Saturday 22 September 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (393) DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8



BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (393) DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BAKAL PERDANA  MENTERI MALAYSIA KE-8



INI KALILAH!! 👍🏼

Foto Tak Nak BN.

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Jangan diskriminasi sesiapa. Kesedihan seorang ibu Cina yang tidak dapat memberi makanan kepada anaknya sama sahaja dengan kesedihan seorang ibu Melayu, ibu Sikh, ibu Iban & semua ibu tanpa mengira bangsa.
ORANG PORT DICKSON

Duhai orang kampungku
seluruh warga Port Dickson
patut berbangga
Datuk Seri Anwar Ibrahim
pemimpin berjiwa rakyat
bertanding untuk
kerusi Parlimen Port Dickson
Syukur Alhamdulillah
tuah orang kampungku
bakal mempunyai pemimpin berjiwa rakyat
yang akan membela nasib seluruh warga Port Dickson
yang terkenal pantainya yang indah
pusat pelancongan dikenali
dari dalam dan luar negara

Port Dickson dikenali juga
sebagai, 'Bandar Pahlawan,'
Sekolah Tentera dan Latihan Tentera Darat
terdapat di Port Dickson

Inilah masanya warga Port Dickson memilih
Datuk Seri Anwar Ibrahim
pemimpin tersohor Malaysia
berjiwa rakyat tanpa memilih kaum
lantang bersuara...
segala cadangan yang diusulkan
warga Port Dickson
pasti akan dibawa di Parlimen

Port Dickson yang sudah terkenal
akan bertambah terkenal lagi
mana tidaknya
semua bangunan yang terbengkalai
akan dimajukan semula
dengan ini  menambah pendapatan
seluruh warga Port Dickson

Seluruh warga Port Dikson
pasti berbangga dan bertuah
pemimpin pilihan mereka
bakal menjadi Perdana Menteri Ke-8
Syukur Alhamdulillah
senyuman terukir hingga ke bintang


Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim
kerana sudi menjadi Pemimpin warga Port Dickson
kepimpinanmu yang berpaksikan raykat
amat kami hargai dan dikenang sampai bila-bila.



Karya Ratu Rimba Niagara
13 September 2018
3 Muharram 1440H

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 8

Sekalung tahniah untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim

kerana seluruh rakyat Malaysia
menyokong perjuanganmu...
perjuanganmu ikhlas
membela rakyat yang tertindas
telah banyak bukti
dan terbukti
jasa baktimu untuk rakyat
rakyat adalah keutamaanmu
kau rela bersusah demi rakyat
masamu hanya untuk rakyat
setiap apa yang difikirkan
rakyat...rakyat ...rakyat...
'Sudah ditakdirkan
darah yang mengalir di tubuhku ini
berbakti untuk rakyat demiNya
derita rakyat adalah deritaku
masalah rakyat adalah masalahku
akan kubela nasib rakyatku
semampu dayaku
selagi nafasku ada
selagi itu aku berbakti
akan kuhapuskan
semua rasuah
yang boleh menjadikan negaraku  muflis
akan kutentang habis-babisan
sehingga tiada lagi wujud rasuah
jika aku gagal membanteras rasuah
aku akan letak jawatanku
kerana bagiku
agama, bangsa dan negara
adalah menjadi matlamat aku kenapa aku menjadi pemimpin
aku menjadi pemimpin
adalah amanah Tuhanku
kepercayaan rakyatku
maka rakyat memilih aku menjadi pemimpin mereka
mana  mungkin kepercayaan rakyat dan amanah rakyat
hendak aku persendakan...
aku yakin jika aku dapat membanteras rasuah
di semua jabatan di bawah pemerintahanku nanti
Malaysia menjadi negara yang bebas rasuah dan rakyatnya hidupaman damai dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelas 2020
Insya-Allah Aamiin
ayuh  rakyat yang kukasihi 
kita sama-sama perjuangkan
bahawa bumi bertuah Malaysia ini
yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita
adalah sebuah negara kaya raya
yang boleh membuatkan
negara dan semua anak bangsa Ibu Pertiwi
maju jaya dalam semua bidang
tiada lagi rakyat hidup dalam kesusahan
semuanya terbela dan dibela kehidupannya
Insya-Allah akan kita jayakan sama-sama
susah sama susah
senang sama senang
susahmu susahku
senangmu bahagiaku
jasa dan baktiku sentiasa ada untukmu duhai rakyatku
andai aku dipilih menjadi pemimpinmu
apa saja yang membuatkan negaraku
boleh aman damai
akan kucuba pertahankansehingga ke titisan darah terakhir!



