Thursday, 9 July 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (48) MEMAHAMI PRINSIP RUKUN NEGARA


SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (48) MEMAHAMI PRINSIP RUKUN NEGARA

Sebuah Renungan (Dari Sahabat)]
Pernahkah kita berfikir mengapa kita dipertemukan..?
Allah mempertemukan kita untuk sebuah alasan.


5 jam 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Ampun tuanku beribu ampun,
khilaf patik harap diampun;
Di setiap karya patik nyatakan,
Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Rela berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
Seluruh Malaysia sayangkan negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
Jiwa tenang setenang air di kali ;
Seruan indah kata yang santun,
Pasti membaca berulang kali.
ii) Bila jatuh sakit tak terperi,
Makan ubat cepatlah baik;
Baik hati Perdana Menteri,
Rakyat suka kerana terbaik.
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2020
5 jam Dikongsi dengan Awam
Petang tadi saya melancarkan sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara, iaitu satu prinsip yang menjadi asas identiti diri dan penyatuan rakyat Malaysia selama ini.
Saya ingin mengingatkan bahawa keharmonian dan perpaduan kaum yang dikecapi ketika ini perlu terus dipertahankan. Negara telah melalui pelbagai cabaran yang mencabar untuk sampai ke tahap ini.
Pembinaan negara bangsa yang bersatu padu, lebih-lebih lagi dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia bukan mudah sekiranya lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara tidak dihayati dan dijunjung seluruh masyarakat.
Persefahaman dan perpaduan yang dikecapi ketika ini merupakan pencapaian yang harus dibanggakan dan dikekalkan seluruh lapisan masyarakat.
Saya yakin sebarang perbuatan yang boleh menyinggung perasaan orang lain dan menggugat keharmonian serta perpaduan boleh dielakkan sekiranya kita semua mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Saya ingin menegaskan bahawa perpaduan rakyat amat penting lebih-lebih lagi ketika negara masih berhadapan dengan krisis kesihatan awam seperti pandemik COVID-19.
Alhamdulillah, saya amat terharu dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat. Perpaduan rakyat banyak membantu kerajaan mengurus wabak itu dengan berkesan.
Saya yakin, negara akan berjaya mengatasi apa sahaja cabaran jika semangat perpaduan dan saling bantu-membantu diperkukuh dan diteruskan pada masa akan datang.

8 jam 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Jom berjual beli pantun dengan Min.


''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minadzzalimin"
امين يارب العاالمينِِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
12 jam 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Alhamdulillah..Terbaik Hero2 Negara..Sama2 kita berdoa Semoga Covid 19 berakhir di muka bumi ini...

15 jam 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Jangan tanya apa sumbangan negara kepada kita.. Tapi tanya lah diri, apa sumbangan kita pada negara..
  • Aamiin.
8 Julai pada 6:46 PTG 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tengah hari tadi, sebaik sahaja selesai mesyuarat Kabinet, saya telah menghadiri Majlis Penyerahan Felo Perdana kepada semua Ahli Jemaah Menteri bagi tahun 2020. Alhamdulillah, Program Felo Perdana kini telah memasuki edisi kelapan sejak dimulakan pada tahun 2013.
Peranan generasi muda dalam pembangunan negara adalah sangat penting, termasuklah yang berkaitan dengan pembangunan modal insan. Mereka inilah yang akan menentukan kelangsungan pembangunan masa kini dan perlu dilibatkan dalam proses pembangunan dasar.
Belia mesti memiliki ciri kepemimpinan yang baik, sekurang-kurangnya mampu memimpin diri sendiri agar tidak terjerumus dalam kegiatan tidak sihat. Impian saya adalah untuk melihat mereka menjadi rakyat yang patriotik dan mampu berkhidmat kepada masyarakat.
Saya harap semua Felo dapat bekerjasama secara erat bersama dengan Menteri Mentor masing-masing. Gunakanlah kesempatan ini untuk menimba pengalaman serta ilmu pengetahuan dan kongsikanlah kemahiran yang dipelajari dengan rakan-rakan anda semua.
Kepada rakan-rakan Jemaah Menteri, latihlah mereka dengan sebaiknya seperti anak sendiri; tunjukkan tauladan mulia dan berikan pengalaman yang tidak ternilai kepada mereka. Dengarlah suara anak muda ini dan jadikan aspirasi tersebut sebagai sebahagian daripada input penting dalam proses menggubal dan merencana dasar baharu.
Tahniah saya ucapkan kepada semua 82 orang Felo yang terpilih, dan selamat datang kepada empat orang Felo yang akan ditempatkan di Pejabat Perdana Menteri.
Saya yakin, saudara dan saudari akan menggunakan peluang ini untuk menunjukkan potensi dan membuktikan kemampuan diri masing-masing. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin, khususnya untuk membantu merencana idea-idea segar dalam pembangunan negara.

PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif, Menganjurkan program pelbagai aktiviti; Maju negara kerana belia positif, Belia cemerlang itulah yang dihajati. Hari belia disambut penuh gemilang, Belia gembira pergi ke sana; Pergi ke sana merebut peluang, Masa depan tercerna negara terbina. Program diatur mengikut citarasa belia. Asalkan belia jadi cemerlang; Program diatur dikawal selia, Agar belia terus gemilang. Setiap 15 Mei Hari Belia Negara. Untuk memperingati belia berjasa; Sayangkan belia sayangkan negara, Pemimpin hargai setiap belia. Hari ini belia diraikan, Dalam suasana penuh ceria; Jasamu belia tidak dilupakan, Kerana dirimu harapan negara. Pelbagai program di hari belia, Hingga belia rasa teruja; Tiada belia rasa kecewa, Kerana minat belia semuanya ada. Wajah belia berseri-seri, Belia negara raikan hari belia; Usaha belia tetap dihargai, Kerana dirimu harapan negara. Di hari belia mendapat ilham, Mendapat ilham menjadi ahli belia; Di usia muda melabur saham, Agar tak rugi di hari tua. Bila menjadi ahli belia, Hidup berubah merebut peluang; Belia kreatif majulah negara, Belia cemerlang negara terbilang. Menteri Belia Dan Sukan banyak idea, Ingin membangunkan belia Malaysia; Program dianjurkan dengan jaya, Cemerlang belia untuk negara. Belia produktif negara cemerlang, Usaha dibina atas keringat; Jasamu menteri takkan hilang, Ke mana kau pergi terus diingat. Bertuahnya hidup belia Malaysia, Sentiasa dihargai oleh kerajaan; Rebutlah peluang selagi ada, Pastinya dikau menempa kejayaan. Negara lahirkan ahli sukan, Ramai sudah menjadi ternama; Di mata dunia mengharumkan nama negara, Pingat dirangkul negara berbangga. Belia bersukan belia cergas, Segala aktiviti berjalan lancar; Belia lemah patut bertegas, Wajah berseri terus terpancar. Belia digalak aktif bersukan, Badan sihat minda cergas; Mahu berjaya tiada alasan, Tetapkan matlamat biar jelas. Belia aktif kerana mendapat sokongan, Diberi sokongan keluarga dan kerajaan; Belia lemah terus ada kemajuan, Diberi galakan juga bantuan. Belia dan kerajaan saling memerlukan, Kerana belia tiang negara; Belia berkualiti lagi berwawasan, Pastinya cemerlang belia Malaysia. Tanpamu menteri siapalah belia, Harapan belia terpikul di bahumu; Jasamu menteri tidak dilupa, Akan dihargai bila bertemu. Belia kreatif penentu pembangunan negara, Negara terus gilang gemilang; Majulah belia majulah negara, Tercipta sudah belia cemerlang. Sukanya hati belia berjaya, Keluarga tersayang turut gembira; Semuanya gembira tidak terkira, Kerana belia harapan negara. Puisi Belia Harapan Negara Beliaku… Negara perlukanmu… Justeru… Bangunlah dari lenamu… Sedarlah dari lekamu… Sedarlah dari lalaimu.. Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan! Jangan ada rasa rendah diri… Jangan ada rasa kecewa… Berubahlah demi… Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu nanti. Aku percaya kau boleh berjaya… Jika semangat kentalmu datang… Aku menantimu di sini… Bersama azammu untuk berjaya… Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia. Segalanya akan berubah! Percayalah! Kerana kau adalah harapan negara! Karya Ratu Rimba Niagara 15 Mei 2010 (Sempena Hari Belia Negara ) August 23 at 10:46am Yantzen Peace, Datuk Mohd Jeffry Rosman and 11 others like this. Alex Dennis on paper jee. adakah ia tersirat di Daerah Tawau. Ratu Rimba Niagara Boleh juga direalisasikan di Daerah Tawau cuba minta pandangan Datuk Jeffry mengenai yang tersirat terima kasih atas perhatiaanmu sahabatku dari Tawau. Alex Dennis yes saya tau dapat rasakan Tanggungjawab Datuk Mohd Jeffry Rosman tetapi pihak Kementerian yang bertanggungjawab? Ratu Rimba Niagara Kalau begitu saya cadangkan elok sangatlah pihak kementerian
bergabung idea dengan Datuk Jeffry dan saudara Alex Dennis bagi merealisasikan pada belia Sabah apa yang tersirat pada pantun di atas. PANTUN BELIA SATU PEDOMAN SEJUTA KEBAIKAN Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam Ratu Rimba Niagara, saya rasa pantun di atas adalah terbaik sepanjang yang saya pernah baca..inilah satu pantun belia yang harus diikuti...satu pedoman sejuta kebaikan.. Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam Warahmatullahhiwabarakatuh, terharu saya mendengar komen daripada datuk...mengenai pantun belia yang dikarangkan..Ketika saya mengarang pantun tersebut...perasaan saya yang selama ini terlalu sayangkan generasi pasca merdeka tidak dapat dibendung lagi...lebih-lebih lagi semua belia 1Malaysia. Alangkah bahagianya setiap naluri belia difahami oleh pihak kerajaan dan pemimpin di Malaysia kerana mereka semua adalah permata-permata negara yang terlalu amat bernilai. Jika mereka tidak diberi sokongan, galakkan dan perhatian sepenuhnya oleh pihak kerajaan mahupun pemimpin...aduhai kasihan mereka...kasihan negara. Jika belia aktif dan berfikiran positif makanya ...walau apa jua keadaan sekalipun mereka tetap mengutamakan negara daripada kepentingan mereka sendiri kerana negara telah mengutamakan mereka ... pemikiran mereka telah terpasak ilmu yang terasuh untuk mencintai negara! "HARGAI BELIA...HARGAI RAKYAT...HARGAI PEMIMPIN...HARGAI NEGARA...KEMERDEKAAN PASTI MILIK KITA SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI! 'SALAM KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA! "
(PETIKAN PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA) 24 Disember 2011




SEAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN HERO MALAYSIA DATUK DR NOOR HISHAM

Selamat ulangtahun kelahiran
buat insan teristimewa
Datuk Dr Noor Hisham
dilahirkan ke dunia
untuk berbakti
terus berbakti
kepada rakyat Malaysia

Kau hero Malaysia
menyandang jawatan
Ketua Pengarah
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sebagai ketua
kau menjalankan tugas
penuh tanggungjawab
menberi komitmen
yang tinggi
sehingga dinobatkan antara
3 doktor terbaikdalam mengendalikan
wabak COVID-19 di dunia
sekalung tahniah untukmu

Berganding bahu bersama
Perdana Menteri Kesayangan
Rakyat Malaysia
bagi menghentikan segera
penularan wabak COVID-19
justeru rakyat juga mesti
memberi kerjasama mematuhi
Perintah Kawalan Pergerakan
hanya duduk di rumah

