Friday, 5 October 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (419) INSYA-ALLAH ANWAR MENANG PARLIMEN PORT DICKSON AAMIIN


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (419) INSYA-ALLAH ANWAR MENANG PARLIMEN PORT DICKSON AAMIIN

Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
1 jam
Tak Nak BN
2 jam


HARAPAN PD HARAPAN MALAYSIA

Duhai orang kampungku
seluruh warga Port Dickson
patut berbangga
Datuk Seri Anwar Ibrahim
pemimpin berjiwa rakyat
bertanding untuk
kerusi Parlimen P132 Port Dickson
Syukur Alhamdulillah
tuah orang kampungku
bakal mempunyai pemimpin berjiwa rakyat
yang akan membela nasib seluruh warga 
Port Dickson terkenal pantainya yang indah 
pusat pelancongan dikenali
dari dalam dan luar negara!
Port Dickson dikenali juga
sebagai, 'Bandar Tentera Darat'
kerana Sekolah Tentera Darat dan 
Muzium Tentera Darat terdapat 
di Port Dickson.

Inilah masanya warga Port Dickson 
memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim
pemimpin tersohor Malaysia
berjiwa rakyat tanpa memilih 
kaum lantang bersuara!

Segala cadangan yang diusulkan
warga Port Dickson pasti akan 
dibawa ke Parlimen.

Port Dickson sudah terkenal
akan bertambah terkenal lagi
mana tidaknya semua pembangunan 
yang terbengkalai akan dimajukan 
semula dengan ini menambah 
pendapatan seluruh warga 
Port Dickson!

Seluruh warga Port Dickson
pasti berbangga dan bertuah
pemimpin pilihan mereka
bakal menjadi Perdana Menteri ke-8
Syukur Alhamdulillah
senyuman terukir sampai ke bintang!

Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim
kerana sudi menjadi pemimpin warga 
Port Dickson dan Malaysia.
Kepimpinanmu yang berpaksikan rakyat
amat kami hargai akan dikenang sampai 
bila-bila!

Karya Ratu Rimba Niagara
Port Dickson
5 Oktober  2018

(Puisi diilhamkan istimewa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh warga Port Dickson.
‘HARAPAN PD HARAPAN MALAYSIA’ bersama kita realitikan dengan memberi sokongan 100%).



Uruskan

GURINDAM JIWA UNTUK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak soleh
Alhamdulillah
Syukur padaNya
kerana dikurniakan
seorang anak
yang berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan rakyat Malaysia
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu daya
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayang Rakyatku DemiNya'
di setiap pelosok bumi bertuah Malaysia
di bawah pimpinanmu
disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Kerajaan 
Langit Dan Bumi
suasana sepi seketika
bertafakur dalam kesyukuran padaNya
Allahu Akbar
dengan KebesaranMu Tuhan
Kau kurniakan seorang pemimpin
berjiwa rakyat
kami syukuri dalam sujud
kami sayang pemimpin kami
hadirnya kami hargainya
perginya, kami iringi doa restuMu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
dengan SyurgaMu
kami ingin bersamanya di Syurga juga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
Port Dickson
5 Oktober 2018

(Karya diilhamkan istimewa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih membela nasib seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kami amat terharu atas pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup dipenjarakan selama 20 tahun demi rakyat dan negara akan kami kenang selagi hayat di kandung badan!).
U
ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI KE-8
Sekalung tahniah untuk
Datuk Seri Anwar Ibrahim
seluruh rakyat Malaysia
menyokong perjuanganmu...
Perjuanganmu ikhlas
membela rakyat yang tertindas
telah banyak bukti
dan terbukti
jasa baktimu untuk rakyat!
Rakyat adalah keutamaanmu
kau rela berkorban demi rakyat.

Pemikiranmu tertumpu untuk rakyat
setiap apa yang difikirkan
Rakyat...Rakyat...Rakyat...

