Thursday, 2 January 2020

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (147) KASIH SEJATI ADA DI SYURGA


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (147) KASIH SEJATI ADA DI SYURGA

Semua penghuni Syurga dapat melihat Wajah Allah Azzawajalla dengan jelas sebagaimana
kita dapat melihat bulan dengan jelas Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar

Norhaza Manda Conai ke 🌼🌷Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah🍁🌴
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM BERSYUKUR KITA HARI INI MASIH LAGI. DIBERI KES











IHATAN YG BAIK TANDA KEBESARAN ALLAH
HIT LIKE AND TYPE SUBAHANALLAH
2 tahun yang lepas



MOGA ALLAH SWT MEMBERKATI BUMI BERTUAH
BRUNEI DARUSSALAM
Subhanallah
Permandangan nan indah
Tenang
Mempesonakan
Setenang masjid
Sedamai bahrera diRaja Brunei
Seindah kelompok-kelompok awan putih di awan
Kanvas langit nan indah
Kanvas hamparan bumi bertuah Brunei Darussalam mempesonakan!
Mengajak hamba-Mu
Bertasbih
Memuji-muji-Mu
Meng-Agungkan-Mu
Di sebilang masa dan ketika
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Tiada apa yang diciptakan di bumi ini
Hanyalah untuk semua hamba-Mu
Lambang kasih dan cinta-Mu pada semua hamba-Mu
Dengan Kebesaran Nama-Mu Yang Maha Agung Lagi Maha Terpuji
Engkaulah Raja Yang Menguasai Di Hari Pembalasan
Dengan Sifat-Mu Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Berkatilah bumi bertuah Brunei Darussalam
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara.
29 Oktober 2012
HUBUNGAN PERSAHABATAN ANTARA BENUA AMAT HARMONIS, MOGA BRUNEI TERUS MAJU BERKAT RAJA & RAKYATNYA YANG SENTIASA MAHU MEMAJUKAN BRUNEI.
H.H Haji Hassanal Bolkiah updated his cover photo.
Yesterday
You and 63 others like this.
Jaafar Onn Full TERUJA SANGAT
Ratu Rimba Niagara SUBHANALLAH
INDAH SEJUK MATA MEMANDANG...
added 4 photos to the album Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
Photo: KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI BERKENAN MENERIMA MENGADAP ISTERI DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK KESATUAN MYANMAR
You, Putra Syeikh Muhammad and 80 others like this.
Ratu Rimba Niagara KEAKRABAN PERSAHABATAN MENGERATKAN LAGI HIDUP BERNEGARA . PERSAHABATAN YANG TERLALU INDAH
DIPERLIHATKAN OLEH PERMAISURI BRUNEI DARUSSALAM.
Photo: KDYMM MENERIMA MENGADAP YB SOMANAHALLI MALLAIAH KRISHA MENTERI HAL EHWAL LUAR INDIA
Photo: KDYMM MENERIMA MENGADAPTYT MOHAMED BAKRI BEN ABDOULFATAH CHARIF MINISTER OF FOREIGN RELATIONS AND COOPERATION OF THE UNION OF COMOROS
You, Putra Syeikh Muhammad, Norsiah Hb and 115 others like this.
Nur Kasih bila la nur leh dtg brunei jumpa Sultan H.H.Bolkiah yer???angan2 tinggi menggunung ni..
PANTUN ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa;
Indahnya budi kerana bahasa,
Bahasa jelek hati terasa.
Budi dibalas racun berbisa,
Lagi berbahasa lagi berbisa;
Berkatalah pada reti bahasa,
Nggak faham bisulah bahasa.
Sejambak budi sejambak bahasa,
Indahnya budi meresap ke hati;
Tiada kata seindah bahasa,
Bahasa indah harum di hati.
Bahasa kukait dengan cinta,
Budi kuhargai hingga ke mati;
Indahnya bahasa kerana cinta,
Indahnya cinta setulus hati.
Hari-hari berbahasa indah,
Serasa berada di taman Syurga;
Semua temanku bermadah-madah,
Madah pujangga bak penghuni Syurga.
Bahasa mu indah menguntum senyuman,
Senyuman berseri bak bulan purnama;
Dalam hati kau teman idaman,
Terpatri cinta di Syurga bersama.
Hari-hari ku petik bunga bahasa,
Lalu kukarang sejambak bahasa;
Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
Teman istimewa tahu bahasa.
Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
Bahasa indah hadirlah di hati;
Kuungkapkan indahnya bahasa,
Bahasa hati pada yang mengerti,
Duniaku dunia bahasa,
Karyaku karya bahasa;
Indahnya karya bahasa,
Berertinya karya bahasa.
Bahasa indah terkuntum senyuman,
Setiap bahasa sentiasa dijaga;
Kata-kata indah terukir senyuman,
Pahala dibawa hingga ke Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara
22 Oktober 2012
(DISIARKAN DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
22 Oktober 2012
You, Putra Syeikh Muhammad and 278 others like this.
View all 7 comments
Rahmah Radin Barakalahu laka wa barakallahu alaika...wa jamaa bainakuma fi khair 
Ratu Rimba Niagara SEORANG AYAHANDA RAJA YANG PENYAYANG
MOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KERABAT DIRAJA BRUNEI DARUSSALAM.AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
You, Putra Syeikh Muhammad and 114 others like this.
Malik Ayyaz Mahmood nice
Ratu Rimba Niagara SENYUMAN KELUARGA DIRAJA BRUNEI UNTUK SELURUH RAKYAT JELATA SENUSANTARA. MOGA DIBERKATI SEMUANYA. AAMIIN,
Photo: KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkesempatan beremah mesra dan berjunjung ziarah bersama-sama ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam.
Photo: KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran
Anak Hajah Saleha berserta kerabat diraja berkesempat bergambar kenangan di Majlis Hari Pandu Puter 2012 bersempena Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
You, Putra Syeikh Muhammad, Fatma Wati and 147 others like this.
Ratu Rimba Niagara PERMAISURI BRUNEI SEORANG YANG BIJAKSANA DAN MENGHARGAI KAUM PEREMPUAN UNTUK DIMARTABATKAN
KE PERINGKAT ANTARABANGSA.
H.H Haji Hassanal Bolkiah updated his cover photo.
October 20
You, Putra Syeikh Muhammad and 131 others like this.
SULTAN BRUNEI PENYAYANG RAKYAT SEJAHTERA
Daulat Tuanku! Ampun Tuanku,
Izinkan patik menyiarkan puisi;
Ingin berbakti pada negara Tuanku,
Gurindam syair pantun puisi.
Pantun diRaja Brunei patik karangkan,
Menulis itu kegemaran patik;
Institusi diRaja mahu dimartabatkan,
Moga Tuanku sudi menyokong patik.
Keadilan Tuanku memerintah Brunei patik kagumi,
Bertuah sungguh rakyat Brunei;
Punyai Raja berjiwa rakyat dikasihi,
Moga Raja dan rakyat Brunei DiRahmati.
Brunei negara yang aman damai,
Rakyat hidup dikasihi Raja;
Bertuah semuanya rakyat Brunei,
Bersyukur sebanyak-Nya kebaikan Raja.
Dari dulu hingga kini Brunei sejahtera,
Brunei dijadikan negara idola;
Negara jiran disambut mesra,
Persahabatan bernegara sentiasa dijaga.
Setiap tetamu adalah permata,
Dihargai kerabat diRaja sepanjang masa;
Yang ada di hati ikhlas semata,
Menyambungkan ukhuwah setiap masa.
Kerabat diRaja Brunei dahulukan rakyat,
Segala masalah rakyat diutamakan;
Kerabat diRaja berkorban demi rakyat,
Pentingkan rakyat dan negara demi keamanan.
Kecemerlangan rakyat menjadi agenda,
Rakyat cemerlang negara terbilang;
Brunei maju sukacitanya Kerabat diRaja,
Punyai rakyat sentiasa gemilang.
Pendidikan rakyat dititikberatkan,
Diberi galakan sampai ke mercu;
Kejayaan rakyat tanda balasan,
Meraih kejayaan tanpa jemu.
Rakyat berpendidikan itu dikehendaki,
Saling sayang menyayangi;
Warga tua dihormati
Generasi muda disayangi.
Raja dan rakyat bersatu hati,
Senada seirama sehati sejiwa;
Kerabat diRaja disayangi dihormati,
Disayangi kerana-Nya sepenuh jiwa.
Raja dan rakyat sentiasa sehati,
Di mana berada rakyat tetap di hati;
Raja didaulatkan kerana Kurniaan Ilahi,
Moga raja dan rakyat Allah berkati.
Segala takdir telah tercatat sejak Azali,
Darjat kerabat diRaja Allah yang beri;
Makanya hargailah tanda syukuri,
Menjalankan tanggunggungjawab yang Diberi.
Berdarah diRaja tanda syukuri,
Namun jiwa tetap seorang hamba;
Hamba Allah yang ingin kembali,
Pada-Nya jua sandaran seorang hamba.
Bukan darjat diRaja menjadi kebanggaan,
Itu bukan ukuran darjat seorang hamba;
Ketakwaan juga yang menjadi ukuran,
Moga Allah menaikkan darjat seorang hamba.
Ketakwaan menjadi dambaan seseorang hamba,
Nur hidayah kasih dari Ilahi itu diharapkan;
Moga sudi bertandang di jiwa seorang hamba,
Itulah yang didambakan pada-Mu Tuhan.
DAULAT TUANKU BICARA PATIK HARAP DIAMPUN...
Patik ingin menyampaikan suara rakyat Brunei & Rakyat SeNusantara
mengucapkan syukur pada Allah SWT
mengurniakan seorang Raja yang berjiwa rakyat
mengutamakan rakyat melebihi kepentingan sendiri
mendoakan seluruh kerabat diRaja Brunei
Dilimpahi Rahmat dari Ilahi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
20 Oktober 2012
KEBAHAGIAAN TERSERLAH DI HATI KERABAT DIRAJA BRUNEI DAN SELURUH RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM
Wajah berseri-seri
Keluargaku Syurgaku
Istanaku Taman Syurgaku
Mensyukuri nikmat Tuhanku
Di-Kurniakan keluarga bahagia
Saling berkasih sayang
Saling menyanjungi menghormati
Pada Tuhan kupanjatkan kesyukuran
Selagi hayat dikandung badan
Diberikanku darjat sebagai kerabat diRaja Brunei
Takkan kupersiakan
Menabur bakti kepada seluruh rakyat Brunei
Semuanya ku sayang
Sayang sepenuh hati sayang sepenuh jiwa
Sebagaimana kusayang keluargaku
Begitu juga kusayang semua rakyat Bruneiku
Dengan keberkatan hidup berkasih sayang ini
Keluargaku bahagia
Rakyatku sejahtera
Bruneiku aman damai
Mendapat Rahmat
Nur Hidayah Kasih Ilahi
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Oktober 2012
(SAJAK INI DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH ISTANA NURUL IMAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & SELURUH RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM YANG TERCINTA)
(PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
1 Oktober 2012
Ratu Rimba Niagara PERMAISURI BRUNEI SEORANG YANG BIJAKSANA DAN MENGHARGAI KAUM PEREMPUAN UNTUK DIMARTABATKAN
KE PERINGKAT ANTARABANGSA.
PERMAISURI BRUNEI ILMUAN RUPAWAN SANTUN
Permaisuri nan rupawan
berbahasa santun
buat kanda diRaja
menyayangi mencintai
seumur hidup
menyubur semangat kepada
kanda diRaja
memerintah negara
penuh adil saksama
mengutamakan rakyat
daripada kepentingan sendiri
mendiidik putra putri
bakal pewaris diRaja
agar menjadi Raja ...
dikasihi rakyat
sebagaimana ayahanda
Pemaisuri nan rupawan
cintamu pada kanda diRaja
bermakna dunia akhirat
menyemai bakti
pada Tuhan
pada Rakyat
moga berkat permaisuri
meniupkan obor api perjuangan
kanda diRaja untuk memajukan
rakyat jelata Brunei & SeNusantara...
dibalas Allah dengan
ganjaran Syurga
dan permaisuri menjadi
bidadari Syurga
menyambung percintaan
dengan kanda diRaja
cinta terpatri hingga di Syurga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara.
20 Oktboer 2012
PANTUN ISTIADAT BERSANDING PENGANTIN DIRAJA DI BALAI SINGGAHSANA INDERA BUANA ISTANA NURUL IMAN
Cantiknya Puteri bagaikan bidadari,
Berpakaian pengantin berseri-seri;
Senyuman menyambut tetamu disayangi,
Ayahanda bonda rasa syukuri.
Pernikahan pengantin mendapat restu,
Mendapat restu ayahanda bonda;
Ikatan pengantin sentiasa direstu,
Mengundang keberkatan puteri diRaja.
Sama cantik sama padan,
Sama bijak sama pandai;
Sama soleh sama beriman,
Sama-sama mencintai Ilahi.
Pengiran Muhammad Ruzaini putera beriman,
Menjalani upacara pernikahan penuh debaran;
Dinikahkan dengan Puteri Sururul cantik rupawan,
Dengan sekali lafaz disambut dengan kesyukuran.
Selepas dinikahkan semuanya berdoa,
Mendoakan moga Allah memberkati;
Ikatan pasangan pengantin diRaja,
Bahagia abadi hingga ke Syurgawi.
Kacaknya Pengiran Muhammad Ruzaini,
Menjadi pilihan si puteri rupawan;
Beriman beramal soleh itu diingini,
Diterima lamaran penuh kesyukuran.
Di balai Singgahsana Indera Buana Istana,
Dijalankan istiadat berbedak pengantin diRaja,
Semua tetamu melihat rasa terpesona,
Adat istiadat melayu dibanggai kerabat diRaja.
Puteri Hafizah Sururul bagaikan bidadari,
Berbudi bahasa bersopan santun;
Pengiran Muhammad Ruzaini jatuh hati,
Pada Puteri Sururul bidadari kesayangan.
Pengiran Muhammad Ruzaini beriman orangnya.
Menjalani istiadat berbedak pengantin diRaja;
Upacara di Balai Singgahsana Indera Buana Istana,
Memartabatkan adat istiadat kerabat diRaja.
Karya Ratu Rimba Niagara.
25 September 2012
(PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PUTERI HAFIZAH SURURUL & PENGIRAN MUHAMAMD RUZAINI MOGA CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN)
(PETIKAN DARIPADA WALL PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
UCAPAN SELAMAT PENGANTIN BARU
Selamat Pengantin Baru
Buat pasangan mempelai diRaja Brunei
Sama cantik sama padan
Bagaikan pinang dibelah dua
Sehati sejiwa
Saling cinta mencintai
Moga bahagia dunia akhirat
Mematrikan cinta hingga ke Syurgawi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Ingatan tulis ikhlas daripada:
Ratu Rimba Niagara
Admin Group Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
24 Sept 2012
PERMATA SYURGA
Bonda...
Nanda rindukan ayahanda
Sabarlah nanda...
Ayahandamu pergi di medan juang
Membela ibu pertiwi
Nanda...
Sudah dewasa nanti jadilah seperti
Ayahanda membela nusa dan bangsa
Demi kesejahteraan rakyat jelata
Bonda...
Adakah nanda dilahirkan ke dunia ini
Untuk menjadi kesatria seperti ayahanda
Iya nanda...
Sudah dewasa nanti
Nanda mesti jadi seperti ayahanda
Seorang kesatria berjiwa rakyat
Kehidupannya didambakan untuk rakyat
Bonda...
Tidakkah bonda rasa kesepian
Tanpa ayahanda dan nanda nanti
Jika nanda juga jadi kesatria
Seperti ayahanda...bonda...
Duhai nanda...
Kerana ayahandamu
Seorang kasatrialah
Bonda jatuh cinta padanya
Bonda...
Apakah itu namanya cinta bonda...
Ditinggalkan seperti tidak dimiliki cinta bonda...
Nanda...
Itulah namanya cinta sejati
Biarpun terpisah jauh dari ayahanda
Tapi hatinya telah menyatu di hati bonda
Hingga ke nafas terakhir ...nanda....
Bonda...
Sungguh suci hati bonda...
Bertuah ayahanda
Memiliki cinta seperti bonda
Meletakkan cinta kepada
Kehidupan rakyat mengatasi segalanya
Percayalah bonda cinta bonda...
Nanda janji tidak akan nanda
Persiakan...nanda bersumpah akan
Meneruskan percintaan bonda
Mematrikan cinta bonda dan ayahanda
Agar kehidupan nanda juga seperi ayahanda
Akan nanda dambakan kepada
Kehidupan rakyat yang harus dibela
Selagi jantung kesatria nanda berdetak
Sehingga ke titisan darah terakhir!
Itulah lambang cinta nanda pada ayahanda dan bonda
Nanda...
Nandalah sebenarnya lambang cinta
Bonda dan ayahanda
Makanya nandalah
Permata Syurga
Kurniaan Allah
Untuk ayahanda dan bonda
Syukur Ya Alllah
Atas Kurniaan
Permata Syurga-Mu
Untuk semua keluarga kesatria diRaja
Di bumi-Mu ini
Karya Ratu Rimba Niagara.
20 Oktober 2012
PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA
Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.
Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.
Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.
Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.
Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
Ayahanda akan terus membimbingmu;
Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.
Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
Memburu impian menggapai cita-cita;
Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
Agar menjadi realiti segala yang dicita.
Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
Ilmu yang dituntut jangan rasa jemu;
Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.
Dalam menuju segala kejayaan,
Cahaya keimanan amat diperlukan;
Allah jangan sekali dilupakan,
Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.
Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
Asalkan anakanda cekal dan sabar,
Sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.
Apabila segala ilmu terpasak di dada,
Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
Tika itu ayahanda tersenyum bangga,
Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.
Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.
Ayahanda dan bonda tersayang,
Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.
Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.
Ayahanda dan bonda yang disayangi,
Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
Membela agama bangsa dan Negara tercinta.
Anakanda sentiasa bangga pada ayahanda,
Ayahanda pemimpin idola anakanda;
Membela agama dan bangsa walau di mana,
Hatimu putih bersih bak mutiara.
Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
Rela berkorban demi rakyat tercinta;
Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
Demi kerana Allah tercinta.
Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.
Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
Kita berjuang hingga ke mati,
Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.
Syukur anakanda setiap hari,
Keluarga kita dilimpahi sakinah dari-Nya;
Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
Moga kita sekeluarga bersama ke Syurga-Nya.
Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
Insya-Allah sekeluarga menghuni Syurga-Nya nanti.
Duhai anakanda tersayang sentiasa dikasih,
Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah,
Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.
Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.
Karya Ratu Rimba Niagara.
20 Oktober 2012
(DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KERABAT DIRAJA BRUNEI)
