Monday, 10 August 2015

AIDILFITRI HARI MULIA (261) CINTAI BANGSA MELAYU


AIDILFITRI HARI MULIA (261) CINTAI BANGSA MELAYU


News Feed

RECENT ACTIVITY
Sejarah awal سجاره اول
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.atau disumatera dikenal dengan tulisan arab melayu.
Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya.
Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik. Barangkalinya, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan tulisan Jawa yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan. Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di Jawa, Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada kerajaan Javaka kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan Majapahit dan Srivijaya yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab.
Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H) dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 1300–1399 M yang ditemui di Sumatera, sementara penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19.
Kawasan Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Srivijaya selewat abad ke-13, sementara Kesultanan Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18. Ini menguatkan hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi oleh kerajaan abdi Pasai di bawah Srivijaya
.
Penyebaran dan perkembangan tulisan Jawi
ڤڽيبرن دان ڤركمبڠن توليسن جاوي
Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.
Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja João III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719).[16] Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.
Like   Comment   
OLDER
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'PENDEKAR MELAYU DARAH HANG TUAH,' Karya Ratu Rimba Niagara, Ayah Muz Ilyashah, Zairi Erie,Syaipul Tengku Andhika, Ian Basten & Rahmad Pijha

KALAU MEMETIK DAUN GELENGGANG
BUKAKAN DULU KAIN SARUNG...
Continue Reading
Like   Comment   


Astrid Tambusai shared her post.

Pada tanggal 17 AGUSTUS 1945, KEMERDEKAAN RI pun akhirnya di kumandangkan hingga ke pelosok negri. namun merdeka tak sesuai dg maknanya bagi bangsa Melayu. jadi apakah makna kemerdekaan bagi Bangsa Melayu???
Like   Comment   
Like   Comment   
INDONESIA & MALAYSIA SEHATI SEJIWA," SELAMAT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE 70 & SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58"
Your Notifications
Adlin Glandesteln, Khairuddin Nasti and 5 others posted in Batu Bara Mengayak (BBM).
...Continue Reading
Like   Comment   

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'PENDEKAR MELAYU DARAH HANG TUAH,'  Karya Ratu Rimba Niagara, Ayah Muz Ilyashah,  Zairi Erie,Syaipul Tengku Andhika, Ian Basten & Rahmad Pijha


KALAU MEMETIK DAUN GELENGGANG
BUKAKAN DULU KAIN SARUNG
MARI PENDEKAR MASUK GELANGGANG
SIAPKAN KERIS UNTUK BERTARUNG
By Zairi Erie

You and 81 others like this.

Syaipul Tengku Andhika Ze@pergi ke toko membeli gelang...gelang di beli si emas murni..kalau di suruh masuk gelanggang..tak pakai kerispun aku berani..


Halim Lim mari memetik daun glenggang,,batang kayu dibelah-belah,,kalau keris sudah dipegang,,pantang melayu mundur selangkah,,

Yoes Rokan haahhaaa...mantap...THE BEST buat pak Zairi Erie

Syaipul Tengku Andhika Batamg kayu di belah belah...dibelah di samping rumah..takkan melayu mundur selangkah...walau harus bermandikan darah..

Ian Basten pisang batu pisang kelat mri d msak d atas batu,jgn mentang pndai besilat mari kite satu lawan satu.

Rahmad Pijha daun gelenggang daun mengkudu
dipetik oleh Si raje melake ..
Klo sudah masuk masuk k gelanggang
Sedikit ilmu badan binase..

Edwar Abuhasan Dari ladang terus kepasar,hendak membeli si daun jarak,jika musuh datang mencabar,Pantang melayu untuk menolak...


Ratu Rimba Niagara Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.


Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.

Guruku namanya Pendekar Mastur,
Maha Guru Silat yang terhandal di Sumatera;
Katanya bila dah sampai ke gelanggang jangan mundur,
Biar bermandikan darah namun semangat tetap membara.


Rahmad Pijha Sungguh indah Bunge yang Mekar
Jike di petik Layu daun nye...
tak ade gune saling mencabar
Melayu bersatusaling menyatu


Ratu Rimba Niagara Melayu jangan mudah melatah,
Bukan siapa hendak mencabar siapa;
Hanya mahu menakutkan musuh,
Agar musuh tahu anak jantan itu siapa.