‘‘Sudah ditakdirkan
darah yang mengalir di tubuhku ini
berbakti untuk rakyat demiNya
derita rakyat deritaku
masalah rakyat masalahku
akan kubela nasib rakyatku
semampu dayaku
selagi nafasku ada
selagi itu aku berbakti
akan aku banteras rasuah
yang boleh menjadikan negaraku
muflis akan kutentang habis-habisan!
Sehingga tiada lagi rasuah!
Jika aku gagal membanteras rasuah
aku akan letak jawatan
kerana bagiku
agama, bangsa dan negara
adalah menjadi matlamat
kenapa aku menjadi pemimpin
adalah amanah Tuhankukepercayaan rakyatku
maka rakyat memilih aku
menjadi pemimpin mereka
mana mungkin kepercayaan rakyat
dan amanah rakyat aku persendakan
aku yakin jika aku dapat membanteras rasuah
di semua jabatan di bawah pemerintahanku nanti
Malaysia menjadi negara yang bebas rasuah
dan rakyatnya hidup aman damai dengan ekonomi
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020
insya-Allah. Ayuh! Rakyat yang kukasihi
kita bersama perjuangkan
bahawa bumi bertuah Malaysia ini
yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita
adalah sebuah negara kaya raya yang boleh
membuatkan negara dan semua anak bangsa
Ibu Pertiwi maju jaya dalam semua bidang
tiada lagi rakyat hidup dalam kesusahan
semuanya terbela dan dibela kehidupannya
insya-Allah akan kita jayakan bersama
susah sama susah
senang sama senang
susahmu susahku
senangmu bahagiaku
jasa dan baktiku sentiasa ada untukmu
duhai rakyatku!
Andai aku dipilih menjadi pemimpinmu
apa saja yang membuatkan negaraku
boleh aman damai akan kucuba pertahankan
sehingga ke titisan darah terakhir!”

Karya Ratu Rimba Niagara
Port Dickson
29 September 2018
(Puisi dikarangkan istimewa untuk bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8 Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat yang menyokong perjuangan beliau).





ANWAR IBRAHIM TETAP DI HATI RAKYAT!

DARI SEBUAH HARAPAN, KITA BELAJAR KETELUSAN
"Semoga dengan ketulusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, 
kita dapat mengetahui erti dari sebuah keikhlasan untuk bangsa dan Malaysia tercinta. Kita hanya berharap dari redha Ilahi.

¤ Dari Titis Air Mata, Kita Belajar Mengerti
¤ Dari Perselisihan, Kita Belajar Memahami
¤ Dari Pengkhianatan, Kita Belajar Kesetiaan
¤ Dari Rasa Bersalah, Kita Belajar Memaafkan
¤ Dari Rasa Khuatir, Kita Belajar Percaya
¤ Dari Rasa Kehilangan, Kita Belajar Menghargai
¤ Dari Sebuah Harapan, Kita Belajar Berjuang
¤ Dari Sebuah Perjuangan, Kita Belajar Berkorban
¤ Dari Sebuah Pengorbanan, Kita Belajar Ketulusan

Ratu Rimba Niagara
Port Dickson
29 September 2018
ANWAR IBRAHIM

Aku akan sentiasa tabah demi
Negara dan rakyat Malaysia tercinta
Walaupun menempuh seribu halangan 
Akan kuteruskan perjuangan kerana
Rakyat keutamaan perjuanganku!

Ingin mencurahkan
Bakti setulusnya kepada
Rakyat dan negara
Allah sentiasa bersamaku
Hanya DIA kupasrahkan segalanya
Impianku
Malaysia dan rakyat merdeka selamanya!

Ratu Rimba Niagara
Port Dickson
29 September 2018





POLITIK BERPAKSIKAN RAKYAT
PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT



Politik  tidak  menghina   mana-mana    pihak
itu yang terbaik kerana rakyat memilih  politik
berpaksikan rakyat mengutamakan kepentingan
rakyat dalam apapun keadaan.

Tanpa  rakyat  tiada  kerajaan  dengan  adanya 
kerajaan rakyat terbela.