Cheng Ho semoga Allah memberkati Baginda serta keluarga dan negara Brunei Darussalam sentiasa dilindungi Allah dalam pemerintahan Baginda
Ratu Rimba Niagara Moga Allah SWT memberkati hidup tuanku sekeluarga dan rakyat Brunei keseluruhannya. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
MOGA KORBAN YANG MULIA DITERIMA-NYA AAMIIN
Pengagihan daging daging korban
Photo: Pengagihan daging daging korban
Datin Lynda Ghazzali Daulat TUANKU. Moga Allah panjang kan umur KDYMM Serta kerabat . Aminnn
Jabar Ithnin Alhamdulillah! Sembah salam Aidil Adha dan menjunjung kasih atas kurnia Kebawah Duli Tuan Patik serta seluruh ahli kerabat Kebawah Duli Tuan Patik. Semoga Allah membalaskan segala kebaikan dan kemurahan hati Kebawah Duli Tuan Patik serta ahli kerabat dengan segala sesuatu yg lebih baik dan diberkatiNya jua. Amin!!!!
As Shuhada siapa yang sembelih?
Anggun Salju Mudah2an selalu dilimpai keberkahan d atas korban yg telah dilakukan. AMIN
Prince Abdul Malik As Shuhada Prince Abdul Malik
Aqil Munajad Kalau ada lagi lebihnya daging korban atu kurniakan jua rah kami.Semoga korban Prince Abdul Malik mendapat balasan pahala dari yg maha Esa.Amin.
Erdy Aniq Difira Wahhh.....sembelih korban,alhamdulillahh....
Ratu Rimba Niagara Moga korban Prince Abdul Malik diterima Allah SWT Aamiin.
Pengagihan daging daging korban
Tarzan Brunei dgn rahmat Allah swt moga d terima amal ibadat kita semua aamiin ya rabb.
Twinkle Dora huhu taun2 aku muallaf nver kna bgi daging korban, pksa bli sndiri d kdai, nasibku, sedihku sbgai seorng muallaf
Datin Lynda Ghazzali Aminnnnn
Lai Aii Nee Hllo > twin. Klu stu org baik bli sja,ada kdang pgerusi nya pilih muka dan pilih darjat dan pangkat,mcm d masjid stia Ali.klu org dri luar pkai IC.klu ic hijau timbang eda smpi s kg.klu pun brkira jgn brsedakah,ambil smua mkn sdiri,lgi basar phala trus msuk syurga.
Vnoi Hk aku dn kluarga ku balum pernah menerima daging korban dari.........aku bukan jua org sanang.....tadi mbali ku dging sndiri rah BMC....Mbari tais liur.....bunyi nya korban a2 taun2 banyak....
KingIndra Shah Suk acara kmi korban..lau da rezeki insya allah dpt.sl bth2 ku kja lum pnah ku dpt ageh2an dagng korban.siuk plng korban dkg sndri wlupun nda byk sdikit pun sukur dh ku.sl korban nda sma mcm mbli dagng dkdai2 taupun pasar
KingIndra Shah Cian mgdr sl twinkle..nak bg cadangan bg pihak bkuasa..hrp2 korban yg akan dtg adakn pengagehan daging bg saudara2 baru.(Mualaf)mereka mau jua mrasa kmeriahan ibadah korban.
Elmy Suraya l love prince malik..he always look charming and soleh...
Aqil Munajad Handsomenya Price Abdul Malik ani.Semoga sentiasa berada dalam kebahagiaan dan ketenangan.Amin.
Hetyz Hamzah Ya Allah..segaknya baju pink..semoga hari mu sentiasa ceria..aaamiinn ya rabbul a la min..
JIKA AKU KAMBING ATAU LEMBU KARYA OSCAR AMRAN & RATU RIMBA NIAGARA
JIKA AKU KAMBING
jika aku kambing
jangan sebut aku kambing hitam
bukan pula kambing belangbelang
bukan kambing setengah belang
atau warnawarni seperti pelangi
aku memilih menjadi kambing putih
jauh dari pesakitan pecundang
jauh dari pahitnya bayangan lewat
jika aku kambing
aku tak akan mengembik
aku akan mengaum
aku bukan sembarang kambing
tidak ada tudingan sangkaan
“kambing makan kambing!”
jika aku kambing
aku siap dicincangcacahkan
di hari qurban keikhlasan
demimu wahai insan taqwa
para hambaNya yang memuliakan
Ibrahim dan Ismael Kekasih Allah
menjadi teladan kehambaan
simbol keikhlasan duniawi
dan
sebelum di giring ke ruang jagal
aku akan mengembek!
embeeeeeeeeeeeek!!
By: Oscar Amran
cibitung, 24 oktober 2012
JIKA AKU LEMBU
Jika aku lembu
Aku nggak mahu bodoh macam lembu
Aku nggak mahu jadi lembu dicucuk hidung
Jika aku lembu
Aku mahu lembu yang sihat otak
Sihat tubuh badan
Sentiasa pinter berkomunikasi
Sentiasa menjaga hubungan kasih sayang sesama kawan
Sentiasa menghormati sesama kawan
Setiasa berkata yang baik-baik
Sentiasa saling ingat mengingati
Bahawa hidup ini sentiasa
Sanggup berkorban
Dan diserahkan nyawa
Untuk dikorbankan
Di Hari Raya Qurban
Dan pabila darahku
Sebati di bumi
Itulah lambang cintaku
Pada Yang Menciptaku
Pada para penerima daging korbanku
Pada para penderma yang sanggup membeliku
Untuk dijadikan sembelihan kurban
Seperti mana pengorbanan
Nabi Allah Ibrahim AS & Nabi Allah Ismail AS
Syukur aku dipilih menjadi
Lembu sembelihan kurban
Moga Allah menerima pengorbananku
Dan menerima semua pengorbanan
Hamba-hamba-Nya yang sanggup
Berkorban di Hari Raya Qurban
Moga bertambah rezeki melimpah ruah
Dan bertambah keimanan hingga nafas terakhir
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara.
28 Oktober 2012
Sembahyang sunat hari raya Aidil Adha
Photo: Sembahyang sunat hari raya Aidil Adha
Mimie Exora Selama+ hari raya Aidiladha Prince abdul malik
This comment has been hidden as spam. You can Undo this action, Report it as abusive, or Block Royal Prince. You may also give Royal Prince feedback.
Datin Lynda Ghazzali Salam eid Adha to prince and bfunei
Datin Lynda Ghazzali *brunei
Anggun Salju Alhamdulilah prince Malik mudah2an selalu ditetapkan Iman.
Tina Martina Edwards Alhamdulilah.
Aqil Munajad Menjunjung kasih kehadapan Prince Abdul Malik Kerana berkongsi kemeriahan sempena Hari Raya korban.Allah lanjutkan usia Prince Abdul Malik.Amin....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA,
BUAT SELURUH KERABAT DIRAJA BRUNEI;
MOGA PENGORBANAN DIBALAS PAHALA,
DIRAHMATI ALLAH RAJA & RAKYAT BRUNEI.
Malik Ayyaz Mahmood Nice.May Allah give you health and prosperity (Ameen)...Regards Malik Ayyaz Mahmood Chairman QF-Foundation Islamabad PO Box NO 1999 Islamabad Pakistan www.qffoundation.org
Qayyum Fatima Foundation
www.qffoundation.org
Cheng Ho semoga Allah memberkati Baginda serta keluarga dan negara Brunei Darussalam sentiasa dilindungi Allah dalam pemerintahan Baginda
Ratu Rimba Niagara Moga Allah SWT memberkati hidup tuanku sekeluarga dan rakyat Brunei keseluruhannya. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Nanny Zai waktu kecil sy selalu berada di sini...
Ratu Rimba Niagara Pasti indah dan gembira saat itu...
Solat Aidiladha (28 photos)
CAHAYA KASIH-NYA DI PAGI AIDILADHA
Allahu Akbar Allahu Akbar
LaaillaahaillaAllah, Allahu Akbar
Allahu Akbar Walillailham
Allah Maha Besar Allah Maha Besar
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar, Segala Puji Bagi Allah
Segala Pujian Hanyalah Untuk-Nya
Bergema semesta alam memuji-muji-Nya
Di pagi Aidil Adha
Penuh syahdu
Penuh berkat
Aku menyaksikan Kebesaran-Mu
Cahaya-Mu
Dari 7 petala langit
Menembusi 7 petala bumi
Kelompok awan kelabu
Kelompok awan hitam
Berarak perlahan
Di sisi sang mentari
Indah berseri-seri
Bak bulan purnama
Terlalau indah
Aku terkesima
Indahnya sang mentari
Di kala itu
Putih berseri berkemilauan
Aku terpaku
Aku terbius
Memerhatikan
Cantiknya
Sang mentari
Bak purnama
Bercahaya-cahaya
Putih bersih
Berseri-seri
SUBHANALLAH indahnya ciptaan-Nya
Sang Mentari Purnama
Seakan senyum padaku
Pabila aku memandangnya
Tanpa berkelip
Biarpun sekelip mata
Sambil tak henti
Memuji-Mu Tuhan
Betapa gema
Takbir Raya
Aidil Adha
Di pagi Jumaat
Penuh berkat
Meraikan hari kemenangan
Para hamba-Nya
Yang berkorban jiwa raga
Menuju ke jalan-jalan-Nya
Gema takbir
Tanpa henti
Dari malam hingga ke pagi Aidil Adha
Digemakan
Seluruh
Para Malaikat
Yang bertawaf di Kaabah langit
Bertentangan Kaabah di Masjidil Haram
Jutaan hamba-Nya juga bertawaf
Semua-Nya seiring bertawaf
Sambil memuji-muji Allah
ALLAHU AKBAR ALAHU AKBAR
Allah Maha Besar Allah Maha Besar
Sedang asyik
Memerhatikan
Sang mentari purnama
Kelompok-kelompok
Awan hitam dan kelabu
Cuba melindungi
Sang mentari purnama
Aku kehilangan pandangan
Namun sang mentari purnama
Sudi muncul kembali
Aku senyum tanda syukur
Dapat melihat
Keindahan sang mentari purnama
Aku teruja
Memandang cantiknya sang mentari purnama
Aku memuji-muji betapa Pencipta
Sang mentari purnama
Maha Berkuasa
Maha Bijaksana
Kekuasaan-Nya Mengatasi Segala-Nya
Kebijaksanaan-Nya Tiada Tandingan-Nya
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
LAAILLAHAILLAALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR WALILLAILHAM
Allah Maha Besar Allah Maha Besar
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar , Segala Puji Bagi Allah
Dalam aku memuji-muji-Nya
Memuji Kebijaksanaan-Nya
Mencipta indah-NYa
Sang mentari purnama
Aku terus berdoa
"Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agong
Sebagaimana berseri-Nya
Sinar mentari purnama
Di pagi Aidil Adha ini
Kau serikan Sinar Nur Hidayah Kasih-Mu
Ke imanku, keluargaku dan semua
Yang membaca karya-karyaku
Aamiin Aamiin Aaamiin Ya Rabbal A'Lamin
Selepas aku berdoa kelihatan cahaya
Sang mentari purnama ciptaan-Nya
Cahaya-Nya dari 7 petala langit
Berpecah-pecah terpancar terus
Menembusi 7 petala bumi
Cahaya-Nya yang terpancar ke bumi
Seperti pantulan cahaya ke arca berbentuk kun
Memayungi bumi
Allahu Akbar Allahu Akbar Walillailham
Indah....indah...indah...
Terlalu indah sinaran cahaya-cahaya-Nya
Aku menyaksikan kenduri cahaya-Nya
Cahaya ....cahaya...cahaya...
Cahaya-Nya
7 petala langit
Menembusi 7 petala bumi
Allahu Akbar Allahu Akbar
LaaillahaillaAllahu Akbar
Allahu Akbar Walilailham
Allah Maha Besar Allah Maha Besar
Tiada Tuhan Melainkan Allah
Allah Maha Besar, Segala Puji Bagi Allah
Indah Cahaya Kasih-Nya Di Pagi AidilAdha
Karya Ratu Rimba Niagara
27 Oktober 2012
TAHTA UNTUK RAKYAT
Jiwa seorang raja
adalak untuk rakyat
tiada difikirkan
kepentingan sendiri
tahta yang dimiliki
hak rakyat
bahagia rakyat
bahagia raja
derita rakyat
terseksa raja
harta yang dipunyai
adalah harta rakyat
diagih-agih
pada rakyat
memerlukan
karna dia tahu
harta
yang diberikan
itulah
harta sebenarnya
milik abadi
dibawa pulang
ke negeri abadi
tahta raja
bukan untuk
kemegahan
kebanggaan
untuk
direbut-rebut
kekuasaan
tapi
yang ada
dijiwa raja
tahtanya
adalah untuk
berbakti pada
rakyat sepenuh
jiwa dan raga
karna
jika salah
gunakan tahta diRaja
akan dipertanggungjawabkan
kepada Yang Maha Berkuasa
Daripada Segala Yang Berkuasa
Raja Segala Raja,
Yang Menguasai
Hari Pembalasan
Allah Robbul Idzatii
tahta raja
adalah untuk rakyat
karena
jiwa dan raganya
dipikiran
rakyat...rakyat...rakyat...
mahukan rakyat hidup
sejahtera
di bumi bertuah SeNusantara
karena itu
tahta raja adalah untuk rakyat
SeNusantara tercinta
dan demi rakyat
bukan setakat tahta
diberikan untuk rakyat
malah nyawanya
menjadi taruhan
untuk rakyat
SeNusantara tercinta...
Itulah raja dambaan rakyat
yang mahu dimartabatkan oleh
seluruh rakyat SeNusantara
biarpun nyawa jadi taruhan
demi raja berjiwa hamba
ALLAH ROBBUL IDZATII
Karya Ratu Rimba Niagara
27 Oktober 2012
(PETIKAN PAGE H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH &
LAMAN GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
29 Oktober 2012
Ratu Rimba Niagara
29hb Oktober 2017
KUNTA KUNTE PENCENTUS INSPIRASIKU BERKARYA SASTERA
Inilah si kunta si kunte ku tika sakit dirawat doktor
wataknya selalu melucukan aku
melihat wajahnya aku hilang stress
memberi sokongan tidak berbelah bahagi pada dunia sasteraku
berkorban sehingga hujung nyawa demi kebahagiaan perjuangan sasteraku merekalah sumber inspirasiku berkarya sastera
kiriman Allah swt untuk aku memelihara mereka dengan penuh kasih sayang mencetuskan ilham kenapa aku menggunakan nama pena RATU RIMBA NIAGARA seolah mereka hidup di sisiku walaupun sudah lama terpisah kasih dengan mereka moga watak kunta kunte akan menjadi produk filem animasi untuk kanak-kanak di seluruh dunia tanda kasih sayangku kepada kanak-kanak seluruh dunia semua tajuk filem animasi kanak-kanak semuanya mengujakan dunia kanak-kanak kerana dunia kanak-kanak penuh imaginasi dan fantasi moga menjadi kenyataan direalitikan oleh mereka yang diTentukan-Nya dalam misi dan visi sasteraku. Aamiin.
Duhai kanak-kanak di seluruh dunia yang dikasihi sepenuh jiwa raga sabar ya...untuk merealitikan dunia fantasimu bukanlah mudah kena sabar kerana mereka yang terpilih dalam perjuangan ini adalah mereka yang bercita-cita besar, berbakat besar dan mempunyai kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadamu, bukan keuntungan menjadi matlamat tapi bakat seni yang diKurniakan Ilahi adalah untuk memberi kasih sayang padamu melalui karya seni. Andainya berjaya kamu akan menghargai hidup ini dan kamu akan tahu hidup ini penuh dengan keindahan dalam berbahasa diriringi dengan peribadi mulia, di hatimu disemai semangat perikemanusiaan untuk saling berkasihan belas terhadap sesama manusia dan juga haiwan.In Shaa Allah itulah mesej yang ingin disampaikan kepadamu sayang. Hidup ini indah dengan kasih sayang setulus hati. Berkata seiring hati tiada berdengki hati . Hidup saling membantu selagi mampu dan saling memaafkan.
Moga Allah swt perkenankan misi dan visi sasteraku ini dan ditemukan mereka yang benar-benar ikhlas untuk menjadikan segala misi dan visi sasteraku kenyataan. In Shaa Allah Aamiin.
"SALING BERKASIH SAYANG BERBELAS KASIHAN MEMBANTU YANG MEMERLUKAN BERBAKTI DALAM BERAMAL ITULAH MISI DAN VISI SASTERA RATU RIMBA NIAGARA"
" Duhai anak-anakku di seluruh dunia rela kuhadapi segala rintangan demi melihat sebuah senyuman darimu tanda kukasih dan sayang pada semua selagi hayat di kandung badan.
Bersabarlah menanti....kerana telah kuwarnakan corak 7 pelangi nan indah di hatimu sayang....,"
Bunda Ratu Rimba Niagara.
" Walaupun sasteraku dibekukan oleh mereka yang mendengki namun perjuangan sasteraku tidak pernah beku dan tak akan terhenti sehingga ke hujung nyawaku walaupun terpaksa berjuang kesendirian. Itulah aku dalam dunia sasteraku."
Indra Utama Nasution and Eva Anggraini Puspanegara like this.
Ratu Rimba Niagara Garang Raja Rimba Niagara kena pada tempatnya apabila keamanan Rimba Niagara cuba diganggu gugat!!!
Karya Ratu Rimba Niagara
30 Zulkaedah 1435H
25 September 2014
HADIAH KITA YANG PALING BERHARGA APABILA KITA DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR JIKA ITU KITA BERJAYA MENJAWBNYA ITULAH HADIAH YANG LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISINYA. MANALAHLAH TAHU BERKAT KITA BERTEMAN FB WALAUPUN CUMA DI ALAM MAYA YANG SERING BERBAGI ILMU DUNIA AKHIRAT DENGAN MEMADAMKAN KEEGOAAN DIRI SENDIRI YANG SENTIASA BERPERASANGKA MAZMUMAH DALAM BERTEMAN FB.DEMI-NYA KITA LUPAKAN DARJAT SIAPA PUN KITA KERANA KITA BERASAL DARI ROH DAN BERAKHIR DENGAN ROH JUGA .MOGA ROH KITA SUCI SESUCI TIKA BERSUMPAH SETIA DENGAN TUHAN BAHAWA, 'ENGKAULAH TUHAN KAMI YANG KAMI SEMBAH TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU ,KAMI BERSUMPAH AKAN MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI-MU SELARI DENGAN KEHENDAK-MU'
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
BENARLAH APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI MENG-AGUNGKAN-NYA
MAKHLUK CIPTAAN-NYA YANG ADA
DI TUJUH PETALA LANGIT TUJUH PETALA BUMI
MENZIKIRKAN NAMA-NYA DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
TERLALU MAHA AGUNG-NYA MU YA ALLAH
TIADA TUHAN LAIN LAYAK DISEMBAH KECUALI ENGKAU
ENGKAU SAJA YANG DI AGUNGKAN OLEH SEMUA
MAKHLUK 7 PETALA LANGIT 7 PETALA BUMI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHHU AKBAR
'YA ALLAH AMPUNKAN AKU
AMPUNKAN SEMUA KELUARGAKU
SEMUA SAHABAT ALAMMAYAKU
DAN SEMUA SAUDARA SEISLAMKU
TEMUKAN KAMI DI SYURGA-MU
BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH
UNTUK BERSAMA MEMANDANG WAJAH-MU
AAMIIN YA RABBAL ALAMIIN.'
Boleh luangkan masa anda 1 saat untuk membaca istighfar ?
Alhamdulillah, terima kasih... ||
YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTERAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU
AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU
AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA
ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH
TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT
ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA
YA ALLAH KERANA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH DARI-MU
JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHA ATAS APA YANG ENGKAU TAKDIRKAN
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA
YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU, JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI
RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURAT
YANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA
RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.
NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA NAFAS TERHENT BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP , MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 MUHARRAM 1437H
29 OKTOBER 2015
Saya Cinta Allah
Bila gadis selfie byk yg like!! Berapa like miniatur masjid indah ini? Yg like komen aamiin Dan membagikan dengan ikhlas semoga besok pagi rezekinya melimpah aamiin..
Share/bagikan!

