Monday, 17 December 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (468) LILIN


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (468) LILIN
Cita-citaku semua karyaku di alam maya dibukukan dan menjadi perpustakan di seluruh rumah peminatku dan di pusat pengajian tinggi.
Di Malaysia dan di seluruh dunia dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia. Insya-Allah Aamiin. Inilah hikmah kenapa Allah kurniakan aku bakat menulis. Syukur Ya Allah.
ALLAH KAU KUCINTA
KAMI KHALIFAH-MU
ORANG YANG PALING MENGAGUMKANKU ADALAH ORANG YANG MENGENAL CINTA ALLAH KEMUDIAN MENGAJAK AKU JALAN-JALAN KETUHANAN BERDASAR AL-QURAN DAN HADIS
AGAR SEJAHTERA DIKAU DI ALAM SANA
Selamat sejahtera Kekasih Allah
Titisan air matamu buat hatiku remuk seremuk hatimu
Perjuanganmu penuh duri yang melukakan hatimu
Tapi engkau tetap tabah
Tetap berdiri kukuh
Tetap tidak berganjak dari pendirianmu
Kau tetap berdakwah
Menyebarkan agama Allah
Biarpun halangan bak tsunami datang membadai
Duhai Kekasih Allah
Hentikan tangisanmu
Selagi kau terus-terusan menangis
Selagi itu hatiku remuk
Biarlah aku yang menangis
Jangan kau yang menangis
Sudah cukup derita yang kau tanggung
Sudah cukup perih perit tak tertanggung
Dalam keadaan lemah tak berdaya
Kau masih lagi hendak meneruskan dakwahmu
Mahukan semua manusia mencintai Allah
Mengatasi segalaNya
Cintakan Allah Cinta Yang Teratas
Tiada pernah niat di hatimu
Menumbuhkan permusuhan di hati sesama insan
Yang ada di hati adalah kedamaian
Mahu manusia saling berdamai demi keranaNya
Hentikan tangisanmu kekasih Allah
Percayalah seandainya kau dijemput Ilahi
Allah telah sediakan Syurga untukmu Insya-Allah
Kerana berkat kepercayaanmu dan ilmu
Yang telah kau pasakkan ke kalbu
Insan-insan yang sentiasa mahukan
Nur hidayah kasih dariNya
Moga Nur di wajahmu dan Nur di kalbumu
Terpancar Nur Hidayah Kasih dariNya
Terpancar juga di hati kami
Hentikan tangisanmu duhai Kekasih Allah
Titisan air matamu wanginya bak setanggi
Yang merenjis di kalbu semua
Terpasaklah tauhid Meng-EsakanNya
Di kalbu semua
Kau telah menjalankan tanggungjawabmu
Sebagai khalifah Allah
Moga pergimu membawa seribu rahmat
Mengiringi rohmu bertemu dengan TuhanMu
Kami yang kau tinggalkan di bumi sementara ini
Sentiasa Mendoakanmu Agar Sejahtera Dikau di Alam Sana.
Karya Putri Rimba Niagara.
9 April 2012
IZINKAN LILINKU BERCAHAYA BIARPUN TERLUKA
Lilin...
kau adalah aku
aku sedia berbakti dengan karyaku demi-Nya
tanpa menghiraukan diriku kian malap dimamah usia
jika api lilinku
bertambah malap izinkan lilinku bercahaya
Duhai angin...ku merayu padamu
jangan kau tega meniup lilinku
aku ingin terus bercahaya
biarpun dalam keadaan terseksa
tapi aku ingin berjuang juga
untuk menerangi diriku sendiri
dan menerangi mereka yang sudi dengan cahaya
yang cuma tinggal berbaki ini
Duhai angin jika kau tiup
kerana marahmu padaku
apalah salahku....
apalah dosaku padamu
kerana aku cumalah lilin
yang berjuang kesendirian
ingin mencari jalan-jalan pulang
biarpun hati terluka
diitiupmu tanpa henti
kucuba pertahankan juga
agar terus menyala apinya
menerangi diriku sendiri dan di sekelilingku yang sudi
dengan harapan hadirlah
Cahaya dari segala Cahaya
Cahaya dari segenap penjuru
Cahaya Nur Hidayah Kasih dari Ilahi
Cahaya yang terus menerus meresap
ke kalbu roh dan jasad
inilah Cahaya yang kudambakan seumur hidupku
Maka dari itu duhai angin...
aku tahu aku tak sehebatmu
aku tak sesempurna imanmu
aku cumalah hamba
yang hanya ingin
menghabiskan usiaku
bersama-sama mereka
yang ingin pulang ke Pangkuan Ilahi
dengan belas ehsanmu
izinkan aku menjadi lilin
biarpun masih malap apinya dan terseksa
jangan diseksa aku lagi dengan tiupanmu yang menyakitkan aku
kerana sepanjang kau bertiup kencang tak pernah pun aku
menghalangmu kerana aku sentiasa cerminkan diriku tak sesempurnamu...dan aku mengalah pada kesempurnaamu itu
kerana jika aku menghalangmu berdosalah aku pada Allah SWT
kerana apa yang kau miliki itu adalah kurniaan dari-Nya
makanya bertiuplah! bertiuplah hingga kau tenang
tapi janganlah sesekali kau tiupkankan api lilinku
yang malap ini..izinkanlah api malapnya bercahaya
biarpun dalam keadaan derita dan terseksa
tanda kau juga menghargai Kurniaan Allah Azzawajallah padaku
Karya Putri Rimba Niagara
19 Julai 2012
Pradita Fia SubhanAllah terima kasih Ya Rab kau hadirkan sahabat yg selalu mengagungkan- Mu dan terima kasih karena diberi kesempatan mengenal pribadi yang indah ini...
BIAR AKU MENGHUKUM DIRIKU TERDERA RINDUKANMU DUHAI BULAN
Aku rindukan negaramu bulan ...
Negaramu mengajar aku arti kesetiaan kerinduan keperibadian tinggi sehingga aku malu dengan diriku sendiri
Adakah aku layak menjadi teman sejatimu
Kau sentiasa bersantun tinggi
Sedangkan aku selalu beremosi
Terlalu sensitif dengan jiwa seniku yang aku sendiri
Belum pasti apakah jiwa ku ini tak sekuatmu
Yang pertahankan uhkuwah sejati
Aku hukum diriku sendiri
Terpenjara dalam rinduku padamu
Sejujurnya berkata seiring hati
Tapi aku?
Ahh...demi kerana aku tak setanding kesetiaan dan kejujuranmu
Biarlah aku menghukum diriku terdera rindukanmu duhai bulan
Biarlah kita saling bersahut-sahutan di balik awal tebal
Jika itu boleh mendamaikan semua hati-hati yang merindu...
PUTRI RIMBA NIAGARA
15 Julai 2012
JIKA PUISIKU MENYAKITKAN HATI BIARKAN KU UNDUR DIRI
Princess Flavia:
Itu puisinya Putri Rimba copy aja,,,jadi semua terus ikutan aja masuk copy nya,,,,kerna ga bikin sndrian,,,
Yesterday at 10:37am · Like
maaf,,,,mengapa buat onar di pautan sesama insan,,,,? apa kah itu juga di bilang mulia disisi,,agama,,,,puisi juga cuma copy ga asli,,,maaf ya,,bukan apa cuma ga suka sakit menyakit disini,,,itu saja
Putri Rimba Niagara:
Duhai Princess Flavia...jika hadir puisiku menyakiti di wall ini...tak apalah...kuundur diri...kerana ini bulan puasa tak baik aku meyakiti hati insan-insan yang mulia dan baik-baik di sini...siapalah aku di hatimu...muhasabah diriku pada Tuhan pun dikatakan menyakitkan ...tapi harus kau ingat aku cuma berpuisi menyebut Tuhan itupun menyakitkan hati? Pelikkan..lainlah aku bercinta dengan manusia...Yelah aku ini tak sebaikmu...tapi aku amat percaya...Cinta Tuhan adalah milik semua...Tuhan adalah Kekasih untuk semua ...semua hamba-Nya berhak jatuh cinta dengan-Nya dan Dengan sifat Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Dia akan membalas cinta para hamba-Nya tanpa mengira siapa...jadi apa yang menjadi masalahmu aku mahu jatuh cinta dengan Allah SWT ...kau katakan menyakitkan? Aku tak boleh terima sama sekali tapi jika aku jatuh cinta dengan manusia dan berpuisi memuji-muji kekasihku itu bolehlah kau cemburu dan gara-gara cemburumu itu aku berpisah dengannya dan kau suka ...aku boleh terima...dan aku mengerti aku taklah sehebat kau dan kawan-kawanmu yang hebat berpuisi puitis tak perlu copy kerna ga bikin sendiran....kuucapkan selamat berpuisi padamu dan kawan-kawan dan aku biarlah berpuisi bersama dengan penghuni rimba saja.
SALAM PUISI
SALAM KEMAAFAN KERANA AKU BERPUISI TELAH MENYAKITKAN HATIMU DAN TEMAN-TEMANMU YANG HEBAT BERPUISI PUITIS
SALAM PERPISAHAN PUISI
KUSENTIASA CERMINKAN PUISIKU TAK SEHEBATMU BERPUISI BERSAMA TEMAN-TEMANMU ITU
Karya Putri Rimba Nia
22 Julai 2012
2 Ramadhan 1433H
KUSENTIASA CERMINKAN PUISIKU TAK SEHEBATMU BERPUISI BERSAMA TEMAN-TEMANMU ITU
Norm Norman Mohd Yusoff:
Biarkan aja saudari Putri Rimba Niagara, bila letih akan diamlah dia........ kerjakan ibadah puasamu dengan sempurna kerna ia lebih afdal dari mempersoalkan kebencian ini diwaktu Ramadhan yang mulia ini!
BILAMANA GUGUSAN BINTANG BERGUGURAN KE BUMI
BERARTI KURINDUKAN KARYA KALIAN LALU KUABADIKAN
DI KALBU HATI!
Kita bukan soalkan kebencian tapi soal dendam membara yang tak habis-habis walaupun sudah tibanya bulan Ramadhan...mana tahu dengan mengundurnya puisiku dan puisiku tidak bersiaran lagi hilang segala dendam membara ini...dan aku memang sukakan ketenangan...semuanya dapat beribadat dengan aman dan tenang tanpa ada kebencian dengan dendam yang membara...salam kemaafkan untuk semua yang telah membenci karya-karyaku bersiaran...biarlah aku aman berkarya pada mereka yang sudi membaca karyaku...ketiadaan karyaku aman damailah kalian semua dengan puisi-puisi yang digemari dan memenuhi citarasa kehendak ahli grup di sini... jangan jadi sepertiku berkarya memuji-muji Allah SWT dan musahabah diri sendiri dan meminta maaf beribu kali pun dikatakan menyakitkan hati dan membuat onar...sememangnya aku tak boleh terima...maafkan aku ye...kudaoakan semua ahli-ahli di sini menghasilkan karya mengundang Nur Hidayah Kasih Ilahi dan menyambung ukhuwah puisi di antara satu sama lain. Harap fahami daku,
aku mahu berlalu pergi...biarlah aku menjadi si pungguk yang rindukan rang bulan hanya sekadar membaca puisi kalian semua dari balik bintang-bintang dan bilamana gugusan bintang berguguran ke bumi itu berarti tangisan air mataku merindui karya-karya kalian dan kuabadikan mewangi di kalbu hati. Moga Allah SWT terima karyaku dan karya semua rakan-rakan puisi sebagai bekalan akhirat. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Putri Rimba Niagara
23 Julai 2012
2 Ramadhan 1433H
SEKALUNG BUDIMU MEWANGI DI KALBUKU
Walaikummussalam...duhai hulubalang hamba Datuk Jem yang sentiasa setia dengan karya-karya hamba...dan sentiasa sudi membaca karya-karya hamba walaupun dalam kesibukan masa yang sentiasa cemburu padamu..terharu hamba. Selama ini hamba ingatkan tuan hamba sepikan karya-karya hamba ..apatah lagi ingin membacanya ..rupanya tidak gitu....Syukur Alhamdulillah di Kurniakan sahabat yang semurni tuan hamba Datuk Jem. Biarpun di kala karya-karya hamba disepikan, dihina , di cemburui gara-gara membaitkan puisi-puisi memuji-muji Ilahi...tuanhamba masih sudi terima karya hamba...sejujurnya hamba benar-benar terharu...di saat ini hamba menangis...jika ada si kunta si kunte pasti dia juga turut menangis sambil menyapu airmata hamba dengan daunan kasih dan selepas itu mulalah mereka tergedik-gedik menari tarian rimba...dan hambapun berhenti menangis ketawa gembira dan mula ceria kembali untuk berkarya.
Ketiadaan hamba bukan lah merajuk...tapi ada masalah penghuni rimba yang hendak hamba uruskan dan selesaikan...tanggungjawab hamba amat berat di Rimba ini ....semuanya perlukan komitmen dari hamba...jika hamba gagal dalam tanggungjawab ini maka gagallah dunia sastera hamba. Makanya hamba mahu menjadi insan yang selari dengan kehendak tanggungjawab dan cita-cita hamba. Memanglah cita-cita hamba tinggi menggapai awan tapi berkat sokongan tuanhamba dan sahabat-sahabat hamba sebaik si kunta si kunte...
Insya-Allah berjaya Aamiin.
Terima kasih ye tuan hamba kerana sentiasa sudi memberi sokongan/dukungan pada hamba...di Rimba Niagara ini.
Selamat berpuasa .
Moga ibadahmu dan doamu dimakbulkan Allah SWT Aamin
'SEKALUNG BUDIMU MEWANGI DI KALBUKU'
'PERSAHABATAN SENTIASA SEHARUM KASTURI DI HATIKU'
'KENANG DAKU DALAM DOAMU'
Ingatan Tulus Ikhlas Daripada Sahabatmu:
Putri Rimba Niagara
22 Julai 2012
2 Ramadhan 2012
6 Setahun yang lepas
Lihat Kenangan Andachevron-right

