SASTERA ITU INDAH (298) ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR 23HB MAC 2015
PANTUN ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR PENUH BERSEJARAH
Istiadat kemahkotaan Sultan Johor penuh bersejarah,
Disaksikan oleh kerabat diRaja dan rakyat,
Penuh gilang gemilang tercatat dalam sejarah,
Setelah 55 tahun dapat disaksikan rakyat.
Setelah 55 tahun dapat disaksikan rakyat,
Istiadat kemahkotaan Sultan Johor penuh nilai sejarah,
Menjadi kebanggaan seluruh rakyat,
Sultan Johor Kelima tercatat dalam sejarah.
Di hari kemahkotaan Sultan Ibrahim beriikrar,
Menjadi Raja yang adil lagi saksama,
Akan dikotakan apa yang diikrar,
Susah senang sentiasa bersama.
Sultan Johor berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat sepenuh hati,
Sifat baginda utamakan rakyat,
Kasihnya rakyat mewangi di hati.
Sultan Ibrahim mencemar duli,
Selalu bertemu rakyat yang dikasihi,
Segala masalah rakyat diambil peduli,
Semoga Allah merahmati raja yang dikasihi.
'DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
2 JAMADIL'AKHIR 1436H
23 MAC 2015
(Pantun Diilhamkan Sempena Meraikan Hari Kemahkotaan Sultan Johor Kelima Daulat Tuanku Moga Allah SWT Merahmati Tuanku, Seluruh Kerabat DiRaja Johor dan Seluruh Rakyat Johor Tercinta AAmiin)
PETIKAN PAGE KESULTANAN JOHOR & RATU RIMBA NIAGARA
2 JAMADIL'AKHIR 1436H
23 MAC 2015
0 comments:
Post a Comment