Tuesday, 14 August 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (318) FANTASI MENJADI REALITI




BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (318) FANTASI MENJADI REALITI


6 tahun yang lepas
Komen

YA MARHABAN YA RAMADHAN UNTUK SULTAN KELANTAN

Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...

Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
Patik dari Rimba Niagara
Dan wakil dari seluruh penghuni rimba niagara
Mengucapkan selamat menyambut
Ya Marhaban Ya Ramadhan
Moga semua amalan ibadah Tuanku dan Seluruh rakyat Kelantan...
Di Terima Allah Azzawajallah Aamiin

Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
Patik mengambil kesempatan ini mengucapkan Tahniah kerana di sepanjang Tuanku Memerintah Kelantan...rakyat Kelantan hidup Dalam aman dan damai
Dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah Azzawajallah di bumi bertuah Kelantan Dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa Terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil Lagi saksama kepada rakyat Kelantan, Membuatkan setiap rakyat Kelantan rasa Dihargai dalam penuh kesyukuran kerana DiKurniakan Allah SWT seorang Raja yang taat Kepada Allah SWT dan amat utamakan Kepentingan rakyat baginda.

Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan Sayang kepada rakyat Kelantan menjadi idola Kepada semua Raja-Raja Melayu yang ada di Seluruh Malaysia.
Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzati
DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan Seluruh rakyat Kelantan...
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! 
DAULAT TUANKU!

Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
Rabeah Mohd Ali
Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia.
22 Ramadan 1433H
11 Ogos 2012

RAKYAT KELANTAN AMAT SANJUNGI

Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan amat sanjungi,
Raja dan rakyat saling bekerjasama.

PUTRI RIMBA NIAGARA
11 Ogos 2012
22 Ramadan 1433H

BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIH-MU

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan
Seorang hamba yang benar zuhud
Mengutamakan rakyat lebih daripada
Kepentingan sendiri
Segala masalah rakyat ingin dibantu
Sedaya mampu
Masalah rakyat masalah baginda juga
Hari-hari yang difikirkan
Rakyat...rakyat...rakyat...
Hidup baginda sepi tanpa rakyat
Kasih sayang baginda pada rakyat
Tidak berbelah bahagi
Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
Hinggakan rakyat tidak merasakan
Yang berada di sisi mereka seorang raja
Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan
Namun apabila berbicara dengan baginda
Masih menjaga adap
Berbicara bahasa istana penuh sopan
Hinggakan seluruh rakyat Kelantan
Berasa amat terharu dengan
Sikap rendah diri raja mereka
Pada baginda
Apalah ertinya pangkat
Jika pangkat itu tidak memberi
Apa makna kepada rakyat
Dan baginda amat takut
Apabila tanggungjawabnya
Sebagai seorang raja akan
Dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Apa yang hendak
Dijawabkan nanti jika
Baginda lalai dengan tanggungjawabnya
Pada rakyat Kelantan

Ya Allah...
Kau Maha Penyayang
Kau Maha Memahami Isi Hati
Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini
Kau balaslah kasih sayangnya pada kami
Dengan rahmat kasih-Mu
Dan balaskanlah dengan balasan Syurga
Dan kami jua mahu bersamanya
Menikmati Syurga-Mu
Penuh kasih sayang
Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang
Kerana-Mu tika di dunia
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
14 April 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL & KHAI NOOR & PUTRI RIMBA NIAGARA)
8 Mei 2012
(DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN
MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
6 Ogos 2012
17 Ramadan 1433H
Like · · Unfollow Post

Mbak Nur, Ahmad Tajuddin and Sri Prabu Bumi Kusuma like this.

Putri Rimba Niagara shared Jkkk Fan Club's photo.


Like · · Share · 13 hours ago · 

Ahmad Tajuddin likes this.

Putri Rimba Niagara shared Farouq Hadi's photo.

