Monday, 1 October 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (408) HARAPAN PD HARAPAN MALAYSIA


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (408) HARAPAN PD HARAPAN MALAYSIA

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BAKAL PERDANA  MENTERI MALAYSIA KE-8


Jangan diskriminasi sesiapa. Kesedihan seorang ibu Cina yang tidak dapat memberi makanan kepada anaknya sama sahaja dengan kesedihan seorang ibu Melayu, ibu Sikh, ibu Iban & semua ibu tanpa mengira bangsa.

Foto Anwar Ibrahim.




ANWAR IBRAHIM TETAP DI HATI RAKYAT!
DARI SEBUAH HARAPAN, KITA BELAJAR KETELUSAN

GURINDAM JIWA UNTUK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM




DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8

Anwar Ibrahim
Saksikan siaran langsung proses Hari Penamaan Calon P132 Port Dickson pagi ini.


PORT DICKSON MEMILIH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM!




Terima kasih kerana sudi berkorban untuk membela nasib rakyat yang harus dibela!



Pemimpin berjiwa rakyat sentiasa di hati rakyat.



Pemimpin Berjiwa Rakyat !




Tak Nak BN
Undi kita kepada Harapan, bakal Perdana Menteri Sdr Anwar. Ok? 👌🏼



Ku Amal dsai lebih layak

Uruskan


Balasan16j

Ku Amal dsai sudah melalui berbagai ujian dan halangan, namun beliau x pernah putus asa berjuang

Uruskan


Balasan16j





2 min



 4 min









7 min
Saksikan siaran langsung proses Hari Penamaan Calon P132 Port Dickson pagi ini.





    15 min
    Anwar Ibrahim telah mengemaskini foto kulit mereka.
    Semboyan telah berbunyi,
    Menuju medan bakti!
    Solidariti di Istana Kehakiman hari Rabu ini.
    #BebasAnwar #BebasRakyat


PORT DICKSON MEMILIH ANWAR IBRAHIM!

Duhai orang kampungku
seluruh warga Port Dickson
patut berbangga
Datuk Seri Anwar Ibrahim
pemimpin berjiwa rakyat
bertanding untuk
kerusi Parlimen Port Dickson
Syukur Alhamdulillah
tuah orang kampungku
bakal mempunyai pemimpin berjiwa rakyat
yang akan membela nasib seluruh warga
Port Dickson terkenal pantainya yang indah
pusat pelancongan dikenali
dari dalam dan luar negara
Port Dickson dikenali juga
sebagai, 'Bandar Tentera Darat,'
Sekolah Tentera dan Latihan Tentera Darat
terdapat di Port Dickson

Inilah masanya warga Port Dickson memilih
Datuk Seri Anwar Ibrahim
pemimpin tersohor Malaysia
berjiwa rakyat tanpa memilih kaum
lantang bersuara!
Segala cadangan yang diusulkan
warga Port Dickson
pasti akan dibawa ke Parlimen

Port Dickson yang sudah terkenal
akan bertambah terkenal lagi
mana tidaknya
semua bangunan yang terbengkalai
akan dimajukan semula
dengan ini menambah pendapatan
seluruh warga Port Dickson

Seluruh warga Port Dickson
pasti berbangga dan bertuah
pemimpin pilihan mereka
bakal menjadi Perdana Menteri ke-8
Syukur Alhamdulillah
senyuman terukir sampai ke bintang

Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim
kerana sudi menjadi pemimpin warga
Port Dickson...
kepimpinanmu yang berpaksikan rakyat
amat kami hargai dan dikenang sampai
bila-bila!

Karya Ratu Rimba Niagara
30 September 2018
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh 
warga Port Dickson.'HARAPAN PD, HARAPAN MALAYSIA" sama kita 
realitikan dengan memberi sokongan 100%)



DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI KE-8

Sekalung tahniah untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim
kerana seluruh rakyat Malaysia
menyokong perjuanganmu...
perjuanganmu ikhlas
membela rakyat yang tertindas
telah banyak bukti
dan terbukti
jasa baktimu untuk rakyat...
rakyat adalah keutamaanmu
kau rela bersusah demi rakyat
masamu hanya untuk rakyat
setiap apa yang difikirkan
rakyat...rakyat ...rakyat...

