Monday, 31 August 2015

NUSANTARA SEHATI SEJIWA (64) SELAMAT HARI MERDEKA DR TUAH



NUSANTARA SEHATI SEJIWA (64) SELAMAT HARI MERDEKA DR TUAH


BUKAN KITA MENDEWAKAN BENDERA TAPI SIMBOL KECINTAAN, SIMBOL KEKUATAN, SIMBOL KEMENANGAN ADALAH BENDERA.
Zaman dulu orang berperang secara berdepan, bendera adalah tanda kemenangan. Selagi bendera masih boleh dilihat dijulang tandanya pasukan masih sedang gagah berjuang, tapi kalau bendera dah tak kelihatan maknanya telah kalah. Larilah selamatkan diri dulu.
Jadi, tak sepatutnya kita rasa was-was untuk mengibarkan bendera.
SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2015.
  • You and 314 others like this.
  • 19 shares
  • Rabeah Binti Mohd Ali

    Write a comment...
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR DEMI MALAYSIA TERCINTA

    Tersebutlah kisah suatu cerita,
    Malaysia negaraku yang tercinta;
    Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
    Merealisasikan impian demi Negara.

    Saling menghormati bersatu hati,
    Tolong menolong amalan murni;
    Tiada rasa berdengki hati,
    Semua kerana Malaysia dicintai.

    Melayu Cina India dalam perpaduan,
    Bersatu hati merealisasi impian;
    Berganding bahu bersama kerajaan,
    Jadi realiti Negara berperlembagaan.

    Jika Negara kucar kacir,
    Nasib rakyat sentiasa tercicir;
    Kerajaan dibina menjadi hancur,
    Angkara rakyat selalu engkar.

    Ingatlah peristiwa 13 Mei,
    Rusuhan kaum sentiasa diingati;
    Berpadulah demi Malaysia disayangi,
    Agar 13 Mei tidak berulang kembali.

    Kalau diingat perjuangan Tunku,
    Perjuangannya tak pernah jemu;
    Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
    Biarpun mengharungi perjuangan berliku.

    Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
    Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
    Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
    Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.

    Begitu juga berbincang dengan komunis,
    Tunku bincang dengan cara harmonis;
    Hinggakan mengalah ketua komunis,
    Menjadi legenda kenangan manis.

    Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
    Biarpun lama rakyat menunggu;
    Sabar menunggu tak pernah jemu,
    Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu

    Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
    Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
    Jiwa kental sentiasa muafakat,
    Berkorban apa saja demi rakyat.

    Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
    Pemimpin bersara rakyat hargai;
    Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
    Barulah aman Negara ini.

    Rakyat dan pemimpin seia sekata,
    Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
    Masalah diatasi dengan bijaksana,
    Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.

    Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
    Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
    Sanggup berpening memikirkan,
    Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.

    Permintaan rakyat untuk rakyat,
    Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
    Didengari semua wakil Rakyat,
    Apabila tertunai sukanya rakyat.

    Rakyat Malaysia harus bersatu,
    Demi kerana Malaysia yang satu;
    Negara aman berkat bersatu,
    Syukur generasi kini dan terdahulu.

    Sama-sama merealisasikan impian,
    Majunya Malaysia dalam pemodenan;
    Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
    Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Mei 2011
    (SYAIR ,'DEMI MALAYSIA TERCINTA,' DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEBANGSAAN 2015' - MALAYSIAKU MERDEKA SUDAH 58 TAHUN MOGA TERUS KEKAL MERDEKA AAMIIN)
    Like · Reply · 8 mins
  • Ratu Rimba Niagara SALAM KEMERDEKAAN KE-58 MALAYSIA TERCINTA!

    Salam Kemerdekaan Malaysia Tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

    Kau tak pernah kenal erti kalah,
    Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

    Salam Kemerdekaan untuk Datuk Seri,
    Semoga hidupmu penuh keberkatan;
    Jasamu sentiasa mewangi di hati,
    Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

    Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
    Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

    Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
    Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
    Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
    Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

    Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta:
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

    Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-58 ini kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

    Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2015
    (Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
    Malaysia Ke-58 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2015)
    (BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-58 MALAYSIA TERCINTA.
    (DISIARKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE- 58 ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA BERSAMA KITA MENCINTAI MALAYSIA AGAR TERUS KEKAL MERDEKA UNTUK DIWARISKAN KEPADA ANAK CUCU TERCINTA)

    'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
    DUNIA '

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
    Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
    Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
    202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
    16 Zulkaedah 1436H
    31 Ogos 2015
    Like · Reply · 10 mins
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2012
    (SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA YANG KE-55 TAHUN)

