Friday, 5 June 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (380) MERONG MAHAWANGSA, HANG TUAH, NAGA SAKTI & PUTERI BUNIAN



SASTRA ANUGERAH ILAHI (380) MERONG MAHAWANGSA, HANG TUAH, NAGA SAKTI  & PUTERI BUNIAN
FROM NOTIFICATIONS
Merong Mahawangsa ...........merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah
Unlike · Comment · 
  • You, Alam Pren Adni Mpn and 17 others like this.
  • Dewata Majnun Ramai nenek moyang kita yg brbangsa Melayu menganut agama Hindu pd zaman dahulu.
  • Tuah Bugis Betul bro..... Dewata Majnun
    Dengan pemahaman berikut, Insyallah aman dunia akhirat dan maju segalanya. Amien
  • سيريه امس Merong mahawangsa tu maksud dia harimau penentang ape eh ?
  • Rabeah Binti Mohd Ali Bersyukurlah... Allah SWT telah menyelamatkan kita daripada menganuti agama hindu, moga agama Islam yang kita anuti bukanlah warisan tapi untuk diwariskan kepada seluruh manusia yang ada di buka bumi ini. Di mana ada manusia di situ Agama Islam berkembang untuk dianuti.AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
  • Asus Panglima Sape ckp datuk moyang kita mganut hindu
  • Asus Panglima Blajar kt mn ni,buku sejarah mcm2 org tlis
  • Dewata Majnun Asus Panglima, jika ada prkara yg ingin tuan kongsikan, blh bgtau di sini. smile emoticon
  • Amirul Nazmi Bukan hindu rasanya. Tapi buddha. Kebnyakan melayu darat dari empayar langkasuka beragama buddha. Melayu laut atau melayu selatan beragama hindu.
  • Asus Panglima Kita xlahir ms tok nenek kita,jd perkara sebenar kita xtau
  • Asus Panglima Kita bc buku,fakta sejarah kdang2 org yg tlis pon xtau apa,kena rujuk alquran,bkn ikt sejarah
  • Asus Panglima Sy bkn pandai mcm saudara smua,tp kita fkir logik,datuk kita nabi adam pon islam,xkan tok nenek hindu@ buddha,xlogik,islam dh msuk zman rasulullah lg
  • Asus Panglima Sy nk tnya saudara la,bila melayu wujud
  • Dewata Majnun Asus Panglima, sbelum Rasulullah dilahirkan, org dahulu menganut agama apa?
  • سيريه امس Betul ke nabi adam tu islam ? Islam bukan agama yg terakhir ??
  • Asus Panglima Sblm rasulullah,mcm2 agama di anuti,klu tuan bc alquran 30 juzuk,insya,allah tau
  • Asus Panglima Nk tau pkara sbenar bg sy la,sy mgaji ngan guru lama2,bkn ustaz mkn gaji ye,br kita tau,asal usul kita,nenek moyang kita,
  • Asus Panglima Xpa la,itu pendapat tuan,pndapat sy lain,cr pemahaman dan pemikiran xsama
  • Dewata Majnun Asus Panglima, pandangan tuan amat brbeza & ini mbuatkan sy trtarik. Biasanya, bila kita usulkan pandangan yg brbeza msti brsandarkan ssuatu. Jika tuan ada belajar di mana2 atau trbaca di dlm mana2 kitab, silakan terangkan mengikut pemahaman tuan.
  • سيريه امس Awalludin makrifatullah .
  • Asus Panglima Wslm,saudara
  • Rabeah Binti Mohd Ali Yang penting untuk kita tahu asal usul kita, Allah swt ciptakan Adam bapa kita Hawa ibu kita.Dari Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan.
  • Asus Panglima Sebelu adam,melayu sudah wujud,sbab sblm mnusia,pghuni adalah para dewa@golongan jaan,klu tuan nk tau lbh dlam,elok la mnuntut ilmu
  • Rabeah Binti Mohd Ali Adam tiada ibu tiada bapa
    Hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri Adam.
    Sebab itu Syurga isteri dibawah tapak kaki Adam (suami)