‘Idea  disertai   strategi   menghasilkan   kejayaan’
‘Minda yang sihat tiada sempadan masa atau usia’


Ratu Rimba Niagara
Port Dickson
 29 September 2018
19 Muharram 1440H


PERJUANGAN SEMURNI SYURGA!
(Puisi Untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah)

Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran 
seorang isteri soleha yang hebat!
Meneruskan perjuangan suami tercinta
walaupun dalam seribu kepayahan
tetap tenang dan tersenyum.

20 tahun menunggu kepulangan suami tercinta
adalah satu ujian keimanan yang paling tinggi
air mata bukan penghalang untuk meneruskan 
perjuangan suami tercinta.

Kerinduan terhalang dengan dinding penjara
namun kerinduan semakin menebal
rindu berbalas rindu pada suami tercinta.
Perjuangan suami untuk membela rakyat
sentiasa tertanam di jiwa
dihina dikeji tidak mengapa
asalkan Tuhan tahu di mana kebenarannya.

Apabila dendam dibalas dengan kemaafan
adalah suatu keindahan kemanisan iman
menyatukan ukhuwah kasih berpanjangan
sampai ke Syurga
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
lafaz tasbih yang terindah!
AnugerahNya yang terindah!

Berkat kesabaran kesetiaan kepada suami tercinta
akhirnya mendung menaungi hatimu
bertukar menjadi pelangi cinta
suami tercinta dengan izinNya dibebaskan 
dari penjara.

Allah membalas setiap ujian kepada hambaNya
tepat pada masanya tika kau meraikan kejayaan kemenanganmu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,
merupakan Wanita Pertama Malaysia yang menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri .


Subhanallah takdirNya tiada siapa yang tahu
janjiNya adalah pasti
tapi yang pastinya
setiap kesabaran dibalas dengan keindahan
inilah takdir yang terindah untukmu
takdir yang terindah untuk suamimu
takdir yang terindah untuk seluruh rakyat 
Malaysia dikurniakan Perdana Menteri 
ke-7 Tun Dr Mahathir dan barisan kabinetnya 
yang sedia berkhidmat mencurahkan bakti 
kepada seluruh rakyat Malaysia tercinta terdiri 
daripada pelbagai kaum.

Selamat pulang Datuk Seri Anwar Ibrahim
pulang ke pangkuan keluarga tercinta
bertuah mempunyai isteri yang setia dan cantik 
menawan iman.

Selamat meneruskan perjuangan membela rakyat
bersama Tun Mahathir demi agama, bangsa dan 
negara. Bersatunya hati semanis iman.
‘Pemimpin dan rakyat berpisah tiada
sentiasa sehati sejiwa demi rakyat’

Karya Ratu Rimba Niagara
29 Sya’aban 1439H
15 Mei 2018
(Puisi dikarang istimewa untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah, 
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir dan seluruh 
rakyat Malaysia yang menyokong PAKATAN HARAPAN).

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA! 
Dr Wan Azizah Wan Ismail, 13hb Mei jam 10.53 pagi .
Belum terlambat rasanya untuk ucap terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana berani membuat perubahan ini.
Ayuh kita bersama membina Malaysia baru yang gemilang! Syukur Alhamdulillah. Moga membawa perubahan Malaysia Baharu bersama Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia ke-7. Seluruh Rakyat Malaysia telah lama menantikan saat-saat indah Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan!





MEMBINA MALAYSIA BAHARU!

Alhamdulillah cita-cita seluruh wanita Malaysia mempunyai Timbalan Perdana Menteri disandang
oleh seorang wanita menjadi kenyataan. Moga harapan semua wanita Malaysia dipenuhi dengan jayanya 

oleh semua pemimpin di bawah kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir. 
Sekalung tahniah buat Datuk Seri Dr Wan Azizah Timbalan Perdana
Menteri Malaysia.

Tahniah juga kepada semua menteri kabinet yang telah dilantik 
oleh rakyat Malaysia memberi kemenangan kepada PAKATAN HARAPAN.

'Tanpa rakyat siapalah pemimpin tanpa pemimpin siapalah rakyat. Justeru pemimpin dan rakyat berpisah tiada!'