"Sudah ditakdirkan
darah yang mengalir di tubuhku ini
berbakti untuk rakyat demiNya
derita rakyat adalah deritaku
masalah rakyat adalah masalahku
akan kubela nasib rakyatku
semampu dayaku
selagi nafasku ada
selagi itu aku berbakti
akan aku banteras
semua rasuah
yang boleh menjadikan negaraku muflis
akan kutentang habis-habisan
sehingga tiada lagi rasuah
jika aku gagal membanteras rasuah
aku akan letak jawatanku
kerana bagiku
agama, bangsa dan negara
adalah menjadi matlamat kenapa aku menjadi pemimpin
aku menjadi pemimpin
adalah amanah Tuhanku
kepercayaan rakyatku
maka rakyat memilih aku menjadi pemimpin mereka
mana mungkin kepercayaan rakyat dan amanah rakyat
hendak aku persendakan...
aku yakin jika aku dapat membanteras rasuah
di semua jabatan di bawah pemerintahanku nanti
Malaysia menjadi negara bebas rasuah dan rakyatnya hidup 
aman damai dengan ekonomi berpendapatan tinggi 
menjelang 2020 Insya-Allah Aamiin

Ayuh! rakyat yang kukasihi
kita sama-sama perjuangkan
bahawa bumi bertuah Malaysia ini
yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita
adalah sebuah negara kaya raya
yang boleh membuatkan
negara dan semua anak bangsa Ibu Pertiwi
maju jaya dalam semua bidang
tiada lagi rakyat hidup dalam kesusahan
semuanya terbela dan dibela kehidupannya
Insya-Allah akan kita jayakan sama-sama
susah sama susah
senang sama senang
susahmu susahku
senangmu bahagiaku
jasa dan baktiku sentiasa ada untukmu duhai rakyatku
andai aku dipilih menjadi pemimpinmu
apa saja yang membuatkan negaraku
boleh aman damai
akan kucuba pertahankan sehingga ke titisan darah terakhir!

Karya Ratu Rimba Niagara
29 September 2018
19 Muharram 1440H
 (Puisi dikarangkan istimewa untuk bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8 
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat yang menyokong perjuangan 
Datuk Seri Anwar Ibrahim)
Top of Form



  
GURINDAM JIWA UNTUK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak soleh
Alhamdulillah
Syukur padaNya
kerana dikurniakan
seorang anak
yang berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan rakyat Malaysia
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu mungkin
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayang Rakyatku DemiNya'
di setiap pelosok bumi bertuah Malaysia
di bawah kepimpinanmu
dan disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Kerajaan Langit Dan Bumi
suasana sepi seketika
bertafakur dalam kesyukuran padaNya
Allahu Akbar
dengan KebesaranMu Tuhan
Kau kurniakan seorang pemimpin
berjiwa rakyat
kami syukuri dalam sujud!
kami sayang pemimpin kami
hadirnya kami hargainya
perginya, kami iringi doa restuMu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
dengan SyurgaMu
kami ingin bersamanya di Syurga juga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
29 September 2018
19 Muharram 1440H
(Karya diilhamkan istimewa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih membela nasib seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kami amat terharu atas pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup dipenjarakan selama 20 tahun demi rakyat dan negara, akan kami kenang selagi hayat di kandung badan!)



 ANWAR IBRAHIM TETAP DI HATI RAKYAT!

DARI SEBUAH HARAPAN, KITA BELAJAR KETELUSAN

"Semoga dengan ketulusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Kita dapat mengetahui erti dari sebuah keikhlasan untuk bangsa dan Malaysia tercinta. 
Kita hanya berharap dari redha Ilahi

¤ Dari Titis Air Mata, Kita Belajar Mengerti
¤ Dari Perselisihan, Kita Belajar Memahami
¤ Dari Pengkhianatan, Kita Belajar Kesetiaan
¤ Dari Rasa Bersalah, Kita Belajar Memaafkan
¤ Dari Rasa Kuwatir, Kita Belajar Percaya
¤ Dari Rasa Kehilangan, Kita Belajar Menghargai
¤ Dari Sebuah Harapan, Kita Belajar Berjuang
¤ Dari Sebuah Perjuangan, Kita Belajar Berkorban
¤ Dari Sebuah Pengorbanan, Kita Belajar Ketulusan


PERJUANGAN SEMURNI SYURGA!
(Puisi Untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah)

Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran seorang
isteri yang hebat!
meneruskan perjuangan suami tercinta
walaupun dalam seribu kepayahan
tetap tenang dan tersenyum.

