Friday, 25 January 2019

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (30) ILMU MENGENAL TUHAN



PERJUANGANKU PERJUANGANMU (30) ILMU MENGENAL TUHAN
KH. Abdullah Gymnastiar sedang bersama Ponco Wardono dan 26 yang lain.
Ilmu yang paling penting adalah Ilmu yakin kepada Alloh
***

KEINDAHAN PURNAMA CIPTAANMU TUHAN BUAT AKU TERPESONA!
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar,
Terpakuku melihat keindahan bulan purnama
Tenang syahdu sambil kulafazkan Allahu Akhbar,
Aku terpesona PenciptaanMu Yang Amat Sempurna.
Awan membiru di malam penuh syahdu,
Bebayang bulan terpancar di air nan tenang;
Seisi alam berzikir memujiMu tanpa jemu,
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar jiwa pun tenang.
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012


BALASLAH CINTAKU YANG TAK BERTEPI PADAMU ALLAH
hadirlah cintaMu di kalbuku hambaMu yang hina ini
yang selalu lalai dengan pesona duniawi
yang lupa akan segala janjiku telah terpatri sejak azali
sejak rohku ditiupkan dalam kandungan bondaku
Tuhan...Dengan EhsanMu Tanpa Batas
Dengan Sifat PenyayangMu tanpa had
sebelum aku dijemput olehMu
berilah aku peluang
menikmati
manisnya iman
lazatNya mencintaiMu
di hati ini tiada yang lain
hanya Kau Yang Tertahta Di hati
MemujiMu di setiap waktu
tanda kurinduMu teramat sangat
balaslah rinduku
balaslah cintaku yang tak bertepi padaMu Allah
kerana cintaMu bertahta di hatiku di setiap penjuru kalbu...
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012


AKU MENCARI DIRI
aku mencari diri
tiada jawapan siapa aku
aku tercari-cari di mana aku?
masih kabur
tak pasti ke mana aku selepas matiku
aku alpa kerana aku rasakan aku tak akan mati
aku hidup seribu tahun lagi
tanpa tahu siapa aku dan siapa Pencipta aku?
moga Tuhan membuka pintu Hidayah KasihNya
agar aku bisa mengenal Tuhanku
makanya tahulah aku kenapa aku berhidup di muka bumi ini!
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012

Aamiin Ya Rabbal A' Lamiin,
Berbagi ilmu amat kusuka;
Lagi dibaca lagi keterujaan,
Puisi Ilahi tetap kupuja.


AKU TIDAK PUNYAI MASA LAGI
setiap detik amat berharga
masa datang dan meninggalkan usia
usia makin mendekat
bekalanku kosong
kusangka penuh tetap kosong
kerana egoku melampau ilmu diberi cuma setitis
kurasa ujub akulah yang bijak wal hal dunguku tipudaya yang memperdaya dan aku tertanya-tanya napa aku begitu...
Tuhan tunjukkan aku jalan yang lurus
agar dapat ku celikkan mata hati
jangan terpedaya dengan masa yang menipu
kerana aku tidak punyai masa lagi
untuk kupersiakan masa dan usia
yang berbaki entah banyak mana
entahkan esok atau lusa atau sedetik lagi
aku pergi meninggalkan masa yang takkan berulang lagi
untuk aku menebus masa yang dibiarkan percuma
ah...!!! ruginya aku
sesalnya aku tak tertebus!
Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012

aku akan kembali lagi setelah perihku hilang
matlamatnya satu mahukan berbagi ilmu dalam redhanya
untuk bekalan negeri pasti yang tak ada peluang lagi untuk kembali!


KERANA DIA MAHA TAHU SEJAK AZALI LAGI!
Betapa ahli Syurga menunggu kedatangan para sahabatnya
Bersama menikmati nikmatNya Syurga
Keindahan Syurga di luar kotak pemikiran biasa atau luar biasa
Lulus segala ujian dugaan dariNya untukmu sahabat
Maka terbukalah segala pintu Syurga
Menantimu dengan girang
Memang benarlah kau sahabat dunia akhiratku
Telah terpatri cintamu cintaku CintaNya bawa ke SyurgaNya
PadaNya kuserah segala
Kerana Dia Maha Tahu Segala Yang Ghaib Sejak Azali Lagi !
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012