Bersama kita membina Malaysia Baharu! Tanpa ada seorangpun rasa terpencil semuanya terbela dipenuhi harapan agar Malaysia dapat diwariskan kepada generasi akan datang!

Ratu Rimba Niagara
Port Dickson
15 Mei 2018






CERPEN: KUBITAK

Hari itu satu mesyuarat agong KUBITAK
diadakan. KUBITAK adalah singkatan
nama kumpulan Binatang Tasik Kenyir.
KUBITAK telah diwujudkan dua puluh
dua tahun yang lalu.

Selama sudah dua puluh dua tahun
bermesyuarat agong, pada kali ini
pemilihannya begitu sengit. Ketua
Satu KUBITAK selama ini tidak pernah
tercabar tetapi pada kali ini benar-
benar tercabar.

Rata-rata mengatakan Ketua Satu KUBITAK
tidak ada harapan untuk menang justeru
mereka secara peribadi berjumpa dengan
Ketua Satu KUBITAK.

"Maafkan saya... saya ingin memberikan
cadangan kepada tuan hamba agar meletakkan
jawatan sebagai Ketua Satu KUBITAK secara
terhormat daripada gugur di mesyuarat Agong
kelak.Pihak kami akan memberi saguhati yang
amat berharga tanda terima kasihnya kami
terhadap pengunduran tuan hamba," kata wakil
KUBITAK.

"Tidak...! Hamba tidak akan mengundur diri
walau apapun yang disogokkan. Hamba
berjuang bukanlah kerana material tapi
adalah minat yang terlalu mendalam,"
tegas Ketua Satu KUBITAK.

"Tapi... tuan hamba telah memegang jawatan
Ketua Satu KUBITAK sejak bermula KUBITAK
ditubuhkan, banyak rungutan daripada
para ahli yang didengari iaitu tiada
membaharuan dalam KUBITAK masih di takuk
lama, tuan hamba kena faham itu.Tuan hamba
pun sudah tua, janganlah terlalu tamak...
berilah peluang kepada ahli lain untuk
menerajuinya."

"Tidak! Hamba akan tetap bertanding walaupun
hamba kalah dalam pengundian kelak. Tapi
hamba yakin hamba boleh menang."

Ketua Satu KUBITAK sedar kedudukannya kini
tegang kerana dia terpaksa bersaing dengan
wakil dari RASAKSA iaitu kumpulan gajah.

Desas desus yang didengari bahawa besar
kemungkinan wakil RASAKSA akan menang kerana
dalam banyak perkara RASAKSA banyak membantu
kumpulan binatang lain dari segi material.

Dalam zaman sekarang idea saja tidak mencukupi
jika tiada kekuatan yang kukuh. Telah banyak
jasa yang ditaburkan oleh Ketua Satu RASAKSA
kepada ahli-ahli bawahannya. Begitu juga
kepada ahli-ahli binatang yang lain.

Mesyuarat Agong KUBITAK dirasmikan oleh
Yang Mulia Merak. Sebelum Yang Mulia berucap
Ketua Satu KUBITAK memberi ucapan.

Ucapan kali ini amat berbeza sekali jika
dibandingkan ucapan tahun-tahun sebelumnya.
Ucapannya banyak berbaurkan sindiran sinis!
Memuji diri dari apa yang telah dikorbankan
selama ini, kekecewaan kerana ada pencabarnya
lebih-lebih lagi jika dia tewas bererti tewasnya
nanti sebagai mati seorang pejuang. Ucapannya
hampir memakan masa empat puluh lima minit.

"Ini nak berucap ke atau nak berkempen?" bisik
salah seorang pemerhati dari kumpulan seladang.

"Agaknya dia sudah kelewatan!" jawab rakannya.

"Engkau agak siapa yang menang?"

"Rata-rata mengatakan RASAKSA yang menang!
Di akhbar-akhbarpun mengatakan RASAKSA boleh
menang mengikut dari ramalan wakil yang
mengundi."