Mereka yang sakit dirawati
yang sihat berwaspada
agar tidak dijangkiti
bila dijangkiti
kematian menanti
begitu berbahayanya COVID-19

Nyawa setiap rakyat Malaysia
terlalu berharga untuk negara
justeru rakyat harus
bersyukur dikurniakan
seorang Perdana Menteri Penyayang
dan Ketua Pengarah Kesihatan
yang prihatin setiap nyawa
rakyat Malaysia

Jutaan terima kasih
kepada Datuk Dr Noor Hisham
dan semua barisan hadapan
yang sanggup pertaruhkan nyawa
untuk menyelamatkan nyawa
rakyat Malaysia

Moga Allah SWT saja yang
dapat membalas segala kebaikan
dengan balasan Syurga yang tertinggi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
21 April 2020
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Datuk Dr Noor Hisham dan
semua barisan hadapan yang terlibat bagi memutuskan
rantaian COVID-19).


PANTUN KKM PENYAYANG PESAKIT DISAYANG

Hospital kerajaan rakyat sanjungi,
Diberi perhatian kerajaan Malaysia;
Menabur budi bukan untuk dipuji,
Demi semata rakyat tercinta.

Kerajaan utamakan kesihatan rakyat Malaysia,
Asalkan rakyat hidup sempurna;
Hospital kerajaan ada di mana-mana,
Diberi rawatan amat sempurna.

Kementerian Kesihatan Malaysia patut dipuji,
Utamakan kesihatan rakyat Malaysia;
Pelbagai kaum semua dirawati,
Asalkan rakyat sihat sentiasa.

Kami sedia membantu anda,
Kedatangan anda kami nantikan;
Kami utamakan kesihatan anda,
Kesembuhan anda kami doakan.

Warga KKM kerja secara profesional,
Bekerja berpasukan bersungguh-sungguh;
Pesakit datang saling kenal mengenal,
Sayang menyayang sakit pun sembuh.

Dijangkiti COVID-19 cepatlah bertindak,
Dapatkan rawatan sebelum terlambat;
Itu tandanya orang yang bijak,
Segera sembuh penyakit berjangkit.

Apabila sakit berjumpa doktor,
Pergi farmasi mengambil ubat;
Terima kasih kerana bersabar,
Kerana sabar menantikan ubat.

Pesakit sakit doktor rawat,
Pesakit sembuh doktor gembira;
Semua sakit boleh dirawat,
Asalkan usaha tawakal dan doa.

Wad kecemasan sentiasa kesibukan,
Doktor bekerja penuh komitmen;
Dugaan datang penuh kesabaran,
Kesabaran anda mendapat ganjaran.

Bilik pembedahan sunyi sepi,
Pakar bedah bekerja penuh teliti;
Menjalankan pembedahan berhati-hati,
Pesakit sembuh senang hati.

Sabarlah pesakit atas dugaan,
Ku doakan dikau segera sembuh;
Warga KKM penuh sopan,
Penyayang mereka buat mu sembuh.

Cucilah tangan sebelum makan,
Jaga kebersihan mesti diutamakan;
Segala penyakit dapat dijauhkan,
Anda sihat terukir senyuman.

Doktor bekerja tak tentu masa,
Nyawa pesakit amat diutamakan;
Apabila bekerja tidak tergesa-gesa,
Agar pesakit dapat disembuhkan.

Terhibur hati terima senyuman,
Senyuman warga KKM hati terhibur;
Kurangnya sakit bila tersenyum,
Bicaramu sopan lagi teratur.

Tiada langsung bersikap sombong,
Biarpun berjawatan Ketua Pengarah;
Warga KKM dihormati kerana penyayang,
Mereka bekerja tanpa diarah.

Ketua Jururawat seorang berpersonaliti,
Menggalakkan jururawat berpekerti tinggi;
Melayani pesakit seperti keluarga sendiri,
Kesembuhan pesakit itu dihajati.

Sabarlah duhai pesakitku,
Sakitmu sakitku juga;
Kudoakan segera sembuh untukmu,
Moga Allah perkenankan semua doa.

Gembiranya hati dapat layanan,
Warga KKM baik budi;
Semua pesakit mendapat rawatan,
Sakit COVID-19 dapat diubati.

Ucapan terima kasih warga hospital,
Merawat pesakit dalam kesabaran;
Datang ke sini saling kenal-mengenal,
Moga Tuhan membalas segala kebaikan.

Rajinlah makan ubat duhai pesakitku,
Segera sembuh itu doaku;
Sembuhmu kebahagiaanku,
Kesihatanmu keutamaanku.

Karya Ratu Rimba Niagara
21 April 2020
(Pantun dikarangkan istimewa untuk Ketua Pengarah Kesihatan, Doktor, Jururawat,
dan semua warga KKM yang bekerja di barisan hadapan bertungkus lumus untuk kami,
moga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan duhai wira dan wirawati
KKM tersayang)

PUISI WARGA KKM PENYAYANG

Duhai warga KKM kusayang
Kusanjung setiap budimu.
Kau bekerja tanpa
mengenal penat dan lelah

Kau tetap tabah melayani kerenah pesakit
kau layani mereka dengan penuh
tanggungjawab,
prihatin dan
kasih sayang.

Ikhlas kerjamu!
suci kerjamu!
sopan santun tutur katamu!
terubat hati terima senyuman iklasmu.
sakitku kau ambil peduli
kau ubati sehingga sembuh
Syukur Alhamdulillah
kudoakan moga segala kebaikanmu
dibalas Syurga Firdaus
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
21 April 2020
(Puisi dikarangkan istimewa untuk Ketua Pengarah Kesihatan, Doktor, Jururawat,
dan semua warga KKM yang bekerja di barisan hadapan bertungkus lumus untuk kami,
moga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan duhai wira dan wirawati
KKM tersayang)



BERSAMA HENTIKAN RANTAIAN COVID-19

Malaysia kini sedang diuji,
Covid-19 penyakit berjangkit;
Penyakit berjangkit amat digeruni,
Perintah dikeluarkan agar tidak berjangkit.

Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan,
Duduk di rumah satu arahan;
Bagi menghentikan covid-19 tak berpanjangan,
Kesihatan rakyat sentiasa diutamakan.

Rakyat yang engkar diambil tindakan,
Agar covid-19 dapat dihentikan;
Musnah negara jika tak diendahkan,
Justeru rakyat bersama hentikan.

Covid-19 merebak tanpa disedari
Bagaikan tsunami datang melanda;
Ramai sudah dijangkiti ada yang mati,
Itu yang merisaukan rakyat jelata.

Ramai pesakit membuat saringan,
Bagi memastikan tidak dijangkiti;
Apabila dijangkiti meranalah badan,
Menentukan antara hidup dan mati.

Rakyat dikehendaki patuhi arahan kerajaan,
Duduk di rumah agar tak dijangkiti;
Rataian covid-19 dapat dihentikan,
Rakyat sihat hidup dalam kesejahteraan.

Terima kasih kerajaan penyayang,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri,
Jasamu sentiasa dikenang,
Moga Allah SWT merahmati.

Karya Ratu Rimba Niagara
30 Mac 2020

ANTUN COVID-19
Agong penyayang PM penyayang,
Bertuah sungguh rakyat Malaysia,
Covid-19 berterusan nyawa melayang,
PKP dipatuhi demi cinta Malaysia.
Agong dan PM sehati sejiwa,
Siang dan malam fikirkan rakyat,
PKP diarahkan selamatkan jiwa,
Kekal duduk di rumah duhai rakyat.
Covid -19 penyakit berjangkit,
Bila dijangkiti merana badan,
Mesti dijauhi agar tak menjangkit,
Keselamatan rakyat diutamakan.
Rakyat diseru jaga kesihatan,
Kebersihan diri mesti diutamakan,
Covid-19 tidak kelihatan ,
Ada wujudnya jika tak diendahkan.
Bahaya Covid -19 memakan diri,
Bila dijangkiti sakit tak terperi,
Rakyatku kamu tak sendiri,
Sokongan padu sentiasa diberi,
Duhai rakyat patuhi arahan,
PKP untuk keselamatan anda,
Anda selamat sukalah kerajaan,
Begitu berharganya nyawa anda.
Anda adalah permata negara,
Covid-19 boleh kehilangan nyawa,
Kematian anda hilanglah permata negara,
Kerajaan berkorban hingga hujung nyawa.

Barisan hadapan berkorban demi anda,
KKM PDRM ATM BOMBA bersatu tenaga,
Bekerja tak kira masa demi anda,
Duduk di rumah tanda setia.

Pesakit Covid -19 kian meningkat,
Dijangkiti begitu mudah dan cepat,
Wujudnya Covid-19 tidak bertempat,
Covid -19 dijangkiti begitu cepat.

Covid -19 tidak mengenal siapa,
Sesiapa saja boleh dijangkiti,
Justeru semua mesti berwaspada,
Agar terselamat dari dijangkiti.

KKM paling sibuk merawat pesakit,
Pesakit Covid-19 bertarung nyawa,
Berharganya nyawa setiap pesakit,
Diselamatkan hingga hujung nyawa.

Setiap yang hidup pasti mati,
Pesakit Covid-19 ada yang mati,
Jenazah diasingkan agar tak dijangkiti,
Dari jauh didoakan tanda diingati.

Pergilah dengan aman duhai yang disayangi,
Kasih sayang tetap dikenangi,
Di dunia kasih tersimpul mati,
Di Syurga selamanya kasih abadi.

Pantun Covid-19 dikarangi,
Buat semua rakyat Malaysia,
Yang sentiasa disayangi,
Moga rantaian Covid-19 dapat dihenti.
Aamiin

Terima kasih Agong
Terima kasih PM
Terima kasih Jemaah Menteri Perikatan Nasional
Terima kasih KKM
Terima kasih PDRM
Terima kasih ATM
Terima kasih BOMBA
Terima kasih PARA SUKARELAWAN
Terima kasih semua rakyat Malaysia
Atas pengorbanan diberikan demi Malaysia tercinta!
Syukur Alhamdulillah

Karya Ratu Rimba Niagara
10 April 2020

USTAZ EBIT LEW

Ustaz Ebit Lew
kau insan pilihanNya
berbakti tanpa lelah
tidak kira di mana-mana
terus berbakti
menghulurkan bantuan
pada mereka tanpa
mengira agama dan bangsa
pelbagai bangsa kau bantu
Ustaz Ebit Lew
bagimu semuanya saudara
yang kau sayang
kerana Allah Taala
bakti yang diberikan
bukan untuk dipuji
jauh sekali untuk dibalas
Ustaz Ebit Lew
menyapa ramah
bertanya kabar
memberi makanan
dan wang
sebagai hadiah
tanpa rasa kerugian
memberi terus memberi
kesusahan dan kesulitan
saudaramu ingin kau bantu
semampu daya
mereka menangis sendu
terharu terima bantuan ikhlasmu
bagaikan mimpi di siang hari
dengan kehadiranmu
meringankan beban yang ditanggung
Subhnallah
akhlakmu
akhlak Rasulullah
menyayangi semua
ikhlas kerana Allah
Ustaz Ebit Lew
moga jerih perihmu
segala pengorbananmu
dalam berdakwah
dibalas Syurga Firdaus tertinggi
oleh Robbul Izati
bersama ibu, ayah,
seluruh keluargamu tercinta
dan bersama muslimin muslimat
yang kau anggap saudaramu
menjadi penghuni Syurga
itulah matlamatmu dalam berdakwah
Ustaz Ebit Lew
moga segala niat suci murnimu
indah akhlakmu
seindah akhlak Rasulullah
berdakwah penuh
rasa kasih sayang sejati
setiap kata-katamu
butiran hikmah
untuk dijadikan pedoman
hidup di dunia dibawa ke akhirat
agar bersama menuju Jannah
Insha Allah Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
18 April 2020
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Ustaz Ebit Lew
dan semua yang mengenali Ustaz Ebit Lew)


