Wednesday, 3 October 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (412) ALLAH ENGKAU LEBIH MEMAHAMIKU


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (412) ALLAH ENGKAU LEBIH MEMAHAMIKU


Hussaini Sani ke Doa, Info, Video, Petua, Tips, Resepi, Hiburan, Madah Dan Banyak Lagi ☑️
Assalamualaikum..
Bismillah..Alhamdulillah..
Semoga di berkati Allah SWT
Aamiin
Assalamualaikum wbt..
Salam Maghrib..
Allah SWT sentiasa ada untuk kita..
Aamiin ya Allah
ALLAHU AKBAR

MOGA AKU DITEMUKAN PERSAHABATAN DALAM KETAKWAAN DI FBKU DAN DI GRUP AAMIIN
Salam Muslim
Semua persahabatan yang terbina di muka bumi ini akan menjadi permusuhan di hari akhirat kecuali persahabatan yang dibina dengan ketaqwaan. - Habib Umar Bin Hafidz. #Quote #SalamMuslim #Iman #Islam #Islamic #Sahabat

AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
1 jam
Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang sedang bersama Jpk Mat Kilau dan 3 yang lain.
Kuala Lumpur dinamakan Ibu Kota Buku Dunia bagi tahun 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), menerusi akaun twitter mereka hari ini.
Menurut kenyataan Unesco dalam laman sesawangnya, ibu negara Malaysia itu dipilih berikutan fokus yang kukuh terhadap pendidikan terangkum, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat penduduk di bandar raya berkenaan.
Menurut kenyataan itu, permohonan bandaraya Kuala Lumpur diterima oleh sebuah Jawatankuasa Penasihat terdiri daripada wakil Persatuan Penerbit Antarabangsa (IPA), Persekutuan Persatuan Perpustakaan Antarabangsa (IFLA) dan Unesco.
Bandar raya yang dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh Unesco akan berusaha untuk mempromosikan buku dan pembacaan serta menganjurkan aktiviti sepanjang tahun.
Kuala Lumpur adalah bandar raya ke-20 memenangi gelaran itu sejak 2001.
Pemenang sebelum ini termasuk Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Anvers (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogota (2007), Amsterdam (2008), Beirut (2009), Ljubljana (2010), Buenos Aires (2011), Erevan (2012), Bangkok (2013), Port Harcourt (2014), Incheon (2015), Wroclaw (2016), Conakry (2017), Sharjah (2019), dan Athens (2018).
Tahun sambutan akan bermula pada 23 April 2020, pada Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa slogan “KL Baca – penjagaan menerusi pembacaan”, akan memberi tumpuan kepada 4 tema: pembacaan dalam semua bentuknya; pembangunan infrastruktur industri buku; kebolehcapaian digital dan inklusif; dan pemberdayaan kanak-kanak menerusi pembacaan.
“Antara acara dan aktiviti lain termasuk pembinaan sebuah bandar buku (Kompleks Kota Buku), kempen membaca bagi penumpang kereta api, meningkatkan perkhidmatan digital dan kebolehcapaian oleh Perpustakaan Negara Malaysia bagi golongan kurang upaya, dan perkhidmatan digital baru bagi perpustakaan di 12 buah perpustakaan di kawasan perumahan miskin di Kuala Lumpur.
Program hebat bagi Ibu Kota Buku Dunia ini dihubungkan dengan Wawasan 2020 bagi Kuala Lumpur dan projek eko-bandar raya dikenali sebagai “River of Life” dengan menempatkan kedai buku dan perpustakaan terbuka berhampiran laluan air yang baru dibaik pulih di bandar raya berkenaan,” menurut kenyatan itu.
KETIKA MUSLIMAH TERLUKA
By IsmailCan
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya
Ketika hat...i seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi
dengan semangat perubahan
lebih baik pada dirinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan
ampunnya terhadap Rabbnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia
Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya
oleh hal-hal yang tidak berguna
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga
perasaan orang sekitarnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan
orang yang melukainya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong
orang lain tanpa beban di hatinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan
bagi orang disekelilingnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…
By Ismail Can.
KETIKA ADAM TERLUKA
ketika Adam terluka
parutnya berbekas
lukanya derita dalam senyap
namun masih bisa memaafkan
tiada dendam di hati
mendoakan kebahagiaan untuk cinta terluka
ketika Adam terluka
izinkan kujahit lukamu dengan benang cintaku
kerana akulah Hawa ditakdirkan untukmu syukuri
ketika Adam terluka...
tak akan ada pengganti
yang ada cumalah
igauan mimpi tak pasti
yang pasti
akur akan setiap yang ditakdirkan Ilahi
setiap yang gerhana
pelangi indah sebagai ganti kesabaran...
Karya Ratu Rimba Niagara,
3 Oktober 2017