"Engkau tengok sejak dia memerintah selama
17 belas tahun mana ada perubahan dalam
KUBITAK. Sepatutnya setiap tahun dia mesti
menerima cadangan-cadangan para perwakilan
tapi tidak! Cadangan perwakilan hanyalah
mencurah ke daun keladi! Cadangannya...hanya
untuk jenis binatang yang sealiran dengannya
hingga dia dikurniakan darjah kebesaran."

"Engkau dengar tu... untuk menerajui tampuk
pemerintahan mestilah mempunyai ilmu yang
kukuh kalau hanya gagah tidak akan sempurnalah!"

"Mentang-menanglah dia tu kancil yang bijak
dia tidak langsung memahami perasaaan gajah."

"Gajah dulu bukan gajah sekarang! Gajah sekarang
di samping mempunyai kekuatan, dia juga mempunyai
pengaruh yang besar untuk menaikkan nama KUBITAK
yang selama ini tidak dikenali ramai di kalangan
manusia. Kerana daya usaha gajahlah Tasik Kenyir
yang selama ini tidak dikenali ramai menjadi
tumpuan para pelancong. Dulu binatang-binatang
di sini menjadi buruan manusia tapi kini dilindungi
dan menjadi tontonan manusia."

Setelah Ketua Satu KUBITAK habis berucap,
Yang Mulia Merak pula berucap.

Antara ucapannya sedia memberi sokongan kepada
setiap aktiviti yang diadakan oleh KUBITAK dan
sedia membantu jika ada masalah yang hendak
diselesaikan. Yang Mulia dengan senang hati
menghadiahkan kepada KUBITAK sebuah Taman Bunga
seluas dua ribu hektar untuk ahli-ahli KUBITAK
beristirehat tanpa diganggu oleh manusia.
Beliau juga berharap KUBITAK akan terus maju
untuk mengharumkan nama Tasik Kenyir.

Mahupun pihak perwakilan dan pemerhati begitu
resah tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan.
Melihat dari suasana itu rata-rata mengatakan kancil
akan tewas yang menang gajah. Melihat dari air muka
kancil yang resah ternyata dia akan tewas manakala
gajah begitu yakin akan menang kerana penyokong-
penyokongnya begitu banyak.

Pengundian dijalankan secara tertutup. Setelah selesai
pembuangan undi, mereka berehat selama satu jam setengah.
Masing-masing bercerita sesama sendiri mengatakan kancil
akan tewas kali ini. Jika kancil tewas bererti banyaklah
perubahan KUBITAK akan berlaku secara mendadak.

Semua jenis binatang baik besar mahupun kecil akan sedia
diberi bantuan baik dari segi moral mahupun materiel agar
tidak ketinggalan untuk dikenali sebagai binatang popular.
Itulah janji gajah sekiranya dia menang.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman siapakah
yang dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Ketua Satu
KUBITAK yang baru.

Semuanya seperti terpaku apabila diumumkan kancil menang
42 undi manakala kajah 15 undi, undi rosak 1. Seakan tak
percaya dengan keputusan itu. Tapi itulah yang benar.
Suasana yang riuh pada awalnya menjadi muram. Seakan mereka
tidak dapat menerima dengan keputusan itu.

Jelas terbayang di wajah masing-masing kekecewaaan.
Yang mana kecewa lekas-lekas keluar dari situ.
Tidak mahu lebih lama.

Kancil tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pemenang.
Tapi hatinya Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya dia di
awal pertarungan. Kini dia boleh meneruskan perjuangannya
kembali. Barangkali dia akan membuat perubahan kerana dia
takut peristiwa ini berulang kembali.

"Saya dari kumpulan seladang ingin mengatakan yang kalah
tak semestinya ia tewas! Dan yang menang tak semestinya
ia berjaya, justeru marilah kita sama-sama berganding
bahu untuk berkerjasama di antara satu sama lain.
Janganlah jadikan pertandingan ini sebagai jalan untuk
menuju perpecahan sesama sendiri. Jadikan pemilihan pada
hari ini sebagai ikhtibar di masa-masa akan datang."

