BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (381) PANTUN BUAT SAHABAT JOHNY KINTAH
DARIPADA PEMBERITAHUAN
Asalammualaikum sahabat pemantun group IB..
Kami admin semua turut berduka cita dengan nasib yg menimpa ADMIN IB Johny Kintah .mendiang telah pergi buat selama lamanya meninggalkan kita,dalam satu kemalangan jalan raya..di doakan moga mendiang tenang di alam sana.😭😭😭
Buat kekandanya Tonny Kintah dan keluarganya di tamparuli sabah,semoga tabah menghadapi dugaan.ikhlas daripada kami di ikhlas berpantun.
Kami admin semua turut berduka cita dengan nasib yg menimpa ADMIN IB Johny Kintah .mendiang telah pergi buat selama lamanya meninggalkan kita,dalam satu kemalangan jalan raya..di doakan moga mendiang tenang di alam sana.😭😭😭
Buat kekandanya Tonny Kintah dan keluarganya di tamparuli sabah,semoga tabah menghadapi dugaan.ikhlas daripada kami di ikhlas berpantun.
~~
Khas buat mendiang sahabatku Johny Kintah
Khas buat mendiang sahabatku Johny Kintah
Gugur kemboja tepian bidara,
Sayang celagi tunduk ke bumi,
Baru sahaja hendak bermesra,
Engkau pergi tinggalkan kami.
Sayang celagi tunduk ke bumi,
Baru sahaja hendak bermesra,
Engkau pergi tinggalkan kami.
PIKAT HATI
~
Banyaknya udang sama haruan,
bermacam ikan dimakan bangau;
sekilas pandang wajahmu puan,
hamba bagaikan tersampuk angau.
~
Banyaknya udang sama haruan,
bermacam ikan dimakan bangau;
sekilas pandang wajahmu puan,
hamba bagaikan tersampuk angau.
Hendak jelajah tawan banjaran,
banjaran daik di puncak awan;
bukannya wajah jadi ukuran,
pekerti baik lebih menawan.
banjaran daik di puncak awan;
bukannya wajah jadi ukuran,
pekerti baik lebih menawan.
Banyaknya ubat berbagai jenis,
ubat penenang bercampur madu;
hati tertambat senyuman manis,
siang terkenang malam merindu.
ubat penenang bercampur madu;
hati tertambat senyuman manis,
siang terkenang malam merindu.
Danau dan tasik airnya bersih,
tempat haruan mencari makan;
hamba berbisik ingin kekasih,
tetapi puan tidak hiraukan.
tempat haruan mencari makan;
hamba berbisik ingin kekasih,
tetapi puan tidak hiraukan.
Berbagai tuna sudah diburu,
ikan haruan buru makanan;
apalah guna hamba cemburu,
jikalau puan tidak berkenan.
ikan haruan buru makanan;
apalah guna hamba cemburu,
jikalau puan tidak berkenan.
Dari
Johny Kintah
10/09/18 Tamparuli Sabah.
Johny Kintah
10/09/18 Tamparuli Sabah.
~
Berkenan sayang menambat santun,
pesanan moyang martabat pantun.
Berkenan sayang menambat santun,
pesanan moyang martabat pantun.
WARISAN PANTUN
Tepi telaga si pokok zaitun,
tumbuhnya rendah liuk gemalai;
bersama jaga warisan pantun,
pusaka indah sungguh bernilai.
tumbuhnya rendah liuk gemalai;
bersama jaga warisan pantun,
pusaka indah sungguh bernilai.
Pakai tengkolok kemas teliti,
pasti teliti berbagai cara;
berpantun elok berintegriti,
baik pekerti budi bicara.
pasti teliti berbagai cara;
berpantun elok berintegriti,
baik pekerti budi bicara.
Terbang melayang punai di taman,
cari pegaga turun ke tanah;
tinggalan moyang pantun berzaman,
seni dijaga harus amanah.
cari pegaga turun ke tanah;
tinggalan moyang pantun berzaman,
seni dijaga harus amanah.
Daripada
Johny Kintah
07/09/2018
Tamparuli Sabah.
Johny Kintah
07/09/2018
Tamparuli Sabah.
Marilah rakan² kita berpantun dengan bait yang indah², agar seni yang indah dapat diwarisi pelapis dengan kekal harmoni.
AKULAH JUARA PENYAIR ALAM MAYA
Duhai sahabatku...
Selama ini hidupku
Selalu saja mengalah
Kubiarkan saja mereka memijak
menghenyakku sesuka hati tanpa melawan....
aku rela menangis terlara duka...
Setiap kebaikan yang kubuat pada mereka najis yang dilempar
Adakah adil bagiku untuk menghadapi ini semua sepanjang hayatku...
Makanya demi untuk melangkah jalan yang kutuju
Takkan kubiarkan mereka
Menghina
Menghenyak
Memijakku sesuka hati tanpa ehsan
Selama ini hidupku
Selalu saja mengalah
Kubiarkan saja mereka memijak
menghenyakku sesuka hati tanpa melawan....
aku rela menangis terlara duka...
Setiap kebaikan yang kubuat pada mereka najis yang dilempar
Adakah adil bagiku untuk menghadapi ini semua sepanjang hayatku...
Makanya demi untuk melangkah jalan yang kutuju
Takkan kubiarkan mereka
Menghina
Menghenyak
Memijakku sesuka hati tanpa ehsan
Aku begini bukan niat
Untuk mendabik dada
Atau membongkakkan diri
Tapi adalah memberi penghargaaan buat diriku sendiri
Agar aku adalah hamba Allah yang dilahirkan di dunia ini
Bukan untuk di pandang sebelah mata
Penuh hina sambil meludahku
Begitu hinanya aku di matanya
Untuk mendabik dada
Atau membongkakkan diri
Tapi adalah memberi penghargaaan buat diriku sendiri
Agar aku adalah hamba Allah yang dilahirkan di dunia ini
Bukan untuk di pandang sebelah mata
Penuh hina sambil meludahku
Begitu hinanya aku di matanya
Jikalah aku dilahirkan ke dunia ini
Semata untuk membuatkan orang sakit hati
Lantaran aku berkarya
Sepenuh jiwa sepenuh rasa
Elok benar rasanya aku tidak
Menjadi penulis
Kerjaku ditukar
Sebagai pengkritik sastra
Itu lebih baik bagiku
Aku kritik...
Kritik sampai mereka terduduk terlentang
Sampai mereka keluar dari grup
Lepas itu aku puas
Aku gelak
Haa...haa...haa...
Padam dengan muka engkau
engkau ingat engkau hebat sangat
Akulah Juara Penyair Alam Maya!
Semata untuk membuatkan orang sakit hati
Lantaran aku berkarya
Sepenuh jiwa sepenuh rasa
Elok benar rasanya aku tidak
Menjadi penulis
Kerjaku ditukar
Sebagai pengkritik sastra
Itu lebih baik bagiku
Aku kritik...
Kritik sampai mereka terduduk terlentang
Sampai mereka keluar dari grup
Lepas itu aku puas
Aku gelak
Haa...haa...haa...
Padam dengan muka engkau
engkau ingat engkau hebat sangat
Akulah Juara Penyair Alam Maya!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
15 Sept 2012
15 Sept 2012
0 comments:
Post a Comment