www

PENDEKAR ANAK PERTIWI
Pabila pendekar anak pertiwi
Bangkit dari pertapaan
Tiada siapa yang berani menghalangnya
Kecuali Yang Maha Esa
Perdekar anak pertiwi
Pabila sudah berada di tengah gelanggang
Sudah disiapkan segala kekuatan
Untuk bertarung
Bermati-matian
Biar darah dan keringat
Merenjis di setiap penjuru bumi
Tidak akan dihiraukan lagi
Musuh datang menyerang
Dari kiri dan kanan
Akan ditentang
Sehabis daya
Sehabis kekuatan
Nyawa pendekar anak pertiwi
Akan dipertaruhkan di segenap penjuru gelanggang
Biar tubuhnya hancur ditikam musuh bangsa melayu
Namun mengalah tidak sama sekali
Demi mempertahankan Budaya & Warisan Melayu
Tak hilang dan pupus ditelan zaman
Akan dibuktikan kata keramat Laksamana Hang Tuah
Tak akan hilang melayu di dunia jadi kenyataan!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Sept 2012
(PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ - PEWARIS PANGLIMA MELAYU NUSANTARA)
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA
BAHAGIA BILAMANA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA BERPADU SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA SEPERTI KUNTUMAN BUNGA-BUNGA DI TAMAN SYURGA MEWANGI DI HATIMU DI HATIKU DI HATI DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA MENEROBOS KE ANGKASARAYA MENYATAKAN INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
BERTABURAN PERMATA-MATA SYURGA
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
DI DARAT MENJADI BUNGA-BUNGA SYURGA
DI LAUTAN MENJADI PULAU DAMBAAN HAMBA YANG MENCINTAI-NYA
CINTA- NYA MENJADI BURUAN PENCINTA-NYA
CINTA-NYA MENJADI DAMBAAN PENCINTA-NYA
JIKA SYURGA MENJADI DAMBAAN
MAKA RUGILAH MATLAMAT HIDUP SEBENAR
SYURGA TANDA CINTA YANG DICINTAI DIBALAS-NYA
KERANA ITU PASTI
KERANA JANJI-NYA ADALAH PASTI
TAPI YANG PASTI KITA SALING SAYANG DAN KASIH DEMI-NYA
KITA BERSAMA MENUJU KE JALAN-NYA
DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT BERTEMU DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
MERENTANG BUMI MERENTANG LANGIT YANG TERBENTANG LUAS
SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA...
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
KASIHKU KASIH LIMA BENUA
SENTIASA MEWANGI
SEWANGI SETULUS CINTA LIMA BENUA
SEWANGI KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SYURGA
SYUKUR YA ALLAH KAMI MAHU PULANG KEPADA-MU
DALAM HATI YANG SUCI BERSIH
SALING SAYANG MENYAYANGI KERANA-MU
TIADA YANG LAIN DIFIKIRKAN HANYALAH
MAHUKAN RAHMAT DAN NUR KASIH-MU
YANG ABADI HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
2 Okt 2012
18 hours ago · Like · 2
(PETIKAN DARIPADA GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
2 Okt 2012