    SYAIR ,'BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN.' DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEBANGSAAN 2015' - MALAYSIAKU MERDEKA SUDAH 58 TAHUN MOGA TERUS KEKAL MERDEKA AAMIIN)

    (BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-58 MALAYSIA TERCINTA. DISIARKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE- 58 ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA BERSAMA KITA MENCINTAI MALAYSIA AGAR TERUS KEKAL MERDEKA UNTUK DIWARISKAN KEPADA ANAK CUCU TERCINTA)

    'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
    DUNIA '

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
    Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
    Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
    202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
    16 Zulkaedah 1436H
    31 Ogos 2015

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA,

    UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 69 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O15, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2015 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2015'

    KH. Abdullah Gymnastiar
    ·
    Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita

    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    16 ZULKAEDAH 1436H
    31 OGOS 2015
    Like · Reply · 11 mins
  • Ratu Rimba Niagara Sekali merdeka...merdeka selamanya!
    Like · Reply · 17 mins
  • Azizah Gjot Merahnya bang ngah arini...hihi...makin kacak kitak Dr Tuah makey kot merah...
    Like · Reply · 10 hrs
  • Roselina Abdul Karim Merahnya tu drtuah ....lambang semangat waja.... Selamat Hari Merdeka...Sehati Sejiwa smile emoticon
    Like · Reply · 2 · 11 hrs
  • Popo Ku Pengerindu As salamualaikum,,....
    BENDERA bagi sesebuah negara bukanlah sekadar secebis kain sebagai pengenalan atau identiti kepada sesebuah negara, namun bendera bagi sesebuah negara adalah amat berharga serta bernilai tinggi. Nilai sehelai atau sekeping bender
    a bagi sesebuah negara sama seperti harta pusaka yang tidak dapat dijual beli atau ditukar ganti. Ini kerana bendera merupakan pengenalan bagi sesebuah negara yang mana ia menggambarkan kemegahan, maruah, kebebasan, kemerdekaan dan sebagai identiti sesebuah negara di mata dunia.

    Begitulah halnya bendera dalam sesebuah peperangan umpamanya merupakan satu tanda yang paling bermakna yang mana kemenangan dan maruah sesebuah negara bergantung pada bendera yang dipegang atau dipertahankan oleh tenteranya. Gugur dan jatuhnya bendera mereka bermakna gugur kemegahan, maruah, kebebasan, kemerdekaan dan identiti sesebuah negara berkenaan. Itulah antara nilai dan harga bendera jika berada di medan peperangan.
    Like · Reply · 1 · 4 hrs
  • Sutira Ira Selamat hari merdeka drtuahsama kita menyambut nya dgn semangat perjuangan merdeka3.
    Like · Reply · 1 · 11 hrs
  • Nizam Roswaty Negara merdeka...semoga minda kita pun sama merdeka.....
    Like · Reply · 1 · 8 hrs
  • Wan Hana Liza selamat hari kebangsaan
    Like · Reply · 1 · 9 hrs
  • Don Zainudin selamat menyambut hari kemerdekaan,digerhayu tanah air Ku Malaysia,merdeka 7×.......
    Like · Reply · 1 · 6 hrs
  • Langit Bumi Dalam peperangan, bendera juga dipanggil "panji"..
    Like · Reply · 2 · 11 hrs
  • Azizah Nohyunus Merdeka,merdeka.merdeka.syurkur alhamdulillah,,kita bebas kemana2
    Like · Reply · 1 · 9 hrs
  • Anne Jass salam sehati sejiwa doc
    Like · Reply · 1 · 11 hrs
  • Like · Reply · 3 · 11 hrs
  • Naza Nasha Salam merdeka.....
    Like · Reply · 1 · 5 hrs
  • Like · Reply · 1 · 7 hrs
  • Robiahluv Meow ..terbaik...
    Like · Reply · 1 · 5 hrs
  • Suraya Marimar merdeka....merdeka...merdeka....
    Like · Reply · 1 · 10 hrs
  • Juhariah Sarpan Kite terus Tegar n masih byk utk d syukuri. ..MERDEKAA! !!
    Like · Reply · 2 · 11 hrs
  • Esah Saelin Selamat menyambut hari merdeka dr tuah.
    Like · Reply · 1 · 10 hrs
  • Siti Ariza Nasiran Selamat menyambut hari merdeka dr Tuah...
    Like · Reply · 1 · 7 hrs
  • Halizah Zuki Sy amat berbangga kibarkan jalur gemilang
    Like · Reply · 8 hrs

PETIKAN PAGE   DR TUAH & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
16 ZULKAEDAH 1436H
31 OGOS 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;