Monday, 1 June 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (254) INDAHNYA MELAYU DIMULIAKAN ALLAH DENGAN ISLAM



SASTRA ANUGERAH ILAHI (254) INDAHNYA MELAYU DIMULIAKAN ALLAH DENGAN ISLAM
KOD BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA
1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer).. Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..
2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..
3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini..
4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan.. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’ lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya..
5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga ’.. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja..
6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘ Gunting Aceh ’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘ Gunting Cina ’
7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana.. di luar istana pula adalah ‘optional’.. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain).. Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat.. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:
a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)
Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian..
* Hangpcdua Malaya *

INDAHNYA HIDUP DAN MATI DALAM REDHO ILAHI
Like · Comment · 
MOGA PRINCE ABDUL MALIK BERJAYA DAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT AAMIIN.
PUTERA DAN PUTERI BRUNEI DARUSSALAM PENUH SOPAN DAN SANTUN.

SAYA BANGGA JADI MELAYU
Saya dengan rendah diri ingin memberitahu bahawa saya BANGGA MENJADI MELAYU. Walaupun arwah atuk saya bernama J.Kumar (dalam IC ditulis Jacomah), seorang Benggali yang berasal daripada Dhaka, Bangladesh. Manakala arwah nenek pula berasal daripada Jawa Barat Indonesia, namanya Yem Binti Wongsotarno. (Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya). Di sebelah ibu, kami berketurunan Jawa dan ada sikit-sikit darah Siam.
Sebelum merdeka, British tidak memanggil orang Melayu sebagai Melayu. Jika kamu orang Kedah, akan dipanggil Kedahan. Jika kamu orang Kelantan, kamu akan dipanggil Kelantanese dan jika berasal dari Johor akan dipanggil Johorian. British mengamalkan dasar Pecah Dan Perintah supaya orang Melayu tidak bersatu dan kekal dengan semangat KEKITAAN negeri yang menebal. Dengan cara ini, orang Melayu tidak fokus untuk bersatu menolak British.
Hanya selepas orang-orang Melayu daripada seluruh Tanah Melayu mulai sedar dengan ancaman Malayan Union, Pendeta Za’ba mencadangkan agar slogan HIDUP MELAYU diperkenalkan untuk membawa kesatuan orang-orang Melayu.
Persoalannya, siapakah itu ORANG MELAYU?
Petikan sajak bertajuk MELAYU tulisan Allahyarham Usman Awang ada menceritakan ;
“Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu”
Dalam lagu UMNO terdapat satu baris lirik yang berbunyi “Kita RUMPUN Melayu”. Mengapa tidak ditulis “Kita ORANG Melayu”? Jawapannya ada di atas ; “Melayu itu luas maknanya.”
Saya walaupun seorang yang berketurunan Benggali, tetapi tidak banyak budaya Benggali yang dipraktikan dalam hidup. Hanya beberapa sahaja yang masih diamalkan seperti gemar memakan capati, kuah dhal dan pantang jumpa kari kambing! Budaya-budaya lain dah ikut cara orang Melayu.
Saya tidak berapa faham dengan segelintir orang yang bertungkus-lumus mahu menghilangkan “Melayu” dalam hidupnya yang dikatakannya tidak membawa kepada syurga. Mereka ini suka mengikut cara Arab dengan mahu berkahwin dengan orang Arab, memaksa diri menjadikan Nasi Mandy sebagai makanan kegemaran, cakap dah macam ala Arab P.Ramlee dengan tujuan mahu mengikut kehidupan Nabi.
Saya berasa lucu, saya tidak fikir bahawa Islam itu datang adalah untuk menghapuskan budaya sesebuah bangsa secara total. Islam itu datang meng-Esakan Allah dan mengubah budaya yang buruk kepada baik. Dan saya fikir orang Melayu sudah pun membuang sedikit demi sedikit budaya yang khurafat dan bertentangan dengan Islam.
Orang Melayu kaya dengan sopan santun yang bertepatan dengan Islam. Orang Melayu juga gemar pulang ke kampung menziarahi orang tua yang dituntut Islam. Banyak lagi budaya Melayu yang baik dan tidak ditolak Islam.