20 tahun menunggu kepulangan suami tercinta
adalah satu ujian keimanan yang paling tinggi
air mata bukan penghalang untuk meneruskan perjuangan.

Kerinduan terhalang dengan dinding penjara
namun kerinduan semakin menebal
rindu berbalas rindu pada suami tercinta.

Perjuangan suami untuk membela rakyat
sentiasa tertanam di jiwa
dihina dikeji tidak mengapa
asalkan Tuhan tahu di mana kebenarannya.

Apabila dendam dibalas dengan kemaafan
adalah suatu keindahan kemanisan iman
menyatukan ukhuwah kasih berpanjangan
sampai ke Syurga
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
lafaz tasbih yang terindah!
anugerahNya yang terindah!

Berkat kesabaran kesetiaan kepada suami tercinta
akhirnya mendung menaungi hatimu
bertukar menjadi pelangi cinta
suami tercinta dengan izinNya dibebaskan dari penjara
Allah membalas setiap ujian kepada hambaNya
tepat pada masanya
tika kau meraikan kejayaan kemenanganmu
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
ke-7 merupakan wanita pertama Malaysia yang menyandang
jawatan Timbalan Perdana Menteri
Subhanallah takdirNya tiada siapa yang tahu
janjiNya adalah pasti
tapi yang pastinya
setiap kesabaran dibalas dengan keindahan
inilah takdir yang terindah untukmu
takdir yang terindah untuk suamimu
takdir yang terindah untuk seluruh rakyat Malaysia
mendapat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan barisan kabinetnya
yang bersedia berkhidmat mencurahkan bakti 
kepada seluruh rakyat Malaysia tercinta yang terdiri pelbagai kaum.

Selamat pulang Datuk Seri Anwar Ibrahim
pulang ke pangkuan keluarga tercinta
bertuah mempunyai isteri yang setia dan cantik menawan iman.

Selamat meneruskan perjuangan membela rakyat
bersama Tun Mahathir demi Agama, bangsa dan negara
bersatunya hati semanis iman.

‘Pemimpin dan rakyat berpisah tiada
sehati sejiwa demi rakyat dan negara tercinta!’


Karya Ratu Rimba Niagara
29 Sya’aban 1439H
15 Mei 2018
(Puisi dikarang istimewa untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong PAKATAN HARAPAN)


TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA KERANA BERANI MEMBUAT PERUBAHAN

Dr Wan Azizah Wan Ismail13hb Mei jam 10.53 pagi ·
Belum terlambat rasanya untuk ucap terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana berani membuat perubahan ini.
Ayuh kita bersama membina Malaysia baru yang gemilang!
Syukur Alhamdulillah. Moga membawa perubahan Malaysia Baharu bersama Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7. Seluruh Rakyat Malaysia telah lama menantikan saat-saat indah Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan!


BERSAMA MEMBINA MALAYSIA BAHARU!

Alhamdulillah cita-cita seluruh wanita
Malaysia mempunyai Timbalan Perdana
Menteri disandang oleh seorang wanita
menjadi kenyataan. Moga harapan semua
wanita Malaysia dipenuhi dengan jayanya oleh semua
pemimpin di bawah kepimpinan YAB
Tun Mahathir. Sekalung tahniah buat Datuk
Seri Dr. Wan Azizah Timbalan Perdana
Menteri Malaysia.

Tahniah juga kepada semua menteri kabinet yang telah dilantik 
oleh rakyat Malaysia yang memberi kemenangan kepada PAKATAN HARAPAN.

'Tanpa rakyat siapalah pemimpin tanpa pemimpin siapalah rakyat. 
Justeru pemimpin dan rakyat berpisah tiada!'

Bersama kita membina Malaysia Baharu! Tanpa ada seorangpun 
rasa terpencil semuanya terbela dipenuhi harapan agar Malaysia 
dapat diwariskan kepada generasi akan datang!