KASIH SEJATI ADA DI SYURGA
Setiap keindahan yang ada di dunia ini hanya 1% saja 99 % berada di Syurga. Allahu Akbar indahnya Syurga Allah. Moga kita semua di grup , 'Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah,' terpilih menjadi ahli Surga-Nya agar dapat melihat keindahan dan yang lebih indah lagi daripada segala keindahan di Surga apabila nama melihat Wajah Allah Azzawajallah.
Semua penghuni Syurga dapat melihat Wajah Allah Azzawajallah dengan jelas sebagaimana kita dapat melihat purnama yang indah begitulah kita dapat melihat Allah Azzawajallah. Tiada apa yang dapat dilafazkan dengan kata-kata melainkan SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI DALAM GENGGAMAN ALLAH SWT ALLAHU AKBAR
WARKAH UNTUK ADMIN & AHLI GRUP JALAN KE SYURGA DENGAN RAHMAT ALLAH DAN SYAFAAT NABI MUHAMMAD
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah saya diterima menjadi ahli grup, "Jalan ke Syurga dengan Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad,"
Terima kasih kepada admin yang sudi menerima saya.
Walaupun cuma di alammaya saya penuh yakin pertemuan kita ini adalah atas kehendak Allah dan atas perancangan Allah.
Pertemuan ini pasti ada hikmak-Nya agar kita saling muhasabah diri , membuang segala keegoaan dan kesombongan kerana yang layak memakai pakaian kesombongan hanya Allah Azzawajallah dan kita sama-sama mencari jalan-jalan ke Syurga.
Semua hamba Allah impikan Syurga, tapi jika kita beribadat dan melakukan segala kebajikan kerana mahukan Syurga. Syurga memang tak layak untuk kita kerana Syurga pun dicipta Allah sebagai balasan kepada hamba-Nya yang beribadat kerana Allah bukan kerana Syurga.
Allah swt memasukkan hamba-Nya ke Syurga bukanlah kerana banyaknya amalan tapi dengan Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad saw.
Jika hendak dibandingkan amalan ahli ibadat 500 tahun masih tidak dapat menebus Syurga. Sehinggakan ahli ibadat tersebut dimasukkan ke neraka kerana yakin dia masuk Syurga kerana banyaknya amalan yang telah diperbuat. Naubillah.
Apa tah lagi kita amalan kita yang tak seberapa ini jika hendak dibandingkan dengan amalan para ahli sufi bagaikan langit dengan bumi. Pasti kita akan berputus asa tapi kerana kita yakin Allah Maha Pemurah Maha Penyayang Maha Pengampun, Pengampunan-Nya mendahului murka-Nya maka kita setiap hari setiap saat setiap detik memperbaharui niat dan berazam untuk melakukan yang terbaik. Hari ini lebih baik daripada yang semalam dan hari-hari yang seterusnya bertambah baik sehinggalah kita dijemput Allah bertemu-Nya.
Setiap amalan yang dilakukan hanya kerana-Nya hanya inginkan redha-Nya. alangkah indah setiap hari setiap detik apa yang diperbuat dan diperkatakan ditulis mendapat redha-Nya Allah. Allahu Akbar impian semua hamba-Nya yang meyakini akan adanya HARI AKHIRAT di mana segala amalan buruk baik kita sepanjang kita berhidup di muka bumi mendapat pembalasan daripada Allah swt samada SYURGA ATAU NERAKA. Kita yang membuat pilihan. Amalan hidup kita di dunia adalah bayangan kita di akhirat nanti. Kita yang menempah tiket ke Syurga atau ke Neraka. Kita tanyalah iman sendiri ke mana mahunya kita setelah mati.
Moga berkat pertemuan kita di grup yang mulia ini, saling berkongsi ilmu tanpa ada niat untuk berbangga diri atau merendahkan atau menghina ahli-ahli yang lain, kita saling muhasabah diri dan beriltizam bertekad untuk sama mencari jalan-jalan ke Syurga sehingga ke nafas terakhir. Insya-Allah Aamiin.
Selagi kita hidup selagi itu kita berpeluang untuk menjadi kekasih Allah, Syurga diciptakan untuk para kekasih-Nya. Moga kita menjadi kekasih Allah dan sama-sama dapat melihat Wajah Allah Azzawajallah berdekatan dengan Rasulullah. Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
DUHAI JIWA YANG TENANG KEMBALILAH KEPADA TUHAMMU DENGAN IKHLAS DAN DIREDHAI, MASUKLAH KE DALAM GOLONGAN HAMBA-KU DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGA-KU...' SURAH AL-FAJR 27-30
SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
"MOGA PERTEMUAN ATAS KEHENDAK ALLAH INI KITA SAMA-SAMA MENCARI JALAN-JALAN KE SYURGA. AAMIIN"
Yang benar,
Sahabat Dunia Akhiratmu,
Ratu Rimba Niagara,
Statusku aku milik-Nya sampai kapanpun aku hamba-Nya.
4 Muharram 1437H
18 Oktober 2015
Bila Melatiku Menyepi~
Mengapa aku
terpinggir tika mengintai rindu
tiada lagi bicara senyuman melatiku
membiar aku merintih di ranting-ranting pilu.
Andai aku
melara hatimu di bayu resah
untuk apa lagi aku di siksa
terbiar suram di birai mimpi
hanyut di dedaun senja terpilu.
Melatiku
andai aku membeban kasihmu
usah kau gundah merawan hati
rinduku sekadar menumpang kasih
sampai waktu hati terluka kubelalu jua.
Andainya tiada lagi purnama merindu
usah biarkan aku di mahligai syahdu
untuk apa lagi genggammu kutuntas sembilu
biarkan saja kuberlalu...
Nukilan, Lezaihasra Lm..
besut, T'ganu.
24.10.2012
BILA ARJUNAKU MERAJUK HATI
Bila Arjunaku merajuk hati
tak mampu kupujuk lagi
memang salahku biarkan kau sendiri
menanggung rindu tanpa kupeduli
kau tanggung sendiri
betapa perihnya sepi
tanpa balasan yang dirindui
silap kau juga Arjuna yang dikasihi
kau suka menyendiri
membawa hati
terlara dilukai
bukan sengaja aku melukai
untuk tidak membalasi
kasih dan rindu mu sepenuh hati
ku tahu kau deritai
segalanya sendiri
tanpa aku mengerti
kau sejujurnya mencintai
diriku ini
aku yang tak hargai
betapa tulusnya sebuah hati
yang selalu sepi
tanpa cintaku lagi
maafkan aku Arjuna yang baik hati
sejujurnya aku tak sampai hati
berlalu pergi
dari kau yang pernah kucintai
izinkan aku baluti
cinta dan rindumu di hati ini
tanda aku masih menghargai
cinta dan rindumu sentiasa mewangi
di hati ini...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
24 Oktober 2012
~~Di Sini Aku Menantimu~~
Di pantai yang berliku ini
kususuri buih-buih rindu
yang sering menerpa di pantai hatiku
bersama resah membara di awan tersepi.
Di sini setiap waktu
kumenyusul alunan angin yang menderu
menanti hibanya langit yang membiru
bersama pelangi merindu.
Oh...gelora hatiku
mengapa resahku selalu di sini
mencari bait-bait kenangan yang hilang
di hujung langit itu kumenantimu.
Hadirlah bayu rindu
mengusap jiwaku yang kian kelu
mengharap hadirmu di sini lagi
bersama menyusun jejak-jejak sepi
Lalu..aku setia dengan penantian
di hujung langit sana kita layar bahtera
bersama mimpi antara kau dan aku
meskipun semuanya hanya titipan kasih
tanpa ada ketentuannya
Lezaihasra Lm...24102012
Besut, Terengganu.
BERPADU DI ALAM RINDU DALAM RESTU-NYA
masa tak menunggu mu
sudah kesuntukan waktu
untuk terus menunggu
menunggu yang tak pasti
menjadi sia-sia
tunggulah yang pasti
gapailah cinta yang menantimu
penuh harap
penuh kasih penuh sayang penuh cinta
yang sudah pergi
tak akan kembali lagi
yang ada menanti
itulah cinta
peneman sepimu
dan tak perlu
di tunggu
di ombak rindu lagi
karna sudah
kau miliki
hatinya
hatimu
berpadu
di alam rindu dalam restu-Nya
RATU RIMBA NIAGARA
24 Oktober 2012
PANTUN SAMPAI SYURGA KITA BERCINTA
Ratu Rimba Niagara:
Dalam hati ada taman,
Taman cinta berhati rindu;
Aku disepikan teman,
Makanyanya pergilah rindu.
Sri Mawar .
Panas terik memakai topi
berjalan kaki ke hujung tanjung
teman menanti mula menyepi
dinda di tunggu lambat berkunjung
Ratu Rimba Niagara
duhai kanda yang kusayangi,
kurindumu dalam sepi;
rindu dendam tak tertahan lagi,
air mata kasih kukurimkan di angin sepi.
bukan ku tak mahu menyapamu kanda,
ku takut tersalah bicara;
mengguriskan hatimu tidak kumahu kanda,
biarlah kupendam rindu membara.
maafka aku duhai kanda,
kusayangmu dalam diam;
kutakut tak terbalas kasih kanda,
tersisihlah aku merana dalam diam.
sejak kukenal karyamu,
di negeri antah berantah;
aku hayati karyamu,
karyaku rasa tersisih.
napa kanda tak sudi menyapa,
kanda biarkan dinda sendirian;
berkarya bukanlah suka-suka,
tapi tetap juga disisihkan.
adakah kanda malu menyapa dinda,
kitakan minat yang sama;
karya kanda karya dinda,
berbeda tapi matlamatnya sama.
berkarya bukan ingin mencipta nama,
jauh sekali untuk berbangga diri;
ayuhlah kanda kita bergandingan bersama,
berkarya meraih Cinta dan Kasih Ilahi.
di angin lalu kuseru namamu kanda,
kau diam tanpa bicara;
ku tak tahu apa salahku kanda,
dalam diam rinduku membara.
tahulah dinda tak sehebatmu kanda,
karyamu puitis lagi indah didengar;
dinda mahu belajar denganmu kanda,
hasilkan karya puitis agar indah didengar.
hari-hari dinda berkarya,
dunia karya dunia dinda;
dinda minat sangat berkarya,
berkarya bukan niat mengada-ngada.
mereka kritik pantun dinda,
entah apa-apa tak serupa pantun;
tiada pembayang terus kepada fakta,
itulah cara dinda berpantun.
mereka nak kritik..kritiklah,
dinda tetap tak akan mengalah;
dinda berpantun berbedalah,
asalkan kita berkarya tak mengalah.
apa nak dikisahkan,
kita berkarya bukan kerana mereka;
kita berkarya kerana telah ditakdirkan,
bersyukurlah moga ada Nilaian di Sisi-Nya.
kita berkarya tanda syukur pada-Nya,
kita jauhkan bahasa menyakitkan hati;
perselisihan menguncang murka-Nya,
jika begitu matikan pena biar terhenti.
berkaryalah semahumu,
Insya-Allah kan kubaca karyamu;
Kubaca kuhayati tanpa jemu,
Moga Allah memberi kekuatan itu.
berkarya mengundang rindu,
berkarya disepikan rindu;
kita saling rindu merindu;
bila kau sepi kularut rindu.
rindumu kularut di ombak rindu,
dibiarkan hayut dibawa ombak;
pergilah rindu itu yang kau mahu,
rinduku hilang di laut tak berombak.
mana ada laut yang tak berombak,
itu dunia ilusimu yang tak realiti;
rindumu yang tak berombak;
makanya relakan ku pergi.
padamu kanda aku mengunggu,
jadikanlah rinduku rindumu realiti;
seiring keredhaan Tuhanku Tuhanmu,
agar rindu dan kasih diredhai.
hidup ini penuh pesona dunia,
dilalai terlalai kita yang rugi;
kita hargai hidup setetes cuma,
agar hidup mati tiada rugi.
usia tersisa kita hargai bersama,
entah esok lusa dijemput pulang;
merana hati amalan tiada bersama,
di alam barzah bekalan yang kosong.
duhai kanda kita ditemukan atas kehendak-Nya,
bukan untuk saling menyakiti hati;
untuk bermusuhan gara-gara berkarya,
buang yang keruh kita simpulkan kasih di hati.
kasihmu kasihku sejati,
tak akan makan hati;
semuanya suka hati,
diikasih sampai mati.
duhai kanda disayangi dunia akhirat,
kita bersumpah setia sehidup semati;
moga Allah berkati dunia akhirat,
itulah yang kita sama hajati.
duhai kanda marilah kita sama berbakti,
pada Tuhan pada semua hamba-Nya;
biarlah hati kita dilukai disakiti,
berbakti tetap berbakti sampai mati.
kasihmu kasihku tersimpul mati,
tak akan ada penyelewengan cinta;
kerana kita mahu hidup diberkati,
sampai mati Allah jua tetap diCinta.
duhai kanda berjanjilah pada dinda,
menabur budi jangan harap balasan;
semuanya kerana Allah diCinta,
pasti ketenangan sebagai balasan.
sampai disini pantun terhenti,
dikarang istimewa untuk kanda tercinta;
cinta kita jangan terhenti,
moga sampai di Syurga kita bercinta.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Oktober 2012
Duhai pungguk adakah cintamu hanya di igauan mimpi bayanganmu..atas rasa ketidakpastianmu mengejar cinta rembulan...tiada yang mustahil jika DIA izinkan walaupun pungguk di bumi rembulan di langit tinggi ....
WARKAH UNTUK PUTERI DIANA
"PUTERI KESAYANGAN RAKYAT SEDUNIA"
Puteri Diana...
Begitu lama kau tinggalkan kami
Kami begitu merinduimu
Budi baikmu pada
Rakyat sedunia
Masih segar dalam ingatan
Lirikan matamu menawan kasih kami
Senyumanmu setulus murni hatimu
Kau sentiasa di hati kami
Budi pekertimu
Menawan hati semua rakyat jelata
Kasih sayangmu pada kami
Kami hargai
Di lubuk jiwa yang dalam
Wajahmu rupawan
Buat hati tertawan
Budi bahasa mu
Menawan hati
Wajahmu ayu
Mendamaikan
Melihat wajahmu
Seperti melihat
Permandangan nan indah
Amat mempesonakan
Kecantikanmu
Seiring dengan budi bahasa mu nan santun
Lagi dipandang
Rasa tak jemu
Kebaikan yang ditaburkan
Bagaikan permata-permata Syurga
Budimu pada rakyat jelata sedunia
Sentiasa mengharum mewangi di hati kami
Puteri Diana...
Biarpun cintamu
Berada di dalam bara gelombang ombak mengganas
Tapi kau masih tabah
Tapi kau masih senyum
Tapi itu semua tidak menghalang untukmu
Berbakti pada rakyat jelata
Budi dan jasamu
Sentiasa mengharum
Mewangi di hati rakyat jelata sedunia
Kami Menyayangimu
Kami mengagumimu
Kami terpesona
Dengan keayuan wajahmu bak bidadari Syurga
Kami bersyukur Tuhan kurniakan
Insan sebaik kamu
Sentiasa menabur bakti
Di setiap pelosok bumi bertuah ini
Puteri Diana...
Kau sumber inspirasiku
Kerana aku terlalu teruja
Dengan kebaikanmu pada rakyat jelata sedunia
Kukarangkan sebuah kisahmu
Bertajuk,
"PAHLAWAN PUTERI ARNAB."
Moga cerita yang kukarangkan
Istimewa untukmu itu
Menjadi cerita kanak-kanak sedunia
Paling popular
Yang dibaca tanpa jemu
Berulang-ulang kali
Hingga mereka teruja
Menjadi seperti
Seorang pahlawan rimba
Yang ingin sentiasa
Menyokong perjuanganmu
Membela rakyat jelata
Mempertahankanmu
Biarpun nyawa jadi taruhan
Lambang kasihnya rakyat
Padamu Puteri Diana...
Kasih kami padamu
Abadi selamanya
Puteri Diana...
Yang dicintai sepenuh jiwa ...
Kehadiranmu ke dunia ini
Kami syukuri
Dan di setiap kali
Menatap bulan purnama mengambang penuh
Kulihat senyuman ayumu
Sambil tanganmu
Memberi ucapan cinta
Kasihmu yang abadi
Untuk kami
Terasa syahdu ...
Kami tenggelam dalam syahdunya
Cintamu pada kami
Yang kau tinggalkan
Untuk kami balasi
Dengan doa restu
Agar Syurga sebagai
Balasan cinta kasih sayangmu pada kami...
Aameen
Yang Setulus Kasih Padamu
selagi nafasku ada...
Duhai Puteri Diana
Kesayangan rakyat sedunia...
Peminat Setiamu Dari Rimba Niagara,
Ratu Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
25 Oktober 2012
(PETIKAN LAMAN GRUP PUJANGGA RATU RIMBA
CINTA 5 BENUA)
25 Oktober 2012
Manja : )
Ombak2 Kasih,
Ombak2 Sayang,
Ombak2 Cinta,
Ombak2 Rindu,
Ombak2 Hatiku,
Semoga Ombak2 Itu
Sentiasa Indah Untuk
Selama-Lamanya...
Aamiin...
Ada hikmah di sebaliknya kenapa dia tidak wujud di masa kinimu...bersyukurlah kerana Allah sebaik-baik pengatur takdir hidup matimu.
ERTI BAHAGIA
İsmail Can
pada 23hb Oktober 2016 jam 7.35 pagi · Istanbul, Istanbul Province, Turkey ·
Andai aku tau awal dari semua kebahagiaan itu, dan pada akhirnya harus aku bayar dengan air mata, mungkin aku lebih memilih untuk tidak bahagia.
Ratu Rimba Niagara.
Andai semua takdir adalah bahagia...semua manusia tenggelam dalam cinta hingga lupa siapa yang layak dicintai yang mencipta cinta dan rindu hanyalah DIA Tuhanku Tuhanmu maka redha atas segala takdirNya jiwamu pasti tenang kerana bahagia yang abadi ada di Syurga.
23hb Oktober 2016
Ya Allah sebagaimana Engkau takdirkan kami hidup sekeluarga di dunia ini, Engkau takdirkan juga kami hidup bersama di SyurgaMu tapi untuk ke Syurga kami perlukan hidayahMu agar menjadi hambaMu yang Kau redhai dunia dan akhirat.Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
MENJADI SAHABATMU SEPERTI BERSAHABAT DENGAN AHLI SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN
WARKAH PANTUN GURINDAM SYAIR PUISI UNTUK
KERABAT DIRAJA SENUSANTARA, RAKAN GRUP & FB
& ANAK CUCU SENUSANTARA
Assalamualaikum kepada semua rakan fb & grupku,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha;
Terima kasih atas segala sokongan dari mu,
Moga pengorbanan kita dalam Rahmat-Nya.
Terima kasih kerana sudi membaca karyaku,
Terima kasih kerana tak jemu menyokongku;
Kasih dan pengorbananmu kuterharu,
Moga Allah membalas kebaikanmu.
Kita berkenalan di alam maya,
Kehadiranmu amat kurasai;
Sunyimu aku tidak bermaya,
Kerana kasihmu berpadu di hati.
Kita sering bercanda di laman bisu,
Bisu suara namun suara hati berbicara;
Kita gelak ketawa kerana lucu,
Begitu hebatnya bila hati berbicara.
Saling berbagi ilmu di alam maya,
Setiap hari ilmu bercambah;
Iman tandus terus bercahaya,
Nur Hidayah Kasih-Nya melimpah ruah.
Di grup dan fb kita bersahabat,
Menyambung talisiraturrahimi;
Bila bersalah segera berjabat,
Mengundang Rahmat dari Ilahi.
Indahnya persahabatan di alam maya,
Berbicara bisu tanpa suara;
Namun hati sentiasa percaya,
Setiap yang baik datang dari-Nya jua.
Berlumba-lumba berbagi ilmu,
Lagi dikutip rasa tak jemu;
Bersyukur aku menimba ilmu,
Berkat berbagi ilmu tanpa jemu.
Berkorban jiwa demi-Nya,
Agar mendapat Ehsan-Nya;
Demi meraih redha-Nya,
Moga Dibalas cinta-Nya.
Kerana-Nya kita berkorban,
Tanpa rasa penat ataupun rugi;
Yang ada mahu dalam KeRahmatan,
Moga tenang tika DiJemput Ilahi.
Indahnya persahabatan kerana-Nya,
Rasa hidup seperti di alam Syurga;
Saling terima persahabatan seadanya,
Moga berpadu kasih kita di Syurga.
Ingin kusirami kasih kita,
Seperti salji di Himalaya;
Jika tak dapat kusirami kasih kita,
Titisan embun pun kan kucuba.
Demi kasih kita suci murni,
Kuanyam pelangi menjadi cinta;
Indahnya cinta berbunga kasih murni,
Sentiasa mewangi di hati kita.
Tak jemuku memandang purnama,
Senyumanmu terkuntum di sana;
Menghadiahkan sejambak bunga cinta,
Cinta mengajak aku jalan ke Syurga.
Nilai cintamu buatkan ku terharu,
Ingin kujahit namamu di hatiku;
Dengan benang emas lambang cintaku,
Kuukirkan namamu di benua hatiku.
Syukur aku kepada Tuhan sebanyak-banyak-Nya,
Mengurniakan rakan fb dan grup kepada aku;
Kalianlah Permata Syurga-Nya,
Kehadiran kalian bersyukurnya aku.
Makanya kita salinglah berkasih sayang demi-Nya,
Sebarang pertelingkahan tak mahu kuingati;
Yang kumahu kalian semua sayangiku demi-Nya,
Kita simpulmatikan ukhuwah kasih ini hingga ke mati.
Manalah tahu dengan Rahmat Kasih-Nya,
Berkat kita bersangka baik pada-Nya;
Saling berkorban harta dan jiwa ke jalan-Nya,
Ketenangan kita miliki dan bersama di Syurga-Nya.
Kita saling berkorban demi-Nya,
Bukan mahu mendapat balasan duniawi;
Jauh sekali untuk dibangga,
Hanya mengharap balasan cinta Ilahi.
Ucapan setulus kasih sepenuh jiwa kepada
Sultan Hassanal Bolkiah & Prince Abdul Malik
Dan semua Kerabat diRaja Brunei
Yang sudi membaca karya patik
Moga Allah Azzawajallah saja dapat membalas-Nya...
Ucapan setulus kasih sepenuh jiwa juga kepada
YM Kedaton Kraton Wahyu Utama
Dan semua Kerabat diRaja Indonesia
Yang sudi memberi sokongan/dukungan
Kepada patik agar terus berkarya
Sentiasa meniup obor perjuangan tinta patik
Dan yang lebih membuat diri ini terasa terharu
Apabila Kerabat diRaja Indonesia
Ingin merealisasikan dunia pujangga
Ratu Rimba Niagara Realiti
Apa yang di angankan
Apa yang di ilusikan di minda
Direalitikan di alam nyata
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Syukurku sebanyak-banyak-Nya kepada-NYa
Kerana dengan Rahmat Kasih-Nya Tanpa Batas
Dibukakan khashaf kepada kerabat diRaja SeNusantara
Merealitikan alam pujangga yang didambakan
Sejak puluhan tahun
Diperjuangkan dengan bertintakan darah dan airmata
Tanpa mengharapkan daripada manusia
Cuma yang dimahukan pandangan-Nya
Agar bersama semua yang berkorban
Jiwa raga harta dan nyawa
membawa bekalan berkat ukhuwah kasih sejati ini
hingga ke Syurga
Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal A'Lamin
Tidak pernah dilupakan juga
Ucapan setulus kasih dan sayang patik
Kepada semua kerabat diRaja Malaysia
Yang sentiasa menyokong patik
Dengan membalas semua
Kad ucapan Hari Raya Aidil Fitri
Patik yakin tuanku sentiasa
Mengikuti perkembangan karya-karya patik
Terima kasih tuanku...terima kasih tuanku...
Sesungguhnya patik amat terharu...
Moga Allah sahaja yang dapat membalas-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
SELAMAT HARI RAYA AIDI ADHA
MOGA PENGORBANAN KITA DITERIMA-NYA
MAAF ZAHIR BATHIN KEPADA SEMUA
KUSAYANG SEMUA DEMI-NYA
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada;
Rakan mu yang suka berpujangga
Pagi petang siang dan malam
Agar kalian sudi berkawan denganku seadanya
Dari Rimba Niagara ini kukirim salam
Salam sayang berbunga pujangga
Sambutlah ucapan maaf dan salam
Kepada semua yang kusayangi demi-Nya...
Akhir sekali ucapan kasih sayang setulus hati
Kepada Semua Anak Cucu Moyang,
Biarpun moyang tidak pernah mengenali kalian
Tapi percayalah kita pernah ditemukan
Di alam roh-roh sejak Azali lagi
Makanya hati moyang terlalu kasih dan sayang
Pada kalian semua
Tak tahu gimana hendak dilafazkan
Kasih sayang moyang
Hanya tinggalan
Karya-karya moyang
Tanda moyang kasih teramat kasih
Cinta teramat cinta pada kalian semua
Sudilah hargainya
Dan wariskan
Dari zaman ke zaman
Inilah hadiah dari moyang untuk kalian tersayang demi-Nya
Moyangmu yang mengasihi dan mencintaimu
Hingga berpadu cinta kita ke Syurgawi
Insya-Allah AAmiin
Moyangmu yang setia menyayangimu,
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
25 Oktober 2012
(PETIKAN DARIPADA GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
25 Oktober 2012
JAGAILAH WARISAN MOYANGMU
Tak akan sumbang langkah kakimu,
Kerana kepahlawananmu sudah terbilang;
Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilangl
Tenaga sikit bisa menang,
Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
Biar berputih mata jangan berputih tulang,
Bersatu hatilah demi perjuangan.
Melayu tak mudah layu,
Jangan iri sesama melayu;
Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.
Dari pagi hingga ke petang,
Mencari ilmu dibawa pulang;
Berkorban demi generasi mendatang,
Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.
Moyang kita selalu berpesan,
Sesama melayu seperti ikatan lidi;
Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.
Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
Agar tak tersilap di kesani musuh ;
Pantang pahlawan melayu bermusuh,
Musuh dalam selimut itu yang susah.
Duri dalam daging.
Api dalam sekam;
Ada masalah kita berunding,
Menjadi indah tidak terakam.
Melayu jangan suka membanding.
Di depan manis di belakang menikam;
Melayu sedarah sedaging,
Sakit melayu semua mencengkam.
Tiada masa untuk menunggu,
Pada yang leka teruslah leka;
Perjuangan jangan mudah terganggu,
Masa berlalu pergi tak menunggu kita.
Jangan hari ini semangat besok dah layu,
Jiwa perjuangan tak pernah layu;
Makanya bangunlah bangsa melayuku,
Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.
Sudah jauh perjalanan melayu,
Bangunlah demi anak bangsa;
Saling sokong menyokong demi melayu,
Agar terbinanya budaya bangsa.
Putra putriku kau pewaris bangsa,
Usia kami beransur senja kini,
Kelemahan kodrat kian terasa,
Kalianlah sandarkan harapan kami.
Ketiadaan kami jangan ditangisi,
Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
Kalian sentiasa kami sayangi,
Dalam doamu kenangilah kami.
Moyang mu ingin berpesan.
Kami tinggalkan warisan bangsa ;
Untuk kalian teruskan perjuangan,
Agar berkekalan sepanjang masa.
Hargailah peninggalan moyangmu ini,
Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.
Senyuman anak cucu,
Kebahagian moyangmu;
Jagailah warisan moyangmu,
Itulah lambang cinta yang berpadu.
Karya Ratu Rimba Niagara.
5 April 2012
KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:
SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.
SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI.
DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:
KERABAT DIRAJA MALAYSIA
KERABAT DIRAJA INDONESIA
PEMIMPIN MALAYSIA
PEMERINTAH INDONESIA
RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT INDONESIA
BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
PENCINTA BAHASA MELAYU
PENCINTA SASTRA MELAYU
PENCINTA SASTERAKU DUNIAKU
WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA
RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...
MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.
SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA
7 Ogos 2012
18 Ramadan 1433H
(DISIARKAN KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ 31 OGOS 2012)
Purwodhoho Kediri and 7 others like this.
Comments
Purwodhoho Kediri
Purwodhoho Kediri terimakasih sahabat " Ratu Rimba Niagara " ..... karya sastra nan indah .... dari negara serumpun MALAYSIA ......
Ratu Rimba Niagara Tanjak yang indah seiring sastra nan indah teristimewa untuk generasi kini dan akan datang hadiah daripada Pahlawan Nusantara Purwodhowo Kediri & Ratu Rimba Niagara Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua. Moga dapat dihayati oleh seluruh rakyat nusantara tercinta. AAmiin.
PETIKAN WALL PAHLAWAN NUSANTARA PURWODHOHO KEDIRI & RATU RIMBA NIAGARA PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
3 MUHARRAM 1437H
16 OKTOBER 2015
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA
BAHAGIA BILAMANA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA BERPADU SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA SEPERTI KUNTUMAN BUNGA-BUNGA DI TAMAN SYURGA MEWANGI DI HATIMU DI HATIKU DI HATI DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA MENEROBOS KE ANGKASARAYA MENYATAKAN INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
BERTABURAN PERMATA-MATA SYURGA
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
DI DARAT MENJADI BUNGA-BUNGA SYURGA
DI LAUTAN MENJADI PULAU DAMBAAN HAMBA YANG MENCINTAI-NYA
CINTA- NYA MENJADI BURUAN PENCINTA-NYA
CINTA-NYA MENJADI DAMBAAN PENCINTA-NYA
JIKA SYURGA MENJADI DAMBAAN
MAKA RUGILAH MATLAMAT HIDUP SEBENAR
SYURGA TANDA CINTA YANG DICINTAI DIBALAS-NYA
KERANA ITU PASTI
KERANA JANJI-NYA ADALAH PASTI
TAPI YANG PASTI KITA SALING SAYANG DAN KASIH DEMI-NYA
KITA BERSAMA MENUJU KE JALAN-NYA
DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT BERTEMU DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
MERENTANG BUMI MERENTANG LANGIT YANG TERBENTANG LUAS
SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA...
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
KASIHKU KASIH LIMA BENUA
SENTIASA MEWANGI
SEWANGI SETULUS CINTA LIMA BENUA
SEWANGI KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SYURGA
SYUKUR YA ALLAH KAMI MAHU PULANG KEPADA-MU
DALAM HATI YANG SUCI BERSIH
SALING SAYANG MENYAYANGI KERANA-MU
TIADA YANG LAIN DIFIKIRKAN HANYALAH
MAHUKAN RAHMAT DAN NUR KASIH-MU
YANG ABADI HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Okt 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL PRINCE ABDUL MALIK)
7 Oktober 2012
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
5 Safar 1439H
25 Oktober 2017


