Monday 23 March 2015

SASTERA ITU INDAH (295) PANTUN HARI KEMAHKOTAAN SULTAN IBRAHIM SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM




SASTERA ITU INDAH (295) PANTUN HARI KEMAHKOTAAN SULTAN IBRAHIM SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM

HARI KEMAHKOTAAN SULTAN IBRAHIM, JOHOR

Jata_Kemahkotaan_Sultan_Ibrahim_small_logo


Assalammualaikum, salam takzim semua. Isnin, 23 hb Mac 2015, Negeri Johor cuti kerana meraikan hari kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Raja Zarith Sofia sebagai Permaisuri Johor, baginda merupakan Sultan Johor ke - 5 dalam era Johor modern. Seperti anda sedia maklum, Negeri Johor diperintah oleh 3 keturunan raja yang berlainan. Waris dari sultan Melaka berakhir setakat Almarhum Sultan Mahmud mangkat dijulang, kemudian diturunkan kepada keturunan Bendahara, dan akhirnya kepada keturunan Temenggong (yang memerintah sekarang ini). Setiap era membawa kelainan dalam corak pemerintahan beraja di  Negeri Johor pada ketika itu.

Istiadat kemahkotaan ini amat bersejarah bagi Negeri Johor. Kali terakhir ianya diadakan lebih 50 tahun dahulu semasa era pemerintahan Almarhum Sultan Ismail, nenda Sultan sekarang ini. Negeri Johor, ialah negeri pertama di Tanah Melayu yang menggunakan mahkota sebagai alat kebesaran negeri. Ini semua atas kebijaksanaan Alamrhum Sultan Sir Abu Bakar yang terkenal dengan gelaran bapa pemodernan Johor dalam memberi corak baru sistem pemerintahan beraja di negeri Johor....Selebihnya anda boleh baca di internet. Che mat kongsikan dengan anda semua, wajah2 baginda  Sultan Johor era modern yang pernah memerintah Negeri Johor....( Al- Fatihah untuk mereka2 yang telah pergi, moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh2nya)..

sultan sir abu bakar, johore
Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Daing Ibrahim
( 1862 - 1895 )

sultan ibrahim johore
Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar
(1895 -1959 )

johor-Ismail
Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
( 1959 - 1981 )

sultan johor
Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
( 1981 - 2010 )

tunku yem
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
( 2010 - hingga sekarang )

~: PANTUN JOHOR :~

~ : DAULAT TUANKU : ~

ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR PENUH BERSEJARAH


Istiadat kemahkotaan Sultan Johor penuh bersejarah,
Disaksikan oleh kerabat diRaja dan rakyat,
Penuh gilang gemilang tercatat dalam sejarah,
Setelah 55 tahun dapat disaksikan rakyat.

Setelah 55 tahun dapat disaksikan rakyat,
Istiadat kemahkotaan Sultan Johor penuh nilai sejarah,
Menjadi kebanggaan seluruh rakyat,
Sultan Johor Kelima tercatat dalam sejarah.


Di hari kemahkotaan Sultan Ibrahim beriikrar,
Menjadi Raja yang adil lagi saksama,
Akan dikotakan apa yang diikrar,
Susah senang sentiasa bersama.


Sultan Johor berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat sepenuh hati,
Sifat baginda utamakan rakyat,
Kasihnya rakyat mewangi di hati.


Sultan Ibrahim mencemar duli,
Selalu bertemu rakyat yang dikasihi,
Segala masalah rakyat diambil peduli,
Semoga Allah merahmati raja yang dikasihi.


'DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!'

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
2 JAMADIL'AKHIR 1436H
23 MAC 2015


0 comments:

Post a Comment

 
;