DENGAN NAMA ALLAH.......
DENGAN KEBERKATAN NAMANYA..
TIDAK ADA SESUATUPUN YANG DAPAT MEMUDARATKAN
YDAP...AGONG KESAYANGAN...
PERMAISURI KESAYANGAN......
KETUANAN RAJA RAJA MELAYU
TSMY SERTA SELURUH KELUARGA
PUCUK PEMIMPINAN ......
AHLI PARTI PN.....
Serta Seluruh Umat Islam yg beriman Kepada Allah....
MAHUPUN YANG DATANG
DARI LANGIT.....................
MAHUPUN YANG DATANG
DARI BUMI........................
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA BERKUASA ATAS TIAP TIAP
SESUATU..... AAMIIN.
DAULAT TUANKU
TUANKU PAYUNG NEGARA
PIMPINAN TERBAIK
Pentadbir
 9 Jun Dikongsi dengan Awam
PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16
Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong ke-6 berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
Masalah rakyat masalah baginda juga,
Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
Rakyat sentiasa berterima kasih,
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
Agong kami Raja penyayang,
Sayangkan rakyat sayangkan negara;
Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
Saling bantu membantu demi negara tercinta.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Sehati sejiwa mempertahankan negara;
Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
31 Januari 2019
(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
WARKAH PUISI UNTUK AGONG & PERMAISURI KE-XVI
Bismillahirahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah Atas Pemasyhuran
Sultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung Kasih Tuanku
Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuah
punyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong
yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.
Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat
tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu
dan dihargai. Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.
Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah
rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil
peduli. Susah senang bersama.
Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih
daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.
Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol
diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat
dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.
Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja
sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.
Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI
Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung kasih Tuanku daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
31 Januari 2019
(Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVI
Tersebutlah kisah Agong tersohor,
Sultan Abdullah Raja penyabar;
Biarpun tugas penuh mencabar,
Agar rakyat tidak terbiar.
Permaisuri Azizah yang bijaksana,
Cantik rupawan bagai bulan purnama;
Memberi sokongan kepada baginda,
Agar rakyat terus terbela.
Bahagia hidup keluarga diRaja,
Dikurniakan puteri dan juga putera;
Dibesarkan dalam adat istana,
Ayahanda dan bonda jadi idola.
Sultan Abdullah diputerakan,
Disambut keputeraan penuh kesyukuran;
Semua rakyat gembira meraikan,
Gembira rakyat dalam perhatian.
Pahang negeri keputeraan baginda,
Mempunyai ilmu penuh di dada;
Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
Raja dan rakyat berpisah tiada.
Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Baginda bertitah rakyat dengari;
Semua jemputan baginda hadiri,
Asalkan rakyat rasa dihargai.
Sultan Abdullah mencemar duli,
Menziarahi rakyat bantuan diberi;
Rakyat gembera tiada terperi,
Kebaikan baginda lekat di hati.
Sultan bertitah lalu memuji,
Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
Memerintah negara amanlah damai,
Rakyat terbela itulah dihajati.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Rakyat mengangkat Institusi diRaja,
Raja dan rakyat rasa bahagia.
Sultan Abdullah selalu menyeru,
Inginkan rakyat bersatu padu;
Buat keputusan tidak terburu,
Aslkan rakyat terus maju.
Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,
Mampu dinikmati segenap lapisan;
Rakyat bersatu dalam perpaduan,
Negara makmur dalam perpaduan.
Raja dan rakyat amat rapat,
Ke mana pergi rakyat diingat;
Perbelanjaan dibuat penuh crmat,
Tuanku datang disambut hormat.
Sultan Agong ke enam belas,
Dengan rakyat berkasihan belas,
Tidak pernah rasa malas,
Rakyat terbela dalam keikhlasan.
Istana Agong tersergam indah,
Apabila tertitah penuh bermadah;
Kuasa yang tinggi tiada diendah,
Bersama rakayt tetap merendah.
Bersemayam baginda dalam istana,
Rakyat diundang pergi ke sana;
Raja kami yang bijaksana,
Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
Masalah rakyat sama dikongsi,
Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
Ikatan terus jadi serasi,
Tercipta sejarah untuk generasi.
Sukacita Agong negara maju,
Pemerintahan Agong terus dipacu;
Warkah dihantar Agong dituju,
Mendoakan Agong terus di mercu.
Putera kesayang ayahanda dan boda,
Cemerlang negara amat sukacita;
Raja dan rakyat berbipsah tiada,
Bijaksana memerintah negara tercinta.
Sejarah kesultanan patut dihayati,
Dipelajari oleh generasi terkini;
Personaliti Raja amat dikagumi,
Ke mana pergi tetap dihormat.
Pemerintahan Agong adil saksama,
Cadangan rakyat semua diterima;
Minta Perdana Menteri beri kerjasama,
Agar negara jadi ternama.
Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,
Ke mana pergi pentingkan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Tuanku sentiasa di hati rakyat.
Sultan Abdullah Agong ternama,
Berjiwa rakyat adil dan saksama;
Pentingkan rakyat walau di mana,
Galakkan rakyat sentiasa bekerjasama.
Selamat menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong,
Moga tuanku Allah redhai kami doakan;
Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Ampun Tuanku! Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
Ampun tuanku,
Daulat tuanku,
Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
Ampun Tuanku
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung Kasih Tuanku
Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah
di dunia jua di akhirat
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2019
(Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)

Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.

