Saturday, 26 January 2019

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (35) IMPIAN TUN KREATIF



PERJUANGANKU PERJUANGANMU (35) IMPIAN TUN KREATIF

(Puisi diilhamkan istimewa untuk tunang Allahyarham Muhammad Adib
Nurul Najihah moga tabah menerima ujian dariNya)


VIDEOVIRAL.CO
HATI manusia mana yang tidak sedih apabila rakan karib pergi menin


HERO BOMBAKU MUHAMMAD ADIB
Pemergianmu masih lagi terasa
serasa macam mimpi kehilanganmu
senyumanmu sentiasa kuukir di hati
sebagaimana setiap hari kau ceriakan
hidupku dengan senyuman ikhlasmu
suka duka kita bersama sebagai rakan
seperjuangan yang menyandang jawatan
anggota bomba Malaysia.
Pekerjaan yang sama kita minati
cita-cita kau dan aku sejak
dari bangku sekolah lagi.
Membantu mereka yang ditimpa musibah
itulah yang membuatkan kita rasa bahagia
bergelar seorang khalifahNya.
Kau dan aku akan pulang ke kampungmu bersama
bagi meraikan majlis perkahwinanmu dengan
tunangmu gadis yang kau cintai sepenuh hati
aku akan menjadi pengapit pengantin lelaki,
tak sabar menanti saat bahagia kau bersanding di pelaminan
kad jemputan kahwin telahpun diedarkan kepada sanak saudara
dan sahabat handai.
"Abang ...jaga diri abang yer...janji dengan sayang abang akan
jadi suami yang soleh membimbing sayang bersama menuju jalan
ke SyurgaNya..." kata tunangmu yang membuatkan kau selalu tersenyum di kala sendirian .
Kusangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari.
Hati manusia mana yang tidak sedih apabila rakan karib pergi meninggalkanku terlebih dahulu, apatah lagi apabila pemergianmu berpunca daripada insiden yang tidak pernah diduga.
Ketika kau bertugas untuk memadamkan api di sebuah kuil.
Niatmu untuk membantu bertukar menjadi trajis apabila sekumpulan perusuh membelasahmu tanpa ehsan!
Akibat dari itu kau cedera parah dirawat di IJN (Institut Jantung Negara).
Dalam tenatpun kau masih sempat terseyum redha atas kesakitan yang kau alami. Ibu dan ayahmu sentiasa berada di sisimu mendoakanmu.
Tunangmu menangis dalam hiba menangis dalam sendu dan membisikan ke telingamu, "Abang segera sembuh yer untuk menunaikan janji abang menjadi suami sayang...apa pun keadaan abang, sayang terima dengan redha...segera sembuh yer bang..."
Hati mana yang tak remuk redam apabila tunang yang tercinta berada dalam keadaan kritikal...baru semalam mendengar suaranya tapi hari ini terlantar koma. Kejamnya manusia budi yang diberi racun yang dibalas.
Selepas 20 hari bertarung nyawa, sahabatku Muhammad Adib
akhirnya kembali menemui Ilahi, sebak sayu hatiku malah
seluruh rakyat Malaysia turut berduka atas kematiannya.
Tenanglahmu duhai sahabatku...kau pergi meninggalkan kami
tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada kami,
tanpa sempat meraikan majlis perkahwinanmu...takdir Tuhan
mengatasi segalanya, Allah adalah perencana takdir yang terbaik
buat kita semua.
Terima kasih buat yang dikasihi Timbalan Perdana Menteri Datuk
Seri Wan Azizah yang akan memberi jaminan bahawa kematian
Muhammad Adib akan mendapat pembelaan yang seadilnya agar
mereka yang bersalah tidak terlepas daripada hukuman atas kesalahan
yang telah dilakukan.
Moga Syurga Firdaus tempatmu atas balasan kebaikan yang telah
kau baktikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kaulah hero bombaku
Muhammad Adib. Namamu sentiasa terpahat di hati seluruh rakyat
Malaysia!
Karya Ratu Rimba Niagara
11 Rabiul ' Akhir 1440H
18 Disember 2018
(Puisi dikarangkan istimewa buat seluruh keluarga, tunang Nurul Najihah dan semua sahabat bomba Allahyarham Muhammad Adib. Moga Syurga Firdaus sebagai balasan pengorbananmu pada seluruh rakyat Malaysia. Aamiin)
Komen
  • Impian Tun Kreatif Salam..mcmana sy nak hubungi utk puisi ini..sy mengumpul sajak2@ luahan hati utk arwah Adib utk sy bukukan. Boleh sy masukkan cetusan rasa ini juga...
    -Tun Kreatif
    1
    • Ratu Rimba Niagara Boleh amat berbesar hati...demi kebaikan semua pihak yang terlibat.
      1
    • Impian Tun Kreatif inshaallah...tkasih
      1
    • Ratu Rimba Niagara Sama-sama nanti jika sudah dibukukan bisakah saya miliki sebagai tanda kenang-kenangan. Saya juga sedang membukukan menjadi salah satu koleksi buku-buku saya.
      1
    • Impian Tun Kreatif inshaallah...sy akn cuba usahakan utk buat Baca Sajak utk arwah...
      1
      • Suka
      • Balas
      • 33m
    • Impian Tun Kreatif moga jadi realiti...saya sebagai peminat sastera amat menyokong tambahan pula yang melibatkan kemanusiaan yang patut dibela.