MENCINTAI-NYA SETULUS HATI
Dia mendengar desir hatimu
Meng-AgungkanNya MemujiNya
Biarpun mereka tidak tahu
Tak semestinya diberitahu
Di war-warkan yang kau cintakanNya
Cukuplah Dia Maha Tahu yang kau cintakanNya
Cuma bezanya kau dan mereka...
Kau ingin bersama mereka MencintaiNya setulus hati!
Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012


MAKA TERBALASLAH CINTA ANTARA HAMBA DENGAN PENCIPTANYA!
Bila kau sudah mencintaiNya
Apa yang didengar dan dilihat adalah Dia
Dia ada di mana-mana
Di seluruh penjuru kalbumu
Lalu Kau memujiNya tanpa henti
Kau terlalu rindu padaNya
Hinggakan titisan air mata terasa syahdu
Tanda cinta menyatu
Hanya Dia Layak kau cinta
Hanya Dia Layak kau puja
Kerana Hanya Dia yang amat memahami cintamu
Maka terbalaslah cinta antara hamba dengan PenciptaNya!
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012


KURNIAAN ILHAM-NYA TANPA HAD
Kadang kala aku nangis...
betapa PemurahNya Allah
aku fikirkan hendak membuat cuma tiga baris ayat
tapi Dia Berikan berbaris-baris ayat
bukan itu saja hinggakan dikelilingku semuanya ilham
itu yang membuatku nangis ...
setelah dapat Kurniaan Ilham dariNya aku nangis...
selagi kudrat pemikiran aku ada ...
Insya-Allah kan kukongsi segala ilham yang kudapat
kepada mereka yang sudi membaca karyaku...
cuma satu yang kuharap pada pembaca
terimalah karyaku Selayak BagiNya
kerana kita sama mencari redhaNya Menggemis CintaNya!
Karya Ratu Rimba Niagara
26 Rabiul Akhir 1438H
25 Januari 2017


TERIMALAH KARYAKU SELAYAK BAGINYA
Teman...
terimalah aku apa adanya
Teman...
terimalah karyaku seadanya
Teman...
jika kau tak sudi terimaku
tak sudi membaca karyaku
tak mengapa teman
aku tak akan marah
tak akan kecewa
tak akan kecil hati
kerna aku sentiasa sedar
aku cumalah insan yang tidak pernah sempurna!
Teman...
cuma satu pintaanku
tolonglah...!tolonglah...!tolonglah!
Tolonglah terima karyaku
apabila aku
Meng-AgungkanNya
Memuji KebesaranNya
Mensyukuri nikmat yang diberikan tanpa batas
Mengemis dan Meraih CintaNya
Memohon Hidayah KasihNya
Terimalah karyaku itu selayak bagiNya teman...
kerana ku amat percaya setiap yang baik datang dariNya
kukarang lahir dari rasa syukurku menjadi hambaNya
tiada langsung untuk rasa ujub biar pun sebesar zarah!
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012
ALLAH MAHA PENGASIH
Salam cahaya kasih,
Kasih tak tersisih;
Saling kasih mengasih,
Kerana Allah Maha Pengasih.
SALAM CAHAYA KASIH
Assalamualaikum
Salam cahaya kasih
Cahaya di segenap penjuru cahaya
Cahaya Nur Ilahi
Moga maju jaya apa yang diusahakan
Juga mendapat keberkatan sepanjang masa
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Ratu Rimba Niagara,
13 Rabiulawwal 1434H
25 Januari 2013M
CINTAMU TANPA PENGHUJUNG WAKTU
ayuh kita ke Syurga bersama
di sana Syurga menanti
di sana alunan merdu Syurga kedengaran
memujiNya
memujaNya
merdu...merdu...merdu...syahdu
terharu syahdu rindu
rindu serindu rindu padaNya
tanpa penghujungNya
Tuhan Kaulah segalaNya
Kau harapanku
Kau sandaranku
Kau kekasih awal
Kau kekasih akhir
Kau kurindu
Kau kucinta
Tanpa penghujungNya
di mana-mana Kau kucinta
Allah Allah Allah
Kau di hatiku
Kau di qalbu
kuukir namaMu
di awan rindu
kuseru bulan
bulan tersenyum syahdu
mengiyakan aku sedang merinduiMu
kuseru ombak
ombak menderu
mengatakan
semua di langit
semua di bumi
memujiMu
memujaMu
tanpa henti
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
indahNya mengenaliMu
indahNya bercinta denganMu
syahduku
di perdu rindu
syahduku di sejadah cintaMu
kualunkan munajatku padaMu
dengan tangisan syahdu merinduiMu
menangis hiba sehiba-hiba
Entah mengapa
menyebut NamaMu Yang Maha Agung hatiku rindu
rindukanMu
terasa betapa kerdilnya aku berhadapan denganMu
terus kumenangis dalam esakan tanpa henti
berderai airmataku terlalu syahdu cintaMu
suci sesuci embunan Syurga
hanya Kau saja yang memahami
betapa aku rindukanMu
betapa aku cintakanMu
pasti akan dapat dirasai oleh mereka
yang mengalami cinta-Mu tanpa penghujung waktu
Moga Kau balas cintaku Ya Tuhanku
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara ,
14 Rabiulawwal 1434H
26 Januari 2013M
KHASAF MAKRIFAT
Hanya jauhari mengenal manikam,
Jauhari mengikut resmi padi;
Makin berilmu tidak berdendam,
Itulah khashaf makrifat dipelajari.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Rabiulawwal 1434H
25 Januari 2013
LEZAIHASRA LM PUJANGGA IDOLAKU!
Terima kasih pujangga idolaku
Biarpun tanpa suara
Bait puisi-puisimu
Selalu kubaca
Kuhayati
Dalam
Rasa
Syahdu...
Kurindu...
Setiap
Bait
Puisi
Puitis
Digapai
Hasrat tak sampai
Kerana terlalulah puitis
Kufikirin sedalam-dalam masih samar
Lagi kufikir ...kufikir...kufikir ...penuh hati
Buntu untuk memahami puisi puitis karyamu Lezaihasra!
Karya Ratu Rimba Niagara .
13 Rabiulawwal 1434H
25 Januari 2013