ALLAHUAKBAR !
Steady Big Boss KLATE..
melemparkan senyuman macho utk ambo.. hehe.

Al-Sultan Kelantan,
...
Like · · Share · 13 hours ago · 
Mbak Nur and Ahmad Tajuddin like this.

(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
6 tahun yang lepas
FANTASI AKAN MENJADI REALITI
Di belantara rimba niagara ini
Semua penghuni rimba
Saling berkorban
Demi sebuah perjuangan suci
Demi sebuah kedamaian dan keharmonian
Seluruh penghuni rimba
Pada Ratu Rimba Niagara
Disandarkan segala harapan
Hasrat suci murni
Teruskan perjuanganmu duhai Ratu Rimba yang disayangi
Sepenuh jiwa raga kami
Kami sentiasa menyokongmu
Di sebilang waktu dan masa
Perjuanganmu suci murni
Kau rela pertaruhkan nyawamu untuk kami
Dan kami rela pertaruhkan nyawa kami untukmu
Itu sumpahmu
Itu sumpah kami
Tinta-tintamu yang Ratu Rimba
Curahkan di kanvas alam maya
Untuk dibaca oleh semua penghuni alam maya
Kami bingkaikan indah dan dipamerkan
Di Galeri Istana Rimba Niagara
Agar menjadi khazanah
Warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara
Kami bangga dengan perjuanganmu Ratu Rimba Niagara
Kau lupakan kepentinganmu sendiri
Kau berbakti tak kira masa
Berbahasa penuh santun penuh kasih sayang
Tapi kau tetap juga dihina oleh mereka yang durjana
Kau senyum dalam duka
Kau menyambut penghinaan itu dalam redha
Dan kami terseksa
Dan kami bersumpah
Dan tak akan izinkan sesiapa melukakan hatimu lagi
Duhai Ratu Rimba Niagara Yang Dikasihi
Di Rimba Niagara inilah
Tempat bertunasnya
Cinta kasih dan sayang setulus hati
Tak akan ada kepalsuan cinta kasih dan sayang
Semuanya setulus hati
Tak akan ada cemburu
Dan dendam membara
Dan tak akan ada bahasa-bahasa yang menyakitkan hati
Semuanya berkata seiring hati
Bertutur dalam bahasa nan indah-indah
Pabila mendengarnya
Pasti tenang roh dan jasad
Seakan kita berada di Taman-Taman Syurgawi
Maka dari itu Ratu Rimba Niagara
Berpenalah semahumu
Kami sentiasa akan menyokong/memberi dukungan padamu
Dan apa yang Ratu Rimba cita-citakan
Akan kami realitikan dengan izin-Nya jua
Percayalah Ratu Rimba Niagara
Bilamana Allah Azzawajallah mengatakan
KUN FAYAKUN
Yang fantasi akan menjadi realiti
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
6 tahun yang lepas
DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Yang DiPuja dan DiPuji oleh semua yang ada langit dan di bumi
Yang mengaturkan hidup dan matiku
Yang mendengar segala rintihan kalbuku
Hanya pada-Mu aku mengadu segala isi hati
Hanya Kau yang faham isi hatiku
Hanya Kau penyembuh segala dukaku
Bukan pesona dunia yang menjadi tumpuanku Ya Allah
Tapi kadang kala aku terleka juga dengan pesona dunia
Yang sentiasa melalaikan aku dan melekakan aku
Makanya Ya Allah ....aku perlukan sangat
Nur Hidayah Kasih dari-Mu
Sentiasa memimpin aku ke jalan-jalan yang Kau Redhai
Hingga akhir hayat hidupku
Moga berkat segala yang Kau Redhai dalam sepanjang
Aku berhidup ...
Kau membalas cinta dan kasih-Mu padaku
Dan kalimah cintaku pada-Mu
Menjadi saksi di akhir kalamku nanti
Itulah yang kudambakan pada-Mu Ya Allah
Maka Kau Perkenankanlah segala doaku Ya Allah
Pabila bertemu dengan-Mu nanti
Aku tersenyum penuh syukur seorang hamba pada Pencipta-Nya
Yang sudi dan sentiasa sudi membalas cintaku tanpa ada syarat
Yang ada cinta dibalas cinta
Jasad dan roh terasa damai
Sedamai air di Kali Syurga
Dan indahnya di saat Pertemuan dengan-Mu
Melepasi hingga ke langit ke tujuh
Cinta Kau dan aku
Menjadi saksi tika cinta di dunia
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indah....indah...indah.. .
Bahagia rohku di kala itu
Hanya Kau yang memahami bahagianya aku di kala itu
Airmata lambang cintaku pada-Mu tika di dunia dulu
Kau balas cinta-Mu tika itu
Mahu rasanya aku menangis penuh terharu
Terharu betapa Kau
Memanglah Kekasih
Yang menepati janji
Janji-Mu pasti
Aku yakin itu
Tika berhidup di dunia dulu
Bukan Syurga-Mu yang menjadi tumpuanku
Yang kumahukan adalah Cinta-Mu dan Rahmat Kasih-Mu
Maka-Nya sebelum Kau menjemputku untuk bertemu-Mu
Berilah aku peluang membawa bekalan yang
Kau Redhai dan ada Nilaian di Sisi-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Ya Allah di bulan Ramadhan Yang Penuh
Dengan Keberkatan dan segala pintu-pintu
Syurga terbuka seluas-luas-Nya Kau makbulkan doaku ini
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN
RABEAH MOHD ALI
24 Ramadhan 1433H
13 Ogos 2012
Komen

ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIRKU

Ramadhan Ya Ramadhan

Sudilah menjadi sahabatku
Sudilah menjadi temanku
Sudilah menjadi menyokongku

Jika kau sudi menjadi
Sahabatku
Penemanku
Penyokongku

Pasti aku bersyukur
Dan tersungkur di sejadah cinta-Nya
Kerana aku mahu
Kau terus menerus
Menyubur suburkan untuk aku
Terus-terus beribadah ikhlas
Semata kerana-NYa
Bukan untuk pandangan manusia
Tapi untuk padangan Alllah Azzawajallah

Usiaku yang tersisa ini masih tak dapat
Menampung amalan yang ingin aku
Persembahakan pada Tuhanku...
Aku malu...malu...malu...
Untuk membawa bekalan yang
Terlalu sedikit ini...sedangkan usiaku
Sudah pun melewati senja
ALLAHU AKHBAR!

Mana tahu berkat sokonganmu Ramadhan
Urat sarafku dan tulang belulangku dan semua
Pacainderaku menjadi segagah pahlawan
Fisabilillah yang hidup mati-Nya hanya
Ke jalan-jalan Allah SWT
Allahu Akhbar bertuahnya aku jika
Tuah itu menyebelahiku Aamin

Andai-Nya ini adalah ramadhan terakhirku
Dapatlah aku membawa bekalan yang telah
Dilipat ganjaran pahalanya berganda-ganda
Banyak-NYa semua-Nya dalam pengetahuan
Allah dan semua pintu-pintu ke Syurga
Di buka seluas-Nya untuk para hamba-Nya
Yang beribadat ikhlas kerana-Nya..

