Monday, 31 August 2015

NUSANTARA SEHATI SEJIWA (62) PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN KE-58 YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN


NUSANTARA SEHATI SEJIWA (62) PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN KE-58 YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN



PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN KE-58
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
...
PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN KE-58
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
30 OGOS 2015
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Negara kita telah merdeka selama 58 tahun. Telah banyak kemajuan yang dicapai oleh negara kita selama ini dan Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan dihormati di persada dunia.
Asas yang membina kemerdekaan dan kemajuan negara kita ialah kepercayaan. Sebelum merdeka dahulu, penduduk negara ini yang berbilang kaum dan agama mempunyai rasa sangsi antara satu sama lain. Namun, berkat kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu, mereka telah berjaya memupuk kepercayaan masyarakat majmuk di negara ini bahawa Malaysia adalah milik semua warganegara tanpa mengira kaum dan agama. Semua warganegara mempunyai hak yang dijamin oleh Perlembagaan dan semua mereka bertanggugjawab untuk memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara dengan memupuk perasaan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
Kepercayaan juga terbentuk antara pemimpin pelbagai kaum. Pemimpin Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai kepentingan semua kaum dan merancang kemajuan negara kerana mereka mempercayai antara satu sama lain. Memang sepanjang negara ini ditadbir oleh Barisan Nasional, terdapat beberapa masalah yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum, tetapi semua masalah ini dapat diatasi kerana pemimpin Barisan Nasional percaya bahawa perundingan dan kerjasama adalah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
Rakyat juga mempercayai kerajaan yang memerintah. Mereka percaya bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk memerintah secara adil dan saksama, melaksanakan pembangunan demi kesejahteraan rakyat, memacu kemajuan ekonomi, menyediakan pendidikan yang berkualiti, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerana itu, selama 58 tahun merdeka, rakyat di negara kita tidak pernah bertindak melampau untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik menerusi pilihanraya yang bebas dan adil.
Para pelabur dan komuniti perniagaan juga selama ini mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap negara kita. Mereka yakin bahawa dengan kestabilan politik, keharmonian kaum dan kecekapan kerajaan mengurus negara, pelaburan dan perniagaan mereka di negara kita adalah terjamin. Dengan keyakinan ini, Malaysia merupakan antara penerima pelaburan langsung asing yang tertinggi di rantau ini dan saban tahun mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.
Sekiranya kita dapat mengekalkan, malah memperkukuhkan kepercayaan antara sesama pemimpin, antara sesama rakyat, antara rakyat dan pemimpin, antara kerajaan dan rakyat, antara pelabur, komuniti perniagaan dan institusi ekonomi negara, maka saya yakin negara kita akan terus berada pada landasan yang betul dan bersedia untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Namun, pada masa ini ramai pihak berpandangan bahawa negara kita sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan (trust deficit) yang parah. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan sudah semakin longgar. Kepercayaan pelabur dan komuniti perniagaan kepada ekonomi negara juga sudah luntur.
Ringgit kita kian merudum terutamanya berbanding Dollar Amerika dengan nilainya sekarang yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Pasaran saham jatuh, rizab negara merosot dan sentimen pengguna adalah paling rendah dalam tempoh 7 tahun.
