Wednesday 11 April 2018

HIJRAH (489) OMBAK RINDU


HIJRAH (489) OMBAK RINDU



CINTAILAH AKU SESETIA OMBAK PADA PANTAI (BHG 1)
Kasih yang terkasih
aku tak tahu bagaimana hendak kuluah hatiku ini
sejujurnya kukatakan aku amat-amat mencintaimu...
Teruskan Membaca

CINTAILAH AKU SESETIA OMBAK PADA PANTAI (BHG 1)
Kasih yang terkasih
aku tak tahu bagaimana hendak kuluah hatiku ini
sejujurnya kukatakan aku amat-amat mencintaimu
biarpun kutahu terlalu amat payah untuk kau membalas cintaku
mungkin kau masih tercari-cari cinta yang sebenar siapakah yang layak bertahta di hatimu ...
begitu lama aku menanti jawapanmu itu
Ombak rindulah yang menyaksikan penantian yang amat menyeksakan!
aku cemburu pada pantai
aku cemburu pada ombak
Biarpun ombak mendera pantai
tapi pantai masih setia pada ombak
Pantai bilang....
duhai ombak....
seksalah aku semahumu! Kalau itu bisa membahagiakan mu...
percayalah aku tetap setia padamu....
selagi kau mendera aku
selagiku itulah kau heret rinduku bersamamu
aku terharu apabila mendengar deruanmu ombak
Aku tahu kau membalas cintaku
kalau tak mana bisa mungkin kau membawa
rinduku sekali bersamamu...
Biarpun kita terpisah alam
namun deruan rindumu rinduku
tak akan terpisah selamanya
tahulah aku yang kau kasih dan sayangkan aku
makanya terimalah senyumanku untukmu duhai ombak yang kucinta..
Justru duhai kasih
berjanjilah padaku yang kau akan cintai aku
seperti setianya ombak pada pantai...
ke mana kau pergi bawalah rinduku bersamamu
biarpun aku sudah tiada di dunia ini...
kenang daku dalam doamu.
Karya Ratu Rimba Niagara,
17 Mac 2012
TANYALAH OMBAK RINDU
BERAPA KALI KUSERU NAMAMU
Kekasihku sayang...
Aku tak tega memecah pantai hatimu
Aku tak tega sekejam itu sayang....
Kau yang kusayang sepenuh jiwa
Tak mungkin aku setega itu
Percayalah sayang...
Aku sayang padamu
Aku rindu padamu...
Kalau kau tak percaya...
Tanyalah ombak rindu
Berapa kali kuseru namamu
Tapi hingga kini tiada jawapannya...
Setega itu kau sayang....
Namun aku masih berharap agar kau
Dapat menyarungkan cincin Cinta Syurga ke jari manisku..
Samalah kita doakan moga Allah merestui cinta kita...
Senyumlah sayang....
Baru hilang rinduku padamu sayang...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Mei 2013
SETEGA ITU CINTAKU KAU PERSIAKAN!
Setega itu kau bilang cintaku membunuhmu
Setega itu kau bilang kebalnya hatiku
Setega itu kau bilang kau tak sempurna
Setega itu kau bilang aku menyakitkan hatimu
Tapi kau lupa akan janji mu padaku
Bersumpah akan setia denganku
Takkan melupakan aku
Takkan memutuskan cinta
Dalam senyap kau yang sengaja
Memutuskan kasih dan cinta
Yang telah kita bina
Atas dasar keluhuran cinta sejati
Kau sepi tanpa berita
Kau menghilang entah ke mana
Aku yang menanggung rindu
Aku yang terdera rindu
Di ombak rindu aku melepaskan rinduku padamu
Pada ombak rindu kulaungkan namamu
Tapi launganku tak kau balas
Laungan itu bergema balik padaku
Aku tersenyum sambil mengesat air mataku
Seakan balikkan laungan rinduku itu adalah
Jawapan rindu darimu...
Aku berlari-lari di gigi pantai
Sambil bermain air laut yang mula pasang
Rupanya dari pagi ke petang
Aku menunggumu di pantai
Yang sepi tapi bergema dengan laungan
Ombak rindu...
Hanya ombak rindu yang mengerti