Mengikut sunnah Nabi sangatlah dituntut, tetapi cuma jangan kita berlebih-lebih dan menghina orang lain yang tak berjubah. Saya pernah dengar orang kata ; “Masa pagi raya mesti pakai jubah baru ikut Sunnah, pakai baju Melayu bersamping ni tak bawa kepada Iman dan Taqwa”. Saya tidak pernah dengar Nabi bersabda begitu, yang kita tahu pakaian orang beriman adalah menutup aurat dan tidak semestinya berjubah.
Keghairahan ‘membuang’ budaya Melayu kerana nak ikut Nabi mungkin ada sedikit salah faham. Orang kita gemar bersandarkan bahawa sunnah Nabi adalah pakai jubah, serban, dan celak. Tetapi jarang untuk mencontohi sunnah Nabi yang lebih besar dengan berkata jujur, berhikmah, pembersih, menepati waktu, tidak menipu, sayang anak yatim, sayangi fakir miskin, sayangi anak kecil, bersedekah, senyum dan kuat berusaha.
Bukankah budaya Melayu banyak mengajar tentang akhlak ;
★ Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.
★ Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
★ Yang tua dihormati, yang muda disayangi.
Kita harus bijak memelihara budaya kita agar bertepatan dengan agama Islam dan bukan cara Islam untuk membuang budaya bangsa yang baik. Kita harus dapat bezakan yang mana budaya Arab dan yang mana sunnah Rasulullah. Hisap Syisha bukan sunnah Nabi tetapi budaya orang Arab. Itulah penyakit kita, asal orang Arab buat, semua nak kata sunnah Nabi.
Orang India tetap pasang lagu Hindustan di kedainya walaupun mereka Islam. Orang Cina tetap dengan Mee Tarik China dan reka bentuk masjid mereka mirip tamadun Cina walaupun mereka Islam.
Budaya Melayu yang baik perlu dipelihara. Percayalah, budaya dan bangsa adalah salah satu tanda KEKUASAAN Allah Subhanahu Wa Taa’la yang mencipta manusia pelbagai rupa, bahasa dan berbangsa-bangsa.
Saya berbangga (nada bersyukur) menjadi Melayu kerana Allah muliakan Melayu dengan Islam.
SENYUMAN PERMAISURI BRUNEI DARUSSALAM YANG INDAH ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT NUSANTARA. SENYUMLAH KERANA SENYUM SATU SEDEKAH SENYUM TAK PERLU APA-APA, SENYUMLAH SELAGI TERMAMPU SENYUM DAN IKHLAS BALAS SENYUMAN....hehehe
Hahahaha
SELAMAT HARI LAHIR PUTERA ABDUL WAKEEL SEMOGA BERJAYA DAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Selamat Hari Lahir Putera Abdul Wakeel¡¡¡¡¡¡
Happy Birthday Prince Abdul Wakeel¡¡¡¡
KOD BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA
1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer).. Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..
2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..
3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini..
4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan.. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’ lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya..
5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga ’.. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja..
6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘ Gunting Aceh ’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘ Gunting Cina ’
7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana.. di luar istana pula adalah ‘optional’.. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain).. Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat.. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:
a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)
Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian..
* Hangpcdua Malaya *
belum mati sudah dipanggil hantu kubur (mummy) gimana ini...
gak tega ginian anakku...maka panggil ummi ya jangan lagi panggil mummy jika sayangkan ummi...hehehe
Perkampungan nelayan , 'Dalam Teater Bangsawan DiRaja , 'Putera Duyung," Karya Ratu Rimba Niagara.
Indahnya melayu dimuliakan Allah dengan Islam
SAYA BANGGA JADI MELAYU
Saya dengan rendah diri ingin memberitahu bahawa saya BANGGA MENJADI MELAYU. Walaupun arwah atuk saya bernama J.Kumar (dalam IC ditulis ...
See More
Tidak lengkap busana pendekar tanpa tanjak.
KOD BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA
1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sult...


Hahahaha
SELAMAT HARI LAHIR PUTERA ABDUL WAKEEL SEMOGA BERJAYA DAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Selamat Hari Lahir Putera Abdul Wakeel¡¡¡¡¡¡
Happy Birthday Prince Abdul Wakeel¡¡¡¡
KOD BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA

PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA
& PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
14 SYAABAN 1436H
1 JUN 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;