    Syurga Adam (suami) di bawah tapak kaki ibu (Hawa)
    Nabi Isa as tiada bapa
  • Rabeah Binti Mohd Ali Nabi Adam tentulah Islam sebab yang menciptakannya adalah Allah swt. Adam hidup di Syurga dijodohkan dengan Hawa di Syurga . Atas termakan hasutan Syaitan kerana ingin hidup di Syurga selamanya dengan memakan buah khuldi (buah larangan Allah) Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga . Adam dan Hawa terpisah di bumi. Dengan izin Allah swt Adam ditemukan dengan Hawa di Jabbar Rahmah. Dari pertemuan itu bermulalah manusia di muka bumi ini berkembang biak sehinggalah sekarang. Sebab itu kita adalah keturunan nabi Adam bapa segala manusia dan Hawa ibu segala manusia di bumi ini.
    May 30 at 9:31pm · Edited · Like · 3
  • سيريه امس Lain macam dah tu ... sebelum adam wujud melayu dah wujud eh ? Hmmm klu sblm manusia yg menghuni bumi ni mmg betul golongn jin , para2 malaikat tu , tp yg melayu tu .. muskil juga ni ... blh bg lg banyak pencerahan tak Asus Panglima ?? Ilmu ni jgn simpan , kena kongsi2 bak kata Nabi Muhammad kita kn .
  • Dewata Majnun Mungkin apa yg Asus Panglima tu maksudkan brkaitan bani jaan, al-hin & bin. Bgitu ke Asus Panglima?
  • Nain Rizal sy pn nk juga tau...tunggu penerangan Asus Panglima ....pls kongsi skit
  • Tuah Bugis Salam sejahtera Asus Panglima. Semuga saudara dapat kongsikan bersama kami di sini, memberi kita keyakinan bahawa pencerahan saudara adalah salah satu ilmu yang barangkali kita terlepas pandang. Memang aneh kata2 tuan hamba........
  • سيريه امس Takpe Dewata Majnun ngn Nain Rizal kita tgu je Asus Panglimabuat pencerahan .. jgn kedekut sgt ilmu tu , kena bgtau sbb da buka kan .. nt org salah tafsir lg teruk .. klu jais dengar komfem dia kutip ..
  • Bajau Laut Salah satu tujuan pelayaran itu adalah seruan haji. Ibadat haji itu sudah wujud sejak zaman Nabi Ismail as. Mengatakan nenek moyang itu hindu atau budha masih boleh di pertikai. Dan kita maklum, cara hilangkan jati diri bangsa itu adalah pisahkan bangsa dengan leluhurnya,
    jalan laut satu2nya jalan international dahulu kala. 
    Tulisan berbentuk ombak tanpa noktah itulah tulisan bangsa laut dahulu kala. 
    Tahu kah Tuan2 bahawa dahulu kala mmg sudah ada bangsa laut ini menunggu kelahiran junjungan besar di tanah haram. Di bahagian selatan semenanjung tanah melayu, belum di temui patung2 atau pengaruh2 hindu. Bani Jawi adalah penyembah Tuhan yg Esa. Bani Jawi menyebut para Nabi as dengan panggilan atok nenek. Iaitu leluhur mereka sebagaimana Ahlul Bait di nusantara. Tidak lagi bermuka arab pun. Itu salah satu contoh yg termuda setakat ini. 
    Tidak tahulah akan datang, mungkin ada juga yg pertikai Ahlul Bait.
  • Asus Panglima Salam saudara,sy mintak maaf,utk jelaskn mlayu wujud sblm adam,panjang lebar,elok kita bersua muka,kdang2 ilmu ni xleh d buka umum,bkn kdekut,tp sy tkt ada unsur fitnah@sesat,nabi sndiri xbuka ilmu yg tinggi d khalayak umum,tkt org kata sesat,hanya ahli2 sahaja layak tau
  • Asus Panglima Elok tuan2 berguru,tanya guru.insya,allah,petunjuk akn d buka
  • Asus Panglima Umat manusia akan terpecah 73kaum@73 jalan,tp yg smpai 1jalan,cari la 1jalan td menuju Allah Taala,sy doakn kpd saudara smoga beristiqomah dan berjaya,insya,allah
  • Rabeah Binti Mohd Ali Asus Panglima kita disini berkongsi ilmu, apa ilmu yang tuan hamba tahu kita di sini tak tahu...tak akan ada unsur fitnah jika ilmu itu berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Namapun alammaya cara alam maya disampaikan ilmu, InsyaAllah ahli-ahli di sini bisa memahami apa yang tuan hamba sampaikan . Ilmu itu bukan untuk diperdebat tapi untuk saling menasihati. Jika tuan hamba tak terangkan apa yang tuan hamba persoalkan maka jawapannya akan jadi tergantung-gantung. Di sini semua peminat ilmu maka amat tak suka jika ilmu yang tergantung-gantung seperti roh si syahid yang tergantung akibat hutang yang tidak dijelaskan.
  • Tuah Bugis Benar kata2 Rabeah Binti Mohd Ali tu Asus Panglima. Pengkhianatan ilmu boleh mendatangkan fitnah....Nauzubullah
  • Rabeah Binti Mohd Ali Ilmu tiada adap seperti pahlawan yang bertarung tanpa senjata. 
    Jika pahlawan bertarung tanpa senjata mudah ditewaskan musuh yang bersenjata.Jadilah pahlawan yang bersenjata yang bila-bila masa bersiap siaga untuk menentang musuh durjana.Mati Insya-Allah syahid. AAmiin.
  • Rabeah Binti Mohd Ali UKIRAN NYA JUGA BERTERASKAN ILMU

    Pendekar melayu dari Temasik,

    Pantas dan tangkas bermain senjata,
    Sarang tabuan jangan di usik,
    Kelak merana badan binasa

    Langkah Pahlawan melayu terbilang,
    Di tangan keris terselit bersilang,
    Bangsa melayu bukan nya calang,
    Tidak ada yang bisa menghalang

    Keris ku cabut bukan nya marah,
    Aku saja ingin mencuba,
    Pantang melayu tunduk menyerah,
    Lautan dalam sudah ku duga

    Keris bukan sebarang keris,
    Keris pusaka warisan melayu,
    Semua teratur duduk sebaris,
    Ukiran nya juga berteraskan ilmu

    Originally posted on Zairi's wall
    By: Ayah Muz Ilyashah

    PENDEKAR LAKSAMANA AYAH MUZ ILYASHAH

    You, Zairi Erie and 7 others like this.

    Ct Balqaish:

    alahai...macam lawak je..sekarang orang dah tak guna keris da.Ada pun simpn dok dalam laci.Senjata terkini pantas,tepat dan secepat kilat tu dia pistol atau senapang...

    Ayah Muz Ilyashah:

    jangan takut jangan kau lari,
    aku kan kejar sampai kau penat,
    keris ku bukan tamensari,
    aku beli kat kg datok keramat

    Ayah Muz Ilyashah:

    memang betul zaman dah berubah...warisan melayu akan pudar....sekarang zaman senjata modern...tapi jgn lupa..ubat doktor ubat doktor juga....kalau dah tesampok hantu kak limah ..cari juga pawang tradisional......jadi jgn lupa jgn tak percaya.....

    Putri Rimba Niagara:

    AKU BERJUANG BUKAN DI DALAM GELANGGANG!
  • Rabeah Binti Mohd Ali AKU BERJUANG BUKAN DI DALAM GELANGGANG!

    Tika aku terlantar parah begini...

    Mana pergi anak-anak muridku...
    Yang mengaku akan menuntut
    Darahku yang jatuh ke bumi
    Walaupun setitis!
    Ini bukan setitis...
    Tubuhku dipenuhi darah....
    Sesuka hati mereka
    Menetak ...menghentak
    Memukul ...menyepak terajangku
    Bukan aku tidak boleh melawan mereka
    Mereka terlalu ramai
    30 orang tu...
    Kalau benar mereka anak jantan
    Kenapa tak satu lawan satu?
    Biarpun begitu pantang
    Anak jantan lari di medan juang
    Biarpun mereka ramai
    Aku seorang
    Aku kerahkan segala tenaga jantanku
    Hingga tak kuhiraukan
    Darahku merecik sana sini
    Lagi kuat hayunan parangnya
    Lagi kuat hayunan
    Sepak terajangku
    Kerana mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
    Aku tidak bersenjata
    Kerna
    Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
    Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
    Kerna aku percaya
    Tuhan Mahu Mengujiku
    Kerna adalah suratan takdirku
    Aku terima dengan redho
    Coma jika dipanggil Illahi
    Adakah anak-anak jantan melayu
    Di luar sana masih membisu dan kaku
    Aku tidak minta ditebus kematianku
    Tapi jagalah bangsa melayuku
    Agar tidak menerima nasib sepertiku
    Diserang hendap tanpa dugaku
    Dan pantang aku
    Bangsa aku ditindas dan tertindas
    Tanpa sebab musabab....
    Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
    Makanya bangsaku
    Kalau melayu tak sokong melayu
    Siapa lagi?

