Wednesday, 27 May 2020

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (412) SEKALUNG TAHNIAH PROF DATUK DR AWANG SARIYAN



CITA-CITAKU CITA-CITAMU (412) SEKALUNG TAHNIAH PROF DATUK DR AWANG  SARIYAN
Awang Sariyan Kembara Bahasa menjemput anda menyertai kumpulan ini.
Sallehuddin Abg Shokeran
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami, warga DBP mengucapkan selamat kembali ke DBP kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.
Sesungguhnya, pelantikan YBhg. Prof amat kami alu-alukan atas kepakaran dan pengalaman besar beliau dalam lapangan yang diceburi.
Semoga kembalinya beliau ke gedung ilmu ini dapat melonjakkan lagi usaha pemartabatan bahasa, sastera dan penerbitan di negara kita, sekaligus dapat mengangkat DBP sebagai benteng tamadun negara dan bangsa.
Komen
42 daripada 125

Awang Sariyan Kembara Bahasa menjemput anda menyertai kumpulan ini.
Kronologi kerjaya:
1977-1978: Editor dan kemudian Ketua Editor FEP International
1978-1986: Pegawai Penyelidik Bahasa dan Editor Jurnal Dewan Bahasa
1986-1988: Pensyarah (dipinjamkan) Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia
1988-1997: Pensyarah Pusat Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (arahan Kementerian Pendidikan Malaysia)
1998: Pensyarah Kanan Institut Pendidikan Sultan Hasanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam
1999: Profesor Madya Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
1999-2004: Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka
2004-2006: Profesor Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
2007-2011: Profesor Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
2008-2011: Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia di Beijing Foreign Studies University
2012: Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Dewan Bahasa dan Pustaka (selama 21 hari)
2012-2016: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
2016-2018: Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia di Beijing Foreign Studies University (kali kedua)
2018-2019: Profesor Dunia Melayu, Pengarah Penyelidikan dan Penerbitan, Ketua Unit Tamadun Melayu ISTAC-UIAM
2019-2021: Penyandang Kursi Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris
2020- 2023: Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka



DBP
tenaga jiwa bangsa
nama dari satu sejarah
kujejaki lagi
dengan nawaitu
menggalas amanah
membantu menyangga
benteng peradaban negara
berpaksikan bahasa penyatu umat
bahasa perpaduan rakyat
bahasa penggerak jentera pentadbiran
bahasa pengungkap ilmu dan pemikiran
sastera penghalus akal budi
karya ilmu tanzil dan ilmu aqli
pasak adab dan makna diri
Semoga teriring doa munajat
sekalian sahabat pelestari peradaban
agar disuluhi jalan ke puncak
dengan cahaya ilham Ilahi
dan sampai di destinasi
mercu suar memberikan sinar
27.5.2020
Komen
54 daripada 139


Alhamdulillah pada hari ini hamba memulakan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, bermula dengan mesyuarat dengan pengurusan tinggi DBP dan kemudian wawancara melalui Sykpe dengan TV Bernama untuk berita pukul 1.00 tengah hari.
Komen
  • Abd Razak Abu Chik Tahniah guruku.
    Semoga kepakaran dan pengalaman yang dimiliki dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat dan warga Malaysia.
    خير الناس أنفعهم للناس
    Lihat Lagi
  • M Aminjaya Bahrum Tabarakallah Dato...harap industri buku dapat diberi bantuan
10 tahun lalu perihal mitos penarafan universiti

Belum cukupkah pengakuan Times Higher Education dan Quacquarell Symonds tentang kekhilafan mereka untuk menyedarkan sekalian pemimpin IPT di Malaysia daripada keadaan 'terpukau' oleh mitos universiti kelas dunia? Prof. Arndt Graf, orang 
Barat sendiri menyangkal mitos itu dan turut merintih betapa bahasa Inggeris terlalu dimitoskan sebagai satu-satunya bahasa Barat yang kononnya bermartabat ilmiah! Alangkah palsunya!