      Sebuah puisi lagi yang sempat saya karangkan kerana terlalu sedih apabila mengenangkan pengorbanan Allahyarham Adib.

      Warkah Untuk Kanda Yang Tiada....

      Kanda...
      semalam adalah tarikh kita disatukan
      cinta kita dalam redhaNya
      direstui oleh seluruh keluarga

      Kanda...
      kenduri perkahwinan kita
      bertukar menjadi kenduri tahlil
      pemergian kanda meninggalkan dinda
      bagaikan kaca terhempas di batu
      cinta kita tak kesampaian

      Kanda...
      amat perit untuk dinda
      menerima kenyataan ini
      tapi siapalah dinda
      untuk menolak
      qada dan qadarNya
      jodoh pertemuan
      DIA yang tentukan
      maka dinda redha

      Kanda...
      cincin pertunangan
      masih di jari dinda
      rindukan kanda dalam kering air mata
      menangis air mata darah pun
      kanda tak akan hidup semula
      takdirNya mengatasi segalanya
      dinda yakin takdirNya
      pasti yang terindah
      kanda di temani bidadari Syurga
      sebagai balasan syahid kanda
      dalam menjalankan tugas kanda
      kematian kanda akan dibela
      mereka yang mencederakan kanda
      sehingga kanda koma dan akhirnya meninggal
      akan mendapat hukuman atas kezalimannya

      Kanda...
      walaupun kita tahu tarikh perkahwinan kita
      tapi jodoh kita tak kesampaian
      pastinya kanda pun tidak menduga
      kerana ajal maut di tangan Tuhan

      Kanda...
      dinda yakin perancangan Allah
      adalah yang terindah untuk setiap hambaNya
      takdir di Lauh Mahfuz
      adalah rahsiaNya
      yang sama kita imani
      kita tiada berjodohan di dunia
      di Syurga Allah tunaikan hajat kita
      menjadi pasangan pengantin yang bahagia
      bagaikan pasangan pengantin Adam dan Hawa

      Kanda
      moga kanda tenang di alam Sana
      sebagaimana kita telah berjanji
      andai kanda yang pergi dulu
      tunggulah dinda di pintu Syurga

      Karya Ratu Rimba Niagara
      14 Rabiul Akhir 1440H
      22 Disember 2018
      (Puisi diilhamkan istimewa untuk tunang Allahyarham Muhammad Adib Nurul Najihah moga tabah menerima ujian dariNya)
      1
    • Impian Tun Kreatif saya dah baca..tersentuh hati
      1
      • Suka
      • Balas
      • 15m
    • Ratu Rimba Niagara Mana tahu kedua puisi di atas dapat dibaca agar lebih ramai yang tersentuh hati mengenangkan pengorbanan yang dicurahkan oleh Allahyarham Adib dan secara tidak langsung kematiannya dapat dibela dengan seadilnya oleh pihak kerajaan Malaysia.
      1
    • Impian Tun Kreatif inshaallah....kita doakan agar dipermudahkan
      1
      • Suka
      • Balas
      • 1m
    • Ratu Rimba Niagara Boleh tak Tun Kreatif menyiarkan di sini sajak karangan Tun Kreatif tema Adib hero bombaku...kita kongsi kesedihan keluarga Allahyarham.

BERKARYA HANYA MAHU MENDAPAT PANDANGAN ALLAH
Selamat berkarya
Berkaryalah yang ada isi
Berkaryalah yang ada kualiti
Berkaryalah yang lahir dari hati nan suci
Berkarya bukan mahu mendapat pujian manusia
Berkarya hanya mahu mendapat pandangan Allah
Moga ada Nilaian Di SisiNya
Dan menjadi bekalan Di Negeri Abadi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Ratu Rimba Niagara
18112
HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan

Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
26 JANUARI 2019

0 comments:

Post a Comment

 
;