assalamu'alaikum...
adakah cinta yang lebih besar kepadaku ya Rabb?
selain cinta sang Rasul kepada ummatNYa?
adakah cinta yang lebih mahal ya Rabb?
selain cintaMu kepada seorang hamba yang meminta....
adakah cinta yang lebih tulus kepadaku ya Rabb?
selain cintaMU yang mengampuni hambaMU yang bertobat..
adakah cinta yang lebih bertanggungjawab ya Rabb?
selain cintaMu yang selalu dengan pintu terbuka memeluk
hambaMU yang khusyuk...
maka nikmat manakah kini yang ingin kudustai...
nice day for u ...love u all cos allah

Suka
SALAM KEMERDEKAAN KE 61 MALAYSIA TERCINTA!
SEKALI MERDEKA! MERDEKA SELAMANYA! (BHG 1)
PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada pencipta,
Tuhanku pencipta semesta alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Ampun Tuanku beribu ampun,
Khilaf patik harap diampun;
Di setiap karya patik nyatakan,
Rakyat kasihi Tuanku sampai bila-bilapun.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Semua rakyat sayangkan negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
Malaysia Baharu bertuahnya negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat bersidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM dan ATM berjiwa patriotik,
Demi rakyat rela bersusah payah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
Jiwa tenang setenang air di kali ;
Seruan indah kata yang santun,
Pasti membaca berulang kali.
ii) Malaysia baharu idea Perdana Menteri,
Galakan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
Karya Ratu Rimba Niagara
24 Sya’aban 1439H
12 Mei 2018
(Pantun diilhamkan sempena perlantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7).
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
(SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA YANG KE-55 TAHUN)
SYAIR ,'BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN.' DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEBANGSAAN 2018 MALAYSIAKU MERDEKA SUDAH 61 TAHUN MOGA TERUS KEKAL MERDEKA AAMIIN)
SYAIR MEMBINA MALAYSIA BAHARU
Tersebutlah kisah sebuah negara,
Malaysia digelar diberi nama;
Kerajaan dan rakyat bekerjasama,
Agar Malaysia jadi ternama.
Malaysia Baharu ilham Perdana Menteri,
Galakan rakyat bersatu hati;
Demi kerana negara dicintai,
Moga hidupmu terus diberkati.
Tun Mahathir mengajak rakyat bersatu,
Pelbagai kaum bersatu padu;
Memupuk minda generasi baharu,
Demi kerana Malaysia yang satu.
Perdana Menteri bekerja tak kira masa,
Pentingkan rakyat dari segala;
Kerahkan menteri beri kerjasama,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Perdana Menteri kerja bersungguh,
Demi rakyat negara teguh;
Petah bicara bila berhujah,
Agar rakyat dapat berteduh.
Perdana Menteri pencetus revolusi,
Galakan rakyat berkreativiti;
Minda penuh daya imaginasi,
Lahirkan produk berinovasi tinggi.
Menteri kabinet beri perhatian,
Ikut arahan dalam panduan;
Ada kuasa jangan disia-siakan,
Hilang kuasa dalam penyesalan.
Apalah ada pada kuasa,
Salah guna bawa binasa;
Jalankan tugas hati yang waja,
Hidupmu pasti rasa bahagia.
Rakyat perlu pemimpin berjasa,
Menabur jasa sudahlah biasa;
Ramah tamah tak gila kuasa,
Moga hidupmu aman sejahtera.
Melayu Cina India janganlah iri,
Segala usaha tidak menjadi;
Bila bersatu wajah berseri,
Pelbagai bangsa jadi menteri.
Sabah Sarawak tidak dilupakan,
Sama rata diberi peruntukan;
Justeru itu kekalkan perpaduan,
Pasti hidup dalam kesejahteraan.
Mari semua hidup berdamai,
Fikirkan negara amanlah damai;
Indah sungguh hidup yang permai,
Segala budi sama disemai.
Kementerian Pendidikan iktirafkan guru,
Guru berkualiti amat diseru;
Biar murid berminda baharu,
Demi kerana Malaysia Baharu.
Ilmu itu pelita hati,
Hati gelap akan diterangi;
Bila gagal cubalah lagi,
Kejayaan cemerlang sedia menanti.
Penjawat awam ubahlah minda,
Jadikan minda kelas pertama;
Seiring dengan kehendak arus perdana,
Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.
Majikan perlukan pekerja ikhlas,
Sungguh-sungguh melakukan tugas;
Janganlah ada bersikap malas,
Majikan pun tidak akan bertegas.
Usahawan cemerlang negara terbilang,
Azam bersungguh tak pernah hilang;
Usahakan hati terang benderang,
Barulah usaha jadi terbilang.
Budi bahasa budaya kita,
Adab sopan apabila bicara;
Bila begitu ramai yang suka,
Hidup pasti lebih ceria.
Sifat jujur haruslah ada,
Ke mana pergi tenanglah jiwa;
Takkan ada rasa kecewa,
Hati pun bersih hasad pun tiada.
Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
Berkat kepimpinan yang bijaksana;
Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.
Pos Malaysia lambang merdeka,
Kerana terpanggil untuk berjasa;
Demi kerana negara tercinta,
Jasamu dikenang setiap masa.
PM mahu PDRM berintegriti,
Jalankan tugas penuh teliti;
Agar rakyat rasa dilindungi,
Jasa baktimu tetap dihargai.
Pemimpin dan rakyat sayangkan negara,
Rasa cinta terus membara;
Teruskan perjuangan walau di mana,
Sekalipun terpaksa berkorban nyawa.
Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
Rakyatnya hidup tolong menolong;
Budi yang baik tak akan hilang,
Moga Malaysia terus gemilang.
Karya Ratu Rimba Niagara
24 Sya’aban 1439H
10 Mei 2018
(Syair disiarkan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 agar seluruh rakyat, ‘Sayangi Malaysiaku’ dan ucapan sekalung tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan buat kali pertama meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 disambut penuh gilang gemilang, rakyat rasa bersyukur atas kemenangan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7).
SAYA WARGANEGARA MALAYSIA
Saya warganegara Malaysia
yang mengamalkan Rukun Negara
sentiasa mendaulatkan Institusi diRaja
oleh semua rakyat Malaysia
setia kepada Raja
setia kepada Negara
termasuk Rukun Negara yang kedua.
Rakyat negara saya terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India.
Walaupun berbeza agama, bahasa,
budaya dan warna kulit,
kami hidup aman damai, bersatu padu,
tolong menolong dan saling hormat menghormati
sentiasa sehati sejiwa tanpa sebarang sengketa.
Perdana Menteri saya yang ke-7
namanya YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Saya menghargai Perdana Menteri ke-7
kerana dapat mencetuskan idea
100 Hari Membina Malaysia Baharu
di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.
Saya yakin selepas 100 Hari semua manifesto
yang telah dijanjikan berjaya berkat kesepakatan di antara Raja, Pemimpin dan Rakyat.
Malaysia Baharu yang telah lama diimpikan oleh
seluruh rakyat yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan menjadi kenyataan! Hidup sejahtera,
aman damai memburu cita-cita murni
agar dapat diwariskan Kemerdekaan Malaysia
kepada generasi akan datang!
Pemimpin dan rakyat akan mempertahankan
Kemerdekaan Malaysia sehingga ke titisan darah
terakhir kerana kami,‘Sayangi Malaysiaku,’ selagi
hayat di kandung badan!
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Ramadan 1439H
1 Jun 2018
(Puisi diilhamkan istimewa untuk semua kanak-kanak Malaysia agar,‘Sayangi Malaysiaku,’sejak dari kecil lagi).
SAYANGI MALAYSIAKU
Selamat menyambut
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61
di bawah pemerintahan Pakatan Harapan
kami seluruh rakyat Malaysia
menaruh harapan yang tinggi
agar kerajaan Pakatan Harapan
dapat membina Negara Bangsa
dengan jayanya!
Rakyat berbilang kaum
sehati sejiwa
saling bekerjasama
dalam rasa muhibah
berkasih sayang!
Apabila negara ditimpa kesusahan
rakyat yang senang bantu
rakyat susah negara bantu
saling bantu membantu
pemimpin dan rakyat berpisah tiada
semuanya saling berkorban
kerana kita semua, ‘Sayangi Malaysiaku’.
Karya Ratu Rimba Niagara
10 Mei 2018
(Puisi diilhamkan sempena perlantikan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7, semua Menteri Kabinet Pakatan Harapan dan seluruh rakyat yang, ‘Sayangi Malaysiaku’).
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN TUN MAHATHIR KE-93
Mukhriz Mahathir FC
Sampaikan mesej Ulang Tahun Kelahiran YAB Tun Dr Mahathir menerusi akaun media sosial anda.
Jangan lupa hashtag #TunM93
"Selamat Hari Jadi Tun Mahathir ke-93, moga Tun cekal dan tabah serta diberi kekuatan dalam memimpin negara ke arah Malaysia Baharu . Tun adalah Hero Rakyat Malaysia! Malaysia Boleh! Rakyat pun boleh!"
Terima kasih Tun M kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami buat kali keduanya, kami sayang Tun hingga Syurga Aamiin. Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-93 moga SASTERA RAKYAT dapat dimartabatkan di bawah pemerintahan kerajaan PAKATAN HARAPAN, harapan seorang rakyat kepada PM ke-7.
Selamat Hari Lahir Ke-93 buat Tun M Perdana Menteri Malaysia ke-7, senyummu lambang Malaysia Boleh! Rakyat Boleh!
Parti Pribumi BERSATU Malaysia