    Pahlawanku yang teraniaya...
    Sabarlah...
    Tuhan bersamamu tika ini
    Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
    Andai kau dijemput Illahi...
    Syurga menantimu
    Insya-Allah Aamin

    Karya : Putri Rimba.
    24 April 2012

    Ayah Muz Ilyashah:

    @ Rabeah Mohd Ali.... Sudah lama kau menghilang, Rupa nya engkau pergi berguru,Kehebatan mu bukan kepalang,Kau pun salah satu dari murid ku...

    Putri Rimba:

    Terima kasih guruku ...kerna sudi akhirnya terima aku menjadi muridmu setelah aku terlantar di hospital...entahkan hidup entahkan mati....kalau aku mati berjanjilah denganku bahawa kau jangan sekali biarkan bangsa melayu diinjak-injak....
    5 minutes ago · Like
    Ayah Muz Ilyashah:

    oh begitu..kau sakit ya...ku do'akan agar kau sembuh sepenuh nya ...tak ku sangka keris ku punya angkara, tersusuk aku bukan sengaja, setiap murid ku akan merasa, barulah ku turunkan ilmu sambil ijazah..nah sekarang kau ku gelar perwira..tangkas pantas bermain senjata..jaga langkah mu jgn binasa..sebut namaku ku bila2 masa...
  • Rabeah Binti Mohd Ali SENYUMAN ANAK CUCU ADALAH SENYUMAN
    AMAT BERMAKNA BUAT PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH


    Ayah Muz Ilyashah...
    Darahmu ada darah kepahlawanan
    Kepahlawanan Laksamana Hang Tuah
    Biarpun Laksamana Hang Tuah telah lama bersemadi
    Tapi roh perjuangan sucinya hidup bersama semangat mu

    Biarpun rintangan
    Datang dari segenap penjuru
    Tak akan kau hiraukan lagi

    Rakyat dan Raja di bumi pertiwi mu
    Adalah lambang kekuatan untuk kau berjuang
    Memperjuangkan hak mereka yang selayaknya
    Mereka kecapi
    Bagi mu keamanan ibu pertiwi Indonesia
    Adalah matlamat perjuangan mu
    Dan semangat itu
    Tak akan luntur
    Sampai kapan pun!

    Hidup mu adalah perjuangan
    Perjuangan
    Hak Rakyat
    Hak Raja
    Hak Pemerintah
    Semuanya ingin kau gabungkan
    Agar tiada yang rasa terpencil
    Pabila bergabung ...ibu pertiwi pasti aman
    Pembangunan akan pesat membangun
    Dan boleh bersaing di persada dunia

    Hari-hari adalah perjuangan
    Tiada hari melainkan perjuangan
    Di mana kau pergi dan ke mana kau berada
    Adalah perjuangan
    Demi membela
    Agama, bangsa dan ibu pertiwi Indonesia

    Darah dan keringat mu
    Pasti akan terbayar juga
    Samada kau masih hidup
    Atau kau telah tiada di bumi ini
    Kerna Allah sentiasa bersama mu
    Allah sentiasa bersama semangat mu
    Dan Allah memakbulkan doa mu
    Yang mahu melihat anak cucu mu
    Tersenyum ikhlas menerima pengorbanan mu
    Senyuman anak cucu adalah senyuman
    Yang amat bermakna buat mu
    Pendekar Ayah Muz Illyashah

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    6 Mei 2012
    (KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU
    PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH)
  • Rabeah Binti Mohd Ali KAN KUBUKTIKAN PADA DUNIA KATA MOYANGKU
    LAKSAMANA HANG TUAH!


    Duhai Maha Guruku Ayah Muz Ilyashah...
    Terima kasih kerana sudi
    Ijazahkan padaku gelaran perwira
    Amat bermakna bagiku
    Kan kuwariskan keperwiraan
    Yang kau turunkan padaku ini
    Kepada generasi pelapis
    Agar keperwiraan ilmu Hang Tuah
    Tak hilang ditelan zaman....
    Kan kubuktikan pada dunia kata moyangku
    Laksamana Hang Tuah ,
    ' Melayu takkan hilang di dunia ini!'

    Karya: Putri Rimba Niagara
    8 Mei 2012

    Zairi Erie:

    Batang kayu bersarang madu
    Rebung seiris dimakan kuda
    Pantang Melayu diberi malu
    Ujung keris jadi penghapusnya

    Putri Rimba:

    Waduh! Pandai kamu berbicara!
    Tika aku bertarung di mana kamu?
    Kamu sebenarnya pengecut?
    Berani berkata mati....
    Tapi hakikatnya takut matiiiiii!!!!!!

    Aning Awang:

    Very well versed pantun! Cukup bersemangat!

    Ayah Muz Ilyashah:

    Pantun bukan sembarang pantun, Pantun Melayu berbaris barisan,Langkah ku buka bersopan santun,Itu lah dia seni warisan

    Ayah Muz Ilyashah:

    @ Aning Awang ..Kalau tuan mengopek bawang,Hati2 pedih nya mata,Terima kasih Wahai Aning Awang,Duduk mu itu saorang perkasa

    Aning Awang:

    Di sawah padi berlintah berpacat,
    Rintangan kecil dek kerana padi;
    Walaupun diangkat seribu darjat,
    Melayu tak layu kerana dipuji...

    Ayah Muz Ilyashah:

    Melayu tak layu kerana di puji, Sedikit tidak rasa berdebar, Tapi melayu selallu di uji,Tetap melayu bersifat penyabar

    Aning Awang:

    Pokok ketapang daunnya lebar,
    Tidak ditanam di dalam hutan;
    Kalau dah tahu Melayu penyabar,
    Janganlah pula diambil kesempatan....

    Ayah Muz Ilyashah:

    Sudah menjadi resam dunia,Yang sabar selalu teraniaya,Kerana melayu masih setia,Tetap kukuh walaupun di cabar

    Putri Rimba Niagara:

    LAKSAMANA HANG TUAH SEMEMANGNYA HEBAT!

    Bersabar melayu ada hadnya,
    Jangan sampai pasir masuk ke mata;
    Bumi bertuah ini melayu yang punya,
    Melayu jangan dipandang sebelah mata.

    Melayu jangan dipandang sebelah mata,
    Melayu setia pada ketua yang setia;
    Jika ketua berpaling tadah buruk padahnya,
    Kerna melayu takkan biarkan bermahaja lela.