2 tahun yang lepas
CAHAYA BULAN CINTA
Kanda...
Tengok lah di balik bukit rimba di sana
Bulan berbentuk cinta
Indah kanda...
SUBHANALAH ..terlalu indah
Seindah cinta kita...
Tasik yang tenang ini
Berkilau-kilauan di simbahi
Cahaya bulan cinta...
Kita disimbahi cahaya bulan
Kita seperti Adam & Hawa
Berda di tasik Syurga
Memadu kasih
Memadu asmara
Menghayati panaroma
Kanvas yang indah ini
Kita sama-sama memuji
Kebesaran Tuhan
Tiada siapa dapat menandingi-Nya
Beginilah barangkali
Adam dan Hawa
Memadu cinta di Syurga
Dalam panorama yang
Indah ...indah...indah...
Hingga terlalu sukar untuk diterangkan
Kanda...
Kita seperti pasangan angsa putih
Berada di tasik Syurga
Air tasiknya dingin dan tenang
Yang didengari
Gemersik angin sepoi-sepoi bahasa
Kedengaran zikrullah
Yang merdu
Selari dengan keterpesonaan
Panorama kanvas ciptaan Tuhan
Kanda...
Terima kasih
Mengikat cinta kita
Dalam redha-Nya
Sudi menjadikan dinda bidadarimu
Cinta kita indah seindah cinta
Adam & Hawa
Memadu kasih di Syurga
Mamadu cinta di dunia
Terpatri cinta di Syurga
Kanda...Syukurlah
Kerana cinta kita
Sudah tercatat
Di Laumahfuz
Sejak Azali lagi.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
19 Sept 2012