Kalau engkau malu mengaku pendekar,
Aku ke gelanggang dicabar Maha Guru Zairi;
Makanya aku takkan berundur,
Akan ku perjuangankan jiwa melayu sampai mati.


Aku tahu aku tak sehebatmu pendekar Rahmad,
Tapi jangan diduga laut yang dalam;
Pendekar melayu bersatu mendapat Rahmad,
Diwarisi kependekaran dengan jiwa mendalam.

Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan mundur.


Nooraini Hamim kalau memetik daun gelengang
buka duli c kain sarong
bukan hamba tak mahu masuk gelanggang
takut nnt kalah bertarong...


Ratu Rimba Niagara Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.


Is Kandar hbislh kemik kepale oghang bwh tu..

Noordien Nashroel Haqy Gelanggang laksmana raja di laut berbukit batu
hempaskan kris gayungkan senjata
wahai kang Zairi Erie salam rindu
kapan2 bolehlah makan bersama...


Sri Bona org yg di atas awas buang Angin. kwkwkw.


Ayah Muz Ilyashah Duduk di bawah pepohon getah
Sambil menguyah ubi dan pengat
Membujur lalu melintang patah
Sidiranmu itu naikan semangat


Ayah Muz Ilyashah Sudah ku siap masuk gelangang,
Sila lah turun mengatur langkah,
Darah Melayu di cabar pantang,
Sekali ku hembus tak akan mengalah

Donni Dofiandi kapan nak lawan nya nih ayo siapa yang mau maju aku beli...


Ratu Rimba Niagara Aku tahu ilmu persilatanmu penuh di dada,
Sebab itu kau tak masuk berlenggang;
Biarpun keris mu itu dihunjam di dada,
Rela ku mati dalam gelanggang.

Tapi awas! Jangan sekali mencuri tikaman,
Berlawan jangan ada tipu daya yang menipu,
Setiap langkahmu semuanya dalam perhatian,
Sekali kau menendang 10 kali aku membalas tendanganmu itu.


Ayah Muz Ilyashah Aku tak perlu menghunus keris ku, Langkah ku atur mengikut rasa,Bukan di kau lawan bagi ku,Aku lah yang bergelar Wan Perkasa. Wan Perkasa turun gelangang, Jangan cuba buka lipatan,Ku tepis semua serangan yang datang,Rusuk mu bertubi tubi ku beri tumbukan.... hahaha... Aku bukan sebarang aku, aku datang menabur ilmu, Jangan rapat dengan diri ku... Kelak kau akan terkena sengatan dari ku

Ratu Rimba Niagara Siapa pun gelaranmu tak kan ku gentar...
Kerana aku diajar guruku
Jangan mundur sebelum berjuang
Tahu kah engkau aku ini anak jantan melayu
Anak jantan melayu pantang dicabar
Kau tepis aku melompat
Lihatlah keris digengamanku ini
Pasti akan terhunjam di dadamu
Awas!!! Wan Perkasa!! hehehhe


Candra Ican aduh nampak parang panjang melintang lintang takutlahlahtu cerite ajelah... mane ade jiwe kstria jaman sekarang.. kalau ndak mohlah kite betikam hehehehehehehhehe


Ratu Rimba Niagara Siapa bilang jaman sekarang tak ada jiwa kstria...??? Tak belajar belajar sejarah kepahlawan melayu jaman Hang Tuah ke? Sumpahnya melayu tak akan hilang di dunia makanya jiwa kstria akan wujud hingga kapanpun! Kerana engkau anak jantan melayu tak tahu sejarah Hang Tuah...cepat turun ke gelanggang kita bertarung habis-habisan ! Biar engkau tahu sumpah Hang Tuah itu adalah benar! Biar keris laksamana Hang Tuah ini menjadi saksi kepada penderhaka seperti engkau anak jantan yang pengecut!!!!! hihihihi

Ayah Muz Ilyashah Wahai anak siapa nama mu,
Pipi mu masih kehijau hijaun,
Aku tak gentar dengan suara mu,
Aku takut kau yang dulu pengsan
hahahahaa
Dadaku bukan untuk di tikam,
Sebelum kau sempat menghunus keris mu,
Kau akan terasa Gamam,
Pabila kau tahu siapa diri ku