Karya Ratu Rimba Niagara
21 September 2018
11 Muharram 1440H

(Puisi dikarangkan istimewa untuk bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8 Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan seluruh rakyat yang menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim)


GURINDAM JIWA UNTUK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak soleh
Alhamdulillah
Syukur padaNya
kerana dikurniakan
seorang anak
yang berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan rakyat Malaysia
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu mungkin
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayang Rakyatku DemiNya'
di setiap pelosok bumi bertuah Malaysia
di bawah pimpinanmu
dan disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
suasana sepi seketika
bertafakur dalam kesyukuran padaNya
Allahu Akbar
dengan KebesaranMu Tuhan
Kau kurniakan seorang pemimpin
berjiwa rakyat
kami syukuri dalam sujud!
kami sayang pemimpin kami
hadirnya kami hargainya
perginya, kami iringi doa restuMu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
dengan SyurgaMu
kami ingin bersamanya di Syurga juga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
3 Ramadan 1439H
19 Mei 2018
(Sastera diilhamkan istimewa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih membela nasib seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kami amat terharu atas pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup dipenjarakan selama 
20 tahun demi rakyat dan Negara, akan kami kenang selagi hayat di kandung badan!)




ANWAR IBURAHIM TETAP DI HATI RAKYAT!!!

DARI SEBUAH HARAPAN, KITA BELAJAR KETELUSAN


"Semoga dengan ketulusan pendukung Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita dapat mengetahui arti dari sebuah keikhlasan untuk bangsa dan negara yang kita cintai MALAYSIA. Kita hanya berharap dari redha Ilahi
¤ Dari Titis Air Mata, Kita Belajar Mengerti.
¤ Dari Perselisihan, Kita Belajar Memahami.
¤ Dari Pengkhianatan, Kita Belajar Kesetiaan.
¤ Dari Rasa Bersalah, Kita Belajar Memaafkan.
¤ Dari Rasa Khuwatir, Kita Belajar Percaya.
¤ Dari Rasa Kehilangan, Kita Belajar Menghargai.
¤ Dari Sebuah Harapan, Kita Belajar Berjuang.
¤ Dari Sebuah Perjuangan, Kita Belajar Berkorban.
¤ Dari Sebuah Pengorbanan, Kita Belajar Ketulusan.






APABILA MENDUNG MENJADI PELANGI CINTA!

Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran seorang
isteri yang hebat!
meneruskan perjuangan suami tercinta
walaupun dalam seribu kepayahan
tetap tenang dan tersenyum.

20 tahun menunggu kepulangan suami tercinta
adalah satu ujian keimanan yang paling tinggi
air mata bukan penghalang untuk meneruskan perjuangan.

Kerinduan terhalang dengan dinding penjara
namun kerinduan semakin menebal
rindu berbalas rindu pada suami tercinta.

Perjuangan suami untuk membela rakyat
sentiasa tertanam di jiwa
dihina dikeji tidak mengapa
asalkan Tuhan tahu di mana kebenarannya.

Apabila dendam dibalas dengan kemaafan
adalah suatu keindahan kemanisan iman
menyatukan ukhuwah kasih berpanjangan
sampai ke Syurga
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
lafaz tasbih yang terindah!
anugerahNya yang terindah!