Mukhriz Mahathir FC
Selamat Ulangtahun kelahiran Ayahanda Tun Mahathir yang ke 93 tahun. Semoga Ayahanda terus cekal dan sihat memimpin Malaysia kearah menjadi negara maju dan berjaya. - admin
#TunM93
Pejuang Harapan
🎂HAPPY BIRTHDAY TUN M 🎂
Srikandi PPBM Malaysia
WAJAH Negarawan yang Keutamaannya adalah Rakyat...The One of A Kind…
Sesungguhnya kami bersyukur ke hadrat Allah atas kurniaanMu kepada kami rakyat Malaysia dan Ahli PPBM , seorang Pemimpin yang seikhlas beliau dalam perjuangan.
Selamat Hari Ulang Tahun ke-93 buat YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Srikandi menyanjungimu dan mendoakan kesejahteraanmu.
Ratu Rimba Niagara Selamat Hari Lahir ke-93 buat Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Senyummu lambang Malaysia Boleh! Rakyat boleh berjaya! Insya-Allah Aamiin.
"Tanpa kita sedari bumi ini berputar, sedar tak sedar
usia kita meningkat setiap tahun, sampai suatu masa pasti kita akan meninggalkan bumi ini, mahu tidak mahu bersiap atau tidak kematian pasti menjemput kita. Moga kita meninggalkan dunia ini di kala Allah redha akan kita dan semua manusia yang mengenali kita redha atas kematian kita juga, barulah tenang roh kita di kala itu. Insya-Allah Aamiin."
SAJAK UNTUK TUN MAHATHIR
Tun Mahathir
apa yang terbuku di hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia faham
betapa kau rela korbankan dirimu
demi kerana sayangkan rakyat dan negara.
Tun Mahathir
walaupun usiamu melewati senja
kau tetap bersemangat seperti seorang wira
walaupun kudratmu hanya tinggal sisa-sisa
kau terus kuat
sedangkan jiwamu terseksa
luka yang terlalu dalam
kau bebat lukamu sendiri
agar sentiasa kuat demi rakyat
yang kau kasihi sepenuh jiwa ragamu.
Tun Mahathir
kau ketepikan segala kepentingan sendiri
sedangkan kau boleh saja beristirahat
bersama isteri tercinta
yang lebih menyayat hati
kau mengaku kesilapanmu
memohon maaf kepada
semua kawan seperjuangan
dan seluruh rakyat Malaysia
air matamu tertumpah di hati kami!
Tun Mahathir
kerana kerendahan hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia
bangkit bersama cita-citamu
untuk menebus segala kekhilafan
yang dilakukan pemimpin terkini
inilah masanya kita hidupkan
gelombang rakyat dengan memberi
kemenangan kepada Pakatan Harapan!
Tun Mahathir
senyumlah
gerhana di hatimu
kami balas dengan pelangi indah
seindah pelangi di malam hari
senyumanmu dan senyuman seluruh rakyat Malaysia
terpatri sampai Syurga
insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
18 Sya’aban 1439H
4 Mei 2018
(Sajak dikarangkan istimewa untuk Tun Mahathir yang dikasihi dunia akhirat, terima kasih kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami buat kali keduanya. Kami amat terharu hingga saat ini. Tun Mahathir rela menjadi lilin seumur hidup demi rakyat dan Malaysia tercinta. Moga Allah SWT membalas Syurga Firdaus untukmu. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin).
TERIMA KASIH TUN MAHATHIR
Aku menyanjungimu
di sebilang masa
di setiap ketika
kau tetap di hatiku!
Jasamu bak gunung
tak dapat dibalas
walaupun dengan kata-kata
kau idolaku
kau sumber inspirasiku!
Perjuanganmu tepat dan jelas
walau apapun jua rintangan
yang datang …
Kau harungi penuh tabah!
Kau menabur budi
bukan untuk dibalas
cukuplah sekadar ucapan,
‘‘Terima Kasih!”
Kau menyemarakkan semangat
patriotik di jiwa rakyat!
Kau kata, “Rakyat Boleh!”
Rakyat jawab, “Malaysia Boleh!”
Biar apapun jua tohmahan dan kritikan
yang dilemparkan
kau tetap berdiri teguh
dengan keyakinan
berpijak di bumi nyata!
Pembangunan! Kemajuan!
Pesat membangun!
Rakyat kagum!
Kepimpinanmu terbukti hebat!
Keakrabanmu sesama pemimpin erat
dengan rakyat ada keeratan yang
lebih kukuh lagi
hinggakan rakyat
tidak dapat melupakanmu!
Kau terus menabur bakti tanpa
mengira bangsa dan keturunan!
Kau pencetus semangat
perpaduan kaum!
Laungan suaramu
bergema di seluruh pelosok dunia!
Kau Wira Bangsa yang dikagumi
lagi dihormati!
Setiap butiran kata-katamu
menjadi perhatian setiap
yang mendengar
rakyat kagum
dunia terkesima!
“Tahniah Malaysia!” kata-kata
yang terlafaz dari mulut mereka.
Kau pencetus keamanan
banyak negara miskin akibat perang
kaulah pembelanya!
Laungan suara kedamaian bergema
di seluruh pelosok dunia!
Bangganya kami
punyai pemimpin sepertimu
perjuanganmu suci dan luhur!
Semoga kau sentiasa dilimpahi
rahmatNya dunia akhirat
atas segala kebaikan yang
telah kau curahkan
pada Malaysia dan Dunia!
Budimu sentiasa dalam lipatan hatiku!
Bahkan seluruh rakyat menyanjungimu
jua warga dunia!
Malaysia boleh!
Aku sentiasa benarkan
Hanya itu aku harapkan
Aku terus
Tabah
Hadapinya
Insya-Allah
Rakyat sentiasa di hatiku!
Terima kasih Tun Mahathir
kau rela menjadi lilin demi kami
akan dikenang sepanjang hayat!
Moga kasihmu kasih rakyat jelata
terpatri sampai Syurga
insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
24 Sya’aban 1439H
10 Mei 2018
(Sajak diilhamkan istimewa untuk Tun Mahathir dan seluruh Rakyat Malaysia yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan, setiap rakyat sentiasa ada harapan untuk direalitikan impian kerana Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan Barisan Menteri Kabinetnya sedia menabur bakti dan khidmat kepada seluruh rakyat Malaysia).
(BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-61 MALAYSIA TERCINTA. DISIARKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE- 61 ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA BERSAMA KITA MENCINTAI MALAYSIA AGAR TERUS KEKAL MERDEKA UNTUK DIWARISKAN KEPADA ANAK CUCU TERCINTA)
'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH DUNIA '
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
31 Ogos 2018
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA,
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
31 OGOS 2018
ReBuilding Malaysia
Selamat Hari Merdeka 61....
ADINDA KEKASIHKU
Helin Supentoel
"Adinda"
Adinda, kekasihku
engkau benar sepucuk mawar putih ditaman seribu bunga
merekah pancarkan pesona cahaya tiada kepudaran
biarlah kuukir syair bisu dari tepisan bara yang membakarku dengan lembut seperti sutra tertenun oleh jemari-jemari kasih
lantas disetiap baitnya kuterakan makna-makna perjumpaan basah
saat diriku menjadi tangkai dan duri-durimu
Adinda, kekasihku
andai benar engkau rela kupinta menjadi sekuntum bunga abadi
pastilah disela-sela keabadian itu kan tumbuh keharuman saat pagi menyapa
saat bulir-bulir embun merayap diruas-ruas jeruji jendela
sesekali menghakimi dengan setangkup kemuliaan yang jernih
yang baru saja menawan pesona malam dalam kegelapan
"jadilah sepasang angsa saja jangan sekuntum mawar dan tangkai serta duri-durinya"
mendengar bising embun menyergap berjuta bunyi keresahan
dilapak keberangusan aku menghujat diri sendiri
seperti udara pada ruang tiada sela
menghukum kenistaanku
"benar kita menjadi sepasang angsa saja menari dilautan tenang
sembari memainkan airnya untuk kita basuh diri"
Adinda, kekasihku
bila suatu hari samudra kan cemburu menjadi tempat kita berenang
dan badai menenggelamkan benang-benag kasih dikedalamannya
pastilah itu bukan segala pinta kita berdua mengubur kemanisan
namun semestalah yang sedang bersandang cerita
bahwasanya kita tercipta sama-sama menjadi bayang-bayang
mengambang
Ngawi, 24 Agustus 2012
Unlike · · August 24 at 1:47am
You, Naga Pamungkas and Duta Leonardo Dudikoff like this.
"kekanda"
Kekanda...
mawar putih
yang kekanda pilih di taman seribu bunga
telah hilang serinya
ditelan halilintar tanpa ehsan
ditelan mega senja karna ehsan
maafkan adinda... kekanda...
cinta yang kita bina
atas dasar cinta suci abadi
telah tiada arti lagi
hatimu retak beribu
hatiku retak beribu-ribu
kekanda lalui dalam duka
adinda lalui dalam nestapa
lirih perih pedih
semuanya dirasai
dalam redha
yang cinta kita adalah
Ketentuan-Nya
kita tidak pernah merancang
untuk saling mencintai
dan kita tidak pernah
merancang untuk saling menyakiti
akhirnya membawa perpisahan yang luka melukai
kekanda...
mencintaimu setulus hati karena-Nya
adalah satu pengalaman yang amat indah
untuk adinda
rangkaikan kata-kata puisi
tentang cinta Adam pada Hawa
betapa Allah memahami kesunyian Adam...
makanya diciptakan Hawa untuk Adam
Adam setia pada Hawa
Hawa setia pada Adam
Kerana Hawa dicipta untuk Adam
Adam menghargai Kurniaan Tuhan
Menciptakan Hawa untuk Adam
Kekanda...
Hawa diciptakan untuk Adam
bukan untuk berpisah
tapi cinta kita terpisah juga akhirnya
bukan tidak mensyukuri Kurniaan cinta dari-Nya
tapi memahami Takdir Cinta Adalah Ketentuan-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
24 Ogos 2012
6 Syawal 1433H
6 Setahun yang lepas
Lihat Kenangan Andachevron-right