Perasaan cintaku padamu....
Adakah pengorbanan cintaku ini
Kau anggap aku menzalimi cintamu?
Bukalah matamu
Bukalah hatimu
Jika kau tahu menilai cinta suciku
Tak setega itu kau bilang aku membunuh cintamu
Kerana menantimu satu penyeksaan
Merinduimu satu penderaan jiwa
Mencintaimu memakan diriku
Makanya aku lepaskan sengsara cintaku ini
Di ombak rindu...
Moga aku tidak ternanti-nanti lagi
Cintamu nan palsu...
Maafkan aku duhai
Kekasih yang telah melukakan hatiku
Bagaikan ombak menghempas pantai!
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Mac 2012
OMBAK RINDU MENYATUKAN KASIH KITA
Sahabat yang sentiasa terkasih di hati...
Kau hadir di kala aku hampir berputus asa
Di kala aku hampir kecewa
Di kala aku tidak percaya apa itu cinta sejati
Di kala aku hilang erti kasih sayang sahabat sejati
Di kala aku tidak percaya lagi erti kejujuran kata-kata
Di kala aku mati dengan harapan dan cita-cita
Tapi hadirmu membuatkan
Duniaku yang sepi jadi bak pelangi indah di waktu malam
Telah puluhan tahun senyumanku telah kubenamkan di ombak rindu
Kini ombak rindu mengirimkan semula senyumanku itu
Kerana ombak rindu tak tega aku bergundah gulana selamanya
Terima kasih ombak rindu kerana memahamiku
Kalau dulu aku amat membenci mu
Kerana kau menggheret senyumanku
Dalam bara ombak mengganas!
Lalu tanpa ehsanmu kau hempaskan aku ke pantai
Lalu aku terdampar
Di pantai tidak berpenghuni
Di Rimba Niagara
Penghuni rimbalah penawar dukaku
Mereka bergotong royong
Mendirikan istana indah untukku berteduh
Daripada hujan dan panas
Amat indah dan berseni istana yang didirikan untukku
Aku amat bahagia sekali tinggal di sini
Dilayani bagaikan seorang puteri diRaja
Bagaikan mimpi aku
Apabila mereka suka dengan
Hasil syair dan gurindam
Karanganku
Setiap kali aku berlagu gurindam
Mereka menangis bila gurindamku bernada sedih
Mereka akan ketawa terbahak-bahak apabila gurindam jenaka
Habis saja aku berlagu gurindam mereka terkinja-kinja keseronokan
Yang bukan kepalang gembiranya
Aku teruja berkarya
Mereka teruja mendengar
Sama-sama teruja
Merekalah yang menyediakan kelengkapan penulisanku....
Bulu burung garuda sebagai penanya
Darah mereka sebagai dakwatnya
Setiap kali aku menulis aku menangis
Kerana aku bertintakan darah penghuni rimba tersayang
"Tuan puteri yang kami sayangi demi cita-cita Tuan Puteri
bukan setakat darah kami saja ...nyawa kami pun sanggup kami pertaruhkan demi cia-cita tuan puteri ."
"Allahu Akhbar tak sanggup beta bertintakan darah rakyat beta yang terkasih di hati.
"Kami ikhlas tuan puteri...tuan puteri memperjuangkan kehidupan kami..kenapa tidak kami hargai....kami tidak mahu menjadi makluk Tuhan yang tidak bersyukur tuan puteri...."
Kerana ketulusan hati mereka dalam apa yang ingin aku perjuangkan...setiap kali berkarya aku pasti menangis...hingga kembang tulisan dengan titisan air mataku yang tak henti. Tulisan darah penghuni rimba bercampur dengan air mataku.
Duhai penghuni rimba pengorbananmu takkan kulupa
Duhai sahabatku sokonganmu tersanjung di hati
Duhai ombak rindu ...kau menyatukan kasih sayangku dengan
penghuni rimba dan para sahabatku yang terkasih di hati
Moga kasih kita terpatri hingga ke Syurgawi!
