NUSANTARA SEHATI SEJIWA (17) MIKRAJ CINTA PART 1
Engkau tr,bang bbas
Entah diranting mna engkau akn hinggap?
Dn brtduh dirimbun daun,y
BERERTINYA KEJUJURAN
Sesiapa saja boleh melafazkan jujur,
Mulut berkata lain hati bicara lain;
Jadi mana letaknya jujur,
Sejujurnya tanya hati tanyalah iman.
Kejujuran terletak pada hati,
Hati yang ikhlas tersirna kejujuran;
Orang yang jujur sentiasa dihormati,
Sahabat sejati selalu memberi sokongan.
Hati tak nampak kerana terselindung,
Perselindungan yang penuh teka teki;
Orang yang ikhlas tak perlu bimbang,
Kerana mata batin nampak di hati.
Kejujuran terserlah di hati,
Bila berkata lahir dari sanubari;
Mata berkaca sejernih air di kali,
Senyuman terukir wajah berseri.
Bila kejujuran nampak di hati,
Semua janji akan ditepati;
Bukan seindah menabur janji,
Memakan diri tak tertunai nanti.
Orang jujur ramai yang menyukai,
Bila bercakap seikhlas hati;
Bukan kejujuran sampai memakan diri,
Diperkotak katikkan sesuka hati.
Bila berkata asyik membangga diri,
Kerana rasakan hidup serba sempurna;
Perasaan orang lain tidak diambil peduli,
Sahabat menjauhkan diri kerana hati terluka.
Kejujuran buat hati jadi tenang,
Segala urusan dipermudahkan Tuhan;
Ditempuhi segala dugaan yang datang,
Moga mendapat redhaNya Tuhan.
Berertinya kejujuran dalam setiap kehidupan,
Hidup dilalui bagaikan sinar ketenangan;
Wajah berseri-seri hati penuh keceriaan,
Tiada langsung berdengki-dengkian .
Teman menyelewang hati tak keharuan,
Bila berkata tiada kebenaran;
Perkataan yang sia-sia yang diluahkan,
Persahabatan hambar tiada berkekalan.
Hati terhiris bak sembilu pilu,
Kata-kata diluahkan bagaikan hirisan;
Hirisan hati penuh pilu,
Biarkan kuundur diri jangan aku dipersalahkan.
Jangan aku dipersalahkan,
Kesan dari ketidakjujuran;
Mulut mengiyakan hati menafikan,
Itu tandanya orang mempersendakan kejujuran.
Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.
Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.
Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.
Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013M
2 hours ago · Like · 1
FALSAFAH YANG SAMA DEMI DIA
aku adalah aku
kau bukan aku
aku bukan kau
penderiaanmu lain
penderianku lain
falsafahmu lain
falsafahku lain
aku adalah aku
kau dan aku
ditemukan di alam maya
bukan perancanganmu
bukan perancanganku
semuanya atas kehendak-NYa
bukan tidak disengajakan
tapi disengajakan
pasti ada hikmahnya
untuk saling berpendirian yang sama
untuk saling berfalsafah yang sama
mengaku tiada Tuhan lain yang layak disembah kecuali DIA itulah pengakuan semua hamba-NYa tika berada di alam roh sumpah setia roh itulah yang hendak di tauhidkan di jasad
agar dipasakkan kalimah tauhid yang mengaku adanya Tuhan sehingga nafas terakhir....
jika kalimah tauhid itu matlamat kau dan aku
makanya kita telah ditemukan sejak azali
untuk bersama menyebarkan luaskan
kalimah tauhid di kalbu imanku imanmu iman semua
RATU RIMBA NIAGARA
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013M
Pandan Harum Mewangi Andai aku diam,bukan berarti aku tak sayang,tapi dilemma antara kebersamaan Dan berkesudahan.thanks sahabatq,
Ragielwida Pandir Kelana Wardah Qasturi @selamat pagi, selamat beraktivitas, salam santunku
Bon Java ,,,Tak perlu kata untuk ku-jelaskan, sebab kau tlah mengerti tentang aku disini,,,
Nur Yasmeen Qalbi naluri hati akan pasti jelas dengan keikhlasan di jiwa..
naluri hati akan pasti jelas dengan keikhlasan di jiwa..
Zaina Syuhada keharibaanNYA
terayun dalam seutas benang cinta
dari Yang Maha
yang mengikat hati manusia
bagiNYA..
hanya bagiNYA
cinta kedua yang tersisa.
SENYUMLAH BONDA
Senyumlah bonda...
Senyumlah bonda kerana bonda diKurniakan
Anak sesoleh nanda
Nanda sayangkan bonda
Sayang sesungguhnya sayang
Sayang dunia akhirat
Apa saja yang nanda lakukan
Hanyalah untuk kebahagiaan bonda
Andainya cinta nanda dengan kekasih nanda
Bonda tidak restui
Nanda rela kehilangan cinta kekasih
Daripada kasih dan sayang bonda
Biar nanda yang kecewa
Biar nanda yang luka
Biar nanda dikatakan kejam oleh kekasih nanda
Asalkan bonda bahagia
Bahagia bonda adalah bahagia nanda
Redha bonda kepada nanda
Adalah redho Allah untuk nanda
Bonda sempena hari ibu ini
Nanda mengarangkan sepotong ayat-ayat cinta untuk bonda
Tersayang.....
Bonda nanda sayang bonda sampai Syurga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013M
PETIKAN PAGE HAFIZ HAMIDUN & RATU RIMBA NIAGARA
4 ZULKAEDAH 1436H
19 OGOS 2015
0 comments:
Post a Comment