Berkat kesabaran kesetiaan kepada suami tercinta
akhirnya mendung menaungi hatimu
bertukar menjadi pelangi cinta
suami tercinta dengan izinNya dibebaskan dari penjara
Allah membalas setiap ujian kepada hambaNya
tepat pada masanya
tika kau meraikan kejayaan kemenanganmu
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Ke-7 merupakan Wanita Pertama Malaysia yang menyandang 
jawatan Timbalan Perdana Menteri
Subhanallah takdirNya tiada siapa yang tahu
janjiNya adalah pasti
tapi yang pastinya
setiap kesabaran dibalas dengan keindahan
inilah takdir yang terindah untukmu
takdir yang terindah untuk suamimu
takdir yang terindah untuk seluruh rakyat Malaysia
mendapat Perdana Menteri Tun Mahathir dan barisan kabinetnya 
yang bersedia berkhidmat mencurahkan
bakti kepada seluruh rakyat Malaysia tercinta yang terdiri pelbagai kaum.

Selamat pulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
pulang kepada ke pangkuan keluarga tercinta
bertuah mempunyai isteri yang setia cantik menawan iman.

Selamat meneruskan perjuangan membela rakyat
bersama Tun Mahathir
demi Agama, bangsa dan negara
bersatunya hati semanis iman.


‘PEMIMPIN DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
SENTIASA SEHATI SEJIWA DEMI RAKYAT’

Karya Ratu Rimba Niagara
29 Sya’aban 1439H
15 Mei 2018
(Puisi dikarang istimewa untuk Datuk Seri  Dr Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong PAKATAN HARAPAN)


Dr Wan Azizah Wan Ismail13hb Mei jam 10.53 pagi · 

Belum terlambat rasanya untuk ucap terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana berani membuat perubahan ini.
Ayuh kita bersama membina Malaysia baru yang gemilang!

Syukur Alhamdulillah. Moga membawa perubahan Malaysia Baharu bersama Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7. Seluruh Rakyat Malaysia telah lama menantikan saat-saat indah Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan!



BERSAMA MEMBINA MALAYSIA BAHARU!

Alhamdulillah cita-cita seluruh wanita
Malaysia mempunyai Timbalan Perdana
Menteri disandang oleh seorang wanita
menjadi kenyataan. Moga harapan semua
wanita Malaysia dipenuhi dengan jayanya oleh semua
pemimpin di bawah kepimpinan YAB
Tun Mahathir. Sekalung tahniah buat Datuk
Seri  Dr. Wan Azizah Timbalan Perdana
Menteri Malaysia.

Tahniah juga kepada semua menteri kabinet yang telah dilantik oleh rakyat Malaysia yang memberi kemenangan kepada PAKATAN HARAPAN.

'Tanpa rakyat siapalah pemimpin tanpa pemimpin siapalah rakyat. Justeru pemimpin dan rakyat berpisah tiada!'

Bersama kita membina Malaysia Baharu! Tanpa ada seorangpun rasa terpencil semuanya terbela dipenuhi harapan agar Malaysia dapat diwariskan kepada generasi akan datang!




Oleh: Ratu Rimba Niagara
13 Mei 2018


POLITIK ITU PENTING UNTUK SEMUA
RAKYAT MALAYSIA

Politik tidak menghina mana-mana pihak
tapi rakyat memilih politik berpaksikan rakyat
dan menyebelahi rakyat dalam apapun keadaan.
Tanpa rakyat tiada kerajaan dengan adanya kerajaan rakyat terbela.

‘Idea disertai strategi menghasilkan kejayaan’
‘Minda yang sihat tiada sempadan masa atau usia’


WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam Syurga-Ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)


BELAIAN KASIH PERTEMANAN TERHINGGA NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
"SALAM MAAL HIJRAH 1440H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN 
YA RABBAL A'LAMIIN,"

12 Muharram 1440H
22 September 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;