Friday, 29 May 2020

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (416) BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN & SASTERA



CITA-CITAKU CITA-CITAMU (416) BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN & SASTERA



Sallehuddin Abg Shokeran
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami, warga DBP mengucapkan selamat kembali ke DBP kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.
Sesungguhnya, pelantikan YBhg. Prof amat kami alu-alukan atas kepakaran dan pengalaman besar beliau dalam lapangan yang diceburi.
Semoga kembalinya beliau ke gedung ilmu ini dapat melonjakkan lagi usaha pemartabatan bahasa, sastera dan penerbitan di negara kita, sekaligus dapat mengangkat DBP sebagai benteng tamadun negara dan bangsa.
Terima kasih dan penghargaan kepada YBMK Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin, Menteri Pendidikan yang memberikan amanah dan kepercayaan kepada hamba sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka selama tiga tahun mulai 22 Mei 2020. Insya-Allah dengan dukungan anggota-anggota Lembaga Pengelola, pengurusan dan semua karyawan DBP, matlamat penubuhan DBP seperti yang termaktub dalam Akta DBP dapat dilaksanakan.
Komen


"CITA-CITAKU CITA-CITAMU DIREALITIKAN BERSAMA UNTUK
GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MOGA ALLAH MEMBERI
KESEMPATAN DAN IZINKAN AAMIIN."
SYAIR PENGEMBARA BAHASA
Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
Bijak berkata indah berbahasa,
Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara,
Serata dunia memperkenalkan bahasa;
Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
Bahasa kebangsaanku indah bila berkata.
Ilmu dicurah tak pernah jemu,
Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku;
Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia,
Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
Warga dunia mengenal juga negaramu;
Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira,
Disambut dengan sejambak bahasa;
Bahasa cinta memukau jiwa,
Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
Begitu fasih indah tutur kata;
Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
Datang melancong ke Malaysia ini,
Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai,
Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
Akan diungkap apabila sampai di sini,
Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku,
Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
Ilmu dicurah di serata dunia;
Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah penenang jiwa,
Mengungkap kata sepenuh rasa;
Terpukau mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
Keindahan alam mereka terpukau;
Menjadi realiti diluar jangkau,
Dalam indahnya berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
Menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
Datang ke sini berbahasa Melayu;
Apabila berbahasa penuh yakin tanpa silu,
Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah,
Namun hatimu tak pernah bermegah;
Kau seorang yang berhati tabah,
Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
Azam memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan dibanggai;
Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan semua pejuang bahasa,
Tidak kira siapa pun mereka;
Bersatu hati demi bahasa ibunda,
Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
Ingin menjelajahi jabatan kerajaan dan swasta;
Untuk memupuk budaya bahasa ibunda,
Bahasa ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
Mencintai Bahasa Kebangsaan kita;
Bila berbahasa penuh bangga,
Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan pejuang bahasa,
Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
Moga matlamat kalian akan berjaya,
Menjadi kebanggaan Malaysia dan rakyatnya.
Bahasa kita warisan kita,
Warisan seni yang perlu dibangga;
Marilah kita membudayakannya,
Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja syair Pengembara Bahasa,
Dipersembahkan untuk warga dunia;
Moga gembira dan sentiasa bahagia,
Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Julai 2011
PROFESOR WU ZONG YU
Profesor Wu Zong Yu...
biarpun aku tak mengenalimu
baru pertama kali mengenalimu di sini
di halaman mukabuku
hatiku rasa terharu!
penuh syahdu!
tak sangka aku
ada juga wujud insan sepertimu
yang bukan warganegaraku
memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu
dengan rasa bangga tanpa rasa jemu tanpa berputus asa
Kau memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku
sejak dari usia remaja hingga ke usia emas
terkedu aku! Terharu sangat-sangat!
Dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu
kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu
memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku, aku pun tak tahu
siapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu
Yang aku tahu
kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku
kau berkorban masa,tenaga dan segalanya untuk memartabatkan
Bahasa Kebangsaan Negaraku
kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih
kau terus dengan semangat kentalmu
memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China
sehinggakan ramai rakyat negaramu yang meminati dan jatuh cinta
pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku
Mereka belajar bersungguh-sungguh setiap apa yang kau ajar
sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
kau akan bangga bila mereka pandai berbahasa indah
menyusun kata-kata indah bila berkata
itulah hadiah dari mereka untukmu
sebagai pengajar Bahasa Melayu
Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi
jasa dan budimu memartabatkan
Bahasa Kebangsaan Negara kami
amat kami hargai dan sanjungi!
kami terharu dalam penuh syukur
semangatmu memperjuangkan
Bahasa Melayu ingin kami contohi
kaulah idola kami di Malaysia ini!
Terima kasih Profesor Wu Zong Yu
sekalung tahniah daripada kami
atas Pengurniaan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan
Moga usahamu memartabatkan Bahasa Melayu
tetap utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu
kalau kau boleh! Kamipun boleh!
Budi dan jasamu sentiasa tersanjung
dan mewangi di hati kami biarpun kau telah tiada!
Terima kasih untuk segala pengorbanan ikhlasmu itu
kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang kukagumi
Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu
Profesor Wu Zong Yu!
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Oktober 2011
(Terima Kasih kepada Prof. Kembara Bahasa keranamu tercetusnya ilham puisi ini).
Awang Sariyan Kembara Bahasa
Awang Sariyan Kembara Bahasa Rabeah Binti Mohd Ali Allahuakbar. Terima kasih atas jambangan syair tersebut. Sudah lama rupanya syair terkarang, baru kini hamba tahu.
Rabeah Binti Mohd Ali Allahu Akbar pasti ada hikmahNya kenapa baru kini tuan hamba sedari. Ilmu hamba dibandingkan dengan tuan hamba bagaikan langit dengan bumi tapi bilamana Allah izinkan kita saling menyokong dan bekerjasama bagi merealisasikan perjuangan semua
pejuang Bahasa Kebangsaan agar menjadi kenyataan bukan mimpi lagi, apa jua mesej yang terkandung dalam rangkap SYAIR PENGEMBARA BAHASA dapat dijayakan, seterusnya Bahasa Kebangsaan dan sastera dapat dimartabatkan di persada dunia
insya-Allah. Aamiin.
"CITA-CITAKU CITA-CITAMU DIREALITIKAN BERSAMA UNTUK
GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MOGA ALLAH MEMBERI
KESEMPATAN DAN IZINKAN AAMIIN."
Sallehuddin Abg Shokeran
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami, warga DBP mengucapkan selamat kembali ke DBP kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.
Sesungguhnya, pelantikan YBhg. Prof amat kami alu-alukan atas kepakaran dan pengalaman besar beliau dalam lapangan yang diceburi.
Semoga kembalinya beliau ke gedung ilmu ini dapat melonjakkan lagi usaha pemartabatan bahasa, sastera dan penerbitan di negara kita, sekaligus dapat mengangkat DBP sebagai benteng tamadun negara dan bangsa.
Komen
  • Awang Sariyan Kembara Bahasa Terima kasih atas penghasilan syair.
    1
    • Rabeah Binti Mohd Ali Terima kasih juga kepada prof datuk kerana sudi menghargai syair yang dikarang. Di doakam prof datuk berjaya dengan cemerlang dalam memartabatkan bahasa kebangsaan dan sastera. Aamiin.



𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 ( 𝐏𝐏𝐉 )
𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 ( 𝐏𝐏𝐉 ) merakamkan tahniah kepada 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐫.𝐀𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐢𝐲𝐚𝐧 atas pelantikan sebagai 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐨𝐥𝐚 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚 ( 𝐃𝐁𝐏 ) yang baharu.
PPJ yakin beliau mampu membawa DBP bergerak lebih maju, khusus dalam memartabatkan bahasa dan sastera.
Sebagai seorang yang bergiat aktif dalam gerakan bahasa, PPJ berasa yakin DBP akan lebih cemerlang.
PPJ berharap agar beliau akan mengadakan hubungan rapat dengan 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 ( 𝐁𝐁𝐊 ) yang bergerak dalam aktiviti bahasa dan sastera.
PPJ juga berharap ada 𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥 𝐆𝐀𝐏𝐄𝐍𝐀 dilantik sebagai 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐨𝐥𝐚 𝐃𝐁𝐏 bagi mewakili golongan penulis.
Terima kasih.
𝐀𝐌𝐈𝐑𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐃.𝐀𝐋𝐈 𝐇𝐀𝐍𝐀𝐅𝐈𝐀𝐇
Ketua Satu PPJ
26 Mei 2020
Komen

  • Awang Sariyan Kembara Bahasa Rabeah Binti Mohd Ali Allahuakbar. Terima kasih atas jambangan syair tersebut. Sudah lama rupanya syair terkarang, baru kini hamba tahu.
    1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Allahu Akbar pasti ada hikmahNya kenapa baru kini tuan hamba sedari. Ilmu hamba dibandingkan dengan tuan hamba bagaikan langit dengan bumi tapi bilamana Allah izinkan kita saling menyokong dan bekerjasama bagi merealisasikan perjuangan semua pejuang Bahasa Kebangsaan agar menjadi kenyataan bukan mimpi lagi, apa jua mesej yang terkandung dalam rangkap SYAIR PENGEMBARA BAHASA dapat dijayakan, seterusnya Bahasa Kebangsaan dan sastera dapat dimartabatkan di persada dunia insya-Allah. Aamiin.

HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                                 
                                                  
    5  Syawal 1341H 29  Mei   2020 

0 comments:

Post a Comment

 
;