YOUTUBE.COM
njoy the song leave comment n rated.. 10q ^^



ww


ATAS BELAS KASIHAN-NYA
"Inilah masanya untuk kita sama buktikan bahasa melayu adalah bahasa indah yang dikagumi oleh seluruh dunia."
"Hebat sangat ke bahasa melayu yang engkau karangkan tu ratu?
Cermin diri kau siapa...engkau bukan siapa-siapa , engkau bukan penulis ternama jauh sekali sasterawan negara. Tiada siapa pun yang kenal engkau di Malaysia apa tah lagi di Indonesia , Brunei ataupun mana-mana negara dunia. Sebab itu aku katakan pada engkau jangan nak berangan tinggi sangat nanti kalau jatuh mati terus....hahaha ada hati konon...."
"Aku tak bercita-cita pun untuk menandingi mana-mana penulis yang terkenal yang sudah ada nama kerana aku sentiasa sedar siapa diriku...kerana itu juga aku bersastera kesendirian ..duniaku sasteraku...laman fbku adalah tempat aku bersastera semahuku. Saat paling bahagia apabila selesai bersastra aku siarkan di laman grup-grup yang aku sertai.
Berkongsi karya bukanlah untuk menunjukkan aku hebat bersastera tapi itulah aku apa yang Allah kurniakan ilham padaku aku kongsikan kepada rakan-rakan alammayaku. Tak salahkan?"
"Tak salah engkau kata? Tahu tak ramai yang meluat dengan karyamu...sudahlah panjang berjela-jela...kerap pula kau siarkan ..engkau tahu tak semak...engkau ni mengarang macam tak ingat dunia kan...macamlah engkau ini hebat bersastera. Engkau tak rasa malu ke bila engkau diusir dari grup , engkau dihina gara-gara engkau menyiarkan karya. Orang dah tak suka faham-faham ajelah ini tetap juga buat muka tak tahu malu...apa orang kata engkau buat tak tahu jer...hai pelik aku dengan orang macam engkau ni...berubahlah jangan asyik berlagak dan taksub sangat dengan dunia sastera engkau yang picisan tu. Sastera yang engkau karangkan tu tahap bacan budak-budak tadika...hahaha..ada hati nak jadikan sasteramu hingga ke peringkat antarabangsa. Cermin diri ok..cermin diri setiap hari...hahaha lawak jenakanya...."
"Engkau nak kata apa pun katalah nak ketawakan aku seperti mereka yang tak suka aku berkarya ...ada aku kisah janji dalam berkarya aku tak buruk-burukkan orang lain. Orang hina aku dah lama aku maafkan. Aku dapat bersastera pun dah Syukur Alhamdulillah. Kini apa pun terjadi aku sedang memburu cita-citaku untuk merealitikan cita-cita sastera di alammayaku ke dunia realiti. Akhirnya cita-citaku mengujudkan KOTA SASTRA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA dimakbulkan Tuhan."
"Engkau ini memang kuat berangan kan? Bersastera karya picisan ada hati hendak mengujudkan KOTA SASTRA, jangan nak bermimpi di siang hari...sampai engkau mati hidup semula tak akan berjaya. Setakat angan-angan Mat Jenin bolehlah...hahaha"
"Yang engkau sakit hati dengan aku kenapa? Sedangkan aku kenal engkau pun tidak. Kalau kenal pun sekadar dialammaya itupun engkau berwajahkan pokok bukan gambar sebenar...itu lagi lawak kan2 seakan aku sedang berkomunikasi dengan pokok yang pandai berkata2 menyakitkan hati orang...pokok...pokok...kasihan engkau pokok...pokoknya harus ditebang agar tak merusakkan fikiranku"
"Aku berwajah pokok agar aku boleh berkata sesuka hati aku...orang sakit hati lagi aku suka terutama orang macam engkau ni yang suka berangan2 tinggi akan aku cantas habis-habisan ...hahaha engkau tak malu ke apa yang engkau citakan tu cuma mimpi di siang hari..."
"Aku bukan mimpi di siang hari... setidak-tidaknya aku sudah berusaha dan buktikn usaha aku ...hanya pada Tuhan aku sandarkan harapan menentukan kejayaan apa yang aku usahakan...moga akan hadir pejuang sasteraku yang seikhlas hati merealitikan sasteraku ke dunia nyata atas belas kasih-Nya jua dihadirkan menjayakan segala usaha dan cita-citaku. AAmiin."
Karya Ratu Rimba Niagara.
22 Zulkaedah 1436H
6 September 2015
6 Setahun yang lepas
Lihat Kenangan Andachevron-right
Buenos días amigos!!! ๑۞๑ SAH