    Dari dulu hingga sekarang,
    Melayu terkenal dengan kepahlawanannya;
    Pahlawang melayu nampak je garang,
    Tapi hatinya murni membela bangsanya.

    Dengan keris yang terhunus ini,
    Telah bersumpah pahlawan melayu;
    Bangsa melayu akan dibela sepenuh hati,
    Rela mati demi membela nasib melayu.

    Pergi aku menuntut ilmu persilatan
    Ingin berguru pendekar handalan;
    Ayah Muz maha guru persilatan,
    Kegagahannya tiada tandingan.

    Muridnya ramai tak terkira,
    Semuanya sudah menjadi pahlawan;
    Bergelar pahlawan rasa gembira,
    Membela nasib melayu itu diperjuangkan.

    Pahlawan bukan hendak menunjuk hebat,
    Tapi kerana membela nusa dan bangsa;
    Laksamana Hang Tuah sememangnya hebat,
    Telah bersumpah melayu takkan hilang di dunia.

    Maka dari itu ayuhlah semua pahlawan melayu,
    Bangkitlah dengan semangat baru;
    Jangan biarkan dizalimi bangsa melayu,
    Barulah aman dunia melayu.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    8 Mei 2012

    Ayah Muz Ilyashah Bersabar lah engkau wahai muridku,Jangan marah ikut kan nafsu,Langkah mu itu persiapkan dulu,Keris mu itu belum berhulu..hahahaa keris belum siap lagi baru nak buat

    Putri Rimba:

    Guruku...jangan aku dipandang sebelah mata...
    Mentang-mentanglah ilmu kepahlawananmu tiada siapa dapat tandingi....
    Tapi tahukah kau tiada siapa yang kuat di dunia ini...kerna ada yang lebih kuat daripada mu jika kau nak tahu...tapi memandangkan aku bakal anak muridmu makanya aku salut padamu sekali aje tak lebih dari itu...

    Armizar Levi's:

    apakah ini keris SEIRAS MELELA pak cik

    (PETIKAN DARIPADA WALL AYAH MUZ ILYASHAH & PUTRI RIMBA NIAGARA & ZAIRI ERIE)
    24 Mei 2012
  • Tuah Bugis Selamat berhujung munggu buat semua....

    http://youtu.be/ag3O1V9AiHg


    Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain,...
    YOUTUBE.COM
  • Rabeah Binti Mohd Ali makasih ya Laksamana Tuah Bugis atas , 'lagu sedetik lebih,' untuk semua teman-teman grup KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA. Semoga semua berjaya dunia akhirat. Aamiin.
    May 31 at 10:48am · Edited · Like · 2
  • سيريه امس Belajar dgn guru hakikat kat mana tu Asus Panglima ? Takpe Kodomo Lion cite je , klu slh blh tlg tunjukkan .
  • Dewata Majnun Dr apa yg sy pernah bace. Agama Islam telah wujud sejak zaman Nabi Adam. Cuma nama kitab yg brlainan spt Taurat, Zabur, Injil & Al-Quran. Tp agama tetap sama iaitu Islam, menyembah Allah yg Esa.
  • Dewata Majnun Apabila ssuatu kaum menuju kesesatan, Allah akan utuskan nabi/rasul utk betulkan akidah.

    Dlm kitab Veda ada mengatakan sembah pd Tuhan yg satu, Tuhan itu x blh disamakan dgn lain, Tuhan itu tiada ibu bapa/anak. Mungkin blh rujuk dlm ceramah Dr Zakir N
    aik. Dlm kitab Veda juga ada meramalkan kemunculan Nabi Muhammad saw.

    Dlm agama Buddha pula, ada yg mengatakan Gautama Buddha adalah seorg nabi. Dlm kitab Buddha juga ada menyentuh ttg kemunculan Nabi Muhammad saw.
  • Dewata Majnun Yup, betul 2 Kodomo Lion!
  • سيريه امس Setiap agama menyatakan bahawa Tuhan mereka adalah Tuhan yang Esa, yang Maha Kuasa yang hanya SATU. Fakta ini diberikan dalil melalui setiap kitab-kitab suci atau scripture ajaran mereka.