AKU MENCARI DIRI
aku mencari diri
tiada jawapan siapa aku
aku tercari-cari di mana aku?
masih kabur
tak pasti ke mana aku selepas matiku
aku pasti...dah pasti aku hidup seribu tahun lagi
tanpa tahu siapa aku dan siapa Pencipta aku?
moga Tuhan membuka pintu Hidayah KasihNya
agar aku bisa mengenal Tuhanku
makanya tahulah aku kenapa aku berhidup di muka bumi ini!
Rha NS
25 Januari 2012

AKU MENCARI DIRI
aku mencari diri
tiada jawapan siapa aku
aku tercari-cari di mana aku?
masih kabur
tak pasti ke mana aku selepas matiku
aku pasti...dah pasti aku hidup seribu tahun lagi
tanpa tahu siapa aku dan siapa Pencipta aku?
moga Tuhan membuka pintu Hidayah KasihNya
agar aku bisa mengenal Tuhanku
makanya tahulah aku kenapa aku berhidup di muka bumi ini!
Rha NS
25 Januari 2012
7 tahun yang lepas
BALASLAH CINTAKU YANG TAK BERTEPI PADAMU ALLAH
hadirlah cintaMu di kalbuku hambaMu yang hina ini
yang selalu lalai dengan pesona duniawi
yang lupa akan segala janjiku telah terpatri sejak azali
sejak rohku ditiupkan dalam kandungan bondaku
Tuhan...Dengan EhsanMu Tanpa Batas
Dengan Sifat PenyayangMu tanpa had
sebelum aku dijemput olehMu
berilah aku peluang
menikmati
manisnya iman
lazatNya mencintaiMu
di hati ini tiada yang lain
hanya Kau Yang Tertahta Di hati
MemujiMu di setiap waktu
tanda kurinduMu teramat sangat
balaslah rinduku
balaslah cintaku yang tak bertepi padaMu Allah
kerna cintaMu bertahta di hatiku di setiap penjuru kalbu...
Rha NS
25112
7 tahun yang lepas
KEINDAHAN PURNAMA CIPTAANMU TUHAN BUAT AKU TERPESONA!
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar,
Terpakuku melihat keindahan bulan purnama
Tenang syahdu sambil kulafazkan Allahu Akhbar,
Aku terpesona PenciptaanMu Yang Amat Sempurna.
Awan membiru di malam penuh syahdu,
Bebayang bulan terpancar di air nan tenang;
Seisi alam berzikir memujiMu tanpa jemu,
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar jiwa pun tenang.
Rha NS
25 Januari 2012

