Friday, 4 September 2015

NUSANTARA SEHATI SEJIWA (87) CINTAKU PADA SEMUA PENGHUNI DUNIA


NUSANTARA SEHATI SEJIWA (87) CINTAKU PADA SEMUA PENGHUNI DUNIA

News Feed

RECENT ACTIVITY
BALASAN TAK DENGKI
Pengertian HASAD atau DENGKI:
~ Hasad atau dengki adalah MENGINGINKAN HILANGNYA NIKMAT Allah dari siapa yang diberi nikmat oleh-Nya dari makhluk-Nya (orang yang didengki).
~ Dengki merupakan PENENTANGAN dan PERMUSUHAN terhadap KETENTUAN Allah dan TIDAK RIDHO dengan PEMBAGIAN-Nya....
Continue Reading
drtuah with Rosliza Mat Isa
BALASAN TAK DENGKI
Anas bin Malik berkata, kami berada di dalam masjid bersama Nabi saw, tiba-tiba Baginda bersabda, "Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua-dua sandalnya dengan tangan kirinya". Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabda Nabi itu. Sesudah memberi salam ia duduk bersama kami.
Kemudian esok harinya, Rasulullah saw bersabda sama seperti sebelumnya. Masuk lelaki berkenaan dan hari ketiga Nabi saw bersabda dan peristiwa sama berulang. Ketika lelaki itu bangun untuk pulang, Abdullah bin Amr Al-ash mengekorinya sambil berkata, "Terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan bertemunya selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka aku akan bermalam di tempatmu selama tempoh berkenaan. Jawabnya, "Baiklah".
Anas berkata, "Abdullah bin Amr menceritakan bahawa dia bermalam di tempat lelaki itu dan ternyata orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar, dan jika berwuduk sempurna dan juga sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunat. Itu yang saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam tidak lebih dari itu, dan ia tidak berkata-kata kecuali yang baik."
"Setelah tiga malam saya berasa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan berkata kepadanya, "Sebenarnya antaraku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi aku mendengar Rasulullah saw bersabda dalam tiga hari majlis berturut-turut. "Akan tiba padamu seorang ahli syurga." Tiba-tiba engkau yang datang, kerana itu, "Aku ingin mengetahui apa amalmu dan aku berusaha bermalam di tempatmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan." "Apakah yang engkau lakukan sehingga menyebabkan Nabi saw bersabda sedemikian?” Jawabnya, "Tidak ada melainkan apa yang sudah engkau lihat."
Maka aku meninggalkannya, tetapi dipanggil dan berkata, "Amalku tidak lebih melainkan apa yang sudah engkau saksikan itu, namun saya tidak iri hati atau dengki pada seseorang Muslim terhadap segala yang dia mendapatnya." Saya berkata, "Inilah yang dilakukan engkau sehingga Nabi saw bersabda sedemikian dan itulah yang tidak dapat kami laksanakan."
SELAMAT HARI JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI, HARI RAYA MINGGUAN.
Like   Comment   
KITA BUKANLAH ORANG YANG TERBAIK TAPI KITA BERAZAM UNTUK
MENJADI ORANG YANG TERBAIK
Pengertian HASAD atau DENGKI:
~ Hasad atau dengki adalah MENGINGINKAN HILANGNYA NIKMAT Allah dari siapa yang diberi nikmat oleh-Nya dari makhluk-Nya (orang yang didengki).
~ Dengki merupakan PENENTANGAN dan PERMUSUHAN terhadap KETENTUAN Allah dan TIDAK RIDHO dengan PEMBAGIAN-Nya.
Dengki adalah sifat TERCELA dan BERBAHAYA karena termasuk sifat IBLIS, sifat YAHUDI dan sifat makhluk TERBURUK, baik dahulu maupun sekarang.
Like   Comment   
AKU SENYUM UNTUK DUNIA KERANA AKU SAYANGKAN PENGHUNINYA
Aku tersenyum Untuk Dunia
Like   Comment   
NAMPAK SIHAT TAPI SAKIT,
Segala penyakit ada penawarnya
tapi sakit hati jika tidak diubati akan dibawa sampai mati
pasti akan merana dunia akhirat kerana hati yang tiada nilaian di Sisi-Nya, Moga dijauhkan daripada segala penyakit hati yang memusnahkan menuju kehancuran dunia akhirat.Allahu Akbar Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
20 Zulkaedah 1436H
4 September 2015.
Like   Comment   
MOGA KITA MEMBERI KOMENTAR YANG ADA NILAIAN DI SISI-NYA AAMIIN
Your Notifications
ذول فيكري likes your post in TAK KAN HILANG MELAYU DI BUMI "forum sirahturahmi anak melayu sedunia": "MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH ..."
...Continue Reading
Like   Comment   
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
Satria Bangsa shared his photo.
Kalki Avtar
...Continue Reading
PETUNJUK KEMUNCULAN RASULULLAH DALAM PELBAGAI KITAB PURBA 1/5
Nabi Muhammad dalam Agama Hindu
Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar. “av” bermaksud turun. “tr” bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalki Avtar artinya adalah “utusan terakhir”.
Ayat –ayat hindu yang jelas menyatakan tentang Nabi Muhammad ialah:
“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
(Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)
Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang asing.
Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah “akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah.
Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada Nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.
Kalki memusnahkan patung (Kalki Avtar)
Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
Patung-patung dimusnahkan dan pemujaan dihentikan.
Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tidak kelihatan lagi.
Sumber artikel : wadahpanglima.blogspot.my
Like   Comment   
MOGA KITA MENJADI HAMBA-NYA YANG BERUNTUNG DUNIA AKHIRAT AAMIIN
Moga kita komentar yang ada nilaian disisi-Nya,
Moga kita fikir mengundang pahala-Nya,
Moga walaupun bukan urusan kita ambil peduli untuk memberi dukungan demi ikatan silaturahmi kita bersaudara dunia akhirat
Sebuah persaudaraan sesama Islam susah senang dilalui bersama
tiada sempadan negeri ataupun negara begitu indahnya Islam mementingkan ikatan silaturrahim. Allahu Akbar Aamiin..
Like   Comment   

PETIKAN WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA
20 ZULKAEDAH 1436H
4 SEPTEMBER 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;