Ketua Satu RASAKSA keluar dari dewan. Di wajahnya tidak
langsung menampakkan kekecewaan. Beberapa wartawan dari
pelbagai media massa meluru kepadanya.

"Apa pendapat tuan hamba mengenai kegagalan tuan hamba
menjadi pucuk pimpinan?" Tanya merbuk dari akbar Burung.

"Ini menandakan bahawa ahli KUBITAK tidak mahu adanya
perubahan," jawabnya tenang.

"Adakah tuan hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK?"
sampuk zirafah wartawan dari majalah, "ZIRA"

"Iya hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK
walaubagai manapun idea yang ingin hamba serapkan kepada
KUBITAK akan hamba serapkan kepada RASAKSA juga. Hamba buat
begini asalkan dapat mempopularkan binatang-binatang
Tasik Kenyir keseluruhannya."


Karya Ratu Rimba Niagara
Port Dickson
15 Februari 1997
JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
Kau terimalah taubatku
Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
Kerana niatku berhidup di bumiMu ini ingin berbuat baik denganMu dan hambaMu
Tiada niat untuk berlaku zalim padaMu dan pada sekalian hamba-hambaMu
Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumiMu ini
Matikan aku dalam keadaan
bersujud padaMu
membaca QalamMu
berzikir padaMu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di SisiMu
berbuat kebaikan
bersangka baik denganMu dan manusia
Ya Allah Tuhan Yang KuCinta
Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
Jika itulah yang dapat kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
Akulah hambaMu yang bertuah
Kerna aku mahu mati dalam redhaMu
Ya Allah Aku HambaMu Yang Terlalu Hina
Kerana amalan tak seberapa ingin masuk SyurgaMu
Amalan tak setimpal dengan balasan SyurgaMu
Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
Tapi semuanya keranaMu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan SyurgaMu
Tapi semata kerana mendapat redhaMu ...mendapat balasan cinta dariMu
Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
untuk mendapat redhaMu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka
yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaanMu ini
Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redhamu
Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumiMu ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
5 Oktober 2011



WARKAH SALSABILA DARI SYURGA UNTUK MAMA & PAPA
"Mama...biarpun Salsabila dah tiada di dunia akibat pukulan mama ...Salsabila tetap cintai mama...sebagai mana yang Salsabila tulis ...Mama , aku sangat mencintaimu...tahukah mama apa yang Salsabila tulis itu adalah lahir dari hati yang suci sesuci kasih sayang di Syurga ini mama...tapi yang Salsabila kesalkan ....mama lebih menyayangi lipstik mama dari cinta salsabila...tak apalah mama lipstik boleh mencantikan dan boleh menawan hati papa...kerana lipstik boleh membahagiakan mama ....tak apalah Salsabila dah redha atas pukulan mama itu . Tahukan mama pukulan mama itulah yang dapat menyebabkan Salsabila mendapat kasih sayang yang sejati di Syurga. Penghuni di sini semuanya menyayangi Salsabila hinggakan Salsabila melupai cinta salsabila pada mama dan papa. Maafkan salsabila ye mama kerana terlalu taksubnya cinta di Syurga ini terlupakan mama dan papa. Walau apapun mama ...Salsabila akan menantikan mama dan papa di Syurga ini untuk memberikan minuman Syurga ...setelah mama dan papa minum biarpun seteguk pasti akan mama dan papa tak akan lupakan kelazatan yang tiada tandingannya tika berada di dunia. Jika mama dan papa ingin berjumpa salsabila di Syurga ...banyakkan taubat , amalan yang diredhai Allah dan jangan sesekali ikutkan rasa marah kerana akan membawa kemusnahan hati. Salsabila selalu bersangka baik dengan mama dan papa. Salsabila berharap dapat berjumpa mama dan papa di Syurga Allah. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Rha NS
4 Oktober 2011


BELAIAN KASIH PERTEMANAN TERHINGGA NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
"SALAM MAAL HIJRAH 1440H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN 

YA RABBAL A'LAMIIN,"

25 Muharram 1440H
5 Oktober  2018

0 comments:

Post a Comment

 
;