Ratu Rimba Niagara Wahai pendekar perkasa...yang tak perkasa...aku tak heran pun sapa diri engkau...jangan aku dipandang sebelah mata dengan mengatakan aku masih lagi kehijauan....Ciss bedebah engkau! Anak jantan melayu pantang dicabar...lautan dalam jangan di duga...kalau engkau hendak tahu...darah yang mengalir ditubuhku ini adalah darah pahlawan hulu balang raja bugis! Moyangku berpesan ...sahut cabaran jika dicabar! Makanya demi sumpah setiaku pada moyangku aku tak akan berundur walau seinci pun rela kumati dalam gelanggang ini. Ayuh!!! Tunjukkan taring harimaumu itu ... kalau kau benar perkasa!!! heheheheh

Moelkan Hasan Kayu sama kayu,
Kayu mana boleh ditebang
Melayu sama melayu
Melayu mana boleh betentang


Ayah Muz Ilyashah hahahahahahaha rupa nya kau marah di tengah gelangang..kasihan aku pada mu..anak muda tak dapat nak menahan kemarahan....jangan kau tikam musuh kerana marah, jangan kau mengata ciss..cuba kau katan cheese boleh kita makan bersama...hahahaha nah ambil dari ku ini... Bila kau tahu siapa diriku,
Pasti gementar seluruh tubuh mu,
Cepat cepat kamu berlalu,
Sebelum melayang penangan dariku

Langkah kaki ku tak pernah ternoda,
Kencang bagaikan angin nan terbang,
Sebelum kerisku menikam dada,
Lebih baik kau keluar dari gelangang
Hahahahha...


Ratu Rimba Niagara Aku takkan keluar dari gelanggang...
Biarpun mati aku rela
Daripada undur dimedan juang!
Biar aku mati bermaruah daripada aku mati digelar sebagai pengecut! Segala seranganmu akan kutangkis, tulangku besi beruratkan dawai ...mana mungkin kutewas ditanganmu itu
Tengkukmu itu akan kupatahkan dengan siku ini..!Sebelum kau cedera parah di tanganku ini lebih baik kau suruh pendekar zairi erie sediakan ambulan untuk mengusung kau ke hospital!!!! hehehehe

Ayah Muz Ilyashah Bukan kau tak tau yang aku ini Wan Perkasa,
Pantas dan pintas bermain senjata,
Atupun kau saja berpura pura,
Nak curi ilmu yang aku ada

Jangan kau harap aku nak beri,
Langkah gerak cengkaman maut,
Pergi lah engkau cari sendiri,
Ilmu ku sudah cermat ku balut

Sangkabuana itu guruku,
Di Bukit Saga aku bertemu,
Kau tak akan dapat sentuh tubuhku,
Sebelum kau sempat terbakar jantung mu


hahahahaa..kau marah lagi wahai anak muda..sampaikan ambulan nak kau sedia...untuk aku kau kata..rupa nya kau dah lupa Zaman Hang Tuah mana ada itu semua...cuma mak bidan sama tok pawang sahaja..geli hatiku tak terkira..dalam diam kau curi ilmu ku juga ..tapi tak akan berjaya sebab aku tak pernah mengijazahkan kapada sesiapa..cuma murid2 ku sahaja....Tok maharaja lela salah satu dari nya...ku serahkan pada nya..kau hanya layak berdepan dengan dia..sebab ilmu mu itu tak seberapa..lagi pun aku nak hantar kau naik ambulan ka hospital Sultan Ismail dekat dgn taman daya..hahahahahaha


Ratu Rimba Niagara Begitu angkuh kau berkata-kata...siapa yang heran dengan ilmu persilatanmu itu...sekali aku cekak dan kubaling kau ke bumbung atap rumahmu jatuh terguling-guling kau di situ..sebelum jatuh terguling akan kusambut dikau kerana aku tak tega melihat kau mati pendekarku...biarlah kau mati dalam gelanggang ...jangan mati di luar gelanggang...itulah prinsip aku pendekar melayu ..anak jantan melayu yang tak akan takut mati ! Heheheheh



'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA '

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,

KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
26 SYAWAL 1436H
11 OGOS 2015


0 comments:

Post a Comment

 
;