Pentadbir
 17 Mei Dikongsi dengan Awam
PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
Sultan Abdullah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Institusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.
Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.
DYM Sultan Selangor raja dihormati,
Dasanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
Seluruh rakyat menyayangi Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja suka kebajikan.
Sultan Nazrin Shah berjiwa rakyat,
Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjung rakyat Perak.
Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.
Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat bekerjasama.
Negeri Terengganu pesat membangun,
Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
Sultan Mizan bersopan santun,
Rakyat Terengganu amat terpesona.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2019
(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Ampun tuanku beribu ampun,
khilaf patik harap diampun;
Di setiap karya patik nyatakan,
Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Rela berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
Seluruh rakyat ayangkan negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
Jiwa tenang setenang air di kali ;
Seruan yang indah kata yang santun,
Pasti membaca berulang kali.
ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2019
(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
YA ALLAH PERKENANKAN DOA KAMI
Ya Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.
Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....
Doa rakyat membawa rahmat... insy-Allah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara..
MERCU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.
Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”
Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.
Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.
Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.
(Disiarkan bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Skesejahteraan hah Al-Musta'in Billah)
Kerajaan Persekutuan Wajib Buat Undang2 sesiapa yang menghina Yang Di Pertuan Agong, Raja2 Melayu & Perdana Menteri tangkap dan penjara 15 tahun & sebat 10 Kali rotan atau Lucutkan Kewarganegaraan Mereka & Hantar Ke Negara Asal Mereka.
Kerajaan Kita Kena Ikut Ketegasan Macam Kerajaan Komunis China & Korea, Kerajaan India, Kerajaan Thailand & Kerajaan Indonesia Kpd Pengkhianat2 Negara & Rakyat Yg Biadap & Tak Tahu Amalkan Rukun Negara & Yang Tak Tahu Bersyukur Mendapat Kerakyatan & Tinggal Di Tanah Melayu.
Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ LANGIT DI JUNJUNG. Kalau Tak Suka System Beraja Di Tanah Melayu Boleh Berambus & Bawa Harta Anda & Tinggal Di Negara Yg Boleh Menerima Anda...

SELAMAT HARI JADI PM KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
Selamat hari jadi ke-73 PM yang baik budi
terima kasih sudi menjadi PM kami

Semoga dirahmati Allah sentiasa...


Rakyat terpegun dengan keluhuran budi dan pengorbananmu.
Kaulah Perdana Menteri yang didambakan rakyat.
Moga dipanjangkan usia untuk terus menerajui tampuk
pemerintahan kini dan akan datang.
Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadi
Perdana Menteri kami, menabur bakti bersama
Jemaah Menterimu.
Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiap
masalah rakyat kami juga menyayangimu.
Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggi
sebaris para nabi kekasih Allah kerana pemimpin
yang adil dan amanah. Insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
18 April 2020
(Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat
Malaysia tercinta)
Bintang Menyerlah
 7 Jun Dikongsi dengan Awam
Sila Tekan 1 Tanda Sokong ❤❤❤
TANPA MANIFESTO TANPA JANJI BULAN DAN BINTANG TSMY SERTA FRONTLINERS TELAH MEMBUKTIKAN KEPADA 32JUTA RAKYAT MALAYSIA SECARA KELURUHANNYA BERJAYA MENGATASI PERMASALAHAN PANDEMIC COVID-19 DAN TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DUNIA.
KINI TSMY MENGUMUMKAN PKPB DI TUKARKAN KEPADA PKPP(PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN PEMULIHAN)BERMULA 10 JUNE 2020 DISEBABKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERDISPILIN DAN MENGIKUT ARAHAN KERAJAAN SEMASA PKP DAN PKPB DIKUATKUASAKAN.
DIDALAM PERUTUSAN KHAS YANG DIUMUMKAN TSMY BANYAK KELONGGARAN SECTOR INDUSTRY KECIL SEPERTI BAZA PASAR PAGI PASAR TANI PASAR MALAM GUNTING RAMBUT GYMNASIUM DAN SUKAN COMMERCIAL DI BENARKAN BEROPERASI DENGAN MEMATUHI S.O.P YANG TELAH DI TETAPKAN KERAJAAN.
KERAJAAN TANPA DAP PKR DAN AMANAH LEBIH MAKMUR BERBANDING 21BULAN SETENGAH KERAJAAN PH MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA YANG TERNYATA GAGAL MENGEKANG KEMASUKKAN PELANCONG DARIPADA NEGARA CHINA MESKIPUN W.H.O SUDAH MEMBERI AMARAN AWAL.
KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL DI BAWAH PENGURUSAN TSMY DAN BERISAN KABINETNYA MEMBANTU SEMUA GOLONGAN TANPA MENGIRA KAUM BANGSA DAN AGAMA.
JELAS KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL LEBIH PRIHATIN DAN MENJIWAI PERMASALAHAN RAKYAT SECARA SELURUHANNYA.
BERBANDING KERAJAAN PH YANG TERNYATA GAGAL MENJIWAI PERMASALAHAN RAKYAT SECARA KESELURUAHANNYA BUKTINYA PELBAGAI SUBSIDE DI KURANGKAN SERTA DI MANSURKAN KEPADA GOLONGAN BUMIPUTERA SERTA PENJAWAT AWAM TURUT TERKESAN.

Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadi
Perdana Menteri kami, menabur bakti bersama
Jemaah Menterimu.
Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiap
masalah rakyat kami juga menyayangimu.
Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggi
sebaris para nabi kekasih Allah kerana pemimpin
yang adil dan amanah. Insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
18 April 2020
(Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat
Malaysia tercinta)
Bintang Menyerlah
 20 Jun pada 8:46 PAGI Dikongsi dengan Awam
"PM MALAYSIA TERBAIK DALAM SEJARAH"
Kalau orang tanya saya , Siapa PM terbaik Malaysia yang pernah ada setakat ni , Jawapan saya Tan Sri Muhyiddin Yassin . Kenapa ? Sebab dia cipta sejarah dalam ramai-ramai yang pernah pegang jawatan PM , Dia sorang je yang pernah ketuai Takbir raya , Jadi imam untuk para menteri , Baca doa untuk rakyat , Tak pernah cakap melayu malas , Tak pernah suruh rakyat ikat perut , Tak pernah kata rakyat manja , Tak pernah cakap soal politik ketika buat pengumuman khas, Tak pernah cakap negara tiada duit , Tak pernah cakap salahkan kerajaan lama , Tak pernah cakap yang menyakitkan hati , Tak pernah salahkan PM sebelumnya ,Tak pernah cakap perkataan menyombong diri , dan masih banyak lagi.. Padahal baru berapa bulan dia pimpin kerajaan , Macam-macam dah dia buat.Inilah PM yang rakyat perlukan...Bukannya PM yang asyik kata rakyat malas dan suruh rakyat ikat perut.
Tan Sri Muhyiddin Yassin The Best Malaysia Prime Minister Ever ! Moga Allah sentiasa melindungi beliau dari niat jahat manusia yang tamak dan gilakan kuasa. Moga Allah berikan beliau kesihatan yang baik dan panjangkan usia beliau serta Semoga beliau kekal menjadi PM buat rakyat Malaysia.... Aamiin Ya Mujib.
*Saya tak pernah terfikir dan sangka Malaysia ada PM seperti ini. Itulah gunanya agama , Itulah baiknya bila pemimpin baik agamanya dan takut pada Allah. Mana yang baik kita sokong , Rakyat tak perlukan PM yang banyak janji manis tapi rakyat perlukan PM yang bila dia cakap dia buat. Terima kasih abah sebab bertungkus lumus mentadbir Malaysia sepanjang virus covid19 yang melanda seluruh dunia. Kami bersyukur Allah kurniakan kami PM yang begitu baik ketika virus melanda. Setiap Musibah yang berlaku pasti ada Hikmahnya. Musibahnya adalah virus dan hikmahnya adlah dapat PM yang baik.
Alhamdulillah.. Allah hadirkan PM ke-8 TSMY.. disaat negara menghadapi covid 19..semoga dipermudahkan urusan mentadbir negara Malaysia yang d cintai Aamiin 🤲🤲🤲 🙏🙏🙏🇲🇾
Alhmdulilh syukur Yaa Allah
Aamiin Yaa Mujib
Terbaik🙏🇲🇾
Alhmdulilh Aamiin syukur Yaa Allah Yaa Mujib🌹🍃
Allahhummaa Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib ..🌹🍃
AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰـنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ۞ ٱلرَّحْمَٰـنِِ ٱلرَّحِيمِ۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ءَامِين🌹🍃
Note: Taip #MyPM Tanda Sokongan Anda Pada Perdana Menteri Malaysia...
PERDANA MENTERI DAMBAAN RAKYAT
SUSAH SENANG KITA BERSAMA

Bintang Menyerlah
 4 Jun Dikongsi dengan Awam
YAA ALLAH..... KAMI MEMOHON KEPADA MU KEAMPUNAN....
MAKA AMPUNILAH KAMI.
KAMI MEMOHON KEPADA MU KESIHATAN........
MAKA BERIKANLAH KESIHATAN SIHAT WAL'AAFIAT KEPADA KAMI.
KAMI MEMOHON KEBERKATAN...
MAKA LIMPAHKANLAH KEBERKATAN KEATAS KAMI.
KAMI MEMOHON KESELAMATAN DUNIA DAN AKHIRAT......
MAKA SELAMATKANLAH KAMI DI DUNIA DAN AKHIRAT.
KAMI MEMOHON PERLINDUNGAN.......
MAKA LINDUNGILAH KAMI.
KAMI MEMOHON PETUNJUK......
MAKA BERILAH KAMI PETUNJUK JALAN YANG LURUS YANG DIREDHAI OLEH MU
KAMI MEMOHON BANTUAN....
MAKA BANTULAH KAMI.
KUKUHKANLAH KEDAULATAN UNDANG UNDANG DAN INSTITUSI RAJA RAJA MELAYU SERTA NEGARA KAMI.....
PERKASAKANLAH NEGARA KAMI SEBAGAI NEGARA ISLAM YANG BERDAULAT YANG BERPAYUNGKAN RAJA RAJA MELAYU YANG HEBAT
LAGI KUKUH....
PUPUKKANLAH SEMANGAT PERPADUAN SESAMA UMAT USLAM KHUSUSNYA DAN KEHARMONIAN BERBILANG BANGSA AMNYA...
SEMOGA NEGARA KAMI AMAN SERTA RAKYAT HARMONI....
KAMI BERTAWAKKAL ATAS NAMA MU YAA ALLAH YANG MAHA KUASA..
TIDAK ADA DAYA DAN UPAYA KAMI
MELAINKAN DENGAN IZIN MU BANTUAN DAN PERTOLONGAN DARI MU....
🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲
Dilihat oleh 4
Suka
Komen
Kongsi

Ratu Rimba Niagara
 berkongsi siaran.