SETIAP KELUKAAN ALLAH MERENCANAKAN SESUATU UNTUK KITA
Allah selalu punya hadiah terindah buat kita
Sebuah cahaya untuk sebuah kegelapan
Sebuah rencana untuk hari ini dan esok
Sebuah pelipur untuk setiap kesedihan
Sebuah kemudahan untuk setiap kesulitan
Dan kata Amin untuk setiap doa yang kita panjatkan
PETIKAN DARIPADA CARIAN EFA
31 Disember 2011
berkongsi memori untuk kumpulan: PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA.
KAN KUPETIK BINTANG KUHADIAHKAN PADAMU
duniaku karya
karya....karya...karya...
tak berkarya
seakan berhenti degupan jantungku
rakan-rakanku adalah sumber inspirasiku berkarya
terima kasih kawan-kawan
tanpamu pasti kusepi
kehadiranmu menceriakan aku
menceriakan aku berkarya
setiap hari
seakan setiap hari
kupetik bintang di langit ke tujuh
bahagianya dunia karyaku...
lagi kupetik ...kemudian kusebarkan....
lagi banyaknya bintang-bintang
menyuruh aku memetiknya
sehingga bakulku yang kosong di pagi hari
tak sampai senja hari dah penuh....
tapi masih lagi tak habis memetik bintang...
tak sampai hati bila bintang ada yang kecil hati
lalu menangis kerana aku tak sudi memetiknya
bukan aku tak sudi sayang...
bakulku terlalu penuh dengan bintang-bintang...
takut aku tak terpikul amanah sayang...
nanti jika diizinkan-Nya
kan kupetikmu jua
sabarlah ye....
doamu amat kuperlukan
akan dapat kupetik semua bintang-bintang ini
untuk kuhadiahkan kepada semua
penghuni bumi yang tersayang....
kalian terlalu berharga untukku
kasih kalian budi kalian
pada seluruh penghuni bumi
amat kami syukuri
kalianlah Permata Syurga
yang nilainya terlalu amat
berharga daripada alam dan seiisinya.
tiada apa yang dapat dilafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLLAH ALLAHU AKBAR
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Disember 2012