    Islam :
    ...See More
  • Dewata Majnun X mustahil ajaran2 tu disampaikan oleh para nabi terdahulu. Kmudian telah dipesongkan kcuali ajaran Nabi Muhammad saw. Kitab2/ayat2 yg telah dipesongkan/ditambah/dikurgkan itu telah mewujudkan agama baru spt yg telah diterangkan di atas. Kmudian agama2 baru ini disebarkan oleh pngikut2 mrk. Sehinggalah smpai ke nusantara.
  • سيريه امس Betul tu Dewata Majnun ... agama hindu dengan buddha ni sama aliranya ... buddha drpd pecahan agama hindu .. agama hindu ni wujud dr zmn Nabi ibrahim , sbnrya bukan hindu .. Nabi ibrahim bawa ajaran Tauhid , manusia yg x fhm ..jd la hindu .
  • Dewata Majnun Ayat2 al-Quran diturunkan utk betulkan smula akidah manusia pd waktu itu. Ditakdirkan juga, ayat2 al-Quran sampai ke nusantara. Alhamdulillah, nenek moyang kita dpt menerima dgn hati trbuka.
  • Dewata Majnun Smasa Nabi Musa sdang menunggu wahyu diturunkan, ada sorg yahudi telah buat patung lembu emas & mengajak kaumnya sembah patung tu wlaupun telah dilarang Nabi Harun. Itu citer dlm al-Quran. Jd x mustahil agama2 yg lain tu mengalami situasi yg sama.
  • سيريه امس Betul .. jd ilmu ni kena kongsi2 le , kena terangkan walaupun panjang .. Jgn menghukum akal org .
  • Dewata Majnun Ttg Melayu sblm Adam tu, masih x brape pasti. Mmg la kita disuruh prcaya kpd alam ghaib. Sy pun prnah gak bace artikel ttg al-Hin. Rasanya x salah pun nak terangkan kat sini. Klau nak mengelakkan fitnah, perlu terangkan dgn jelas. Sbg admin, sy suka bace ssuatu maklumat secara neutral. Sbb kita x leh terus menghukum pandangan/pendpt org lain. Asus Panglima perlu tingkatkan tahap keyakinan diri. X perlu terus diselubungi paranoid jika pndpt itu benar.
  • Tuah Bugis 'Menghukum Akal Orang'.....khiasan yang molek bro Syahrim
  • Rabeah Binti Mohd Ali Jika ilmu berdasarkan Al-Quran dan Hadis pasti tak tersesat . Bila mahu berhujah ada rujukan dan hujahan itu sohih meyakinkan boleh terus nyatakan tak perlu takut jika salah boleh diperbetulkan oleh mereka yang tahu. Bilamana kita berikan pandangan lepas itu kita tak mahu menerangkan hujahan kita seolah kita baling batu sorok tangan.
  • Rabeah Binti Mohd Ali Dalam memberi pendapat bukanlah menunjukkan kita ini hebat berdebat tapi kita mencari titik pertemuan yang kita ini saling berkongsi ilmu yang kita tak tahu. Yang tak tahu jadi tahu itulah ilmu yang berkat. Insya-Allah Aamiin.
  • Rabeah Binti Mohd Ali Karya yang saya hasilkan selalunya hasil daripada pembacaan, pendengaran daripada ustaz dan ustazah di tv, radio atau di kuliah ceramah masjid dan di alammaya juga. Jika mereka memberi komentar dengan bahasa yang jelek/kutuk makanya saya tak perlu jawab saya block terus jika saya jawab dikhuatiri banyak hati yang tersakiti. Tak guna kita berdebat dengan orang yang ingin menang dalam perdebatan tidak mahu mendengar pendapat orang lain. Maka kita berundur bukan bererti kalah tapi berundur memberinya kemenangan dalam bicara bisu yang tertanya-tanya sendiri. Biarlah dia dengan dunianya sendiri tanya sendiri jawab. Moga di grup ini kita sentiasa berkongsi ilmu yang memberi manfaat dunia akhirat . Ilmu yang membuatkan kita lebih dekat dengan Tuhan itulah ilmu yang berkat dunia akhirat. Insya-Allah Aamiin.
  • Tuah Bugis Benar tu Rabeah Binti Mohd Ali....sesebuah hujah harus lah kita terangkan, jika tidak...terbukti kita hanya membua buat cerita dgn sifat riak. Lebih2 lagi pabila nama Allah SWT digunakan sebagai memertabatkan diri sendiri sebagai orang arif, maka ia akan dipandang sebalik nya.
  • Rabeah Binti Mohd Ali Moga Asus Panglima menerangkan hujahan beliau bagi memahamkan semua ahli-ahli di grup ini. Kita di sini sentiasa menghargai setiap pendapat dan hujahan ahli cumanya kita rasa ralat jika ahli membuat hujahan tergantung-gantung tanpa jawapan tak bertitik.
  • Rabeah Binti Mohd Ali Tiada siapa yang pandai jika pandai pun ibarat 1 jari yang dicelup ke lautan luas yang melekat di jari itulah yang dimiliki kepandaian atas izin Allah. Jika hendak tahu pandai atau tidak bilamana dapat menjawab soalan kubur setelah mati barulah pandai yang Allah redha. Moga berkat Allah takdirkan pertemuan di grup ini kita boleh menjawab soalan kubur dengan lancar ..Insya-Allah AAmiin.
  • Rosamizam Bin Said Miza Siapa hang tuah sebenarnya dari mana datangnya,maaf bertanya
    1 hr · Unlike · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Walaupun saya tak tahu sangat Hang Tuah tapi naluri saya Hang Tuah sebati dalam jiwa saya, dengan izin Allah swt saya mengarang syair, puisi, pantun dan gurindam bertemakan Hang Tuah.
  • Rabeah Binti Mohd Ali BANGKITLAH SEMUA PAHLAWAN MELAYU DEMI FISABILILAH MEMBELA SAUDARA SEISLAMMU YANG DIZALIMI SYIAH TANPA EHSAN! 

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Bersatulah Melayu sedunia,
    Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

    Pendekar melayu menjadi sanjungan,
    Dulu kini dan selamanya;
    Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
    Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.

    Melayu sakit semuanya sakit,
    Kerana jiwa melayu berakar umbi;
    Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
    Itulah bukti melayu sudah satu hati.

    Melayu pencetus kebangkitan ummah,
    Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
    Pendekar melayu akan satukan ummah,
    Kerana mahu mati dalam fisabilillah.

    Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
    Anak jantan melayu pantang dicabar;
    Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
    Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

    Melayu hina melayu kepantang melayu,
    Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
    Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
    Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

    Melayu kuat kerana bersatu,
    Kutuk mengutuk hina menghina;
    Bukan jiwa pendekar melayu,
    Yang ada membela yang teraniaya.

    Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
    Raja sekarang selalu muafakat;
    Muafakat Raja bersama rakyat,
    Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

    Hulubalang sultan sedia berbakti,
    Pada raja berjiwa hamba-Nya;
    Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
    Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

    Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
    Raja dan rakyat saling menyanjungi;
    Kata sepakat semua rumpun melayu,
    Barulah mengundang Rahmat Kaseh Ilahi.

    Melayu oh! melayu
    Perwira oh! perwira
    Pahlawan oh! pahlawan
    Pendekar oh! pendekar
    Laksamana oh! laksamana
    Hulubalang oh! hulubalang

    Berjuanglah kalian
    Hingga ke titisan darah terakhir
    Fisabilillah lah kamu jangan jemu
    Syahidmu di medan juang
    Allah sayang padamu
    Syurga Firdausi tempatmu
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
    Syahid ke jalan-Nya
    Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
    Aku bangga denganmu
    Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
    Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
    Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR PENDEKAR MELAYU YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
  • Rabeah Binti Mohd Ali SELURUH BENUA INI AKAN KURENJISKAN TINTA BERDARAH
    DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI

    JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
    JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
    HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
    DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.

    BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
    ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
    HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
    ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.

    AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
    MENENTANG MUSUH DURJANA;
    DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
    MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.

    JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
    DUHAI SEMUA PAHLAWAN NUSANTARA;
    KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
    SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NUSANTARA.

    NUSANTARA INI KITA YANG PUNYA,
    MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
    TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
    LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.

    BIARPUN BUMI NUSANTARA INI BERMANDIKAN DARAH,
    AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
    DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
    AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN NUSANTARAKU.

    SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
    TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NUSANTARA TERCINTA;
    KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
    MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA. 

    PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
    BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
    BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
    SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU.

    CUMA HARAPAN KU SATU,
    JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
    MELAYU ITU CUMA SATU;
    MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.

    MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
    MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
    BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
    KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PAHLAWAN NUSANTARA)
  • Rabeah Binti Mohd Ali PARA ULAMA ADALAH PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW

    Drpd. Karaton Nusantara dengan izin YTM Sri Pemangku Adat bahawa:
    Sabda Pendeta "KETAHULAH BAHAWA AGAMA ISLAM ITU TIDAK SEMPURNA TANPA PERJUANGAN MEREKA YANG TERDAHULU, HATTA DEMIKIAN JUA TANPA MEREKA TIADA ADAT BUDAYA WANGSA NUSANTARA, KITA SEKADAR MENYAMBUNG KERJA MEREKA DI WAKTU ZAMAN INI" amin ya allah. Gambar sekadar informasi:

    You, Sri Pemangku Adat and 4 others like this.