Benar, faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi mempengaruhi pasaran kewangan dan ekonomi, tetapi prestasi kita antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara serantau. Inilah realiti yang harus kita terima dan mesti diatasi dengan segera.
Saya menyambut baik kenyataan Gabenor Bank Negara bahawa asas ekonomi negara kita kukuh. Ini adalah satu perkembagan yang amat baik untuk kita membina semula kepercayaan masyarakat dunia terhadap ekonomi dan politik negara kita. Yang perlu kita atasi ialah sentimen rakyat, pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap negara kita yang agak negatif disebabkan oleh beberapa isu politik yang sedang melingkari kita hari ini.
Rakyat semakin resah apabila hari demi hari prinsip integriti dan akauntabiliti kelihatan semakin terhakis dalam pentadbiran negara. Pegawai-pegawai kerajaan yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ditamatkan perkhidmatan, ditukar, diugut dan diambil tindakan.
Kebebasan institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia seolahnya semakin disekat.
Tidak dapat dibayangkan dalam sejarah perkhidmatan awam negara kita, terdapat pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berdedikasi sanggup bersuara lantang menentang pihak atasan yang cuba mencabuli prinsip perkhidmatan awam yang adil, tegas dan berkecuali.
Ada juga sesetengah pemimpin politik yang mengugut untuk menyekat kebebasan rakyat daripada menyuarakan pandangan terutamanya di media sosial kerana tidak sanggup lagi mendengar kritikan dan teguran rakyat yang semakin hari semakin lantang.
Selain itu, mereka yang menegur tindak tanduk pemimpin digelar sebagai pengkhianat dan dituduh hendak menggulingkan kerajaan. Mereka ini jelas tidak dapat membezakan antara menegur pemimpin dengan menggulingkan kerajaan adalah dua perkara yang berlainan. Betapa ramai pemimpin negara sebelum ini yang menerima teguran, tetapi kerajaan terus kekal, malah bertambah kukuh.
Atas segalanya, kredibiliti pemimpin semakin dipersoalkan. Institusi demokrasi yang ada dilihat sudah tidak dapat lagi berfungsi dengan baik untuk melakukan perubahan kerana ditekan dan dikawal dengan ketat oleh mereka yang berkuasa.
Saya bimbang selagi kemelut besar kepimpinan ini tidak dapat diselesaikan, maka selagi itulah negara dan kerajaan akan terus dibebani dengan masalah defisit kepercayaan yang semakin parah.
Bagi saya, isu kepercayaan ini akan dapat diselesaikan jika negara kita kembali dipimpin berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan penanggungjawaban kepada rakyat. Prinsip ini jugalah yang dituntut oleh Islam ke atas setiap pemimpin sebagaimana hadis Rasululullah s.a.w:
Kullukum ra’in wa kullu ra’in mas’ulun ‘an ra’iyyatih
Yang bermaksud:
“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya”.
Sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu “Sehati Sejiwa”, marilah kita bersama-sama membentuk kesatuan hati atau “wahdatul qulb” untuk membina semula kepercayaan terhadap negara kita dengan mengembalikan kepimpinan yang berintegriti, berakauntabiliti dan bertanggungjawab.
Yakinlah bahawa Malaysia adalah tanah air kita yang berdaulat dan bermaruah, dan kita sebagai rakyat bertanggungjawab untuk terus memelihara kedaulatan dan maruah negara kita. Saya berdoa agar negara kita terus kekal aman, maju dan berdaulat.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-58.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO
  • You and 13,487 others like this.
  • 1,436 shares
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    Write a comment...
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2012
    (SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA YANG KE-55 TAHUN)