7 tahun yang lepas
YA ALLAH KUPOHON BELAS EHSAN-MU
Ya Allah kupohon belas ehsan-Mu
Agar dapat menjaga dan memelihara
Laman FB ku dan di mana-mana karyaku bersiaran
Lindungkanlah karya-karyaku daripada mereka yang mendengki pada karya-karyaku
Kerana aku yakin sebenar-benar yakin hasil karyaku adalah ilham dari-Mu
Yang Kau ilhamkan padaku untuk menulis apa pun tema..
Tanpa keizinan-Mu aku tidak dapat menulis walaupun sepatahs perkataan...
Sesungguh-Nya Kaulah Yang Maha Bijaksana
Aku cumalah hamba-MU yang kerdil
Yang hidup matiku telah kusandarkan pada-Mu
Andai kata hari ini Kau izinkan aku berhidup lagi
Berilah aku peluang dan permudahkanlah segala urusanku
Yang ada Nilaian di Sisi-Mu
Andai kata ini adalah hari terakhirku
Ampunkan segala kesalahan aku
Dan bukakanlah hati rakan-rakanku yang mengenali aku di alam maya
Atau di Alam nyata memaafkan aku kerana bagiku siapapun mereka
Samada mereka memusuhi aku atau pun tidak tetap kusayang...sayang demi-MU
Aameen Ya Rabbal A'Lamin.
Hamba-Mu Yang Mahu Pulang Kepangkuan-Mu
Dalam sesuci kejadian asal rohku yang Kau
Izinkan untuk aku menjadi khalifah di bumi-Mu ini...
Kucinta-Mu dari asal kejadianku hingga rohku bertemu-Mu...
Kusayang semua hamba-Mu demi-Mu...
Sampai kapan pun statusku tetap hamba-Mu...
Aku redha apa pun jua takdir yang engkau tentukan.
In Shaa Allah AAmeen.
Ratu Rimba Niagara
2 Januari 2013
7 tahun yang lepas
INDAHNYA ILMU JIKA SALING BERBAGI
Subhanallah indahnya bumi ciptaan Tuhan.
Beginilah jika ilmu disebar luaskan
Akan diberi ilham ilmu-Nya
Tanpa had bertambah-tambah
Mengalir dan terus mengalir
Tanpa henti sampai ke Syurga
In Shaa Allah Aameen.
27 minutes ago · Like · 1
Gibran Rachman Syukur juragan sogol cak sogol...seru gmn juragan ama wong spritula kuwi...ada cerita nich kayanya
20 minutes ago · Like · 1
Gibran Rachman Mba ratu rimba niagara...alhamdulilah begitu jika ilmu sedikit bermanfaat indahnya seperti gambar di atas amiin.
19 minutes ago · Unlike · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL GIBRAN RACHMAN)
2.1.2013