    Ratu Rimba Niagara ULAMA ADALAH PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW AAMIIN YA ALLAH.
    23 hours ago · Like · 1

    Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara semua gambar ini memperlihatkan PARA SUNAN @ WALI-WALI bagi masyarakat Wangsa Bugis diseluruh dunia, amin ya allah.
    22 hours ago · Unlike · 2

    Ratu Rimba Niagara PARA ULAMA PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW

    PARA ULAMA ADALAH PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW
    KEKASIH ALLAH
    DICINTAI RASULULLAH
    MENYEBARKAN DAKWAH TANPA MEMIKIRKAN KEUNTUNGAN DUNIA

    PERJUANGAN DI DUNIA ADALAH SYURGANYA
    SENYUMANNYA SENYUMAN AHLI SYURGA
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    MOGA SYURGALAH TEMPATMU DUHAI MUJAHID ALLAH
    KUKAGUM DENGAN DAKWAHMU
    TAK KIRA PAGI PETANG SIANG MALAM
    AMALANMU BERDAKWAH
    BERDAKWAH... BERDAKWAH...BERDAKWAH...
    MENCURAHKAN ILMU SEBANYAK-BANYAK-NYA SELAGI TERDAYA
    KAMI MENGUTIPNYA BAGAIKAN
    PERMATA-PERMATA SYURGA YANG GUGUR KE BUMI
    BAGAIKAN SALJI
    SEJUK DAN TENANG ROH KAMI MENDENGARNYA
    BAGAIMANA KAU TAK JEMU BERDAKWAH
    KAMI TAK JUGA JEMU
    MENDENGAR MENGHAYATI SATU PERSATU
    AGAR DAPAT DIPASAKKAN IMAN DI KALBU
    TAK TERGUGAT BIARPUN TIKA DILAMBUNG TSUNAMI
    PABILA ILMU SUDAH SEBATI DALAM PASAKKAN TAUHID
    TIADA APA YANG BERHARGA DI DUNIA INI
    MELAINKAN MEMBAWA KALIMAH TAUHID
    TIADA TUHAN DISEMBAH KECUALI ALLAH
    ITULAH KALIMAH YANG DI-AGUNG-AGUNGKAN
    SEMUA HAMBA-NYA YANG BERIMAN AKAN HARI AKHIRAT
    DI HARI ITU TIADA APA YANG DAPAT MENOLONG KECUALI IMAN...
    MOGA KITA TERGOLONG DALAM HAMBA-NYA YANG BERIMAN
    AKAN HARI AKHIRAT ITULAH ILMU TAUHID YANG INGIN DIPASAKKAN DI KALBU IMAN OLEH PARA ULAMA PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW

    RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PARA ULAMA PEWARIS
    NABI MUHAMMAD SAW MOGA SYURGALAH TEMPATMU AAMEEN)

    (PETIKAN GRUP SRI PEMANGKU ADAT & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    18 SYAABATAN 1436H
    5 JUN 2015
  • Rabeah Binti Mohd Ali DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA TERCINTA

    You, Sri Pemangku Adat and 4 others like this.

    Ratu Rimba Niagara BIARPUN ILMU PERSILATAN DITAKLUKI TAPI TIDAK PERNAH WUJUD RASA UNTUK MEMBANGGAKAN DIRI TETAP BERADAT DAN BERADAP. TITAH RAJA SENTIASA TERJUNJUNG UNTUK DILAKSANAKAN.
    Yesterday at 5:57pm · Like · 1

    Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara jika seseorang Gelar Darjat Penggawa @ Penghulu Adat Istiadat bersikap sentiasa rendah diri dikalangan rakyat/masyarakat adat dan sentiasa taat setia kepada raja dan negaranya maka HARMONIlah hidup kita semua, amin ya allah.

    DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA TERCINTA

    RAJA BERJIWA RAKYAT
    MENGUTAMAKAN RAKYAT
    MEMAHAMI PENDERITAAN RAKYAT
    MEMBANTU SELAGI DAYA DEMI RAKYAT
    TAK PERNAH SOMBONG PADA RAKYAT
    TIADA RAKYAT TIADA RAJA TIADA RAJA TIADA RAKYAT
    RAJA BERKORBAN UNTUK RAKYAT
    RAJA DIKASIHI RAKYAT
    RAKYAT OH! RAKYAT
    BETA SENTIASA BERSAMAMU RAKYAT
    CUMA YANG BETA MAHU PADA RAKYAT
    JANGAN PERNAH LUPA , BETA SENTIASA DI HATIMU RAKYAT
    SELAGI NYAWA BETA ADA BETA PERJUANGANKAN UNTUK MU RAKYAT
    AYUH KITA BERSAMA MERAIH KEGEMILANGAN DUNIA AKHIRAT AGAR KITA TIDAK MERANA DI AKHIRAT
    MAKA DARI ITU KITA BERSAMA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB BERAT RINGAN SAMA DIJINJING
    BERAT SAMA DIPIKUL 
    AMANAH DIJUJUNG
    PENGORBANAN DISANJUNG
    ITU AMALAN KITA
    BUDAYA MELAYU
    TAK PERNAH LUPA SEJARAH
    SEJARAH DIRAJA DIMARTABATKAN
    DEMI RUMPUN MELAYU NUSANTARA
    DEMI PEWARIS BANGSA
    TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
    ITU SUMPAH LAKSAMANA HANG TUAH
    TAAT SETIA HANG TUAH KEPADA RAJA
    RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI RAJA
    ASALKAN INSTITUSI DIRAJA DIHORMATI DISANJUNGI
    PANTANG PAHLAWAN MELAYU NUSANTARA
    MENJADI RAKYAT DERHAKA
    RELA NYAWA DIPERTARUHKAN
    DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA TERCINTA
    DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    25 Febuari 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAJA NOOR JAN SHAH PEWARIS KERABAT DIRAJA SULTAN MELAKA)

    (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
    5 hours ago · Like · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali TERUSKAN PERJUANGANMU NUSANTARA DICINTAI

    Sekalung bintang emas diterima,
    Daripada Keraton Nusantara;
    Syukur Allahamdulillah dari-Nya,
    Berkat berbakti pada semua.