Oleh Ratu Rimba Niagara
13 Mei 2018
Top of Form


POLITIK ITU PENTING UNTUK SEMUA
RAKYAT MALAYSIA

Politik tidak menghina mana-mana pihak
tapi rakyat memilih politik berpaksikan rakyat
dan menyebelahi rakyat dalam apapun keadaan.
Tanpa rakyat tiada kerajaan dengan adanya kerajaan rakyat terbela.

‘Idea disertai strategi menghasilkan kejayaan’
‘Minda yang sihat tiada sempadan masa atau usia’


KUASA RAKYAT MENENTUKAN PEMIMPIN

Pemimpin oh! Pemimpin
rakyat perlukan kamu
rakyat mahu kamu
prihatin dengan masalah mereka
ambil peduli kesusahan mereka
kamu duduk di kerusi empuk
kamu bersidang di parlimen
apa yang kamu sidangkan
rakyat mahu tahu semuanya
tapi rakyat hampa
jika menteri lantang bersuara
pastilah rakyat di luar sana
tidak hampa
pasti rakyat tersenyum sampai ke bintang
pasti rakyat bersyukur sebanyak-banyakNya
ini tidak
rakyat masih lagi derita
masih lagi hidup dalam kemiskinan
puas sudah di bantingkan tulang empat kerat
puas sudah dijimatkan wang
tapi masih tidak mencukupi untuk menampung kehidupan
sudahlah hidup dalam kesusahan
dibebani
taraf hidup yang terlalu tinggi
untuk membayar segala bil
waima untuk membeli makanan pun rakyat tak mampu
ini mahal itu mahal
gaji tetap juga rendah
hendak berniaga modal tak ada
untung tak dapat malah
terpaksa menanggung hutang
hutang keliling pinggang
hutang itu hutang ini
pemimpin mana tahu
yang pemimpin tahu
gajinya berapa
elaunnya berapa
nak makan apa
tinggal di istana mewah
semuanya dibiayai wang rakyat
sedangkan yang memberi
kemewahan dan kuasa kepada pemimpin adalah rakyat
tapi adilkah ini
kuasa yang diberi langsung tidak dapat membantu rakyat miskin
yang miskin lagi terhimpit
sudah jatuh ditimpa tangga

Pemimpin oh! Pemimpin
kamu selalu kata
rakyat pemalas
rakyat tak mahu berusaha
semua nak percuma
kalau semua nak percuma
kalau semua hendak dibantu
boleh jadi muflis negara
kepala jadi pening
mana lagi hendak fikirkan negara
mana lagi hendak fikirkan seluruh rakyat
hari-hari telan panadol
rakyat apa tahu
yang rakyat tahu
kerja pemimpin senang
rakyat mengadu kesusahan
bantu...bantu...bantu...
sampai bila hendak dibantu?
pemimpin yang pening fikirkan hasil negara
rakyat mana tahu....

Pemimpin oh! Pemimpin
kami rakyat memang faham dengan tugasmu yang berat itu
tapi kamu sendiri yang janji pada kami
sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin
pilihlah kamu
nasib kami akan terbela itu sumpah kamu
tapi sampai sekarang kamu tidak dapat membela nasib kami
kamu gagal memenuhi sumpah kamu
kamu yang berjanji
kamulah yang mesti tepati
bagaimana kamu nak tepati kamu fikirlah sendiri
tak akan kami hendak ajar pula
kami pilih kamu untuk menjadi pemimpin kami
yang kami tahu kamu memegang amanah kami
untuk membela nasib kami
tapi kamu gagal...gagal...gagal....
kerana kamu gagal memimpin
maka maaf! kami tidak akan mahu memilih kamu lagi
cuba kamu pejamkan mata
jika kamu sudah menjadi rakyat biasa
tidak menjadi pemimpin lagi
apa yang kamu mahu daripada pemimpin
tika itu baru kamu faham
tapi sudah terlambat
kerana kamu tidak boleh lagi
menebus kekhilafanmu pada rakyat yang pernah kamu pimpin