7 tahun yang lepas
PENGUMUMAN KEPADA SEMUA RAKAN FB RATU RIMBA NIAGARA
Dunia sastera adalah dunia Ratu Rimba Niagara...
Laman FB Ratu Rimba Niagara adalah Dunia Sasteranya
Maka dia hanya menerima rakan fb yang memahami saja jiwanya
Jika ada yang tidak berpuas hati atau sakit hati atau memandang rendah
Langsung tiada hati mahu memberi dukungan like atau pun komen
Harap tinggalkan laman fb ini
Kerana tujuan diambil sebagai rakan fb adalah sebagai sumber inspirasi
Dan memberi sokongan/dukungan yang tidak berbelah bahagi
Jika mahu melemparkan kata-kata kesat kepada hamba
Sila tinggalkan hamba atau masukkan ke inbox hamba
Itulah adalah lebih baik daripada dua-dua makan hati...
Maafkan daku jika karya-karyaku hilang daripada skrin hatimu
Kerana apalah artinya kita berteman fb tapi cuma bisu membisu
Tolong fahami dunia karyaku duhai sobat fbku yang dikasihi dunia akhirat...
Dan tolong maafkan daku jika ku berlalu pergi dari hatimu...
'AKU PENGABDI SASTERAKU DUNIAKU KERANA SASTERAKU ADALAH NADIKU..
NADIKU ANUGERAH DARI-NYA YANG MAHU AKU SYUKURI SELAGI JANTUNGKU BERDETAK!'
Luahan kalbu rakan fbmu,
Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama,
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua,
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
2.1.2013
Komen
  • Terima kasih rakan fbku Tuan Ahmad Tajuddin yang setia memahami dunia sasteraku. Moga Allah swt yang dapat membalas-Nya . Aameen.
  • Suffian Mohd Noor Alhamdulillah...