    Karang mengarang minat hamba,
    Bangsawan diRaja amat diminati;
    Dikarangkan penuh suka,
    Hingga tak ingat berhenti.

    Telah banyak kisah bangsawan diRaja,
    Hamba karangkan untuk rakyat dan Raja;
    Dengan harapan terealisasilah Institusi diRaja,
    Itulah matlamat dikarang bangsawan diRaja.

    Bahagia rasa hati matlamat tercapai,
    Bilamana dipentaskan dipertontonkan;
    Pada raja dan rakyat yang dikasihi,
    Dipanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.

    Pelbagai tema ditulis bangsawan diRaja,
    Agar rakyat tahu pengorbanan Raja;
    Menghormati menyanjungi institusi diRaja,
    Raja perlukan rakyat , rakyat perlukan Raja.

    Nusantara milik kita bersama,
    Negaraku negaramu seia sekata;
    Senada seirama merealisasikan bersama,
    Ke puncak jaya demi nusantara tercinta.

    Nusantara oh! nusantara tercinta,
    Bumi melayu adalah nusantara;
    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itulah sumpah Hang Tuah tercinta.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Jika melayu bersatu hati;
    Kikiskan budaya buruk sangka,
    Kita berusaha menyatukan hati.

    Andainya hari ini nafasku terhenti,
    Perjuangan jangan terhenti;
    Teruskan perjuanganmu nusantara dicintai,
    Barulah aman rohku di sana nanti.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    25 Februari 2013

    PETIKAN DARIPADA WALL GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    1 Ogos 2013.
  • Rabeah Binti Mohd Ali DARAH DNA PERNAH MELALUI PERJALANAN ZAMANNYA

    You, Sri Pemangku Adat and 3 others like this.

    Ratu Rimba Niagara NAMPAK UNIK , KLASIK DAN TENANG MEMANDANG.

    Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara sekira-kiranya anda melihat atau merasai sesuatu itu menarik JIWA KALBU itu berarti darah DNA anda pernah melalui perjalanan zamannya, amin ya allah.

    Ratu Rimba Niagara SUBHANALLAH KUASA-NYA MENGATASI APA YANG DIFIKIRKAN, 
    AAMIIN YA ALLAH.

    Indra Abdul Wahab hemmm.

    Indra Abdul Wahab soaraja bertimpa laja tiga..

    Ratu Rimba Niagara saoraja bertimpa laja tiga itu apa maknanya ye...?

    Indra Abdul Wahab CubaSri Ratu lihat atapnya....saling tindih menindih bersusun tiga. Tumah jenis ini banyak terdapat di Soppeng dan beberapa bahagian lain di sulawesi selatan...

    Ratu Rimba Niagara Iye lah itulah keunikannya dan sebab itu hamba katakan amat menenangkan menatapnya.

    (PETIKAN GRUP SRI PEMANGKU ADAT & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    18 SYAABATAN 1436H
    5 JUN 2015
  • Rabeah Binti Mohd Ali SABDA PENDETA

    You, Sri Pemangku Adat and Indra Abdul Wahab like this.

    Sri Pemangku Adat BENTARA DALAM MAJLIS PENGANTIN.

    Ratu Rimba Niagara PENGANTIN BAGAIKAN PENGANTIN DIRAJA DIZAMAN HULUBALANG.

    Drpd. Karaton Nusantara dengan izin YTM Sri Pemangku Adat bahawa:
    Sabda Pendeta "PERCAYAKAH ANDA PADA MAKHLUK SEPERTI INI SEDANGKAN KITA SEMUA TIDAK PERNAH MELIHATNYA, BAGAIMANA NENEK MOYANG KITA CERITAKAN, JIKA KITA TIDAK PERCAYA BERERTI NENEK MOYANG KITA ADALAH PEMBOHONGAN, PERCAYAKAH ANDA BAHAWA NENEK MOYANG ANDA PERNAH MEMERINTAH SESEBUAH KERAJAAN SUATU KITA DAHULU ATAU KITA MENJADI PEMBOHONG KERANA TIDAK PERCAYA KEPADA NENEK MOYANG" amin ya allah. Gambar sekadar informasi:

    Sri Pemangku Adat
    Drpd. Karaton Nusantara dengan izin YTM Sri Pemangku Adat bahawa;

    Sabda Pendeta "MEREKA SANGGUP MENGORBAKAN HARTA BENDA SERTA JIWA RAGA MEREKA UNTUK MEMPERTAHANKAN TANAH AIR, SIAPAKAH? MEREKA MELAINKAN NENEK MOYANG KITA, APAKAH? KITA JUGA BERSEDIA MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM DAN ADAT BUDAYA KITA", Gambar sekadar informasi:

    (PETIKAN GRUP SRI PEMANGKU ADAT & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    18 SYAABATAN 1436H
    5 JUN 2015
  • Rabeah Binti Mohd Ali LOGO KESULTANAN INDERAPURA BERJIWA HAMBA-NYA

    1. Menegakkan kalimah suci La-ilaha-iLLaLLah- Muhammadur-Rasulullah (لا اله الا الله محمد رسول الله)
    2. Mahkota diRaja lambang kekuasaan Raja berjiwa hamba-Nya
    3. Bulan sabit lambang kerajaan yang memartabat Islam.
    4. Singa lambang keberanian
    5. Naga lambang kekuatan
    6. Keris lambang kepahlawanan Hang Tuah
    7. Bintang lambang kejayaan Pemanshuran Sultan KesultananInderapura Pada 01 hb Disember 2012 
    8. Semua logo yang tertera adalah sumber inspirasi Ratu Pujangga Rimba Cinta 5 Benua berkarya. Kerajaan Rimba Niagara mempunyai misi dan visi yang sama dengan Kerajaan Kesultanan Inderapura. Cumanya Kerajaan Rimba Niagara di alam ghaib yang diilhamkan 
    oleh Allah SWT. Jika dengan Rahmat Kaseh-Nya dengan bekata
    KUN FAYAKUN maka jadilah realiti Kerajaan Rimba Niagara Insya-Allah Amiin. 

    'MOGA SUKSES MEMBINA NEGARA BANGSA SEPERTIMA MAHUNYA 
    RAKYAT JELATA SEIRING KEHENDAK ALLAH AZZAWAJALLAH AAMIIN' 

    UCAPAN TAHNIAH DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA KERAJAAN RIMBA NIAGARA MEWAKILI MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    ISTANA RIMBA NIAGARA 
    17 Disember 2012

    Kesultanan Indrapura Amin Ya Allah Amin Ya Rabbal Alamin. Salam kasih sayang untuk kita semua semoga Allah meridhoi langkah kita.