DUA SAHABAT SEDANG MEMBICARAKAN TENTANG ISU PENDERMAAN ORGAN
MARIA : Kau tak terpanggil ke nak menderma organ?
SITI : Aku takutlah...
MARIA : Apa yang kau takutkan?
SITI : Sebab aku takut mati
MARIA : Yang hidup pasti mati..takut atau tak akan mati
SITI : Tukar tajuk lain boleh tak? Aku belum bersedia
nak matilah
MARIA : Kalau malaikat maut datang ...boleh ke kau kata
aku belum bersedia?
SITI: Tak boleh
MARIA: Kenapa pulak tak boleh?
SITI : Malaikat patuh kepada TuhanNya Tuhanku juga
Bila tiba masanya tak dilewatkan tak dicepatkan
walaupun sesaat. Engkau tak tahu ke itukan masuk
Rukun Iman yang wajib umat Islam percaya?
MARIA : Tahu ustazah. Sebab kita sama-sama tahu kita
jangan ubah tajuk ye... kita bincangkan tajuk derma organ ini
dari hati ke hati. Macam mana ustazah?
SITI : Engkau ni...aku baru pandai sikit engkau dah panggil
aku ustazah... tak apalah oleh kerana kita sama-sama akan
mati dan setiap yang bernyawa itu akan mati kita bincangkan ye
tapi penuh berhati-hati agar tidak disalah ertikan
Aku ikut pemahaman aku...kalau aku salah engkau betulkan atau
siapa-siapa yang lebih arif nanti akan betulkan apa yang kita
bicarakan ini ye...
MARIA : Aku pun macam engkau juga kalau aku salah kau betulkan
atau sapa-sapa yang pandai betulkan agar tak disalah ertikan
Apa pendapat engkau tentang isu pendermaan organ Siti?
SITI : Aku akan dermakan semua organ aku selagi mana boleh
digunakan oleh mereka yang memerlukan. Sebabkan apa...aku pernah
dengar isteri Rasullullah meminta Rasulullah menjualkan tulang-
belulangnya jika ianya boleh menegakkan agama Allah di muka bumi.
MARIA : Masya-Allah sampai ke situ kau fikir Siti?
SITI : Engkau pulak nak derma organ apa?
MARIA: Semua aku derma kecuali hati..
SITI : Kenapa?
MARIA: Kerana hatiku telah kuberikan pada Allah
SITI : Masa tu kan kita dah mati ...hati kau itu kan
akan musnah juga
MARIA: Kitakan ada dua hati...
SITI Dua hati?
MARIA: Satukan hati nampak dan satu hati tak nampak
Hati yang tak nampak inilah samada diterima Allah
atau tak...Betul tak?
SITI: Betul...Betul...Betul...
Karya Rha NS
3 Oktober 2011


JANGAN KUNCI HATI DI DALAM HATIMU
Duhai kawan...
Jangan kunci hatimu di dalam hati
Kerana akan payah membukanya
Kuncilah hatimu dalam peti
Kerana kuncinya ada padamu
Jika hatimu sejuk senang dibuka
Senang kau maafkan aku
Duhai kawan hatimu akan
Menjadi sesejuk salju
Jika mendapat Nur Hidayah kasihNya
Lantas mudah saja kau membuka hatimu
Untuk memaafkanku
Antara peti dan hati
Kupilih hati
Kerana
Kau akan maafkan aku dengan setulusnya
Moga kau dan aku saling muhasabah diri
Kerana kita saling tak sempurna!
Karya Rha NS
3 Oktober 2011
SYAIR PENGEMBARA BAHASA
Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
Bijak berkata indah berbahasa,
Perjuangannya mempertabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara,
Serata dunia memperkenalkan bahasa;
Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
Bahasa kebangsaanku indah bila berkata.
Ilmu dicurah tak pernah jemu,
Demi kerana mempertabatkan bahasa ibundaku;
Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia,
Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
Warga dunia mengenal juga negaramu;
Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira,
Disambut dengan sejambak bahasa;
Bahasa cinta memukau jiwa,
Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
Begitu fasih indah tutur kata;
Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
Bahasa inbundaku penuh tekun dipelajari;
Datang melancong ke Malaysia ini,
Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai,
Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
Akan diungkap apabila sampai di sini,
Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku,
Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
Ilmu dicurah di serata dunia;
Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah penenang jiwa,
Mengungkap kata sepenuh rasa;
Terpukau mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
Keindahan alam mereka terpukau;
Menjadi realiti diluar jangkau,
Dalam indahnya berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
Menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
Datang ke sini berbahasa Melayu;
Apabila berbahasa penuh yakin tanpa silu,
Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah,
Namun hatimu tak pernah bermegah;
Kau seorang yang berhati tabah,
Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
Azam mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan oleh semua pejuang bahasa,
Tidak kira siapa pun mereka;
Bersatu hati demi bahasa ibunda,
Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara bahasa bersama pejuang bahasa,
Ingin menjelajahi jabatan kerajaan dan swasta;
Untuk memupuk budaya bahasa ibunda,
Bahasa ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
Mencintai Bahasa Kebangsaan kita;
Bila berbahasa penuh bangga,
Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan pejuang bahasa,
Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
Moga matlamat kalian akan berjaya,
Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.
Bahasa kita warisan kita,
Warisan seni yang perlu dibangga;
Marilah kita membudayakannya,
Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja syair Pengembara Bahasa,
Dipersembahkan untuk warga dunia;
Moga gembira dan sentiasa bahagia,
Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya Rha NS
13 Julai 2011
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
 Terima kasih kepada prof Kembara Bahasa. Macam mana ada bakat tak nak jadi penulis syair dan pantun...maklumlah saya baru nak menuntut ilmu dengan prof...itupun kalau prof. sudi nak turunkan ilmu kepada saya yang kerdil ini. Artikel Prof. Wu baru disiarkan di blog saya sebentar tadi sebagai tanda penghargaan saya padanya dan juga prof. Harap prof mengizinkan artikel itu disiarkan di blog saya.