MENCINTAINYA SETULUS HATI
Dia mendengar desir hatimu
Meng-AgungkanNya MemujiNya
Biarpun mereka tidak tahu
Tak semestinya diberitahu
Di war-warkan yang kau cintakanNya
Cukuplah Dia Maha Tahu yang kau cintakanNya
Cuma bezanya kau dan mereka...
Kau ingin bersama mereka MencintaiNya setulus hati!
Rha NS
25 Januari 2012

aku akan kembali lagi setelah perihku hilang
matlamatnya satu mahukan berbagi ilmu dalam redhanya
untuk bekalan negeri pasti yang tak ada peluang lagi untuk kembali!


MAKA TERBALASLAH CINTA ANTARA HAMBA DENGAN PENCIPTANYA!
Bila kau sudah mencintaiNya
Apa yang didengar dan dilihat adalah Dia
Dia ada di mana-mana
Di seluruh penjuru kalbumu
Lalu Kau memujiNya tanpa henti
Kau terlalu rindu padaNya
Hinggakan titisan air mata terasa syahdu
Tanda cinta menyatu
Hanya Dia Layak kau cinta
Hanya Dia Layak kau puja
Kerna Hanya Dia yang amat memahami cintamu
Maka terbalaslah cinta antara hamba dengan PenciptaNya!
Rha NS
25 Januari 2012
KERANA DIA MAHA TAHU SEJAK AZALI LAGI!
Betapa ahli Syurga menunggu kedatangan para sahabatnya
Bersama menikmati nikmatNya Syurga
Keindahan Syurga di luar kotak pemikiran biasa atau luar biasa
Lulus segala ujian dugaan dariNya untukmu sahabat
Maka terbukalah segala pintu Syurga
Menantimu dengan girang
Memang benarlah kau sahabat dunia akhiratku
Telah terpatri cintamu cintaku CintaNya bawa ke SyurgaNya
PadaNya kuserah segala
Kerna Dia Maha Tahu Segala Yang Ghaib Sejak Azali Lagi !
Rha NS
25112

RAUNGAN SUDAH TIADA MAKNA LAGI!
Renjislah engkau langit
dengan air mawar
agar dapat membasuh lukaku yang pedih dan perih
tapi bila kufikirkan apalah ada luka dan perih di dunia ini
jika di bandingkan di akhirat
yang pedih sepedihnya!
yang azab seazabnya!
tiada tandingan kesakitannya!
raungan sehabis suara meminta tolong!
sudah tiada ertinya lagi!
Rha NS
25112
Komen
Waalaikummusalam ..Alhamdulillah baik...
Sal apa kabar ye...
Ada karya sudilah kongsi sama ku ye

Karya di atas dapat idea spontan 
setelah membaca karya Rajendra Nath Tagore II
Uruskan
7thn
SukaTunjukkan lagi reaksi
Kadang kala aku nangis..
Betapa PemurahNya Allah 
Aku fikirkan hendak membuat cuma tiga baris

Tapi Dia Berikan berbaris-baris
Bukan itu saja hinggakan dikelilingku semuanya ilham
Itu yang membuat ku nangis Sal...
Setelah dapat Kurniaan Ilham dariNya aku nangis...
Selagi kudrat pemikiran aku ada Sal...
Insya-Allah kan kukongsi segala ilham yang kudapat
Kepada mereka yang sudi membaca karyaku...
Dan cuma satu yang kuharap pada pembaca
Terimalah karyaku jika itu Selayak BagiNya
Tak terima aku pun tak apa
Terima aku apa adanyanya apa salahnya
Kerana kita sama mencari redhaNya Menggemis CintaNya!


