Saturday, 13 December 2014

KENAL DIRI KENAL TUHAN (346) BERKATA BIARLAH SEIRING HATI




KENAL DIRI KENAL TUHAN (346) BERKATA BIARLAH SEIRING HATI

News Feed

  • Rabeah Binti Mohd Ali AKU TAK MAHU KAMU YANG BERDOSA BIARLAH AKU YANG TERASA AGAR TERASA TIDAK DIBAWA SAMPAI KE MATI.
    20 mins · Like · 1

  • Nor Salina Bonda Terlalu mudah merajuk dalam berkata..
    Nakda tidak mahulah diantara kita bertikam tutur kata,
    Jikalau nakda bersalah dalam bacara kata,

    Kemaafan nakda pinta,,
    10 mins · Unlike · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Begitu juga dengan bonda meminta maaf pada Nor Salina, Nur Balqis, Mahathir Deep & Kimie Jer andai sepanjang perkenalan kita di alammaya mengguriskan hati kalian berempat. Masa bunda sudah terlalu suntuk untuk menanti dan terus menanti jawapan yang tak pasti. Bagi bunda bilamana ada yang berjanji untuk bersama susah senang dengan sastera bunda. Bunda akan percaya tapi sehingga sekarang semuanya janji yang hampa. Maka kerana tidak mahu menyusahkan mereka yang telah berjanji pada bunda....izinkan bunda berlalu pergi kesendiriaan bersastera menunggu hamba Allah swt kiriman-Nya untuk berjuang bersama bunda. Harap dapat memaafkan bunda dan memahami dunia sastera bunda. Namun begitu kita tetap saudara seislam sampai bila-bila.


RECENT ACTIVITY
GROUP SASTERA LAGENDA - PANTUN -PUISI-SAJAK & LAGU
Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata,
Assalamualaikum kepada admin dan ahli group tercinta,
Terima kasih menjemput bonda merangkai kata,
Kata pujangga bersulam sutera permata.
INDAHNYA SASTERAKU DUNIAKU
Indahnya sasteraku duniaku
Anugerah Ilahi yang disyukuri
Moga memberi manfaat dunia akhiratku
Dan yang menyokong secara langsung atau tidak
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
INDAHNYA BERKONGSI ILHAM DAN IDEA
Setiap hari aku diKurniakan Allah swt ilham
bagaikan permata Syurga yang berguguran ke bumi
kukutip penuh syukur
lalu kubagi-bagikan kepada penghuni alammaya
lagi aku bagikan
lagi banyak berguguran
bagaikan salji permata
terlalu indah permandangan
salji permata pelbagai warna dan bentuk
bersinar bergemerlapan
membuatkan aku teruja dalam dunia sasteraku
maka bilamana ada yang tak suka dengan lambakan karya sasteraku
di mana-mana bersiaran
tak sudi nak like atau komentar
aku tidak kisah
asalkan jangan ambil hati andai kupergi menghilang
bukan niat untuk memutuskan kasih silaturahmi
tapi ingin bersastera pada yang memahami duniaku sastera...
kita ditakdirkan bertemu di alammaya
tapi tidak ditakdirkan untuk menjadi rakan seperjuangan sastera...
apapun kita tetap saudara seislam sampai kapan pun itu
cumanya sebagai rakan fb
mereka itu terlalu berharga padaku
lebih berharga daripada permata berharga
indahnya bagaikan pelangi di malam hari
Terima kasih kepada admin
Group Sastera lagenda- Pantun-Puisi-Sajak & Lagu...
amat senang hati pabila admin sudi masukkan nama bonda ke group ini
serasa dunia sastera bonda bagaikan berpelangi di malam hari
kerana termasuk dalam tema-tema kisah
diRaja zaman silam dongengan atau realiti dan zaman kini
Andai karya bonda bersiaran di sini
harap dapat diberi komentar
berupa syair, pantun, gurindam , puisi dan apa sahaja ide yang
mantap lagi bernas asalkan tidak berbahasa melukakan hati
Sekian Wassalam,
Salam kasih sayang daripada bonda,
Ratu Rimba Niagara,
Bonda Toh Puan Ratu Kencana Sari
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara
Pujangga Sribu Jaman,
17 Safar 1436H
10 Disember 2014

PETIKAN WALL GROUP SASTERA LAGENDA - PANTUN -PUISI-SAJAK & LAGU& RATU RIMBA NIAGARA
20 SAFAR 1436H
13 DISEMBER 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;