Pemimpin oh ! Pemimpin
kamu bukan tak layak jadi pemimpin
cuma kesilapan kamu
gagal membela rakyat miskin yang memilih kamu
kamu berjaya memajukan negara
tapi kamu gagal membela nasib rakyat yang susah
apapun kami hormat jasamu membangunkan negara
kami hargai sehingga akhir hayat kami
kerana kami harus teruskan kehidupan
bersama dengan bakal generasi kami...
kami tak mahu generasi kami mewarisi kemiskinan kami
pembangunan negara itu memang penting
tapi biarlah seiring dengan pembangunan manusia
itulah pemimpin yang bakal kami nobatkan
sebagai, 'Pemimpin Abad ke-21'
jiwa pemimpin abad ke-21 inilah
yang akan diserapkan di jiwa anak bangsa Ibu Pertiwi
bahawa bila dinobatkan menjadi pemimpin
seharusnya, 'Pembangunan negara seiring dengan pembangunan modal insan'.
Menjadi pemimpin kerana mahu membela agama, bangsa dan negara
itulah pemimpin yang hendak kami nobatkan!
Kuasa pemimpin kami yang tentukan
bermakna kami lebih berkuasa daripada pemimpin
moga kami tidak tersalah memilih pemimpin!

Karya Ratu Rimba Niagara
22 Rabiul Awal 1435H
24 Januari 2014
(Puisi diilhamkan untuk semua yang bergelar pemimpin, bakal pemimpin 
dan seluruh rakyat yang berkuasa menentukan pemimpin pilihan mereka) 




MENGGENGGAM IMPIAN SEPERTI MEMINTAL ILLUSI MENJADI REALITI
Semua orang ada impian...
Impianku tinggi menggunung
Sudah puluhan tahun aku mendaki
Terlalu banyak onak dan duri kulalui
Biarpun onak dan duri sudah sebati dalam diriku
Adakalanya aku putus asa untuk menggapai impian
Ribut petir selalu membunuh anganku menggapai impian
Hinggakan aku tak mampu untuk bertahan lagi...
Tapi dek kerana misi dan visi ku yang sudah lama kudambakan
Ku terus...dan terus...memburu impian ....
Biarpun datang berjuta halangan tak kupedulikan lagi
Kerna ku sudah kesuntukan masa untuk berleka memburu impian
Impian...oh! Impian....
Impianku menjadi bahan lawak
Kerana impianku di luar kotak pemikiran
Kerana siapalah aku untuk menggapai impian itu
Mana mungkin aku seorang untuk merealisaikan impianku itu
Kerana impian ku tak pernah padam
Hingga saat ini ku masih pertahankan impianku biarpun berseorangan
Terkial-kial dalam pendakian yang entah bila penghujungnya
Biarpun hangus terbakar jemariku... Ku tetap menggenggam impian
Hingga sampai penghujungnya
Menggenggam impian seperti, ' Memintal Illusi Menjadi Realiti
Mana tahu hadirmu tanpa dugaku...
Berganding bahu denganku...
Berkongsi segala bebanan yang kupikul
Bagaikan sinar pelangi yang takkan padam...
Mengiringi pendakianku memburu impianku
Kerana impianku seiring dengan impianmu
Kerana kita punyai minat yang sama
Matlamat yang sama
Ingin jadikan impian menjadi kenyataan
Terima kasih pelangiku kerana sudi berganding bahu bersamaku
Moga indah warna-warni pelangimu takkan hilang hingga bila-bila
Selagi nafasku ada...Syukurku pada Alllah
Kehadiranmu selalu kunantikan dalam illusiku
Tapi kini bukan illusi lagi
Berkat keikhlasan hatimu padaku
Amat mengharukan aku...
Moga kau dan aku seia sekata
Senada seirama
Sama-sama menggenggam impian
Impianku impianmu berpadu menjadi realiti
Biarpun tak menjadi realiti
Setidaknya kita telah mempunyai impian yang sama
Ayuh...sama-sama kita jayakan
Mana tahu...impian jadi kenyataan!
Aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
Dia Maha Berkuasa Untuk Menjadikan Impianku Satu Realiti
Jika ianya satu realiti kusyukur dalam sujudku
Kerana tiada daya upayaku melainkan dengan izinNya
Karya Ratu Rimba Niagara
25 September 2011
BELAIAN KASIH PERTEMANAN TERHINGGA NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
"SALAM MAAL HIJRAH 1440H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN 

YA RABBAL A'LAMIIN,"

21 Muharram 1440H
1 Oktober  2018

PETIKAN GAMBAR FB ANWAR IBRAHIM
1 OKTOBER 2018


0 comments:

Post a Comment

 
;