KEMBARA BAHASA:

Jaket Kembara Bahasa dan pantun yang tertera
di belakangnya ternyata menarik perhatian
sejumlah penduduk setempat di Ningxia dan
di Urumqi, Xinjiang.  Ada yang berulang kali
menyebutnya "Kembara Bahasa" dan ada yang
membaca pantun tersebut. Pantun tersebut:
berbunyi:

Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Salam Kembara Bahasa
20 - 27 September 2002


NADZRAH SAMSUDIN: Terima kasih!


NORMALA ALI: 2002?


AI DI:  Terbaik! Prof...D


AMRAN IBRAHIM RASHIDI:

Aduhhhh...Ayuhlah Prof kita gerakkan kembali
dengan kental gerakkan KEMBARA BAHASA.

NORMALA:  kreatif tu...


KEMBARA BAHASA:

Program Kembara Bahasa saya cetuskan dan gerakkan
sebagai program Utama Bulan Bahasa dan Sastera Negara
(BBSN) sejak tahun 2000 dan berlangsung beberapa tahun
kemudian sebelum dihentikan.  Program itu melibatkan  
konvoi berkereta di seluruh negara yang mewakili
pelbagai sektor awam dan swasta, kerjaya, usia dan
golongan dalam masyarakat dengan melakukan kegiatan
bahasa dan sastera  ke tempat-tempat yang disinggahi
seperti sekolah, maktab, kem tentera, pusat perusahaan,
majlis daerah dan yang lain, untuk meningkatkan kesedaran
terhadap pentingnya bahasa dan Sastera Kebangsaan.

AMRAN IBRAHIM RASHIDI:

Prof ayuh saya sedia membantu...Sungguh perlukan
perlaksanaan kembali kerana bahasa kita makin parah.

KEMBARA BAHASA:

PAR: Ya. Memang jaket lama (ada sejak 2000 hingga 2004)
ketika program Kembara Bahasa DBP masih digerakkan dengan
aktif di seluruh negara dalam Bulan Bahasa dan Sastera
Negara setiap September.  Walaupun kemudian program itu
dihentikan, sebagai orang yang mencetuskan dengan
menggerakkan program itu, saya bernostalgia amat untuk
meneruskan Kembara Bahasa itu masih terus saya ketengahkan
kepada masyarakat.

AMRAN IBRAHIM RASHIDI:

Ayuh Prof dengan segala kudrat kita gerakkan kembali
percayalah akan berjaya....


NORMALA ALI:

Saya nak satu!

KEMBARA BAHASA:

NA:  Perlu dibuat yang baru kerana saya hanya menyimpan
sehelai untuk setiap tahun.  Bisa diusahakan jika ada
permintaan rakan-rakan lain dengan reka bentuk yang
dikemaskinikan.  Atau elok ditubuhkan kelab Kembara
Bahasa? Dulu sudah ada ditubuhkan di beberapa buah
negeri: mungkin dapat diaktifkan semula.

NORMALA ALI:

Saya sokong sangat-sangat....boleh dimulakan dalam
kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah dulu.


KEMUDI NEGERI SELANGOR:

Baju Kembara Bahasa ini saya ada dua helai iaitu
semasa konvoi Kembara Bahasa ke Seremban Port Dickson,
Shah Alam tahun 2002

ALANA SUE:  Menarik...

KEMBARA BAHASA:

KNS, Mungkin nanti dapat kita bincangkan agar program
itu dapat dihidupkan semula, kali ini dengan penglibatan
persatuan penulis dengan kerjasama kerajaan setiap negeri
supaya dapat aturkan program yang merakyatkan dalam
kalangan pendidik, pelajar, penulis dan masyarakat setempat
di sepanjang tahun.  Di samping program didalam negeri/negara
dapatlah rencanakan program Kembara Bahasa di luar negara
juga.

ALANA SUE:

Dulu TV3 ada buat program Jejak Bahasa, adakah sama dengan
Kembara Bahasa?