    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

    (PETIKAN DARIPADA KESULTANAN INDERAPURA & MAJLIS PANGKUAN DIRAJA
    MELAYU ISLAM NUSANTARA & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    17 Disember 2012

    (PETIKAN DARIPADA KESULTANAN INDERAPURA & MAJLIS PANGKUAN DIRAJA
    MELAYU ISLAM NUSANTARA & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    17 Disember 2012
  • Rabeah Binti Mohd Ali KISAH BUNIAN TERSEBAR DI SELURUH ALAM MELAYU

    Dewata Majnun shared Hibatullah Yusof Al-Haj's photo.

    Hibatullah Yusof Al-Haj
    BUNIAN
    #makhlukmisteri

    Kisah BUNIAN tersebar di seluruh Alam Melayu. Apakah BUNIAN itu dari bangsa Jin atau bangsa Manusia? Mohon pencerahan dan kongsi pengalaman/kisah jika sudi. (Gambar sekadar hiasan). Terima kasih sebelumnya.

    Unlike · Comment
    You, Alam Pren Adni Mpn and 13 others like this.

    سيريه امس Info x jelas ..

    Lela Rentaka Klau dr apa yg saya blajar, Bunian adalah gelaran yg diberi oleh org Melayu pd makhlok ghaib yg pd dasarnya adalah berasal dr Jin Islam. Wallahu'aklam.

    Dewata Majnun Pemahaman sy pun bgitu, Lela Rentaka.

    Dewata Majnun
    Dewata Majnun's photo.

    Hyze Ezzy Mohon pencerahan Misteri Alam

    Nor Izan smile emoticon

    Panji Hitam Bunian adalah makhluk yg berasal dr percampuran antara jin dan manusia

    Misteri Alam Ada dua usul. Pertama dulu ada satu kaum arab. Suka berniaga menternak dan bertani. Sangat berjaya sehingga tak sempat kemasjid tetapi mereka sangat tàat agama. Lalu org2 mengata mereka walaupun kaya tetapi lupa ibadah. Utk elakkan dari org berdosa mereka berdoa agar tidak dapat dipandang manusia lain. Lalu dimakbulkan.mereka adalah bani yan..

    Misteri Alam Ada satu usul lagi. Di zaman rasulullah ada satu kumpulan dikejar hendak dibunuh. Lalu mereka terserempak rasulullah lalu minta didoakan agar dihalimunankan. Lalu rasulullah pun berdoa dan makbul.

    Misteri Alam Ada lagi yg saya tahu. Bunian itu adalah makhluk cahaya berbentuk manusia dan ada nafsu. Berpakaian putih dan bersayap. Mereka lah al malaul a'la yg disebut didalam al quran. Penduduk di kedudukan tertinggi. Mereka menempati seluruh pelusuk alam. Dan ada yg hybrid yaitu turun dalam jasad manusia melalui medium seperti padi, buluh betung, muntah lembu, telur dsbnya. Mereka makhluk cahaya dan hybrid mereka yaitu manusia ada yg nyata dan ada yg ghaib. Yang nyata di alam dunia. Yg ghoib di alam bunia. Ayat keramat dahulukala.. Selagi Melayu di Alam Bunia Takkan Melayu Hilang Didunia. Yang mana separuh ayat itu disampai oleh Hang Tuah.

    Panji Hitam Derajat manusia biasa lbh tggi dr bunian

    Zaid Razmal Kena tanya Alam Bunian

    MulutLicer MekTijah berderau darah panglima kou ye

    Ratu Rimba Niagara hamba ada mengarang kisah puteri bunian , kisah itu cuma imaginasi diadunkan dengan mimpi tapi bila saya siarkan di grup salah seorang mengatakan kisah puteri bunian itu adalah kisah benar terjadi di zaman dahulu di nusantara.

    Dewata Majnun

    Ratu Rimba Niagara Biar putih tulang jangan putih mata....hehehe

    Misteri Alam Saya jumpa anak bongsu puteri bunian.. Nikah dengan dio lagi putih mato... He he he..

    Ratu Rimba Niagara Manusia mana boleh nikah puteri bunianlah...jika dengan naga sakti bolehlah ya...makanya tak ada yang putih mato ok...hehe

    Misteri Alam Check aa.. He he

    PETIKAN GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    18 SYAABAN 1436H
    5 JUN 2015
  • Rabeah Binti Mohd Ali KITA WAJIB PERCAYA ADANYA ALAM GHAIB

    BUNIAN
    #makhlukmisteri
    Kisah BUNIAN tersebar di seluruh Alam Melayu. Apakah BUNIAN itu dari bangsa Jin atau bangsa Manusia? Mohon pencerahan dan kongsi pengalaman/kisah jika sudi. (Gambar sekadar hiasan). Terima kasih sebelumnya.
    Like · Comment · Share
    Alam Pren Adni Mpn and Sri Pemangku Adat like this.

    Sri Pemangku Adat Salam Hormat, menjawab soalan?.. Adakah Bunian itu bangsa Jin atau bangsa Manusia?.... JAWAPAN... Bunian adalah bangsa Manusia Ghaib... ia bukanlah bangsa Jin... KERANA tidak mahu disalah faham oleh umum maka penjelasan itu tidak diberikan secara terperinci... justeru, sebaiknya merujuk pada yang lebih arif dalam hal-hal Alam Ghaib..supaya tidak tersalah AKIDAH ISLAM....amin ya allah.

    Ratu Rimba Niagara Terima kasih atas penerangan YM Sri Pemangku Adat. Moga kita terselamat daripada tersalah akidah islam. Aamiin Ya Allah.

    Anafakir Anafakir pernah membaca artikel tulisan Dato' Harun Din lama dahulu. Dikatakan bunian adalah hasil perkahwinan di antara manusia beratus/beribu tahun dahulu dgn jin, ringkasannya mereka ini dicemuh oleh masyarakat di zaman dahulu dan kerana merasa malu,mereka memohon kpd Allah supaya dilindungi dari masyarakat. permohonan mereka dikabulkan maka hiduplah mereka di alam ghaib,berkembang biak. wallahualam.

    Ratu Rimba Niagara Segala alam ghaib hanya Allah swt yang tahu, kita cuma diwajib percaya adanya alam ghaib.

    PETIKAN GRUP SRI PEMANGKU ADAT, MELAYU MANI JAWI, KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    18 SYAABAN 1436H
    5 JUN 2015



0 comments:

Post a Comment

 
;