Wednesday, 3 October 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (414) PD SATU HATI PILIH ANWAR


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (414) PD SATU HATI PILIH ANWAR


Zawawi Jahya54:13 Semoga PH melalui Anwar Ibrahim menang di PD. Cukuplah derita yang beliau depani dan lalui.
Uruskan
Balasan3jDisunting
5 daripada 509
Pagi ini sejurus sarapan di warung Bt 4, melakukan walkabout di Pasar Tani Bt 4, DUN Bagan Pinang, Port Dickson. Alhamdulillah, disambut mesra dan ramah.
Komen
ANWAR IBRAHIM

Aku akan sentiasa tabah demi
Negara dan rakyat Malaysia tercinta
Walaupun menempuh seribu halangan 
Akan kuteruskan perjuangan kerana
Rakyat keutamaan perjuanganku!

Ingin mencurahkan
Bakti setulusnya kepada
Rakyat dan negara
Allah sentiasa bersamaku
Hanya DIA kupasrahkan segalanya
Impianku
Malaysia dan rakyat merdeka selamanya!

Ratu Rimba Niagara
29 September 2018
Uruskan
Balasan10m
MEMBINA MALAYSIA BAHARU!
Alhamdulillah cita-cita seluruh wanita Malaysia mempunyai Timbalan Perdana Menteri disandang oleh seorang wanita menjadi kenyataan. Moga harapan semua wanita Malaysia dipenuhi dengan jayanya 
oleh semua pemimpin di bawah kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir. 
Sekalung tahniah buat Datuk Seri Dr Wan Azizah Timbalan Perdana
Menteri Malaysia.

Tahniah juga kepada semua menteri kabinet yang telah dilantik 
oleh rakyat Malaysia memberi kemenangan kepada PAKATAN HARAPAN.

'Tanpa rakyat siapalah pemimpin tanpa pemimpin siapalah rakyat. Justeru pemimpin dan rakyat berpisah tiada!'

Bersama kita membina Malaysia Baharu! Tanpa ada seorangpun rasa terpencil semuanya terbela dipenuhi harapan agar Malaysia dapat diwariskan kepada generasi akan datang!

Ratu Rimba Niagara
13 Mei 2018
Uruskan
Balasan16m
PERJUANGAN SEMURNI SYURGA!
(Puisi Untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah)

Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran 
seorang isteri soleha yang hebat!
Meneruskan perjuangan suami tercinta
walaupun dalam seribu kepayahan
tetap tenang dan tersenyum.

20 tahun menunggu kepulangan suami tercinta
adalah satu ujian keimanan yang paling tinggi
air mata bukan penghalang untuk meneruskan 
perjuangan suami tercinta.

Kerinduan terhalang dengan dinding penjara
namun kerinduan semakin menebal
rindu berbalas rindu pada suami tercinta.
Perjuangan suami untuk membela rakyat
sentiasa tertanam di jiwa
dihina dikeji tidak mengapa
asalkan Tuhan tahu di mana kebenarannya.

Apabila dendam dibalas dengan kemaafan
adalah suatu keindahan kemanisan iman
menyatukan ukhuwah kasih berpanjangan
sampai ke Syurga
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
lafaz tasbih yang terindah!
AnugerahNya yang terindah!

Berkat kesabaran kesetiaan kepada suami tercinta
akhirnya mendung menaungi hatimu
bertukar menjadi pelangi cinta
suami tercinta dengan izinNya dibebaskan 
dari penjara.

Allah membalas setiap ujian kepada hambaNya
tepat pada masanya tika kau meraikan kejayaan kemenanganmu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, merupakan Wanita Pertama Malaysia yang menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri .

Subhanallah takdirNya tiada siapa yang tahu
janjiNya adalah pasti
tapi yang pastinya
setiap kesabaran dibalas dengan keindahan
inilah takdir yang terindah untukmu
takdir yang terindah untuk suamimu
takdir yang terindah untuk seluruh rakyat 
Malaysia dikurniakan Perdana Menteri 
ke-7 Tun Dr Mahathir dan barisan kabinetnya 
yang sedia berkhidmat mencurahkan bakti 
kepada seluruh rakyat Malaysia tercinta terdiri 
daripada pelbagai kaum.

Selamat pulang Datuk Seri Anwar Ibrahim
pulang ke pangkuan keluarga tercinta
bertuah mempunyai isteri yang setia dan cantik 
menawan iman.

Selamat meneruskan perjuangan membela rakyat
bersama Tun Mahathir demi agama, bangsa dan 
negara. Bersatunya hati semanis iman.
‘Pemimpin dan rakyat berpisah tiada
sentiasa sehati sejiwa demi rakyat’

Karya Ratu Rimba Niagara
29 Sya’aban 1439H
15 Mei 2018
(Puisi dikarang istimewa untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah, 
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir dan seluruh 
rakyat Malaysia yang menyokong PAKATAN HARAPAN).