AMRAN IBRAHIM RASHIDI:

Kita buat dengan ESASTERA.COM juga ya Prof Yang Budiman.
Esok saya sampaikan hasrat Prof ni kepada Prof Irwan
Abu Bakar.

KEMBARA BAHASA:

Jejak Bahasa ialah program DBP bersama-sama dengan TV3,
memaparkan kajian perkembangan Bahasa Melayu di Malaysaia,
Indonesia, Singapura dan Brunei.  Kemudian DBP dan TV1
menerbitkan siri Semarak Bahasa yang mengkaji Bahasa
Melayu di Australia termasuk di pulau Kokos,Pulau
Krismas, Perth dan lain-lain lagi. Program itu sepatutnya
diteruskan untuk meliputi negara-negara lain yang ada
penggunaaan Bahasa Melayu seperti Thailand, Kampuchea,
Vietnam, Laos, Filipina dan juga di wilayah seperti benua
lain (Amarika, Eropah, Asia Timur dan lain-lain)
mudah-mudahan satu waktu kelak cita-cita itu dapat di
sambung dan diteruskan.

RATU RIMBA NIAGARA:

Sudah lama tuan hamba mengembara,
Memperjuangkan bahasa di persada dunia;
Tanpa jemu memartabatkan Warisan Bangsa,
Kejayaan kudoakan duhai Kembara Bahasa.

Tuan hamba pakar dalam berbahasa,
Sudikan tuan hamba turunkan ilmu;
Pada hamba yang ingin mengindahkan bahasa,
Kalau sudi layarilah blog hamba: sasterakuduniaku.

Di blog tersebut hasil karya hamba,
Dunia pengkaryaan adalah minat hamba;
Agar menjadi kenangan abadi bila hamba tiada,
Tanda kasih hamba pada mereka tercinta.

Hamba berkarya bukan untuk dibanggai,
Apabila berkarya ada ketenangan;
Tidak berkarya jiwa hamba mati,
Apabila tiada nanti jadi kenangan.

Hamba berkarya bukan kerana nama,
Tapi mahukan karya ternama;
Perjuangan tuan hamba dikongsi bersama,
Bersama mereka yang matlamatnya sama.


KEMBARA BAHASA:

Di seberang jambatan kampung halaman,
Tempat diasuh ayah dan bonda;
Teruskan sumbangan di alam persuratan,
Semoga terbina sahsiah Warisan Bangsa.

MOHD HAFIZ ANDREW HAFIZ:

Kreatif dan inovatif.

RATU RIMBA NIAGARA:

Terima kasih Kembara Bahasa,
Siapalah aku dibandingkan denganmu;
Sokonganmu kuhargai kan kubalas jasa,
Kuingat jasamu dalam doaku.

NAJWA MASRI:

Prof saya sokong program Kembara Bahasa
dihidupkan semula moga dipermudahkan segala
usaha. Insya-Allah.

KEMBARA BAHASA:

NM, Insya-Allah saya kembali di tanah aiar kelak
akan saya bincangkan  dengan pihak-pihak yang
berkemungkinan dapat berkerjasama untuk menggerakkan
semula program itu.  Kali ini dalam fikiran saya
program Kembara Bahasa perlu digerakkan di peringkat
semua negeri sebagai program yang aktif sepanjang
tahun, mungkin dengan persatuan penulis peringkat
negeri dan kerajaan negeri.

ZAITON ABU SAMAH:

Usaha yang baik dan perlu diteruskan, prof
saya pernah terlibat dan rasa seronok kalau
Kembara Bahasa dapat dihidupkan semula.  Kekangan
kewangan, salah satu punca ditiadakan sejak dulu.

MUHD FADHIL:

Terima kasih Prof ...yang lama itu menjadi kenangan.

