Tuesday, 9 December 2014

KENAL DIRI KENAL TUHAN (323) INDAHNYA KASIH SAYANG SESAMA INSAN ATAS DASAR KERANA ALLAH TAALA


KENAL DIRI KENAL TUHAN (323) INDAHNYA KASIH SAYANG SESAMA INSAN ATAS DASAR KERANA ALLAH TAALA

Andai kita tahu kenapa Allah swt temukan kita di group ini
pasti kita akan saling hargai di antara satu sama lain...
tak akan ada
iri sesama sendiri
berbangga diri
ayat-ayat yang membazir
saling muhasabah diri kerana tiada siapa yang sempurna
jika mahu bercanda pun canda yang ada mesej bermanfaat
berkata tiada melukakan hati rakan-rakan group
sentiasa menjaga adap dalam pertuturan
saling membantu selagi mampu dan daya
menggunakan kelebihan yang Allah Kurniakan semaksima mungkin untuk membantu
tidak akan berputus asa dalam kebaikan yang diredhai-Nya..
tidak pelit bin kedekut idea dan apa saja yang mampu untuk membantu menjayakan hasrat murni...
wang dan harta boleh dicari tapi kasih sayang semurni hati sukar dicari ganti...
setiakawan di kala susah dan senang
bahagiamu bahagiaku
deritamu deritaku
yang menjadi matlamat kita bahagia di dunia bahagia di akhirat
berjaya di dunia berjaya di akhirat
itulah hikmah kenapa Allah temukan kita di alammaya di group ini...
jika kita ambil hikmah dan mensyukuri itulah erti bahagia apa yang Allah Kurniakan...
Andai apa yang disebutkan di atas ada di group ini In Shaa Allah sampai Syurga kasih kita tersimpul mati. Pasti indah pertemuan kita di Syurga nanti bersama memandang Wajah Allah Azzawajallah berdekatan dengan Rasulullah. In Shaa Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Like · 

News Feed

RECENT ACTIVITY
GROUP SASTERA LAGENDA - PANTUN -PUISI-SAJAK & LAGU
Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata,
Assalamualaikum kepada admin dan ahli group tercinta,
Terima kasih menjemput bonda merangkai kata,
Kata pujangga bersulam sutera permata.
INDAHNYA SASTERAKU DUNIAKU
Indahnya sasteraku duniaku
Anugerah Ilahi yang disyukuri
Moga memberi manfaat dunia akhiratku
Dan yang menyokong secara langsung atau tidak
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
INDAHNYA BERKONGSI ILHAM DAN IDEA
Setiap hari aku diKurniakan Allah swt ilham
bagaikan permata Syurga yang berguguran ke bumi
kukutip penuh syukur
lalu kubagi-bagikan kepada penghuni alammaya
lagi aku bagikan
lagi banyak berguguran
bagaikan salji permata
terlalu indah permandangan
salji permata pelbagai warna dan bentuk
bersinar bergemerlapan
membuatkan aku teruja dalam dunia sasteraku
maka bilamana ada yang tak suka dengan lambakan karya sasteraku
di mana-mana bersiaran
tak sudi nak like atau komentar
aku tidak kisah
asalkan jangan ambil hati andai kupergi menghilang
bukan niat untuk memutuskan kasih silaturahmi
tapi ingin bersastera pada yang memahami duniaku sastera...
kita ditakdirkan bertemu di alammaya
tapi tidak ditakdirkan untuk menjadi rakan seperjuangan sastera...
apapun kita tetap saudara seislam sampai kapan pun itu
cumanya sebagai rakan fb
mereka itu terlalu berharga padaku
lebih berharga daripada permata berharga
indahnya bagaikan pelangi di malam hari
Terima kasih kepada admin
Group Sastera lagenda- Pantun-Puisi-Sajak & Lagu...
amat senang hati pabila admin sudi masukkan nama bonda ke group ini
serasa dunia sastera bonda bagaikan berpelangi di malam hari
kerana termasuk dalam tema-tema kisah
diRaja zaman silam dongengan atau realiti dan zaman kini
Andai karya bonda bersiaran di sini
harap dapat diberi komentar
berupa syair, pantun, gurindam , puisi dan apa sahaja ide yang
mantap lagi bernas asalkan tidak berbahasa melukakan hati
Sekian Wassalam,
Salam kasih sayang daripada bonda,
Ratu Rimba Niagara,
Bonda Toh Puan Ratu Kencana Sari
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara
Pujangga Sribu Jaman,
17 Safar 1436H
10 Disember 2014
Like · 
KENAL DIRI KENAL TUHAN (323) INDAHNYA KASIH SAYANG SESAMA INSAN ATAS DASAR KERANA ALLAH TAALA



PETIKAN WALL GROUP   SASTERA LAGENDA - PANTUN -PUISI-SAJAK & LAGU
& GROUP RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
17 SAFAR 1436H
10 DISEMBER 2014 

0 comments:

Post a Comment

 
;