA PUN KITA AKAN MATI
SEKAYA MANA PUN KITA AKAN MATI
SEBIJAK MANA PUN KITA AKAN MATI

KITA AKAN BIJAK BILAMANA KITA DAPAT JAWAB KE SEMUA SOALAN KUBUR
MOGA KITA DAPAT MENJAWAB SOALAN KUBUR DENGAN LANCAR BERKAT KITA FAHAM DAN AMALKAN APA YANG TERKANDUNG DALAM SOALAN KUBUR,
SOALAN YANG ALLAH SUDAH BERITAHU DAN KITA BOLEH MENJAWABNYA
TIKA HIDUP TAPI SESUDAH MATI....AMALAN SAJALAH YANG AKAN MENJAWAB...
MOGA AMALAN KITA YANG IKHLAS DAPAT MENJAWAB DENGAN LANCAR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.


Alhamdulillah, diberi kesempatan hari ini untuk menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Dewan Tun Razak 4 PWTC. Solat berjemaah adalah satu daripada penyumbang kepada pengeratan ikatan ukhuwah dalam kalangan kita semua. Insya-Allah, seandainya kita kekal merapatkan barisan sepertimana kita rapatkan saf semasa berjemaah, selagi itu usaha kita menuju negara maju akan kekal pada landasan yang betul.
Najib Razak


TAHNIAH UNTUKMU KESATRIA RIMBA NIAGARA!


"Tahniah kamu sudah sampai ke mercu kejayaan
ku tabik pada kamu kerana mencapai kejayaan
dengan segala daya usaha tanpa putus asa
sehingga berjaya sampai ke puncak sedangkan aku
sentiasa berjaya tanpa usaha kerana aku diberi kelebihan
ada kepak itulah beza aku dengan kamu
kamu berusaha untuk berjaya sampai ke puncak jaya
pasti ada misi dan visi tapi hidupku hanya mencari makan
jadinya kamu adalah santapan untukku pada hari ini.
Oleh kerana aku kagum dengan usahamu, aku mahu jadikan
kau sahabatku .

Aku punya banyak kelebihan dan kau pula punya banyak idea
dan semangat untuk hidup bukan untuk kepentingan
sendiri tapi untuk kepentingan semua rakyat rimba niagara ini.
Kaulah kesatria rimba niagara.
Puteri Arnab pasti bangga sama kamu duhai kesatria rimba niagara.... "

Karya Ratu Rimba Niagara
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
7 SAFAR 1436H
30 NOVEMBER 2014
 ·
Arman Dub likes this.

Arman Dub aku titip islam dlm sastra muslimah, agar persaudaraan 5 benua menjadi ikatan sampai akhirat

Ratu Rimba Niagara Inilah hikmah di sebaliknya kepada Allah SWT temukan kita di alammaya, andai kita bersyukur Allah SWT akan lebih memberikan Nur Hidayah Kasih-Nya dan Rahmat Kasih-Nya dunia hingga akhirat In Shaa Allah AAmiin. Tiada yang indah melainkan keindahan sebuah persaudaraan yang membawa sehingga ke Syurga-Nya. In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.


MAAF ZAHIR DAN BATHIN ANDAI KUKHILAF DALAM TUTUR KATA SEPANJANG BERSIARAN KARYA DI ALAMMAYA.

SALAM SILATURRAHIM BERPANJANGAN SAMPAI SYURGA IN-SYAALLAH AAMIIN

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,

RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA ALAMMAYA CINTA 5 BENUA
7 SAFAR 1436H
30 NOVEMBER 2014

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
7 SAFAR 1436H
30 NOVEMBER 2014

PETIKAN PAGE PM NAJIB RAZAK, DATO' DR HAJI MOHD FADZILAH KAMSAH,
GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & GROUP BERSATU UNTUK KETAPANG
7 Safar 1436H
30 November 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;