KERNA KITA SAMA MENCARI REDHANYA MENGEMIS CINTANYA!
Kadang kala aku nangis..
Betapa PemurahNya Allah
Aku fikirkan hendak membuat cuma tiga baris
Tapi Dia Berikan berbaris-baris
Bukan itu saja hinggakan dikelilingku semuanya ilham
Itu yang membuat ku nangis teman...
Setelah dapat Kurniaan Ilham dariNya aku nangis...
Selagi kudrat pemikiran aku ada teman...
Insya-Allah kan kukongsi segala ilham yang kudapat
Kepada mereka yang sudi membaca karyaku...
Dan cuma satu yang kuharap pada pembaca
Terimalah karyaku jika itu Selayak BagiNya
Tak terima aku pun tak apa
Terima aku apa adanyanya apa salahnya
Kerana kita sama mencari redhaNya Mengemis CintaNya!
Rha NS
25112

BERGANDINGAN BERKARYA BERSAMANYA UNTUKMU
Lagi kubaca puisimu ...
Lagi jiwaku sayu
Sesak nafasku terkedu
Kata yang menusuk kalbu
Pandanganku kelabu
Jiwaku tertunduk malu
Betapa kerdilnya aku
Menumpang di bumiMu
Tanpa ada syukurku
PadaMu
Duhai Allah Tuhanku
Aku hambaMu
Terimalah aku
Terimalah sahabatku
Semua tintanya dan tintaku
Bergandingan berkarya bersamanya untukMu
Berkarya terus berkarya tanpa pernah jemu
Mohon redhaMu cintaMu
Duhai Tuhanku Yang Maha Tahu Isi Hati HambaMu...
Rha NS
25 Januari 2012
7 tahun yang lepas
Waduh! Pandai kamu menjawab ...seperti profesor gitu... justeru kerana kamu pandai, kalau ada karya bunda rajin-rajinlah beri pandanganmu ye profesor Wildant Ahmad...agar dapat kita kongsi ilmu bersama ...jangan sekali jadikan otakmu beku dan penamu kaku ...rajin-rajinlah berbagi ilmu kerana kau akan dapat ilmu yang makin bertambah Insya-Allah...
7 tahun yang lepas
KERNA KITA SAMA MENCARI REDHANYA MENGEMIS CINTANYA!
Kadang kala aku nangis..
Betapa PemurahNya Allah
Aku fikirkan hendak membuat cuma tiga baris
Tapi Dia Berikan berbaris-baris
Bukan itu saja hinggakan dikelilingku semuanya ilham
Itu yang membuat ku nangis teman...
Setelah dapat Kurniaan Ilham dariNya aku nangis...
Selagi kudrat pemikiran aku ada teman...
Insya-Allah kan kukongsi segala ilham yang kudapat
Kepada mereka yang sudi membaca karyaku...
Dan cuma satu yang kuharap pada pembaca
Terimalah karyaku jika itu Selayak BagiNya
Tak terima aku pun tak apa
Terima aku apa adanyanya apa salahnya
Kerana kita sama mencari redhaNya Mengemis CintaNya!
Rha NS
25112
BERGANDINGAN BERKARYA BERSAMANYA UNTUKMU
Lagi kubaca puisimu ...
Lagi jiwaku sayu
Sesak nafasku terkedu
Kata yang menusuk kalbu
Pandanganku kelabu
Jiwaku tertunduk malu
Betapa kerdilnya aku
Menumpang di bumiMu
Tanpa ada syukurku
PadaMu
Duhai Allah Tuhanku
Aku hambaMu
Terimalah aku
Terimalah sahabatku
Semua tintanya dan tintaku
Bergandingan berkarya bersamanya untukMu
Berkarya terus berkarya tanpa pernah jemu
Mohon redhaMu cintaMu
Duhai Tuhanku Yang Maha Tahu Isi Hati HambaMu...
Rha NS
25 Januari 2012



 Ya Allah,
Keluarkan kami dari kegelapan
ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman,

bukakanlah bagi kami makrifat ilmu,
berilah cahaya kepada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin



BERKARYA HANYA MAHU MENDAPAT PANDANGAN ALLAH
Selamat berkarya
Berkaryalah yang ada isi
Berkaryalah yang ada kualiti
Berkaryalah yang lahir dari hati nan suci
Berkarya bukan mahu mendapat pujian manusia
Berkarya hanya mahu mendapat pandangan Allah
Moga ada Nilaian Di SisiNya
Dan menjadi bekalan Di Negeri Abadi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Ratu Rimba Niagara
18112
HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan

Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
25 JANUARI 2019

0 comments:

Post a Comment

 
;