    SYAIR ,'BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN.' DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEBANGSAAN 2015' - MALAYSIAKU MERDEKA SUDAH 58 TAHUN MOGA TERUS KEKAL MERDEKA AAMIIN)

    (BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-58 MALAYSIA TERCINTA. DISIARKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE- 58 ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA BERSAMA KITA MENCINTAI MALAYSIA AGAR TERUS KEKAL MERDEKA UNTUK DIWARISKAN KEPADA ANAK CUCU TERCINTA)

    'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
    DUNIA '

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
    Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
    Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
    202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
    16 Zulkaedah 1436H
    31 Ogos 2015

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA,

    UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 69 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O15, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2015 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2015'

    KH. Abdullah Gymnastiar
    ·
    Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita

    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    16 ZULKAEDAH 1436H
    31 OGOS 2015
    Like · Reply · 1 min
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR DEMI MALAYSIA TERCINTA

    Tersebutlah kisah suatu cerita,
    Malaysia negaraku yang tercinta;
    Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
    Merealisasikan impian demi Negara.

    Saling menghormati bersatu hati,
    Tolong menolong amalan murni;
    Tiada rasa berdengki hati,
    Semua kerana Malaysia dicintai.

    Melayu Cina India dalam perpaduan,
    Bersatu hati merealisasi impian;
    Berganding bahu bersama kerajaan,
    Jadi realiti Negara berperlembagaan.

    Jika Negara kucar kacir,
    Nasib rakyat sentiasa tercicir;
    Kerajaan dibina menjadi hancur,
    Angkara rakyat selalu engkar.

    Ingatlah peristiwa 13 Mei,
    Rusuhan kaum sentiasa diingati;
    Berpadulah demi Malaysia disayangi,
    Agar 13 Mei tidak berulang kembali.

    Kalau diingat perjuangan Tunku,
    Perjuangannya tak pernah jemu;
    Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
    Biarpun mengharungi perjuangan berliku.

    Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
    Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
    Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
    Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.

    Begitu juga berbincang dengan komunis,
    Tunku bincang dengan cara harmonis;
    Hinggakan mengalah ketua komunis,
    Menjadi legenda kenangan manis.

    Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
    Biarpun lama rakyat menunggu;
    Sabar menunggu tak pernah jemu,
    Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu

    Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
    Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
    Jiwa kental sentiasa muafakat,
    Berkorban apa saja demi rakyat.

    Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
    Pemimpin bersara rakyat hargai;
    Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
    Barulah aman Negara ini.

    Rakyat dan pemimpin seia sekata,
    Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
    Masalah diatasi dengan bijaksana,
    Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.

    Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
    Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
    Sanggup berpening memikirkan,
    Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.

    Permintaan rakyat untuk rakyat,
    Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
    Didengari semua wakil Rakyat,
    Apabila tertunai sukanya rakyat.

    Rakyat Malaysia harus bersatu,
    Demi kerana Malaysia yang satu;
    Negara aman berkat bersatu,
    Syukur generasi kini dan terdahulu.

    Sama-sama merealisasikan impian,
    Majunya Malaysia dalam pemodenan;
    Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
    Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Mei 2011
    (SYAIR ,'DEMI MALAYSIA TERCINTA,' DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEBANGSAAN 2015' - MALAYSIAKU MERDEKA SUDAH 58 TAHUN MOGA TERUS KEKAL MERDEKA AAMIIN)
    Like · Reply · 3 mins
  • Ratu Rimba Niagara SALAM KEMERDEKAAN KE-58 MALAYSIA TERCINTA!

    Salam Kemerdekaan Malaysia Tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

    Kau tak pernah kenal erti kalah,
    Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

    Salam Kemerdekaan untuk Datuk Seri,
    Semoga hidupmu penuh keberkatan;
    Jasamu sentiasa mewangi di hati,
    Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

    Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
    Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

    Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
    Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
    Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
    Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

    Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta:
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

    Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-58 ini kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

    Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2015
    (Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
    Malaysia Ke-58 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2015)
    (BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-58 MALAYSIA TERCINTA.
    (DISIARKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE- 58 ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA BERSAMA KITA MENCINTAI MALAYSIA AGAR TERUS KEKAL MERDEKA UNTUK DIWARISKAN KEPADA ANAK CUCU TERCINTA)

    'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
    DUNIA '

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
    Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
    Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
    202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
    16 Zulkaedah 1436H
    31 Ogos 2015

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA,

    UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 69 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O15, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2015 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2015'

    KH. Abdullah Gymnastiar
    ·
    Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita

    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    16 ZULKAEDAH 1436H
    31 OGOS 2015
    Like · Reply · 4 mins
  • Ratu Rimba Niagara SEKALI MERDEKA ...MERDEKA SELAMANYA!!!
    Like · Reply · 8 mins
  • Ratu Rimba Niagara SEHATI SEJIWALAH MELAYU MENYELAMATKAN TANAH MELAYU