kata pungguk kepada bulan
Sudah sekian musim aku tak pernah jemu...
Lihat Lagi

MENYAYANGI SEGALA DI LANGIT DAN DI BUMI KERANA-NYA
Duhai hamba...
Manusia apa kamu ini?
Kami hina kamu
Kami kutuk kamu
Kami lukakan hati kamu
Kami luahkan kata-kata berbisa-bisa pada kamu
Kami fitnah kamu
Biar semua orang bencikan kamu
Biar semua orang sepikan
Lepas itu kamu susah hati lekas mati
Baru kami puas hati...
Orang macam kamu ini lebih baik mati daripada hidup!
Tapi...
Biar apapun kami buat pada kamu
Kamu tetap minta maaf pada kami
Seolah kamu yang bersalah bukan kami yang bersalah
Kamu minta maaf pun kami tak sahut maaf kamu
Ye...kami bencikan kamu
Sungguh...sungguh...benci
Bencikan semua karya kamu
Kami sungguh meluat
Melihat karya-karya kamu bertebaran sana sini
Sudahlah banyak...panjang berjela pulak tu
Nak tunjuk pandailah tu...menyampah...!!!
Sungguh menyampah!!Karya sampah!
Menyemakkan dinding-dinding grup
Sebab itulah semua ahli grup tak like
Kau tak perasan ke
Tengok karya aku...ramai yang suka...ramai yang like
Siap kata tu karya aku boleh membuatkan pembaca terkena sihir..hebatkan!
Jangan haraplah aku nak like apatah lagi nak beri komen
Kalau aku komen pun kau pasti akan sakit hati...itu yang aku suka...
Bila kau sudah sakit hati...kau akan tinggalkan grup itu
Itulah yang terbaik untukmu...
Aku akan suka bila karya mu sudah tidak ada di grup itu...
Kalau aku jadi admin ...aku akan nyahkan kau
Hilang tumbuh patah berganti
Sarang tebuan jangan diusik
Inilah padahnya
Tapi masalahnya aku bukan admin di sini...
Tapi tak apa aku akan pastikan kau
Dengan sendirinya akan tinggalkan grup ini
Dan aku akan ucapkan salam terakhir karya untukmu
Duhai rakan sastra...
Jahat sangat ke aku?
Salah kah aku bersastra
Adakah karya-karya aku
Telah membuatkan hatimu sakit?
Bilang sama aku
Mana karya aku yang membuatkan
Hatimu sakit....
Biar aku perbetulkan
Mana bahasa yang tak elok
Mana ejaan yang salah
Mana mesej yang tak betul
Biar aku perbetulkan
Agar kau bahagia dan suka mendengarnya
Matlamat aku berkarya pun
Mahu muhasabah diri sendiri
Dan sentiasa cermin diriku siapa
Dan karya itu aku kongsi bersama-sama rakan-rakan grup
Sebab itu aku tak kisah jika rakan-rakan grup tak like atau tak komen
Terserahlah nak baca....tak nak baca tak apa...walaupun ahli grup
Puluhan ribu...seorangpun tak like aku tak kisah
Aku menulis bukan kerana ingin mendapat pujian manusia
Aku menulis agar ada nilaian di Sisi-Nya
Itu sudah lebih daripada segala-Nya
Buat apalah nak dengki dengan aku
Aku bukanlah penulis hebat
1 Malaysia pun tak kenal aku
Kalau kau tak percaya tanya orang Malaysia
Kalau di Malaysia pun orang tak kenal
Inikan di Indonesia lagilah tak kenal...
Dah puluhan tahun aku menulis
Nak dapat royalti hasil titik peluh menulis
Mahu aku jadi pengemis di jalanan
Nasib baiklah Allah SWT memberi
Aku rezeki hidup sekadar apa adanya
Bersyukur apa yang diKurniakan-Nya
Yang kau tengok aku bergaya macam
Putri itu dan bermekap tebal itu
Yang mekapkan pun dayangku
Si Kunta Si Kunte kini sudah mati ditelan ombak rindu
Semata-mata hendak menbahagiakan aku
Bukanlah untuk tujuan membangga diri
Itu adalah untuk menghayati watak
Si Putri Rimba Niagara bersama penghuni rimba
Lagipun dunia karya adalah duniaku
Hidupku karya...karya...karya
Tanda aku syukur dengan Kurniaan dari Ilahi
Aku bukan seperti JK Rowling
Yang menulis cerita-cerita sihir
Boleh jadi jutawan
Tujuh keturunan tak habis makan
Ditakdirkan aku mati
Tiada harta yang kutinggalkan
Kecuali karya-karyaku
Sebab itu karya-karyaku
Amatlah bermakna bagiku
Siapa-siapa yang hadir ketika aku
Berkarya dia adalah sumber ilhamku
Dan setiap kata-katanya adalah karyaku jua
Bagiku apa yang dikatakan itu adalah permata
Sebab itu mereka yang masuk ke wall ku
Aku suka kerana mereka adalah sumber
Inspirasiku berkarya
Kalau dia masuk ke wall aku dalam hatinya
Yang sakit atau tak suka
Aku tetap rakam
Untuk kupersembahkan kepada Tuhanku
Moga apa yang dia tulis dan aku tulis
Walaupun dalam keadaan tidak puas hati
Allah mengira sebagai amal ibadat
Yang dikira di akhirat nanti. Aamiin.
Aku menulis puisi...
Puisi tentang
Kebesaran Allah SWT
Sayang menyayangi sesama kerana-Nya
Menyayangi segala yang hidup di langit dan di bumi kerana-Nya
Dan niatku semua karya-karyaku
Moga ada Nilaian di Sisi-Nya
Itulah yang aku dambakan
Dari dulu hingga akhir hayatku
Moga Allah SWT terima semua karya-karyaku
Dan karya semua rakan sastra yang bergandingan dengan karyaku
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Julai 2012
3 Setahun yang lepas
Lihat Kenangan Andachevron-right
YA ALLAH KURNIAKAN KAMI ILMU KEMANISAN IMAN


"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"
UCAPAN SITI SURIDA KEPADA SAHABATNYA RATU RIMBA NIAGARA.
°°Bila kenal dengan kau,
aku happy sangat ..
Bila aku ketawa ..
kau senyum saja ..
Bila kau ketawa ..
aku tahu kau happy
sangat2 ..
Bila kau nakal ..
aku lagi nakal ..
Bila aku degil ..
kau marah ..
Bila kau degil ..
aku lagi marah. ..
TAPI.......
Kalau suatu hari nanti
aku telah pergi ..,
kau jangan ikut tau! .
aku nak kau teruskan
hidup kau mcm
biasa. ..
Aku tak nak kau
nangis. ..
Aku tak suka tengok
airmata orang yang aku sayang mengalir. ..
⇨"Tegurlah aku jika
aku mulai sombong..
⇨Tegurlah aku jika
aku mulai angkuh...
⇨Tegurlah aku jika
aku mulai salah
kerana aku masih
sangat perlu sahabat
seperti kamu, hari ini
esok dan
selamanya"....
💕🌸💕🌸💕🌸💕🌸💕🌸
"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"
👉 kirim mesej ini ke
semua teman yg kau
sayangi.
MESEJ RATU RIMBA NIAGARA KEPADA SEMUA SAHABAT ALAM MAYA TERSAYANG!
Moga persahabatan kita sampai Syurga Aamiin, itulah hikmah kenapa Allah temukan kita sekalipun cuma di alam maya, alam realiti tak penting yang penting kita bertemu di alam Syurga itulah alam realiti yang sama kita dambakan duhai sahabatku yang kusayang sepenuh jiwa dan ragaku...
Sayang kamu kerana Allah ..satu ketenangan jiwa selagi hayat di kandung badan.
16 Syawal 1438H
10 Julai 2017
"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"
UCAPAN SITI SURIDA KEPADA SAHABATNYA RABEAH.
°°Bila kenal dengan kau,
aku happy sangat ..
Bila aku ketawa ..
kau senyum saja ..
Bila kau ketawa ..
aku tahu kau happy
sangat2 ..
Bila kau nakal ..
aku lagi nakal ..
Bila aku degil ..
kau marah ..
Bila kau degil ..
aku lagi marah. ..
TAPI.......
Kalau suatu hari nanti
aku telah pergi ..,
kau jangan ikut tau! .
aku nak kau teruskan
hidup kau mcm
biasa. ..
Aku tak nak kau
nangis. ..
Aku tak suka tengok
airmata orang yang aku sayang mengalir. ..
⇨"Tegurlah aku jika
aku mulai sombong..
⇨Tegurlah aku jika
aku mulai angkuh...
⇨Tegurlah aku jika
aku mulai salah
kerana aku masih
sangat perlu sahabat
seperti kamu, hari ini
esok dan
selamanya"....
💕🌸💕🌸💕🌸💕🌸💕🌸
"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"
👉 kirim mesej ini ke
semua teman yg kau
sayangi.
MESEJ RATU RIMBA NIAGARA KEPADA SEMUA SAHABAT ALAM MAYA TERSAYANG!
Moga persahabatan kita sampai Syurga Aamiin, itulah hikmah kenapa Allah temukan kita sekalipun cuma di alam maya, alam realiti tak penting yang penting kita bertemu di alam Syurga itulah alam realiti yang sama kita dambakan duhai sahabatku yang kusayang sepenuh jiwa dan ragaku...
Sayang kamu kerana Allah ..satu ketenangan jiwa selagi hayat di kandung badan.
16 Syawal 1438H
10 Julai 2017


