Monday 14 September 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (330) KUN FAYAKUN MAKA JADILAH ATAS KEHENDAK-NYA




SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (330) KUN FAYAKUN MAKA JADILAH ATAS KEHENDAK-NYA
PADA HARI INI
1 tahun lepas
14 September 2019 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
Tiada penerangan foto disediakan.

Penyejuk Hati
 kemas kini gambar profil mereka.

















































Aamiin






PADA HARI INI
1 tahun lepas
14 September 2019 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan












































WWW


ADA HARI INI
2 tahun yang lepas
14 September 2018 
Dikongsi dengan Awam
Awam
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
*SUBHAN'ALLAH..
*ALLAHUAKBAR..
*KALIMAH ALLAH TERDAPAT PADA KULIT BUAH TEMBIKAI SUSU..









































































PADA HARI INI
1 tahun lepas
14 September 2019 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan








































HARU BIRU KEHIDUPAN DUNIA MASIH BISA DIPERBAIKI
HURU HARA HARI AKHIRAT SUDAH TERLAMBAT DISESALI


PERTOLONGAN ALLAH ITU SELALU DATANG PADA SAAT YANG TEPAT KERANA DIA MAHA MENEPATI JANJI. BILA DIA BERKATA KUN FAYAKUN ITULAH JANJI-NYA.

APABILA TUHAN MENJADIKAN SEGALANYA INDAH PADA WAKTUNYA TIADA YANG DIFIKIRKAN LAGI MELAINKAN KEBESARAN KEKUASAAN-NYA MENGATASI SEGALA-NYA KERANA DIALAH YANG MAHA MENENTUKAN SEGALA QADA & QADAR SETIAP HAMBA-NYA.
KETIKA ITU APA YANG DILIHAT ADALAH ZAT CINTA-NYA.


TAKDIR ALLAH ADALAH TAKDIR YANG TERINDAH


REZEKIKU ADALAH KARYAKU ILHAM DARI-NYA TANPA HAD
DENGAN IZINNYA JUGA KARYAKU MENJADI SUMBER REZEKIKU
TANPA HAD UNTUK AKU JADIKAN SAHAM AKHIRATKU INSYA-ALLAH
AAMIIN.
  ..



TERUS LAYARKAN AKU KE DESTINASI YANG SELAMAT
Bahteraku belayar di tengah samudra
Tak henti diipukul ombak membadai
Hingga aku kepenatan untuk setia pada ombak
Hingga aku kelemasan untuk setia mendengar deruan ombak
Duhai ombak membadai...
Pukullah aku semahumu jika itu boleh membahagiakanmu
Duhai angin ribut taufan
Terus layarkan aku ke destinasi yang selamat
Agar aku tenang pabila sampai waktunya nanti
Duhai kelompok-kelompok awan aktif
Tolong beri sokongan padaku
Untuk aku
tak mudah mengalah
Pada ombak membadai
Pada angin ribut taufan
Yang tak pernah faham
Betapa aku sayangkan kalian
Biarpun kalian tak pernah menghargai kasihku ...
Aku menanti di garisan penamat
Agar kita bersama di SyurgaNya
Inshaa Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
14 Januari 2013





Nasib tak selalu menyebelahi kita, 
Takdir hidup sudah termaktub ketika di luh mahfuz,
Usah kita berharap pada nasib semata-mata,
Kelak ia 'membunuh' takdir dan kehidupan kita,
Kerana setiap manusia itu perlu berusaha untuk mencapai sesuatu,
Berjaya atau tidak ia bukan soal nasib,
Itu soal takdir dariNya,
Yang pasti.. kita sebagai manusia dan hamba ALLAH,
Usahalah yang terbaik untuk diri kita ini.. Dan redha ketentuanNya setelah kita berusaha sungguh-sungguh..


WW

CINTA SEJATI ANGSA PUTIH
Keunikan angsa putih
bilamana menetas
angsa putih terus mencari pasangannya
bila bertemu itulah cinta sejatinya
tidak akan ada gantinya selepas itu
andai cinta sejatinya mati
dia juga akan mati
cinta sehidup semati
cinta sejati cinta abadi sehingga hujung nyawa
Masya Allah kelebihan yang Allah berikan kepada
Cinta Angsa Putih Cinta Sejati Hati
ke mana pergi bersama mengindahkan dunia cinta
bagi mereka yang menghargai Cinta Kurniaan Ilahi
Karya Ratu Rimba Niagara
8 Zulkaedah 1435H
3 September 2014