    Selama 446 tahun Tanah Melayu dijajah
    sudah banyak nyawa yang terkorban
    jalan-jalan dilalui penuh berliku
    setiap hari memijak duri
    memijak bara
    dipijak-pijak penjajah
    disembelih dibakar dipancung
    dipaksa menjadi buruh hamba abdi penjajah
    keringat dan air mata darah
    sudah tidak diherankan lagi
    yang ada di jiwa
    pejuang bangsa melayu
    adalah membebaskan
    Tanah Melayu daripada kezaliman penjajah
    itu yang ada di jiwa nenek moyang melayu terdahulu
    mereka mahu anak cucu melayu
    tinggal di negara sendiri
    aman sejahtera
    bebas daripada penjajah
    itulah dicita-citakan oleh nenek moyang melayu
    Kini bila sudah 58 tahun merdeka
    senang-senang saja
    tanah melayu hendak dilepaskan pada bangsa asing
    oh! tidak
    tidak akan dibiarkan walau nyawa jadi taruhan!!!

    Duhai bangsa melayu
    bangkitlah sedarlah
    tanah melayu mu
    kini berada di hujung tanduk
    retak menunggu belah
    melayu pun berpecah belah
    tunggu boleh belah lah
    sebelum bangsa asing kata boleh belah
    dari tanah melayu
    bersatulah demi melayu
    tanah melayu anak cucu melayu
    jangan biarkan bangsa asing
    bermaharaja di tanah melayu
    jangan biarkan mereka mengambil semua hak melayu
    kemudian mengambil tanah melayu menjadi hak mutlak mereka
    sampai menyuruh kita boleh belah lah dari tanah melayu...
    Satu saja cara untuk menyelamatkan tanah melayu ini
    daripada bangsa asing
    semua melayu bersatu
    semua pengkhianat bangsa melayu dihapuskan
    diusir daripada tanah melayu
    semua parti politik dibubarkan
    tanah melayu ini diperintah oleh sistem beraja
    Raja-Raja melayu yang memerintah tanah melayu
    yang menjadi benteng pertahanan tanah melayu
    adalah hulubalang, kesatria dan pahlawan melayu

    Pasti sudah tiada lagi pecakaran parti politik
    perebutan kuasa semua hendak berkuasa
    tapi perebutan untuk menggalas amanah rakyat hancur musnah
    hari-hari rakyat tertekan
    bukan pemimpin membela rakyat
    tapi pemimpin membela pemimpin
    Jika benar sehati sejiwa ...
    ayuh bangsa melayu
    sehati sejiwalah pertahankan tanah melayu
    sehati sejiwalah membela bangsa melayu yang teraniaya
    jika itu ada di jiwa melayu
    melayu tak akan jatuh di tangan bangsa asing
    Andai ditakdirkan mati ...
    anak cucu melayu
    bersyukur mendoakan moyang mereka
    menyelamatkan tanah melayu daripada bangsa asing
    sejahteralah semua roh-roh pejuang tanah melayu terdahulu dan kini
    AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin

    Karya Ratu Rimba Niagara,
    16 Zulkaedah 1436H
    31 Ogos 2015
    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA,

    UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 69 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O15, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2015 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2015'