AKU MENULIS TANDA AKU SYUKUR DIKURNIAKAN ALLAH ILHAM MENULIS TAPI ADA DI ANTARA MEREKA YANG TERSAKITI HATI APABILA AKU SIARKAN KARYAKU.
ANTARA KATA-KATA YANG AKU INGAT SAMPAI SEKARANG:
1) Banyaknya macam pasir tapi tiada nilai seperti kaca
2) Menulis macam kemabukan todi
3) Menulis macam tak ada hari esok
4) Karya bertaburan di wall grup macam sampah
5) Panjang berjela-jela senang dimakan anai-anai
6) Terlalu sakit hati ada yang mahu menempleng aku
7) Dah gila menulis panjang berjela-jela
8) Copy phase karya orang
9) Karya bagaikan lalang
10) Minta admin keluarkan aku daripada grup gara-gara siarkan karya
terlalu banyak
macam-macam kata-kata yang dihinakan kepadaku lagi,
Tok Leh admin suke ke dng ape yg dia ni tulis....?
Persona Non Grata Niagara Falls?
Ratu Rimba Niagara Tok Leh admin kalau tak suka dia tak like lah, jika tok leh tak suka tok leh tak yah baca ya....
Jika admin tak suka atau ahli-ahli lain tak suka apa yang saya tulis , admin boleh keluarkan saya dari grup ini atau saya yang sendiri yang keluar, buat apa jika ada orang tak suka saya siarkan karya saya di grup ini....
Ary Aris Panjang nye
Ratu Rimba Niagara Setiap lebuh raya ada hentian rehat, jika begitu rehat....rehatlah jika penat nak baca ye...jika anda penat orang yang tukang karang dan fikir lagi penat....anda cuma baca yang sudah terhidang...jika tak minat nak baca tak apa saya faham......
Putri Melati Putri Rimba ~ Putri Rimba menulis tidak pakai logika. pakai angan2 jek. Teguran membina di katakan mahu menikam. Dapat apa tikam cik puan. Idea itu hadir dari jiwa masing2. Idea Intelek cukup dgn kata2 singkat, padat dan bernas. Namun penuh penghuraian mendalam makna. Bukan berjela namun hampeh.
Putri Kemboja Puan tak sedarkah yg apa yg puan tulis tu membingungkan? Genre apakah yg puan tulis? Syair, puisi, gurindam atau cerita pendek?
Pelik lagi kaget aku mereka yang tersakiti hati lantaran aku bersiaran karya, kenapa perlu sakit hati aku bersiaran karya secara percuma sukarela tiada siapapun yang paksa dan tiada siapapun paksa baca karyaku tak suka block saja namaku pasti tak lihat lagi karya ku bersiaran. Kerana menghormati mereka yang tak suka pada karyaku yang bersiaran aku block namamu agar kamu tak lihat lagi karyaku selamanya. Tiadalah kamu sakit hati lagi denganku. Maaf dipinta kerana telah menyakitkan hatimu gara-gara berisaran karya.
Kepada admin yang sudah remove dan block saya dari grup saya ucapkan terima kasih kerana saya tidak perlu bersusah payah lagi menyiarkan karya di grup anda. Lagi pun saya sudah terlali , ' budi yang diberi racun yang dibalas,'
Yang penting walaupun berpisah di alammaya di alam nyata kita tetap saudara seislam insya-Allah di Syurga kita bertemu. Aamiin Di Syurga semua saling menyayangi dan menghormati tiada sebesar zarah pun hati terguris dan terluka. Itulah hebatnya Syurga Allah.
Aidi Suryadarma redha mudah di ucapkan tapi sulit dilakukan kunci iklas
Ratu Rimba Niagara Ikhlas seperti seekor semut hitam berjalan di atas batu hitam di malam hari , tidak siapa pun tahu dan nampak tapi wujud begitulah ikhlas kerana ikhlas hanya Allah swt saja yang tahu.
KEPADA RAKAN GRUP YANG LIKE DAN KOMENTAR KARYA-KARYAKU DIUCAPKAN TERIMA KASIH MOGA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA DUNIA AKHIRAT. AAMIIN
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterimakasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
15 RAMADAN 1436H
2 JULAI 2015
3 Setahun yang lepas
Lihat Kenangan Andachevron-right
Jika awak dilanda masalah, sentiasa percaya ada orang menghadapi masalah lebih besar dan mereka masih stabil. Usah henyak diri awak sendiri dengan mengatakan akulah satu-satunya manusia paling malang di dunia, hanya akulah yang menerima ujian begini, sedangkan orang lain kesemuanya okey.
Tidak, pemikiran awak salah. Sebenarnya, ketika awak menyangka masalah itu terlalu besar, ia tidak sebesar mana pada mereka yang pernah menghadapinya.
Buktinya, apakah semua orang yang putus cinta, berakhir dengan bunuh diri? Apakah orang yang ditimpa musibah kemiskinan dan petaka hidup kesemuanya menjadi murtad? Berapa ramai manusia di dunia ini masih teguh sebagai manusia unggul meskipun berkali-kali putus di tengah jalan?
Itu menunjukkan masalah yang awak hadapi bukanlah apa-apa pada orang yang pernah menghadapi yang lebih besar. Dalam kata lain, masalah bukanlah apa-apa pada orang yang ada motivasi diri Islami.Foto drtuah.