SALLEH MOHD:

Kembara Bahasa perlu dihidupkan semula agar masyarakat
mengetahui dengan pengembangan bahasa...pemakluman
adakalanya tiada sampai...2011...ada juga sekolah yang
tidak tahu fungsi DBP , kalau dana tidak ada...perlu
cari pendekatan lain.

SALLEH MOHD: 
Buat jaringan dan jalinan agar program dapat dilaksanakan
lihat kesannya bila sesuatu program dilaksanakan...setiap
program yang dilakukan perlu ada kajian semua permasalahan.
Moga berjaya.

MOHD ISA ABD RAZAK:

Saya ingin memakai jaket seperti ini.  Apabila berjaket,
kena lakukan sesuatu sekadar kemampuan.

AHMAD KAMAL ABDULLAH:

Pantun  apa itu?

SAIEE DRISS:

Apakah mungkin dimaksudkan di bawahnya alamat emel atau
laman sesawang?

HASANUDDIN MAD ISA:

Promosi bahasa yang bagus.

BORNEO MENGGUGAT: 

PROF;  ARIF BUDIMAN

FARIZA NURBAYA:

Oh! Teringat kenangan mengikuti program Kembara Bahasa 2002
laluan Timur.  Bersama-sama dengan saya pada masa itu ialah
Dato' A. Aziz Deraman dan Prof Teo Kok Seong . Saya masih
lagi menyimpan jaket ini.

NIZAM ABD JALIL:

Terima kasih Prof... Prof Teo cikgu saya tu...tapi tak pernah
ada peluang dapat sertai Kembara Bahasa.

RATU RIMBA NIAGARA:

Kukarangkan Syair Pengembara Bahasa,
Sebagai menghargai jasamu tuan;
Sesiapa menghayati menghargai bahasa,
Bahasa Melayu penuh keindahan.

(Disiarkan Syair Pengembara Bahasa &
Pengembaraan Bahasa Kebangsaan Di Serata Pelosok Dunia
Di blog: sasterakuduniaku.blogspot.com)

Diabadikan sebagai sokongan 100% kepada
Profesor Kembara Bahasa dan Pejuang-pejuang Sastera
didoakan berjaya apa yang dicitakan. Amin.

KEMBARA BAHASA:

Amin, Ya Rabbal A'Lamin.
Sesungguhnya sedikit usaha kami meningkatkan
darjat Bahasa Melayu adalah sebagai tanda
syukur atas KurniaanMu kepada kami yang
menjadikan bahasa itu wasilah untuk
MengenalMu Ya Allah kerana Bahasa Melayu
telah Kau angkat menjadi bahasa kedua
terbesar umat Islam di muka bumi ini.

RATU RIMBA NIAGARA:

Umat Islam akan berbangga,
Usahamu Profesor Kembara Bahasa;
Keindahan Bahasa Jiwa Bangsa,
Mendekatkan hamba kepada PenciptaNya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang,
Perkenankan cita-cita Profesor Kembara Bahasa;
Menyemai rasa kemanusiaan berkasih sayang,
Berkasih sayang melalui Bahasa Kebangsaan.

Indah Bahasa Melayu,
Bahasa Kedua Dunia;
Mereka MengenalMu,
Syukurku Dalam Air mata.

BORNEO MENGGUGAT:

Rabeah Mohd Ali menulis, "Syukurku dalam air mata."
Terpukau aku dengan ayat pendek ni, puan.

RATU RIMBA NIAGARA:

Aku wujud keranaNya,
Kau dan aku hambaNya;
Mari bersyukur padaNya,
Atas segala KurniaanNya.