Pentadbir
 8 Julai pada 12:44 PTG Dikongsi dengan Awam
ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa;
Indahnya budi kerana bahasa,
Bahasa jelek hati terasa.
Budi dibalas racun berbisa,
Lagi berbahasa lagi berbisa;
Berkatalah pada reti bahasa,
Tidak faham bisulah bahasa.
Sejambak budi sejambak bahasa,
Indahnya budi meresap ke hati;
Tiada kata seindah bahasa,
Bahasa indah harum di hati.
Bahasa kukait dengan cinta,
Budi kuhargai hingga ke mati;
Indahnya bahasa kerana cinta,
Indahnya cinta setulus hati.
Hari-hari berbahasa indah,
Serasa berada di taman Syurga;
Semua temanku bermadah-madah,
Madah pujangga bak penghuni Syurga.
Bahasa mu indah menguntum senyuman,
Senyuman berseri bak bulan purnama;
Dalam hati kau teman idaman,
Terpatri cinta di Syurga bersama.
Hari-hari ku petik bunga bahasa,
Lalu kukarang sejambak bahasa;
Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
Teman istimewa tahu bahasa.
Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
Bahasa indah hadirlah di hati;
Kuungkapkan indahnya bahasa,
Bahasa hati pada yang mengerti.
Duniaku dunia bahasa,
Karyaku karya bahasa;
Indahnya karya bahasa,
Berertinya karya bahasa.
Bahasa indah terkuntum senyuman,
Setiap bahasa sentiasa dijaga;
Kata-kata indah terukir senyuman,
Pahala dibawa hingga ke Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara
22 Oktober 2012
RATU RIMBA BERBALAS PANTUN DENGAN AHLI
GRUP LUAHKAN HATIMU SEHINGGGA KAU TENANG
Ratu Rimba Niagara:
Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada rakan yang berbudi bahasa;
Marilah kita sama-sama bicara,
Bicara soal indahnya berbudi bahasa.
Temul Amsal .
ratu rimba orangnya santun
pandangan sayu indah bicara
apa guna kita berpantun
kalau hatiku selalu terluka
Ratu Rimba:
kita berpantun hilangkan duka,
Kita bicara yang tenang-tenang;
Kujahit lukamu dengan benang cinta,
Agar hatimu bertambah sayang.
Temul Amsal .
kain basah sudah dibilas
ampaikan sekali di atas tiang
takku sangka kata berbalas
sukanya hati bukan kepalang
Ratu Rimba Niagara:
suka hatimu sukalah hatiku
hilang dukamu hilanglah dukaku
jangan ada sangsi di hatimu
kerana kau sentiasa di hatiku
Temul Amsal .
tegak dipintu pagi hari
pandangan terpukau ke selangor
kini aku tak sangsi lagi
karena engkau berkata jujur
Ratu Rimba Niagara:
berkata jujur kerana sayang
berkata benci memburukkan hati
Tuhan itu Maha Penyayang
Sopan bahasamu terpaut hati
Bahagia jika saling hormat menghormati
Rasa hati bagai syahdu dalam ketenangan
Ku sudi berkawan denganmu kerana baik hati
Moga hidupmu dibalas kebaikan.
Temul Amsal .
ikan gulama tolong digulai
duduk di meja makan bersama
entah dimana mau ku mu mulai
setiap kata kehilangan makna
Ratu Rimba Niagara:
setiap kata kehilangan makna
itu ada bermakna
jadikan yang bermakna itu bermakna
kasihmu kasihku terlalau bermakna
Temul Amsal .
hati hati jalan di batu
nanti kesasar ketengah kota
kalau hati sudah menyatu
barulah besar karya kita
Ratu Rimba Niagara:
karyamu karyaku
sama-sama kita usahakan
negaramu negaraku
sama-sama dalam kecemerlangan
indahnya bahasa kerana budi
indahnya budi kerana sayang
orang berbahasa kita berbudi
dua negara jiran saling sayang.
(GRUP LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG)
18 Sept 2012
INDAHNYA BUDI BAHASA
Ratu Rimba Niagara:
Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada rakan yang berbudi bahasa;
Marilah kita sama-sama bicara,
Bicara soal indahnya berbudi bahasa.
Yahya Isa ...
Keli di lumpur dilantun kelisa,
haruan di paya memakan umpan;
berbudi luhur santun berbahasa,
warisan budaya zaman berzaman.
Ratu Rimba Niagara:
Berbudi luhur santun berbahasa,
Tenang hati bahasa tersusun;
Dijaga rapi bila berbahasa,
Agar didengar penuh santun.
Yahya Isa ....
Berbunga corak busana Melayu,
diambil selembar diberi teman;
suara lunak terasa mendayu,
sekali terdengar hati tertawan.
Ratu Rimba Niagara:
Budi bahasa indah ditutur,
Didengar hati tertawan;
Berfikir dahulu sebelum ditutur,
Agar lebih menjadi hati tertawan.
Yahya Isa ....
Bersimpuh dara sambil berpantun,
kemas lancar melontar madah,
luruh di jiwa melihat santun,
biar dipagar sanggup kuredah.
Ratu Rimba Niagara:
Luruh jiwa melihat santun,
Itulah bahasa pengikat jiwa,
Mmerana badan hilang santun,
Hilang kasih hilang jiwa.
Budi bahasa pengikat kasih
Kasih mengasihi sesama insan
Saling membantu penyeri kasih
Senyuman terukir di hati insan
Budi bahasa lambang jiwa,
Hati nurani seputih salju;
Indah bahasamu penenang jiwa,
Membuatkan hatiku terus merindu.
Yahya Isa ...
Teruna dara pulang berkebun,
disambut ibu tengah halaman;
merana jiwa hilang santun,
lembut ayu berubah jangan.
Ratu Rimba Niagara:
Lembut ayu berubah jangan,
Itu lambang kesopanan melayu;
Sesama kita bergaduh jangan,
Memaafi buang dendam di hatimu
Saling bermaafan sesama kita,
Kerana kita insan tak sempurna,
Jangan dikenang kekhilafan lama,
Barulah lengkap iman sempurna.
(GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
18 Sept 2012
Pencerita Visual
 8 Julai pada 5:41 PAGI Dikongsi dengan Awam
insyaallah

HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.

JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.

BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !

SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'

As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30

“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                                                       
9 Julai  2020 

0 comments:

Post a Comment

 
;