SALAM AIDILFITRI & SALAM KEMAAFAN
TAKBIR RAYA AIDILFITRI KEAGUNGAN HANYA UNTUK ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA UNTUK-MUYA ALLAH JADIKANLAH AKU ROH SUCI YANG KAU MAHUKAN YANG AKU DAMBAKAN
TAKBIR RAYA AIDILFITRI KE-AGUNGAN HANYA
UNTUK ALLAH
TUHAN SEKALIAN ALAM
TUJUH PETALA LANGIT
TUJUH PETALA BUMI
BERGEMA LANTUNAN
TAKBIR RAYA AIDILFITRI
HARI KEMENANGAN HAMBA-NYA YANG BERPUASA
TAKBIR RAYA AIDIL FITRI
DARI ARASY ALLAH SWT
HINGGA SELURUH ALAM
TAKBIR RAYA AIDILFITRI
DILAFAZKAN DENGAN PENUH KEINSAFAN RATAPAN
MENDAYU-DAYU....SAYU...SYAHDU...HIBA....
BETAPA HANYALAH ALLAH SEGALA PERGANTUNGAN HIDUP DAN MATI
MENGAKU SEPENUH HATI TIADA TUHAN LAIN YANG DISEMBAH
MELAINKAN DIA
ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR YANG TERAMAT BESAR
SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TERAMAT BANYAK
MAHA SUCI ALLAH WAKTU PAGI DAN PETANG
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
DAN TIADA LAIN YANG KAMI SEMBAH KECUALI DIA
KAMI IKHLAS KEPADA-NYA
MESKIPUN DIBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH YANG MAHA ESA
YANG MENEPATI JANJI-NYA
YANG MENOLONG HAMBA-NYA
YANG MEMULIAKAN TENTERA-NYA
DIA TELAH MENGHANCURKAN SEMUA KUMPULAN (PENENTANG)
DENGAN KEKUASAAN-NYA
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
ALLAH MAHA BESAR
SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA BAGI ALLAH
YA ALLAH DI PAGI SYAWAL PENUH BERKAT INI
KAU AMPUNKAN AKU
KAU TERIMALAH TAUBATKU
SESUNGGUH-NYA AKU HAMBA-MU YANG HINA TANPA
PENGAMPUNAN DARI-MU
YA ALLAH JADIKANLAH AKU HAMBA-MU
DI MANA DARI AWAL KEJADIAN AKU ADALAH ROH SUCI PENUH
TUNDUK TAWADUK
MAHU MENJADI HAMBA-MU YANG PATUH DAN TAAT KEPADA SEMUA PERINTAH-MU,
MENGAKU SEBENAR-BENAR KAU ADALAH TUHANKU TIADA TUHAN LAIN SELAIN ENGKAU HANYA ENGKAU SAHAJA YANG LAYAK DISEMBAH MAKA DARI ITU AKU MAHU MENJADI HAMBA-MU SEPERTI KEJADIAN ASALKU
ROH SUCI YANG TAWADUK
YA ALLAH YANG MAHA MEMAKBULKAN SEGALA PERMINTAAN
WUJUDKANLAH ROH SUCI KEJADIAN ASALKU DI JIWAKU YANG MASIH BERNAFAS INI SEHINGGALAH NAFAS TERAKHIRKU NANTI
KAU TERIMALAH AKU SEBAGAI ROH SUCI YANG TENANG LAGI KAU REDHAI
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
SEGALA PUJIAN HANYALAH UNTUK-MU
KAU MAHA MENEPATI JANJI
MAKANYA JADIKANLAH AKU ROH SUCI YANG KAU MAHUKAN DAN AKU DAMBAKAN
TIADA APA YANG KUINGINI DI DUNIA INI LAGI
HANYALAH MAHU KE JALAN-JALAN-MU
ITU SAJALAH YANG MENENANGKAN JIWAKU DI KALA INI, SUMPAH SETIA ROH SUCI ITULAH YANG HENDAK KUPASAKKAN
DI JIWA DI KALBU AGAR AKU BENAR SEBENAR IKHLAS MENGOTAKAN SUMPAH SETIAKU PADA-MU
BIARPUN DIBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR
AKU TETAP MENGAJAK TENTERA-TENTERA-MU
BERJUANG BERMATI-MATIAN UNTUK MENYEBAR LUASKAN AGAMA SUCI-MU
DI SERATA BENUA BUMI-MU INI.....DI MANA MANUSIA BERHIDUP DI SITULAH
TENTERA-TENTERA-MU AKAN MEMPERJUANGKAN-MU
AGAR SEMUA MANUSIA DI BUMI INI TAKUT DENGAN-MU,
AKUR DENGAN PERINTAH-MU
MEMBESARKAN-MU
MENG-AGUNGKAN-MU
DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR, SEGALA PUJI-PUJIAN
HANYA UNTUK-MU
KAU MAKBULKAN SEGALA DOA YANG KUPINTA
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
.........................................................
(HAMBA-MU YANG KERDIL DI SISI-MU)
1 Syawal 1439H
15 Jun 2018
SALAM SYAWAL NAN INDAH DI PAGI AIDILFITRI 1436H
SALING MEMAAFKAN KITA SAUDARA SEISLAM
AGAR TALISILATURRAHIM SENTIASA MEWANGI
SEWANGI AMBAR KASTURI
MOGA SENYUMAN SYURGA MENANTI DI PAGI SYAWAL NAN INDAH DENGAN TAKBIR RAYA MENG-AGUNGKAN NAMA ILAHI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
SALAM SILATURRAHIM
SALAM AIDILFITRI
SALAM SAMPAI KE KUBUR
SALAM SAMPAI KE SYURGA
"SELAMAT AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATHIN'
LAFAZ TULUS IKHLAS DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA
1 Syawal 1439H
15 Jun 2018
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Moga Allah rahmati kita semua. Taqabballalhu minna wa minkum. Aamiin.

berkongsi siaran.
SALAM MENYATUKAN HATI
Ingin kukirim rindu
Di ombak rindu
Takut tak terbalas rindu
Ingin kukirim kasih
Takut tak terbalas kasih
Lalu tersisih
Ingin kukirim salam
Pasti terjawab salam
Salam menyatukan hati
Menyatukan rindu
Menyatukan kasih
Kasih tak tersisih
'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATHIN'
Ratu Rimba Niagara
29 Ramadan 1439H
13 Jun 2018
4 Setahun yang lepas
Lihat Kenangan Andachevron-right
Aashiq al-Rasul <-----click to like
I don't want money
I don't want fame
I just want the gates of jannah calling my name




MENGGENGGAM CITA-CITA SEPERTI MEMINTAL ILUSI MENJADI REALITI
Cita-citaku semua karyaku di alam maya dibukukan dan menjadi perpustakan di seluruh rumah peminatku dan di pusat pengajian tinggi.
Di Malaysia dan di seluruh dunia dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia. Insya-Allah Aamiin. Inilah hikmah kenapa Allah kurniakan aku bakat menulis. Syukur Ya Allah.
5Kim's Diwa, Yatim Ahmad dan 3 yang lain
Komen
Siti Zainon Ismail
Siti Zainon Ismail Aamiin. Sila lantik editor, serah kepada penilai yg diakui perpustakaan dan IPT. Insyaalah.
Ratu Rimba Niagara Aamiin. Terima kasih atas pandangan Prof Dr Siti Zainon dan amat dialukan jika ada cadangan editor agar mudah saya berhubung dengannya. Mana tahu buah cempedak jadi nangka , bulan jatuh ke riba...'Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia hanya Allah yang tahu. Moga kita sama-sama bertuah dunia akhirat. Aamiin.
Yatim Ahmad

Ratina - gaya bahasa yang tidak kuat malah dialognya seperti dipaksa2 semata mahu watak itu berkata2, manakala gejolak emosi terlalu mudah digambarkan menerusi air mata yang mengalir
gambaran akhir novel ini (kematian) Ratina adalah 'meniru' adengan atau stail drama tv. Novel ini terlalu banyak 'pembunuhan' terhadap watak sampingan berakhir dgn watak utama
Hanya kesungguhan pengarang kita puji kerana bukan mudah hasilkan sebuah novel dan kita berharap novel seterusnya mampu berikan persembahan yang kuat
Ratu Rimba Niagara Terima kasih saudara Yatim Ahmad atas komentarmu yang liar didengari.
Untuk pengetahuan saudara sejarah Ratina ditulis ketika usia saya 16 tahun semasa di bangku sekolah tingkatan empat. Ditulis dalam kelas tulisan tangan. Selepas tulis kawan-kawan saya baca.
Ketika baca mereka menangis dan minta saya sambung seterusnya. Dalam kelas sempat dilakon dramakan. Lucu campur teruja juga melihat setiap rakan kelas membaca sambil menangis sebab ketika saya menulis pun menangis jika tak percaya tanyalah Kims Diwa sepanjang hayat menangis membaca novel Ratina.
Novel Ratina disambung-sambung sehinggalah memakan masa lima tahun. Semasa saya menghadiri bengkel penulisan anjuran PEN ketika usia 21 tahun ketika itu Sasterawan Negara Anwar Ridwan mengedit karya Ratina kerana bengkel bertajuk Cara Penulisan Novel Remaja. Tak ada pun dikomen menjual emosi liar ok jer.
Bagi saya adalah satu kepuasan setelah menulis sesuatu bahan saya suka dibaca oleh orang ramai. Dan saya buat kaji selidik pada pembaca terutama remaja. Semuanya suka sesangat kerana telah berjaya membuatkan air mata tertitis kerana sarat dengan emosi kesedihan watak Ratina.
Ratina ditulis ketika usia saya 16 tahun tersimpan di galeri saya selama 40 tahun. Tentu saudara dapat bayangkan cara penulisan usia 16 tahun dengan usia melewati senja. 16 tahun banyak imaginasi dan fantasi emosi remaja yang melihat dari kisah benar seorang pengawas sekolah dan imaginasi menjadi seorang isteri dan menjadi seorang ibu ...faham-faham ajelah ok.
Kerana ketika ini saya sudah kelewatan masa memburu cita-cita saya untuk menerbitkan buku hasil karya saya sendiri sebanyak mana yang mungkin maka saya tak berhasrat untuk menulis novel lagi.
Cukuplah Ratina istimewa diterbitkan untuk bakal peminat saya.
Dan bukanlah mudah untuk menjadikan cita-cita saya realiti kerana saya berjuang kesendirian , usaha semampu daya hanya pada Nya saya pasrah .
MATILAH BAPAK SAZALEE
Katak berbunyi kwuang kwuang kwuang
Anakku Sazalee berkata
Kenapa baru sekarang bapak nak ajar Sazalee
Kenapa tidak 20 tahun yang dulu?
Sekarang sudah terlambat bapak...
Maka jadilah bapak seperti
Teriakan katak terkurung di bawah tempurung
Tiada siapa dengar suara bapak
Tunggu sajalah sampai mati
Bapak bawalah suara bapak sampai mati!
Kwuang kwuang kwuang
Matilah Bapak Sazalee
Karya Ratu Rimba Niagara
11 April 2012
AKU BUKAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG
aku bukan katak di bawah tempurung
aku adalah katak di bawah tempurung lut sinar
yang membolehkan aku memerhatikan seluruh dunia
apabila aku keluar dari tempurung lut sinar
aku tahu keadaan seluruh dunia
makanya kejayaan aku
benar-benar Allah yang ciptakan
DIA yang kehendaki takdirku begitu
berjaya atas usaha sendiri
dan Allah lah yang menentukan
usahaku berjaya atau tidak
bagaimana hebatpun aku bersastera
aku tetap hambaNya yang kerdil
kerana tanpa izinNya
aku cumalah hamba Allah yang tak tahu apa-apa
tentang ilmu Dunia dan Akhirat
maka tidak layaklah aku memakai pakaian kesombongan seorang Ratu kerana aku tidak bercita-cita hendak menjadi Ratu, aku hanya mahu menjadi hamba Allah dengan pakaian iman dan takwa
Semoga Allah SWT perkenankan segala cita-citaku yang murni ini kepada Agama, Bangsa dan Negaraku juga di seluruh dunia bumi Allah tempat persinggahan untuk mempersiapkan bekalan ke Negeri Abadi
Karyaku Aset Negaraku Tercinta
Karyaku Aset Nusantara Tersayang
Moga karyaku menjadi Aset Akhiratku
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
24 Rejab 1439H
11 April 2018
KARYAKU DI PERPUSTAKAANMU IMPIANKU
Alangkah bahagianya jika karya sasteraku
menjadi koleksi perpustakaan di rumah
peminatku di seluruh dunia
aduhai! kasih sayangku
ada di hati mereka.
Ada juga di perpustakaan sekolah dan pusat
pengajian tinggi IPTA dan IPTS di seluruh dunia
itulah matlamat aku berkarya
dunia karya duniaku
peminat karyaku kesayanganku!
Kasih sayangku pada peminat karya-karyaku
sentiasa hidup walaupun aku sudah tiada di dunia ini.
Duhai yang meminati karyaku
jutaan terima kasih kuucapkan padamu
kerana sudi membaca karyaku
ketahuilah olehmu setiap karyaku adalah lambang
kasih sayangku pada seluruh penghuni bumi tercinta.
Minat kalian pada karyaku amat aku terharu
teringat aku di zaman remaja
apabila melihat remaja membaca, ‘ANTOLOGI PUISI ’
kubayangkan buku yang dibaca itulah karyaku
bahagia sangat teringat di kala itu
rasanya dunia ini aku yang punya
biarpun itu cuma fantasi di kala itu
tapi dengan izinNya karya-karyaku dibaca
di alam maya, Allahu Akbar tak pernah terfikir
olehku karya-karyaku dibaca di alam maya dengan
jumlah pembaca ratusan ribu mungkin berjuta,
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia
itulah yang aku cita-citakan.
Biarlah aku tak terkenal di luar sana atau
di mana-mana, aku menulis bukan kerana nama
bukan mahu penghargaan atau mahukan pujian
aku menulis tanda aku syukur padaNya
aku menulis tanda aku sayangkan semua
penghuni bumi dan langit
semuanya aku sayang tanpa terkecuali.
Moga Allah SWT sudi membalas cintaku
dan moga semua yang membaca karyaku
sudi menyayangiku juga keranaNya.
Percayalah kasih kita tetap mekar semekar
bunga-bunga di Taman-Taman Syurgawi
berkat kita saling berkasih sayang keranaNya
kasih kita walaupun tak pernah bertemu
di alam nyata cuma di alam maya
cuma melalui karya-karyaku
kita berbicara bagaikan saudara kandung
bagaikan rakan dunia Akhirat
kita bisa menyambungkan tali ukhuwah kasih ini
sampai ke Syurga insya-Allah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Yang menyayangi semua pembaca karya sasteraku,
aku sayang kamu sesungguh sayang
aku sayang kamu kerana sejak Azali lagi
kita punyai niat yang sama saling
berkasih sayang keranaNya.
‘Karyaku Duniaku Peminatku Kesayanganku’
Yang ingin sentiasa di hatimu,
Ratu Rimba Niagara
2 RabiulAkhir 1438H
1 Januari 2017
WIRA PUJANGGA SI RATU RIMBA NIAGARA
Semua pemimpin dan rakyat Malaysia
yang telah sudi memberi sokongan
ketika Ratu Rimba Niagara
menjalankan kaji selidik
pada setiap karya yang dihasilkan
hasil komen yang bernas daripada pembaca
di pelbagai peringkat umur, pengajian, pekerjaan
memberi keyakinan dan semangat juang yang
tinggi kepada Ratu Rimba Niagara
untuk menulis hingga sekarang
terima kasih...terima kasih...terima kasih...
tanpa sokongan kalian
pena hamba tak berdakwat
kalau ada pun dakwatnya
pasti lemah tak bermaya
isi merewang-rewang
di angkasa raya tanpa tujuan
tanpa matlamat hendak dituju
hanyalah perasan sendiri
maka segala kata-kata saktimu
kuabadikan di kalbuku
kubingkaikan di galeri
Pujangga Ratu Rimba Niagara
agar dapat ditonton biar mereka tahu
kamulah sebenarnya wira pujangga
Si Ratu Rimba Niagara