Ramadhan Ya Ramadhan
Berkat kami berkasih sayang ukhuwah kasih
Dan saling memaafkan semua teman-teman kami
Kau sudilah senyum padaku
Agar hidupku sentiasa berada di dalam
Rahmat Kasih-Nya yang berpanjangan
Seumur hidupku seumur hidup kawan-kawanku

Ramadhan Ya Ramadhan
Yang kudambakan dalam hidup ini
Menjadi hamba Allah yang disayangi
Allah SWT dan di sayangi semua penghuni
Di bumi jua di langit Aamiin

Ramadhan Ya Ramadhan
Ketemukan aku agar aku
Dan semua pembaca karyaku
Dapat beramal di malam Lailatul Qadar
Kerana di malam itu lebih baik daripada
Seribu bulan Aamiin

Ramadhan Ya Ramadhan
Jika ini Ramadhan terakhirku
Bukakanlah hati-hati
Kawan-Kawanku yang telah aku sakiti
Hatinya secara sengaja atau tidak
Memaafkan aku kerna
Aku takut Allah SWT murka padaku
Kerana selagi aku tidak dimaafkan oleh
Teman-temanku pasti malanglah aku
Tika aku berhidup di muka bumi ini
Kerana sengaja bermusuh-musuhan dengan
Kawan-kawanku biarpun cuma di alam maya
Sedangkan tiada terniat di hatiku untuk
Membuatkan mereka membenciku kerana
Nawaitu asalkau semua yang hadir dalam
Hidupku bagaikan
Permata-permata dari Syurga
Kiriman Allah SWT padaku untuk aku
Syukuri

Ramadhan Ya Ramdhan...
Moga Allah SWT menerima
Segala amalan dan niat baikku
Kerana Alllah SWT menerima
Semua niat-niat yang baik-baik
Belum melakukan sudah diberi pahala
Dilakukan lagilah pahala
Begitulah Maha Penyayang-NYa Allah SWT
Pada semua hamba-Nya tiada terkecuali

Ramadhan Ya Ramadhan
Moga aku dan semua pembaca karyaku
Dapat beramal di bulan Ramadhan
Dengan ikhlas kerana-Nya
Mana tahu ini adalah Ramadhan terakhir
Yang akan kami persembahkan kepada
Allah SWT dan diterima dalam redha-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

Putri Rimba Niagara
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
Uruskan

6thn

JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI

Bismillahirrahmanirrahim


Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
Kau terimalah taubatku
Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
Kerana niatku berhidup di bumi-Mu ini ingin berbuat baik dengan-Mu dan hamba-Mu
Tiada niat untuk berlaku zalim pada-Mu dan pada sekalian hamba-hamba-Mu

Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumi-Mu ini
Matikan aku dalam keadaan
bersujud pada-Mu
membaca Qalam-Mu
berzikir pada-Mu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di Sisi-Mu
berbuat kebaikan
bersangka baik dengan-Mu dan manusia

Ya Allah Tuhan yang kucinta
Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
Jika itulah yang dapat kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
Akulah hamba-Mu yang bertuah
Kerna aku mahu mati dalam redha-Mu

Ya Allah Aku HambaiMu yang terlalu hina
Kerana amalan tak seberapa ingin masuk Syurga-Mu
Amalan tak setimpal dengan balasan Syurga-Mu
Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
Tapi semuanya kerana-Mu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan Syurga-Mu tapi semata kerana mendapat redha-Mu ...mendapat balasan cinta dari-Mu

Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
untuk mendapat redha-Mu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaan-Mu ini

Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redha-Mu
Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumi-Mu ini
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Putri Rimba Niagara
24 Ramadan 1433H
13 Ogos 2012
CINTA SURATAN KETENTUAN-NYA
Sudah suratan takdir cinta tercatat di Lauhmahfuz
Pertemuan antara dua hati Adam dan Hawa
Seia sekata mengikat janji terpatri
DiRedhai Allah Dalam Cinta Suratan Ketentuan-Nya.
PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
6 tahun yang lepas
BUDI BAHASA YANG SANTUN SENTIASA MENJADI BUDAYA MURNI PARA KSATRIA MELAYU.
BERSAMA OMBAK RINDU YANG MENDERU-DERU
Ya Rab
Syukur aku Kau Kurniakan padaku seorang hamba-Mu
Yang terlalu memahami dalam keadaan apa jua pun aku
Sudi berkawan denganku dan terima aku apa adanya
Hingga kadang kala yang aku tak kuat mempertahankan keikhlasannya padaku
Hinggakan aku malu pada diriku sendiri dengan kesetiaan persahabatannya denganku
Ya Rab
Aku ingin menjadi kawan yang
Sesetia pantai pada ombak
Dia adalah Kurniaan-Mu padaku
Yang terlalu amat berharga daripada permata
Begitu juga dengan rakan-rakan sastraku yang lain
Ampunkanlah aku Ya Rabb
Jika ada rakan-rakan sastraku di grup ini
Telah aku sakiti hatinya
Telah aku lukai hatinya
Tapi percayalah duhai rakan-rakan sastra semua
Tali ikatan ukhuwah kita tak pernah terputus
Malah telah kusimpul matikan sejak kita ditemukan oleh-Nya
Dan sentiasa mewangi di hati ini
Biarpun kau tak tahu aku terlalu rindukan ketika mula kita berkenalan di alam maya
Cumanya bila di fb aku tak dapat kekalkan jika kalian terus-terusan menyepi dariku
Sejujurnya sejak perpisahan itu aku terdera rindu pada kalian
Maka di bulan Ramadhan yang mulia ini aku mengirimkan maafku di angin lalu
Agar kalian berlembut hati dan sudi memaafkan aku...
Maafkan aku ye rakan-rakan yang mengenali diriku melalui karyaku-karyaku
Percayalah sekali tangan berjabat tersimpul mati dan sentiasa mewangi di hatiku
Kepada rakan fbku...
Aku merayu padamu janganlah sepikan aku
Kerana aku tak tega disepikan
Kalau seminggu bisa kok
Jangan sampai berbulan-bulan
Ku tak tega terdera rindu...
Nanti ombak rindu menderu-deru
Bagaikan pungguk rindukan bulan
Memanggil-manggil namamu
Dan bila dah jemu memanggil namamu
Tanpa balasan sahutan rinduku ke kamu
Jangan salahkan ombak rindu...
Cuma yang dapat diucapkan nanti
Rinduku rindumu telah dibawa pergi
Bersama ombak rindu yang menderu-deru....
Cuma tinggal nostalgia kasih dan sayangku padamu ...
Jangan sampai jadi begitu rakan fbku...
Jika sampai jadi begitu makanya akan terpadamlah api lilinku yang malap ini...
Adakah kau tega ???
LUAHAN HATI DARIPADA PUTRI RIMBA NIAGARA UNTUK RAKAN-RAKAN
YANG MENGENALIKU DI ALAM MAYA
MAAF AKAN KULAFAZKAN SAMPAI KAPANPUN!
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
6 tahun yang lepas
BUDI BAHASA YANG SANTUN SENTIASA MENJADI BUDAYA MURNI PARA KSATRIA MELAYU.
IZINKAN LILINKU BERCAHAYA BIARPUN TERLUKA
Lilin...
kau adalah aku
aku sedia berbakti dengan karyaku demi-Nya
tanpa menghiraukan diriku kian malap dimamah usia
jika api lilinku
bertambah malap izinkan lilinku bercahaya
Duhai angin...ku merayu padamu
jangan kau tega menuipnya bagi padam
aku ingin terus bercahaya
biarpun dalam keadaan terseksa
tapi aku ingin berjuang juga
untuk menerangi diriku sendiri
dan menerangi mereka yang sudi dengan cahaya
yang cuma tinggal berbaki ini
Duhai angin jika kau tiup
kerana marahmu padaku
apalah salahku....
apalah dosaku padamu
kerana aku cumalah lilin
yang berjuang bersedirian
ingin mencari jalan-jalan pulang
biarpun hati terluka
diitupmu tanpa henti
kucuba pertahankan juga
agar terus menyala..menyala apinya
menerangi diriku sendiri dan di sekelilingku yang sudi
dengan harapan hadirlah
Cahaya dari segala Cahaya
Cahaya dari segenap penjuru
Cahaya Nur Hidayah Kasih dari Ilahi
Cahaya yang terus menerus meresap
ke kalbu roh dan jasad
inilah Cahaya yang kudambakan seumur hidupku
Maka dari itu duhai angin...
aku tahu aku tak sehebatmu
aku tak sesempurna imanmu
aku cumalah hamba
yang hanya ingin
menghabiskan usiaku
bersama-sama mereka
yang ingin pulang ke Pangkuan Ilahi
Dan dengan belas ehsanmu
izinkan aku menjadi lilin
biarpun masih malap apinya dan terseksa
jangan diseksa aku lagi dengan tiupanmu yang menyakitkan aku
kerana sepanjang kau bertiup kencang tak pernah pun aku
menghalangmu kerana aku sentiasa cerminkan diriku tak sesempurnamu...
dan aku mengalah pada kesempurnaamu itu
kerana jika aku menghalangmu berdosalah aku pada Allah SWT
kerana apa yang kau miliki itu adalah kurniaan dari-Nya
makanya bertiuplah bertiuplah hingga kau tenang
tapi janganlah sesekali kau tiupkankan api lilinku
yang malap ini..izinkanlah api malapnya bercahaya
biarpun dalam keadaan derita dan terseksa
tanda kau juga menghargai Kurniaan Allah Azzawajallah padaku
Karya Putri Rimba Niagara
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
6 tahun yang lepas
AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM
CARA BARU MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU
Aku bukan ahli sejarah
Tapi aku peminat sejarah
Aku mahu menghargai sejarah
Dengan caraku sendiri
Aku ingin mengolah sejarah
Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
Cara baru untuk mempopularkan sejarah
Di jiwa anak cucu rumpun Melayu
Agar mereka menghargai
Sejarah moyang mereka
Yang bersusah payah
Memerdekakan negara tercinta
Agar anak cucu dapat menumpang teduh
Dengan aman sejahtera
Tanpa ada permusuhan
Yang akan membuatkan
Negara moyangku dijajah semula
Aku tak mahu sampainya jadi begitu
Makanya
Kurela
Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
Pena untukku menulis
Dengan air mata dan darah
Dan takkan kuhiraukan lagi
Segala penghinaan mereka ke aku
Kerana aku berpena bukan
Untuk dipandang mereka
Aku menulis
Demi pandangan dari-Nya
Demi anak cucu rumpun Melayu
Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
Kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
Sehingga terhenti nafas
Terhentilah pena
Karya Putri Rimba Niagara
13 Ogos 2012
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H

    Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
    7 jam

    Foto Syaz Wan.
    Syaz Wan ke DOA DAN INFO
    Assalamuallaikum Wbt...
6 tahun yang lepas


              

Foto Bila Hati Berbicara.
Bila Hati Berbicara sedang bersama Mis Isya dan 4 yang lain.
Ya Allah, jadikanlah hari ini sebagai pembuka jalan2 kebaikan...
Aamiin Aamiin Ya Rabb....
~~ seraazlynnsabul ~~
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
TANPA KITA SEDARI BUMI INI BERPUTAR SEDAR TAK SEDAR USIA KITA MENINGKAT SETIAP TAHUN SAMPAI SUATU SAATNYA PASTI AKAN MENINGGALKAN BUMI INI MAHU TIDAK MAHU BERSIAP ATAU TIDAK KEMATIAN PASTI MENJEMPUT KITA.MOGA KITA MENINGGALKA DUNIA DI KALA ALLAH REDHA AKAN KITA DAN SEMUA MANUSIA YANG MENGENALI KITA REDHA ATAS KEMATIAN KITA. BARULAH TENANG ROH DI KALA ITU. AAMIIN
Foto Kami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan.

PETIKAN PERPUSTAKAAN ALAM MAYA RATU RIMBA NIAGARA,

14 Ogos 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;