Thursday 9 July 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (49) RUKUN NEGARA DAN PERANAN BELIA MALAYSIA


SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (49) RUKUN NEGARA DAN
PERANAN  BELIA MALAYSIA


Petang tadi saya melancarkan sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara, iaitu satu prinsip yang menjadi asas identiti diri dan penyatuan rakyat Malaysia selama ini.
Saya ingin mengingatkan bahawa keharmonian dan perpaduan kaum yang dikecapi ketika ini perlu terus dipertahankan. Negara telah melalui pelbagai cabaran yang mencabar untuk sampai ke tahap ini.
Pembinaan negara bangsa yang bersatu padu, lebih-lebih lagi dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia bukan mudah sekiranya lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara tidak dihayati dan dijunjung seluruh masyarakat.
Persefahaman dan perpaduan yang dikecapi ketika ini merupakan pencapaian yang harus dibanggakan dan dikekalkan seluruh lapisan masyarakat.
Saya yakin sebarang perbuatan yang boleh menyinggung perasaan orang lain dan menggugat keharmonian serta perpaduan boleh dielakkan sekiranya kita semua mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Saya ingin menegaskan bahawa perpaduan rakyat amat penting lebih-lebih lagi ketika negara masih berhadapan dengan krisis kesihatan awam seperti pandemik COVID-19.
Alhamdulillah, saya amat terharu dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat. Perpaduan rakyat banyak membantu kerajaan mengurus wabak itu dengan berkesan.
Saya yakin, negara akan berjaya mengatasi apa sahaja cabaran jika semangat perpaduan dan saling bantu-membantu diperkukuh dan diteruskan pada masa akan datang.
Anda dan 15K yang lain
521 Komen
484 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

Lihat komen
Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Tahun Rukun Negara oleh YAB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. (9/7/2020)
0:51 / 50:48

RTM - Radio Televisyen Malaysia
 telah bersiaran langsung.

11 jam Dikongsi dengan Awam
Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Tahun Rukun Negara oleh YAB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. (9/7/2020)
Anda dan 1.2K yang lain
67 Komen
64 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

  • PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.
    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    i) Ampun tuanku beribu ampun,
    khilaf patik harap diampun;
    Di setiap karya patik nyatakan,
    Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.
    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Rela berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    Seluruh Malaysia sayangkan negaraku.
    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
    Jiwa tenang setenang air di kali ;
    Seruan indah kata yang santun,
    Pasti membaca berulang kali.
    ii) Bila jatuh sakit tak terperi,
    Makan ubat cepatlah baik;
    Baik hati Perdana Menteri,
    Rakyat suka kerana terbaik.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    9 Julai 2020


Tengah hari tadi, sebaik sahaja selesai mesyuarat Kabinet, saya telah menghadiri Majlis Penyerahan Felo Perdana kepada semua Ahli Jemaah Menteri bagi tahun 2020. Alhamdulillah, Program Felo Perdana kini telah memasuki edisi kelapan sejak dimulakan pada tahun 2013.
Peranan generasi muda dalam pembangunan negara adalah sangat penting, termasuklah yang berkaitan dengan pembangunan modal insan. Mereka inilah yang akan menentukan kelangsungan pembangunan masa kini dan perlu dilibatkan dalam proses pembangunan dasar.
Belia mesti memiliki ciri kepemimpinan yang baik, sekurang-kurangnya mampu memimpin diri sendiri agar tidak terjerumus dalam kegiatan tidak sihat. Impian saya adalah untuk melihat mereka menjadi rakyat yang patriotik dan mampu berkhidmat kepada masyarakat.
Saya harap semua Felo dapat bekerjasama secara erat bersama dengan Menteri Mentor masing-masing. Gunakanlah kesempatan ini untuk menimba pengalaman serta ilmu pengetahuan dan kongsikanlah kemahiran yang dipelajari dengan rakan-rakan anda semua.
Kepada rakan-rakan Jemaah Menteri, latihlah mereka dengan sebaiknya seperti anak sendiri; tunjukkan tauladan mulia dan berikan pengalaman yang tidak ternilai kepada mereka. Dengarlah suara anak muda ini dan jadikan aspirasi tersebut sebagai sebahagian daripada input penting dalam proses menggubal dan merencana dasar baharu.
Tahniah saya ucapkan kepada semua 82 orang Felo yang terpilih, dan selamat datang kepada empat orang Felo yang akan ditempatkan di Pejabat Perdana Menteri.
Saya yakin, saudara dan saudari akan menggunakan peluang ini untuk menunjukkan potensi dan membuktikan kemampuan diri masing-masing. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin, khususnya untuk membantu merencana idea-idea segar dalam pembangunan negara.
Anda dan 11K yang lain
319 Komen
307 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

  • PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA
    Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,
    Menganjurkan program pelbagai aktiviti;
    Maju negara kerana belia positif,
    Belia cemerlang itulah yang dihajati.
    Hari belia disambut penuh gemilang,
    Belia gembira pergi ke sana;
    Pergi ke sana merebut peluang,
    Masa depan tercerna negara terbina.
    Program diatur mengikut citarasa belia.
    Asalkan belia jadi cemerlang;
    Program diatur dikawal selia,
    Agar belia terus gemilang.
    Setiap 15 Mei Hari Belia Negara.
    Untuk memperingati belia berjasa;
    Sayangkan belia sayangkan negara,
    Pemimpin hargai setiap belia.
    Hari ini belia diraikan,
    Dalam suasana penuh ceria;
    Jasamu belia tidak dilupakan,
    Kerana dirimu harapan negara.
    Pelbagai program di hari belia,
    Hingga belia rasa teruja;
    Tiada belia rasa kecewa,
    Kerana minat belia semuanya ada.
    Wajah belia berseri-seri,
    Belia negara raikan hari belia;
    Usaha belia tetap dihargai,
    Kerana dirimu harapan negara.
    Di hari belia mendapat ilham,
    Mendapat ilham menjadi ahli belia;
    Di usia muda melabur saham,
    Agar tak rugi di hari tua.
    Bila menjadi ahli belia,
    Hidup berubah merebut peluang;
    Belia kreatif majulah negara,
    Belia cemerlang negara terbilang.
    Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
    Ingin membangunkan belia Malaysia;
    Program dianjurkan dengan jaya,
    Cemerlang belia untuk negara.
    Belia produktif negara cemerlang,
    Usaha dibina atas keringat;
    Jasamu menteri takkan hilang,
    Ke mana kau pergi terus diingat.
    Bertuahnya hidup belia Malaysia,
    Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
    Rebutlah peluang selagi ada,
    Pastinya dikau menempa kejayaan.
    Negara lahirkan ahli sukan,
    Ramai sudah menjadi ternama;
    Di mata dunia mengharumkan nama negara,
    Pingat dirangkul negara berbangga.
    Belia bersukan belia cergas,
    Segala aktiviti berjalan lancar;
    Belia lemah patut bertegas,
    Wajah berseri terus terpancar.
    Belia digalak aktif bersukan,
    Badan sihat minda cergas;
    Mahu berjaya tiada alasan,
    Tetapkan matlamat biar jelas.
    Belia aktif kerana mendapat sokongan,
    Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
    Belia lemah terus ada kemajuan,
    Diberi galakan juga bantuan.
    Belia dan kerajaan saling memerlukan,
    Kerana belia tiang negara;
    Belia berkualiti lagi berwawasan,
    Pastinya cemerlang belia Malaysia.
    Tanpamu menteri siapalah belia,
    Harapan belia terpikul di bahumu;
    Jasamu menteri tidak dilupa,
    Akan dihargai bila bertemu.
    Belia kreatif penentu pembangunan negara,
    Negara terus gilang gemilang;
    Majulah belia majulah negara,
    Tercipta sudah belia cemerlang.
    Sukanya hati belia berjaya,
    Keluarga tersayang turut gembira;
    Semuanya gembira tidak terkira,
    Kerana belia harapan negara.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Mei 2010
    (Sempena Hari Belia Negara )
    PUISI BELIA HARAPAN NEGARA
    Beliaku
    negara perlukanmu
    justeru bangunlah dari lenamu
    sedarlah dari lekamu
    sedarlah dari lalaimu.
    Mari kubimbingmu menuju kejayaan!
    jangan ada rasa rendah diri
    jangan ada rasa kecewa
    berubahlah demi
    dirimu keluargamu negaramu pewarismu!
    Aku percaya kau boleh berjaya
    jika semangat kentalmu datang
    aku menantimu di sini
    bersama azammu untuk berjaya
    Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia
    segalanya akan berubah! Percayalah!
    kerana kau adalah harapan negara!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Mei 2010
    (Sempena Hari Belia Negara )
    August 23 at 10:46am
    Yantzen Peace, Datuk Mohd Jeffry Rosman
    and 11 others like this.
    Alex Dennis on paper jee.
    adakah ia tersirat di Daerah Tawau.
    Ratu Rimba Niagara Boleh juga direalisasikan di Daerah Tawau cuba minta pandangan Datuk Jeffry mengenai yang tersirat
    terima kasih atas perhatiaanmu sahabatku dari Tawau.
    Alex Dennis yes saya tau dapat rasakan Tanggungjawab Datuk Mohd Jeffry Rosman tetapi pihak Kementerian yang bertanggungjawab?
    Ratu Rimba Niagara Kalau begitu saya cadangkan elok sangatlah pihak kementerian
    bergabung idea dengan Datuk Jeffry dan saudara Alex Dennis bagi merealisasikan pada belia Sabah
    apa yang tersirat pada pantun di atas.
    PANTUN BELIA SATU PEDOMAN SEJUTA KEBAIKAN
    Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam Ratu Rimba Niagara, saya rasa pantun di atas adalah terbaik sepanjang yang saya pernah baca. Inilah satu pantun belia yang harus diikuti. Satu pedoman sejuta kebaikan.
    Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam terharu saya mendengar komen daripada datuk mengenai pantun belia yang dikarangkan, ketika saya mengarang pantun tersebut, perasaan saya yang selama ini terlalu sayangkan generasi pasca merdeka tidak dapat dibendung lagi,
    lebih-lebih lagi semua belia Malaysia. Alangkah bahagianya setiap naluri belia difahami oleh pihak kerajaan dan pemimpin di Malaysia kerana mereka semua adalah permata-permata negara yang terlalu amat bernilai.
    Jika mereka tidak diberi sokongan, galakan dan perhatian sepenuhnya oleh pihak kerajaan mahupun pemimpin, aduhai kasihan mereka, kasihan negara. Jika belia aktif dan berfikiran positif maka walau apa jua keadaan sekalipun mereka tetap mengutamakan negara daripada kepentingan mereka sendiri kerana negara telah mengutamakan mereka, pemikiran mereka telah terpasak ilmu yang terasuh untuk mencintai negara!
    "HARGAI BELIA...HARGAI RAKYAT...HARGAI PEMIMPIN...HARGAI NEGARA...KEMERDEKAAN PASTI MILIK KITA SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI!
    'SALAM KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA! "
    (PETIKAN PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA)
    • Suka
    • Balas
    • 19m
Lihat lebih banyak komen
1 daripada 281
Alhamdulillah, petang ini saya telah merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2020 Peringkat Kebangsaan di MRSM Felda, Felda Trolak, Sungkai, Perak.
Tahniah kepada Felda, wakil-wakil peneroka dan semua yang terlibat menjayakan Hari Peneroka Felda 2020 dengan tidak melupakan norma baharu seperti pemakaian pelitup muka oleh hadirin serta penjarakan sosial.
Pada majlis ini saya telah mendengar luahan rasa para peneroka Felda dengan pelbagai kekangan yang dihadapi. Saya memberi jaminan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan saya akan terus memberikan sokongan padu kepada Felda untuk bangkit semula dan mengorak langkah dengan lebih gagah pada masa hadapan. Insya-Allah.
Sememangnya saya sangat berbangga dengan kejayaan Felda yang mendapat pengiktirafan dunia dan menjadi contoh kepada negara lain. Bagaimanapun, seperti yang selalu saya ingatkan, kejayaan yang dicapai tidak seharusnya membuatkan kita alpa dan cepat berpuas hati.
Felda perlu terus meneroka bidang-bidang baharu yang boleh menjamin kehidupan yang lebih baik buat semua warganya. Apatah lagi dalam keadaan harga komoditi yang tidak menentu.
Selain menjadi pengeluar komoditi utama negara, saya ingin melihat Felda muncul sebagai peneraju industri makanan berskala besar, yang berupaya menggerakkan aktiviti perladangan berteraskan pertanian pintar dan aktiviti hiliran yang inovatif.
Dengan izin Allah, saya harap semua usaha ini berjaya direalisasikan.
Majulah Felda untuk warga peneroka!
Anda dan 19K yang lain
498 Komen
393 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