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
15 Mac 2012
PASTI KAU MERINDUINYA SELALU
Mereka bilang...
Apakah ahli group ombak rindu ini semuanya jiwang-jiwang belaka?
Kujawab iya...
Takkanlah dah berkeluarga masih lagi jiwang-jiwang ye?
Selagi namanya manusia takkan lari dari jiwang-jiwang
Mereka ketandusan kasih ke? Justru mereka sepi?
Habis kasih mu dah sempurna ke? Dan hidupmu tak pernah sepi ke?
Detik...hatiku mereka yang jiwang-jiwang ni ...fikiran mereka mesti menerawang...
Maksud kau?
Menerawang di dunia fantasi bukan realiti
Ah! Kau apa tahu bahasa kalbu bahasa jiwa bahasa hati...
Yang kau tahu cakap buat orang sakit hati bawa ke mati...malangnya nasib diri...
Kenapa kau cakap aku macam tu apa maksudmu,....
Mana satu kau nak pilih bahasa menempa dosa atau bahasa mengundang hidayahNya
Pastilah bahasa hidayahNya
Justru jadilah ahli group Ombak Rindu...pasti kau merinduNya selalu.
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
18 Mac 2012
Di ombak rindu bukan untuk luahkan semua yang sakit di hati tapi di ombak rindu membuang segala sakit hati dan kecewa di hati dengan bahasa yang menenangkan hati tanpa prasangka pada sesama....anggaplah kita semua seperti ahli Syurga...mana tahu kita benar menjadi ahli Syurga dengan Ehsan dan IzinNya Aamin. Justeru jika anggap inilah kata-kata indah yang terakhir kutinggalkan kepada rakan-rakanku yang tersayang dan terkasih keranaNya...pasti bahagia setelah kita tiada di dunia ini....percayalah ku sayang kalian keranaNya justru hargailah kasih sayangku ini...duhai yang terkasih di kalbu di ombak rindu ....
Asalkan ombak rindu tidak menjadi tsunami sudahlah moga dijauhkan dari segala iri hati dan hasad dengki sesama...adatlah manusia mulanya menjadi murni akhirnya luka melukakan....kerana soal hati hanya DIA yang mengerti...berkatalah dari hati yang ikhlas pasti menenangkan hati yang mendengarnya....apapun ombak rindu pencetus inspirasiku berkarya agar terus rindu....rindu...serindunya pada ikatan suci keranaNya.
SALING FISABILILLAH KERANANYA
akan kuhayutkan rindu ini jika
dalam hati ada iri
dalam hati ada benci
dalam hati ada dendam kesumat
dalam hati ada prasangka
kerna yang kumahukan
cuma kata-kata
indah
semangat
sokongan
sayang menyayangi keranaNya
saling berkorban fisabillilah keranaNya
kerna masaku terlalu suntuk untuk berleka
dengan pesona cinta dunia
moga Allah SWT mengirimkan aku
hamba-hambaNya
untuk sama-sama
mencari redhoNya Illahi
tidak kira di mana berada
pagi petang siang dan malam
hingga ke nafas terakhir
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara,
18 Mac 2012
AKU MENULIS BUKAN UNTUK MENCIPTA NAMA
Aku menulis sejak dulu,
Karyaku tersimpan di galeriku,
Bila kutiada untuk generasiku,
Lambang cinta abadi dariku untukmu.
Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama,
Aku dan pembaca saling bekerjasama,
Agar penulisanku senada seirama.
Karya Ratu Rimba Niagara,
20Mac 2012
Checkinntv
ANDAI KATA HARI INI ADALAH HARI TERAKHIR KITA BERHIDUP DI BUMI INI
Duhai rakanku semua...
Biar siapa pun kita
Kita akan bergelar moyang
Kita akan dijemput pulang bila sampai masanya
Bila ajal sudah sampai
Tidak dicepatkan tidak dilewatkan...
Malaikat maut mematuhi perintah Tuhan yang Mencipta kita