8 tahun yang lepas
Ya pernah terluka apapun ya...kita kena teruskan... Meskipun sebenarnya berat.
Apa yang kita lakukan jua demi insan-insan tersayang. Semoga rezeki tetap bersama kita . Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Terima kasih kerana sudi terima aku apa adanya demi meneruskan persahabatan dan meneruskan perjuangan yang kita sama dambakan.
8 tahun yang lepas
Persahabatan keranaNya terlalu indah untuk kusimpul matikan dalam hatiku kerana sewangi ambar kasturi.
Komen
  • Bunga Seroja Assalamu Alaikum warahmatullaahi wabbarakaatuh' selamat malam duhai bundaq...apalah kabar nun jauh disana..??
    1
  • Waalaikummussalam bunga...Alhamdulillah syukur nikmat diberi Tuhan.Hari-hari beginilah mencerna idea yang datang...idea yang datang kalau dilepaskan amat rugi....dirasakan....moga Allah berikan segala kekuatan untuk terus berkarya selagi ada kudrat dipinjamkanNya. Amin.
  • Bunga Seroja Makasih bunda Rabeah, smg Tuhan tetap memberikan Limpahan Rahmat dn Nur kasihnya kpd kita sekalian... Amiin.
    1
Tuliskan komen...

8 tahun yang lepas
Ku ingin terbang bersamamu ke angkasa agar boleh memetik bintang di langit malam dan kita bersyukur bersama duhai sahabatku .
Komen
  • Bunda Ryan Chacha Hemmm..andaikan nanda bisa menemani bunda...kepakan sayap mengelilingi langit mengitari bintang melihat isi alam dari atas sana ...duh pastilah indah...
    1
  • Iya...iya....nanda yang kurindui sejak pertama kali ku mengenali dirimu di alam maya...biarpun belum ketemu sudah rasa bahagia... inikan diketemukan di langit malam bersama-sama menikmati keindahan taburan bintang-bintang dan kita sama-sama berzikir di bulan dan saling menceritakan persahabatan kita di dunia yang telah terjalin sejak sekian lama...aduhai indahnya saat itu...kan nanda...
  • Bunda Ryan Chacha serasa terbuai alunan dzikir dikeheningan malam diantara keindahan kerlip bintang..menambah khusuknya hati..berurai air mata memuji keagungan semua ciptaanNYa
    1
  • Iye itulah Syurga yang tak dapat digambarkan dengan apapun tapi dapat dirasakan kewujudanNya Subhanallah....sesiapa pun berhak memilikinya asalkan beriman kepada Allah Pencipta Syurga.
    1
  • Bunda Ryan Chacha Subhanallah walhamdulillah walaaillaahailaallah...
    1
Tuliskan komen...

8 tahun yang lepas
Kerana keikhlasanmu keikhlasanku dalam menjalinkan persahabatan... Allah tidak memisahkan kita....dan perpisahan yang sementara itu terlalu amat perit kau dan aku rasai membuatkan kita terlalu menghargai persahabatan yang terjalin. Moga kau dan aku seiring sejalan merealisasikan bersama impian yang diidami! Pada Allah kuletakkan segala harapan untuk memakbulkan doaku. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Komen
  • Rans Romeo aamiiiiien..
    2
  • Ratu Rimba Niagara Terima kasih kerana sudi mendoakan dan memahami ikatan kasih sayang kami dalam persahabatan yang cukup mengharukan!
    Moga persahabatan kami membawa hingga ke SyurgaNya.
    1
  • Matt KR persahabatan tetap di teruskan,
    tanpa mengenal erti bosan,
    bersama kita mempraktikkan,

    erti persahabatan berpanjangan.
    ( Huhuhuhu… Haslie Umar.., jawab.. jawab.., jangan tak jawab.., hehehe…)
    1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Perjuangan tak kenal erti bosan,
    Bersahabat dengannya hatikun terharu;
    Begitu juga bersahabat dengan kalian aku tak terkilan,

    Seiring sejalan merealisasikan citamu citaku.
  • Matt KR naik beca pergi ke pekan,
    jangan mendongak ke langit biru,
    perjalanan hidup pasti di teruskan,

    hati jangan sentiasa rasa terharu.
    1
  • Ratu Rimba Niagara Tak salah rasa terharu,
    Kerana tanda syukurku pada Ilahi;
    Hatiku memang begitu,

    Kasih keranaNya yang kucari.
  • Haslie Umar Mat Kr naik beca pergi ke pekan, jangan mendongak ke langit biru, usah undur mara lah ke depan, bangkitkan azam di tahun baru
    3
  • Haslie Umar Ratu Rimba Niagara Tak salah rasa terharu, tanda syukurku pada Ilahi, janganlah hatimu selalu begitu, kasih dan jodoh tetap menanti....
    1
  • Kasih dan jodoh tetap menanti,
    Itu semua Allah tentukan;
    Aku inginkan redha Ilahi,

    SegalaNya telah kupasrahkan padaNya Tuhan.
  • Usah undur maralah ke depan,
    Untuk mencipta segala kejayaan;
    Kata semangatmu sentiasa kuharapkan,

    Agar terkumpul semangat perjuangan.
Tuliskan komen...

8 tahun yang lepas
Walaupun hati kita pernah saling luka melukai dan terpisah lantaran itu...kusangkakan ikatan kasih sayang kita akan terputus buat selamanya. Rupanya tidak....Kusyukur dalam sujudku kita saling memaafkan duka yang parah....kini yang ada di hatiku hatimu hanyalah cinta... kasih dan sayang seikhlas hati semurni hati semuanya keranaNya.
8 tahun yang lepas
Syukur Alhamdulillah....sampai saat ini aku masih lagi bersabar dengan keputusan yang ditunggu-tunggu samaada perjuangan yang kita impikan dapat direalisasikan ataupun masih menunggu dan tunggu tapi denganmu sampai kapanpun aku tetap setia...walaupunkita pernah sama-sama terluka...kini sama-sama mengecapi bahagia selamanya Insya-Allah.

LAILLAAHAILLALLAH MUHAMMADARASULULLAH
SUBHANALAH ALHAMDULILLAH ALAHU AKBAR
RATU RIMBA NIAGARA
11 November 2012
Dalam Hadits lain disebutkan:
"Di sekitar Arsy Allah ada menara-menara dari cahaya, di dalamnya terdapat orang-orang yang pakaiannya dari cahaya, wajah-wajah mereka bercahaya, mereka bukan Nabi atau pun syuhada. Para Nabi dan syuhada iri, kepada mereka."
Ketika ditanya sahabat, "Siapakah mereka itu ya Rasulullah?".
Rasulullah menjawab:
“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah".
SALAM KU DI INGATAN
8:38am Tue, 29 March
                        
    
8 November 2019

HIKMAH



Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
        
2 Januari 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;