HAMBA-MU (373) SYUKUR YA ALLAH ENGKAU MEMAHAMI MINATKU BERSASTERA.
RUGI MENUNGGU JANJI YANG TAK DIKOTAKAN JAWAPANNYA SUNYI DAN SEPI SEHINGGA KE AKHIR HAYAT MENUNGGU YANG TAK PASTI TAPI YAKINLAH DENGAN JANJI ALLAH KERANA JANJI-NYA PASTI MEMBUATKAN KAMU BAHAGIA DUNIA AKHIRAT.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin. Yang dihitung Allah nanti niat kita .
Sempena Bulan Nisfu Sya'ban ini ...yang mana esok bermulanya buku baru kita...sebelum buku amalan kita di angkat ke langit pada Asar ini...saya memohon maaf kepada semua ahli grup dan rakan yang membaca karya saya...jika ada yang tak berkenan di hati dari segi tutur bahasanya dan kesalahan saya sendiri. Di sini saya hulurkan sepuluh jari memohon maaf kepada semua kawan-kawan yang dikasihi dunia akhirat.
Selamat menyambut awal tahun hijrah moga kita semua berhijrah untuk sentiasa menuturkan bahasa mengundang rindu dan cinta hanya untuk-Nya.
'BERKASIH SAYANG SESAMA KERANA-NYA ADALAH DAMBAANKU'
Ucapan setulus ikhlas daripada:
Hamba Allah Yang Mahukan Nur Hidayah Kasih-Nya
Berkat berkasih sayang sesama kerana-Nya Aamiin,
Rabeah Mohd Ali
Rimba Niagara
Malaysia
5 Julai 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP OMBAK RINDU)
5 Julai 2012
0 comments:
Post a Comment