7 tahun yang lepas
PROFESOR WU ZONG YU
Profesor Wu Zong Yu
Biarpun aku tak mengenalimu
Dan baru pertama kali mengenilimu di sini
Hatiku rasa terharu! Penuh syahdu!
Tak sangka aku...ada juga wujud insan sepertimu
Yang bukan warganegaraku...
Memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu
Dengan rasa bangga tanpa rasa jemu tanpa berputus asas
Kau memperjuangan Bahasa Kebangsaan Negaraku
Sejak dari usia remaja lagi hingga ke usia emas
Terkedu aku! Terharu sangat-sangat!
Dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu...
Kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu
memperjuangan Bahasa Kebangsaan Negaraku aku pun tak tahu...
siapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu...
Yang aku tahu
Kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku
Kau berkorban masa ....tenaga...dan segalanya untuk mempertabatkan
Bahasa Kebangsaan Negaraku...
Kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih
Kau terus dan terus dengan semangat kentalmu
Memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China
Sehinggakan ramai rakyat negaramu yang meminati dan jatuh cinta
Pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku
Mereka belajar bersungguh-sungguh setiap apa yang kau ajar
Sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
Kau akan bangga bila mereka pandai berbahasa indah
Menyusun kata-kata indah bila berkata
Itulah hadiah dari mereka untukmu sebagai pengajar Bahasa Melayu
Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi
Jasa dan budimu mempertabatkan Bahasa Kebangsaan Negara
kami... amat kami hargai dan sanjungi!
Kami terharu dalam penuh syukur
Semangatmu memperjuangkan Bahasa Melayu ingin kami contohi
Kaulah idola kami di Malaysia ini!
Terima kasih Profesor Wu Zong Yu
Sekalung tahniah daripada kami
Atas Pengkurniaan Ijazah Kehormat Persuratan
Moga usahamu mempertabatkan Bahasa Melayu tetap
Utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu
Kalau kau boleh! Kamipun boleh!
Budi dan jasamu sentiasa tersanjung dan sentiasa mewangi
di hati kami biarpun kau telah tiada nanti!
Terima kasih untuk segala pengorbananmu
Kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang kukagumi
Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu
Profesor Wo Zong Yu!
Karya Rha NS
3 Oktober 2011
(TERIMA KASIH KEPADA PROFESOR PENGEMBARA BAHASA
KERANA MU MAKANYA TERCETUSNYA ILHAM PUISI INI DAN AKAN DI ABADIKAN
DI BLOG: sasterakuduniaku.blogspot.com & bukukreatifpatriotik.blogspot.com)
Komen
Awang Sariyan Kembara Bahasa Prof. Wu yang saya kenal sejak lebih 20 tahun sarjana dan pejuang yang ikhlas. Tiga tahun setengah bersama-sama dengannya di BFSU mengabsahkan kesimpulan itu.
Uruskan
7thn
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara Prof Kembara Bahasa ...
Saya amat terharu dengan perjuangan Prof Kembara Bahasa & Prof Wu...justeru saya abadikan Puisi Profesor Wu Zong Yu & Syair Pengembara Bahasa di blog saya sebagai tanda terima kasih saya kepada Prof. bedua Blog saya: bukukreatifpatriotik.blogspot.com & sasterakuduniaku.blogspot.com dalam proses penyiaran)
Uruskan
7thn
SukaTunjukkan lagi reaksi
Awang Sariyan Kembara Bahasa Sudi kiranya menandakan puisi itu di laman Buku Wajah (Fb) saya supaya nanti dapat saya kirimkan sajak itu melalui e.mel kepada Prof. Wu (beliau tidak biasa dengan laman ini dan di RRC blog, Fb dll memang disekat, kecuali dengan menggunakan perisian khas).
Uruskan
7thn
SukaTunjukkan lagi reaksi



BELAIAN KASIH PERTEMANAN TERHINGGA NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
"SALAM MAAL HIJRAH 1440H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN 

YA RABBAL A'LAMIIN,"

23 Muharram 1440H
3 Oktober  2018

0 comments:

Post a Comment

 
;