Lihat komen
Pagi ini saya melancarkan Hari Banci Malaysia 2020 atau Banci 2020, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Banci 2020 adalah satu inisiatif kerajaan untuk mengumpul data dan statistik penduduk dan perumahan semasa negara, yang dilaksanakan setiap 10 tahun sekali.
Inisiatif ini bagi saya amat signifikan kerana akan menjadi sumber rujukan penting dalam perancangan pembangunan negara pada masa hadapan.
Melalui Banci 2020, kerajaan akan mendapat gambaran terkini tentang saiz, taburan, komposisi dan ciri sosioekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia yang boleh digunakan untuk menggubal dasar dan melaksanakan strategi bagi tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat.
Selaras dengan kebiasaan baharu, saya mengalu-alukan kaedah pembancian e-Census yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat daripada responden secara dalam talian.
Justeru, saya mohon kerjasama rakyat agar membekalkan maklumat yang diperlukan bagi menjayakan Banci 2020, yang sekaligus akan membantu mencorakkan Malaysia ke satu tahap yang lebih baik.
Anda dan 9.2K yang lain
252 Komen
605 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

Lihat komen
Siaran Langsung Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2020 bersama Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin
0:05 / 1:04:51

RTM - Radio Televisyen Malaysia
 telah bersiaran langsung.

Siaran Langsung Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2020 bersama Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin

HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.

JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.

BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !

SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'

As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30

“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                                                       
9 Julai  2020 

0 comments:

Post a Comment

 
;