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Oktober 2012
RATU RIMBA NIAGARA & CITA-CITA

Menulis sejak 1975 hingga sekarang
Menulis di alam maya 2011 hingga sekarang.
Kursus Penulisan Yang Dihadiri Anjuran:
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), DBP, GAPENA, Persatuan Karyawan Nusantara, ASWARA, KALAM Dan PENA.
Minat berkarya sejak usia 9 tahun hingga kini, karya bertemakan KETUHANAN, Kemanusiaan, Alam, Kenegaraan, Peperangan, Kesatria, Kerohanian dalam bentuk Puisi, Pantun, Gurindam, Syair, Teater Bangsawan DiRaja, Novel,Cerpen dan Buku Kreatif Kanak-Kanak Sesuai Dijadikan Filem Animasi Nusantara dan Antarabangsa.
Bercita-cita Mempunyai Kota Sastera ,
‘KOTA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA, Galeri RATU RIMBA NIAGARA Dan Perpustakaan RATU RIMBA NIAGARA.’
Semua bahan sastera Ratu Rimba Niagara
dijadikan produk pelancongan yang diminati semua Rakyat Nusantara sebagai tanda kasih sayang Ratu Rimba Niagara kepada semua generasi kini dan akan datang!
'Cita-cita saya pada dunia sastera yang telah saya abdikan selama 50 tahun sejak saya usia 9 tahun lagi minat sastera mana tahu dengan izinNya berjaya sebagai tanda kenang-kenangan dari saya kepada seluruh penghuni bumi , sastera saya juga tanda saya pernah berhidup di muka bumiNya ini.'
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN ALAM MAYA RATU RIMBA NIAGARA,
13 Ramadan 1439H
29 Mei 2018
INILAH MACAM-MACAM SURGA:
1. SURGA FIRDAUS,
2. SURGA ’ADN,
3. SURGA NAIM,
4. SURGA MA’WA,
5. SURGA DARUSSALAM,
6. SURGA DARUL MUQAMAH,
7. SURGA AL-MAQAMUL AMIN,
8. SURGA KHULDI.
Keterangan:
1). SURGA FIRDAUS:
Surga yang diciptakan dari emas yang merah dan di peruntukan bagi orang yang khusyuk sholatnya,menjauhkan diri dari perbuataan sia-sia,aktif menunaikan zakat,menjaga kemaluaannya,memelihara amanah,menepatijanji dan memelihara sholatnya.
.
2). SURGA ‘ADN:
Surga yang di ciptakan dari intan putih dan di peruntukkan bagi orang yang bertakwa kepada ALLAH (An Nahl:30-31), benar-benar beriman dan beramal shaleh (Thaha:75-76), banyak berbuat baik (Fathir: 32-33), sabar,menginfaqkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan (Ar-Ra’ad:22-23).
.
3). SURGA NAIM:
Surga yang diciptakan dari perak putih dan di peruntukkan bagi orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada ALLAH dan beramal shaleh. Al Qalam: 34
.
4). SURGA MA’WA:
Surga yang diciptakan dari jamrud hijau dan di peruntukan bagi orang- orang yang bertakwa kepada ALLAH (An Najm: 15), beramal shaleh (As Sajdah: 19), serta takut kepada kebesaran ALLAH dan menahan hawa nafsu (An Naziat : 40-41)
.
5). SURGA DARUSSALAM:
Surga yang di ciptakan dari yakut merah dan di peruntukkan bagi orang yang kuat imannya dan Islamnya,memperhatikan ayat-ayat ALLAH serta beramal shaleh.
.
6). SURGA DARUL MUQAMAH:
Surga yang di ciptakan dari permataa putih dan di peruntukkan bagi orang yang bersyukur kepada ALLAH. Kata Darul Muaqaamah berarti suatu tempat tinggal di mana di dalamnya orang-orang tidak pernah merasa lelah dan tidak merasa lesu. Tempat ini diperuntukkan kepada orang-orang yang bersyukur sebagaimana yg di sebutkan di dalam surat Faathir ayat 35. Sedangkan surga Darul Muaqaamah ini terbuat dari permata putih.
.
7).SURGA AL-MAQAMUL AMIN:
Surga yang di ciptakan dari permata putih.
Kata Al-Maqamul Amin menurut Dr M Taquid-Din dan Dr M Khan berarti tempat yang dan di peruntukkan bagi orang-orang yang bertakwa sedangkan surga Al-MaqamulAmin ini terbuat dari permata putih.
.
8). SURGA KHULDI:
Surga yang diciptakan dari marjan merah dan kuning diperuntukkan bagi orang yang taat menjalankan perintah ALLAH dan menjauhi larangannya (orang-orang yang bertakwa).
.
MASYA'ALLAH…
Semoga Kita semua termasuk ke dalam salah satu dari 8 macam surga di atas.
.
Aamiin Ya Robbal'alamin..
Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar "aamiin" dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan ,
1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin..

HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
9 RABIUL'AKHIR 1440H
17 DISEMBER  2018

0 comments:

Post a Comment

 
;