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RATU RIMBA NIAGARA)
12 Julai 2011)      


SYAIR PENGEMBARA BAHASA
Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
Bijak berkata indah berbahasa,
Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara,
Serata dunia memperkenalkan bahasa;
Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
Bahasa kebangsaanku indah bila berkata.
Ilmu dicurah tak pernah jemu,
Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku;
Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia,
Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
Warga dunia mengenal juga negaramu;
Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira,
Disambut dengan sejambak bahasa;
Bahasa cinta memukau jiwa,
Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
Begitu fasih indah tutur kata;
Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
Bahasa inbundaku penuh tekun dipelajari;
Datang melancong ke Malaysia ini,
Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai,
Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
Akan diungkap apabila sampai di sini,
Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku,
Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
Ilmu dicurah di serata dunia;
Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah penenang jiwa,
Mengungkap kata sepenuh rasa;
Terpukau mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
Keindahan alam mereka terpukau;
Menjadi realiti diluar jangkau,
Dalam indahnya berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
Menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
Datang ke sini berbahasa Melayu;
Apabila berbahasa penuh yakin tanpa silu,
Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah,
Namun hatimu tak pernah bermegah;
Kau seorang yang berhati tabah,
Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
Azam mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan oleh semua pejuang bahasa,
Tidak kira siapa pun mereka;
Bersatu hati demi bahasa ibunda,
Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara bahasa bersama pejuang bahasa,
Ingin menjelajahi jabatan kerajaan dan swasta;
Untuk memupuk budaya bahasa ibunda,
Bahasa ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
Mencintai Bahasa Kebangsaan kita;
Bila berbahasa penuh bangga,
Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan pejuang bahasa,
Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
Moga matlamat kalian akan berjaya,
Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.
Bahasa kita warisan kita,
Warisan seni yang perlu dibangga;
Marilah kita membudayakannya,
Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja syair Pengembara Bahasa,
Dipersembahkan untuk warga dunia;
Moga gembira dan sentiasa bahagia,
Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya Putri Rimba Niagara
13 Julai 2011
11 minutes ago
PROFESOR WU ZONG YU
Profesor Wu Zong Yu...
Biarpun aku tak mengenalimu
Dan baru pertama kali mengenalimu di sini
Hatiku rasa terharu! Penuh syahdu!
Tak sangka aku...ada juga wujud insan sepertimu
Yang bukan warganegaraku...
Memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu
Dengan rasa bangga tanpa rasa jemu tanpa berputus asas
Kau memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku
Sejak dari usia remaja hingga ke usia emas
Terkedu aku! Terharu sangat-sangat!
Dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu...
Kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu
Memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku, aku pun tak tahu...
Siapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu...
Yang aku tahu...
Kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku
Kau berkorban masa ....tenaga...dan segalanya untuk memartabatkan
Bahasa Kebangsaan Negaraku...
Kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih
Kau terus dan terus dengan semangat kentalmu
Memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China
Sehinggakan ramai rakyat negaramu yang meminati dan jatuh cinta
Pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku
Mereka belajar bersungguh-sungguh setiap apa yang kau ajar
Sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
Kau akan bangga bila mereka pandai berbahasa indah
Menyusun kata-kata indah bila berkata
Itulah hadiah dari mereka untukmu sebagai pengajar Bahasa Melayu
Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi...
Jasa dan budimu memartabatkan Bahasa Kebangsaan Negara kami
Amat kami hargai dan sanjungi!
Kami terharu dalam penuh syukur
Semangatmu memperjuangkan Bahasa Melayu ingin kami contohi
Kaulah idola kami di Malaysia ini!
Terima kasih Profesor Wu Zong Yu
Sekalung tahniah daripada kami
Atas Pengkurniaan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan
Moga usahamu memartabatkan Bahasa Melayu tetap
Utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu
Kalau kau boleh! Kamipun boleh!
Budi dan jasamu sentiasa tersanjung dan sentiasa mewangi
di hati kami biarpun kau telah tiada nanti!
Terima kasih untuk segala pengorbanan ikhlasmu itu
Kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang kukagumi
Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu
Profesor Wu Zong Yu!
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Oktober 2011
(Terima Kasih Kepada Prof. Kembara Bahasa Kerana mu Tercetusnya Ilham Puisi ini)


HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                              
                                                      
 4  Syawal 1341H 27  Mei   2020 

0 comments:

Post a Comment

 
;