Kerna sudah sampai waktu Tuhan mahu bertemu dengan kita
Adakah kita sudah bersedia?
Bersedia atau tidak
Allah SWT sudah bersedia untuk berjumpa kita
Tika di dunia kita berjumpa Tuhan pabila kita solat
Tapi kalau kita bukan ahli solat dan lalaikan solat gimana?
Adakah kita layak bertemuNya apabila sudah bergelar roh?
Di masa alam kandungan ibu... tika roh ditiupkan pada kita
Kita telah bersumpah setia untuk menjadi hambaNya yang patuh
Kerna kita mengaku kita hambaNya
Makanya kita ditiupkan roh dan lahirlah kita ke dunia ini
Untuk menjadi seorang khalifah yang akan memikul tanggungjawab
Dan akan membawa pulang tanggungjawab itu untuk dipertanggungjawabkan
Makanya adakah kita sudah bersedia bertemu Pencipta kita?
Allahu Akhbar
Aku yakin semuanya tak sabar bertemu denganNya
Tapi aku yakin kita akan malu dan tak mahu bertemuNya
Selagi tidak membawa apa-apa amalan agar Allah SWT redho pada kita
Pastinya kita mahu bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah redho pada kita
Andaikata hari ini adalah hari terakhir kita berhidup di dunia ini
Apakah kata-kata terakhir yang mahu kamu ucapkan kepada
Penghuni dunia ini?
Mana tahu kata-katamu itu akan dikenang oleh anak cucu
Mana tahu kata-katamu itu membuatkan anak cucu mendoakan moyang mereka
Mana tahu kata-katamu itu mengundang Nur Rahmat KasihNya padamu
Andai kata hari ini adalah hari terkahirku bernafas di bumi ini
Aku memohon ampun kepada Allah SWT atas segala kesalahanku selama aku
Aku memohon maaf kepada semua orang yang kukenali di alam realiti atau
di alam maya di atas segala kesalahanku samada sengaja atau tidak
Aku memohon maaf kepada semua pembaca yang membaca karya-karyaku
jika ada yang tidak berkenan di hati mereka makanya maafkanlah aku kerna
aku adalah insan yang tidak sempurna bagi memuaskan hati semua pembaca.
Aku memohon maaf kepada anak cucuku jika ada karyaku yang menyinggung
hati mereka samada secara sengaja atau tidak.
Kepada anak cucu cicitku
Inilah moyangmu
Biarpun moyang tidak mengenalimu
Percayalah moyang sayang padamu
Sayang sangat-sangat
Sudilah baca karya-karya moyangmu
Sudilah hargai karya-karya moyangmu
Khazanah sastra moyang ini untuk kalian semua
Tanda moyang kasih dan sayang pada kalian
Biarpun semasa hayat moyang karya moyang tidak dihargai
Tidak mengapa...tapi demi kalian
Moyang tidak kisah itu semua
Kerna moyang menulis adalah keranaNYa
Kerna moyang sayangkan kalian
JIka kalian juga tidak mahu menghargainya
Tapi tolong hargai apa mesej yang hendak moyang sampaikan
Dalam semua karya-karya moyang
Tapi moyang yakin kalian akan menjaganya sebaik mungkin
Sepertimana moyang sanggup pertaruhkan darah moyang sebagai tinta
Begitulah juga kalian menjadi karya moyang agar tidak disepikan...
Moyang merayu pada semua anak cucu cicit moyang
Jagailah khazanah sastra karya-karya moyangmu ini
Sebaik-baiknya ....
Moyang wariskan pada kalian
Tiada apa yang moyang harapkan pada kalian
Jika sudi membalas kasih sayang moyang
Kirimkan sepotong ayat fatehah pun sudah memadai
Senyuman anak cucu
Adalah senyuman moyangmu
Karya Putri Rimba Niagara
10 April 2012 
 
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
24 Rejab 1439H
11 April  2018

0 comments:

Post a Comment

 
;