Friday, 4 September 2015

NUSANTARA SEHATI SEJIWA (92) INDAHNYA JIKA TAK DENGKI


NUSANTARA SEHATI SEJIWA (92) INDAHNYA JIKA TAK DENGKI

Timeline Photos


BALASAN TAK DENGKI

Anas bin Malik berkata, kami berada di dalam masjid bersama Nabi saw, tiba-tiba Baginda bersabda, "Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua-dua sandalnya dengan tangan kirinya". Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabda Nabi itu. Sesudah memberi salam ia duduk bersama kami.

Kemudian esok harinya, Rasulullah saw bersabda sama seperti sebelumnya. Masuk lelaki berkenaan dan hari ketiga Nabi saw bersabda dan peristiwa sama berulang. Ketika lelaki itu bangun untuk pulang, Abdullah bin Amr Al-ash mengekorinya sambil berkata, "Terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan bertemunya selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka aku akan bermalam di tempatmu selama tempoh berkenaan. Jawabnya, "Baiklah".

Anas berkata, "Abdullah bin Amr menceritakan bahawa dia bermalam di tempat lelaki itu dan ternyata orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar, dan jika berwuduk sempurna dan juga sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunat. Itu yang saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam tidak lebih dari itu, dan ia tidak berkata-kata kecuali yang baik."

"Setelah tiga malam saya berasa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan berkata kepadanya, "Sebenarnya antaraku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi aku mendengar Rasulullah saw bersabda dalam tiga hari majlis berturut-turut. "Akan tiba padamu seorang ahli syurga." Tiba-tiba engkau yang datang, kerana itu, "Aku ingin mengetahui apa amalmu dan aku berusaha bermalam di tempatmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan." "Apakah yang engkau lakukan sehingga menyebabkan Nabi saw bersabda sedemikian?” Jawabnya, "Tidak ada melainkan apa yang sudah engkau lihat."

Maka aku meninggalkannya, tetapi dipanggil dan berkata, "Amalku tidak lebih melainkan apa yang sudah engkau saksikan itu, namun saya tidak iri hati atau dengki pada seseorang Muslim terhadap segala yang dia mendapatnya." Saya berkata, "Inilah yang dilakukan engkau sehingga Nabi saw bersabda sedemikian dan itulah yang tidak dapat kami laksanakan."

SELAMAT HARI JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI, HARI RAYA MINGGUAN.
 — with Rosliza Mat Isa.
Unlike · Comment · Share · Yesterday

PETIKAN PAGE DR TUAH & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
21 ZULKAEDAH 1436H
5 SEPTEMBER 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;