    KH. Abdullah Gymnastiar
    ·
    Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita
    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    16 ZULKAEDAH 1436H
    31 OGOS 2015
    Like · Reply · 2 hrs · Edited
  • Azmi Sport Salam kemerdekaan 2015
    Sehati dan dijiwa rakyat johor.
    TSMY & TUN tetap di hati rakyat
    Like · Reply · 63 · 20 hrs
  • Shahul Shahul Kami Org Johor Tetap kukuh Di Belakang Sultan Johor dan TSMY Demi Agama Bangsa Dan Negara Dgn Izin Allah amin.....
    Like · Reply · 60 · 20 hrs
  • Sharifah Ali Merdeka , merdeka , merdeka semoga TSMY dapat memerintah Malaysia kembali , ( Najib undur )
    Like · Reply · 54 · 20 hrs
    • Nizam Ismail Bila dia pernah perintah Malaysia? Very sad when people cannot differentiate between resign fired and reshuffle. More sad when the person himself whom people thought could lead the country also cannot understand that simple situation. How can we put our hope on that such person?
      Like · Reply · 1 · 9 hrs
    • Sharifah Ali Peduli apa , ada aku kasih
      Like · Reply · 7 hrs
    • Sharifah Ali Kesah*
      Like · Reply · 7 hrs
    • Sharifah Ali Can i asked u Nizam Ismail? In the first place TSMY did not resign , he was fired for questioning najib about 2.6 bilion in najib's personal Acc which he and the rest dont even know about , Second Najib was not happy that is where the reshuffle took place , which I think TSMY has the right to question him , do u encourage our PM to swindle rakyat's money? Priority should be to protect our Negara, that is for ur anak2 Dan cucu2 juga di masa Depan, Menteri come and go, if this is what happens now I'm afraid tak lama lagi bankrupt lah Negara , 
      Like · Reply · 1 · 5 hrs
    • Rabeah Binti Mohd Ali
      Write a reply...
  • Fendi Ahmad Sempena malam Merdeka ini, saya secara ikhlas jiwa berdoa kepada ALLAH TAALA agar Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Malaysia dan memandu kembali negara tercinta ini ke jalan kebenaran dan kemuliaan. Aaminn.
    Like · Reply · 35 · 20 hrs
  • Jo Jambul Minta maaf Tan Sri, tahun ini adalah tahun menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yg paling memuramkan...
    Like · Reply · 29 · 20 hrs
  • Jalal Iqram sya suport dato..kita sememangnya mmerlukan pmimpin n mnteri2 yg baru sbb skrg nie bnyk pmimpin yg bermuka muka agar mereka dpt naik bknya mmbantu mnyelesaikn msalah rakyat dn negara..dn ada pula yg takot bersuara krana takot hilang rezeki shingga mereka lupa yg mmberi rezeki adalah allah yg maha esa..sya berharap agar suatu hari nnti mereka akn jatuh agar mereka sedar kesusahan rakyat sekarang dn kmbali ke jln yg diredhai belum ajal mnjemput..
    Like · Reply · 28 · 20 hrs
  • Zack Yusof TSMY. Syabas Tan Seri. Serulah yang maarof dan cegahlah yang mungkar. Pemimpin yang berintegriti sahaja yang mampu membawa negara kearah kecemerlangan.
    Like · Reply · 24 · 20 hrs
  • Muhamad Neo Aku bukan ahli umno...tapi kalau muhyiddin jadi pm, aku rela masuk umno....
    Like · Reply · 19 · 18 hrs
  • Sahairr Zafran Terima kasih bos. Selamat hari merdeka tmy. Apalah nasib kita hr ni merdeka telah dicemari. Hidup tmy!!!
    Like · Reply · 17 · 20 hrs
  • Suzy Abdullah Tan sri...tahun ni sedih nak sambut MERDEKA
    Like · Reply · 15 · 20 hrs · Edited
  • Ariff Bin Arsad Ok Semoga Allah swt membela TSMY kerana menegakkan yg haq dan Allah swt membinasakan mereka2 yg bangsat tamak pengkianat terhadap bangsa negara dan agama aamiin ya Rabbal a'lamiin.
    Like · Reply · 14 · 20 hrs
  • Maks Kass Najib seharusnya sedar kesalahannya ,kesilapannya dan jalan terbaik najib mesti letak jawatan demi rakyat..
    Like · Reply · 14 · 20 hrs
  • Khairul Anwar Junus Siapalah agaknya pemimpin politik yg TSMY maksudkan ya? Apa2 pun Selamat Hari Kebangsaan TSMY smil

PETIKAN PAGE YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO
& PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
16 ZULKAEDAH 1436H
31 OGOS 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;