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA! 
Dr Wan Azizah Wan Ismail, 13hb Mei jam 10.53 pagi .
Belum terlambat rasanya untuk ucap terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana berani membuat perubahan ini.
Ayuh kita bersama membina Malaysia baru yang gemilang!
Syukur Alhamdulillah. Moga membawa perubahan Malaysia Baharu bersama Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia ke-7. Seluruh Rakyat Malaysia telah lama menantikan saat-saat indah Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan!
Uruskan
Balasan17m
ANWAR IBRAHIM TETAP DI HATI RAKYAT!

DARI SEBUAH HARAPAN, KITA BELAJAR KETELUSAN
"Semoga dengan ketulusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, 
kita dapat mengetahui erti dari sebuah keikhlasan untuk bangsa dan Malaysia tercinta. Kita hanya berharap dari redha Ilahi.

¤ Dari Titis Air Mata, Kita Belajar Mengerti
¤ Dari Perselisihan, Kita Belajar Memahami
¤ Dari Pengkhianatan, Kita Belajar Kesetiaan
¤ Dari Rasa Bersalah, Kita Belajar Memaafkan
¤ Dari Rasa Khuatir, Kita Belajar Percaya
¤ Dari Rasa Kehilangan, Kita Belajar Menghargai
¤ Dari Sebuah Harapan, Kita Belajar Berjuang
¤ Dari Sebuah Perjuangan, Kita Belajar Berkorban
¤ Dari Sebuah Pengorbanan, Kita Belajar Ketulusan

Ratu Rimba Niagara
29 September 2018
Uruskan
Balasan26m
GURINDAM JIWA UNTUK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak soleh
Alhamdulillah
Syukur padaNya
kerana dikurniakan
seorang anak
yang berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan rakyat Malaysia
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu daya
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayang Rakyatku DemiNya'
di setiap pelosok bumi bertuah Malaysia
di bawah pimpinanmu
disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Kerajaan 
Langit Dan Bumi
suasana sepi seketika
bertafakur dalam kesyukuran padaNya
Allahu Akbar
dengan KebesaranMu Tuhan
Kau kurniakan seorang pemimpin
berjiwa rakyat
kami syukuri dalam sujud
kami sayang pemimpin kami
hadirnya kami hargainya
perginya, kami iringi doa restuMu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
dengan SyurgaMu
kami ingin bersamanya di Syurga juga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
3 Ramadan 1439H
19 Mei 2018
(Karya diilhamkan istimewa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih membela nasib seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kami amat terharu atas pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup dipenjarakan selama 20 tahun demi rakyat dan negara 
akan kami kenang selagi hayat di kandung badan!).
Uruskan
Balasan28m
HARAPAN PD HARAPAN MALAYSIA

Duhai orang kampungku
seluruh warga Port Dickson
patut berbangga
Datuk Seri Anwar Ibrahim
pemimpin berjiwa rakyat
bertanding untuk
kerusi Parlimen P132 Port Dickson
Syukur Alhamdulillah
tuah orang kampungku
bakal mempunyai pemimpin berjiwa rakyat
yang akan membela nasib seluruh warga 
Port Dickson terkenal pantainya yang indah 
pusat pelancongan dikenali
dari dalam dan luar negara!
Port Dickson dikenali juga
sebagai, 'Bandar Tentera Darat'
kerana Sekolah Tentera Darat dan 
Latihan Tentera Darat terdapat 
di Port Dickson.

Inilah masanya warga Port Dickson 
memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim
pemimpin tersohor Malaysia
berjiwa rakyat tanpa memilih 
kaum lantang bersuara!

Segala cadangan yang diusulkan
warga Port Dickson pasti akan 
dibawa ke Parlimen.

Port Dickson sudah terkenal
akan bertambah terkenal lagi
mana tidaknya semua pembangunan 
yang terbengkalai akan dimajukan 
semula dengan ini menambah 
pendapatan seluruh warga 
Port Dickson!

Seluruh warga Port Dickson
pasti berbangga dan bertuah
pemimpin pilihan mereka
bakal menjadi Perdana Menteri ke-8
Syukur Alhamdulillah
senyuman terukir sampai ke bintang!

Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim
kerana sudi menjadi pemimpin warga 
Port Dickson dan Malaysia.
Kepimpinanmu yang berpaksikan rakyat
amat kami hargai akan dikenang sampai 
bila-bila!

Karya Ratu Rimba Niagara
30 September 2018
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh warga Port Dickson.
‘HARAPAN PD HARAPAN MALAYSIA’ 
bersama kita realitikan dengan memberi sokongan 100%).
Uruskan
Balasan43m
Siti Fauziah Sh Ali Rugi Malaysia jika tak pilih Anwar.
Isterinya hebat.
Anaknya hebat.

Keluarga berpendidikan.
Keluarga berpelajaran.
Akhlak budi bahasa mulia.
Bijak mentadbir PKR sampai berjaya.
Anak beranak bukan kaki kumpul harta.
Tapi semua rela berkorban utk Malaysia.
Anwar bakal PM ke 8
RUGI MALAYSIA JIKA TOLAK ANWAR!


BELAIAN KASIH PERTEMANAN TERHINGGA NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
"SALAM MAAL HIJRAH 1440H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN 

YA RABBAL A'LAMIIN,"

23 Muharram 1440H
3 Oktober  2018

0 comments:

Post a Comment

 
;