SIAPALAH AKU DI HATIMU!
Kau pinta aku menjadi bidadari hatimu...
Tapi bilamana aku pinta kau menjadi bidadara hatiku
Kau menolak dengan alasan kau sudah memiliki cinta lain
Setelah kehilanganku ....
Selama ini aku setia sama kamu
Dan setega itu kau memutuskan
Bilang sama aku kau sudah tidak punya cinta
Dan kau kini bahagia bersama bidadari mu yang
Lebih membahagiakan mu...
Moga kamu bahagia di samping dia kau cinta
Ku biarkan rindu ini
Hanyut dibawa ombak rindu hingga ke penghujung dunia...
Pergilah sepi...
Pergilah rindu...
Dan aku tak akan menunggumu lagi...
Pada hati yang tak pernah setia pada
Sebuah ikrar janji suci
Bersaksikan
Bulan... bintang...
Yang sedang berzikir memuji Allah...
Tanpa henti...
Hanya Allah yang tahu
Siapalah aku di hatimu...
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2013


PUISI SUFI BONDA HANNA & RAJENDRA
Duhai bonda Hanna kesayanganku
Kata-katamu buatkan aku terkedu
Iramanya mendayu-dayu
Hatiku jadi sayu
Jiwaku jadi pilu
Terus merindu
KurinduNya dalam kalbu
Kaulah penyubur rindu
Hadirmu syukurnya aku
Sudilah berkongsi ilmu
TentangNya tentang cintaNya rasa tak jemu
Diulang-ulang selalu
Berkat ilmu anugerah untuk mu
Makanya jangan jemu berkongsi ilmu denganku
Bersahabat denganmu sukanya aku
Bertambah ngam pabila puisi sufi mu bergandingan si rajendra itu
Aku dibuai dan hayunkan puisi sufi merdu
Mendayu-dayu
Sayu
Terbenam di kalbu
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar aku rindu...
Ya Allah Kau balaslah puisi sufi mereka ini dengan cintaMu!
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2012


CINTANYA UNTUK CINTAKU UNTUK CINTAMU UNTUK CINTA SEMUA
Allahu Akhbar!
Bonda Hanna kasihku padamu sepenuh jiwa
Hilang laraku mendengar syair sufimu
Kusayang kamu hingga tak lalu makan tak lena tidur
Syairmu mendayu-dayu mengajakku mengenal dan mencintaiNya
Mengenyangkan rohku yang ketandusan cintaNya
Terjelepuk aku diperdu rindu
Terus-terusan merinduiNya
Ku jatuh cinta padaNYa
Syukur aku padaNya
Mengurniakan aku pujangga sufi sepertimu
Karyamu bak mutiara yang kucari-cari
Bak pelangi indah di waktu pagi
Harumnya menyelubungi pagi dan petang
Petang bawa ke malam
Aku beradu dalam muhasabah aku padaNya
Moga Dia membalas cintaku cintamu juga
Warkah puisi cintamu mengajak aku mengenal dan mencintaiNya
kupamirkan di halaman muka buku
biar ramai sepertku MemujiNya Meng-AgungkanNya
Di sebilang masa di setiap waktu
Allahu Akhbar sukanya aku... sukanya engkau
Mesej cinta mu telah kusebar luaskan
Dibaca seluruh penghuni bumi
Pebagai bangsa pelbagai bahasa
Rahsia cintaNya boleh dimiliki
Asalkan ikhlas mencintaiNya
Dia Maha Pengasih Maha Pengasih
KasihNYa Tanpa Batas Tanpa Had
Moga cinta berbalas cinta
CintaNya untuk cintaku... untuk cintamu...untuk cinta semua.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2012



DAN ITULAH PIALA ANUGERAHNYA
Telah lama kujejaki bintang di langit
Kutercari-cari mana satu bintang itu
Malu dia memunculkan diri
Bintang yang lain menghinaku
Lalu aku terhina dalam lara membungkam
Hampir nafasku terhenti
Namun Dia tidak mengizinkanNya
Selagi aku tidak menggenggam bintang itu
Aduhai bintang...menjelmalah dikau
Aku perlukanmu
Agar dapat kusebar luaskan cinta Tuhanku di muka bumi ini
Agar seluruh penghuni bumi ini mencintaiNya
MencintaiNya mengatasi segalaNya
Biarpun kau menyorok di balik bintang-bintang lain
Aku tetap memilikimu
Biarpun ramai yang ingin membunuh anganku untuk memilikimu duhai bintang hatiku
aku akan tetap menjejaki mu sehingga kau kumiliki digenggamanku
Moga Dia tabahkan hatiku dalam cabaran aku memilikimu
Tanpa jemu tanpa penat tanpa putus asa
Kucuba sehabis kudrat
Mana tahu dengan kehendakNYa yang telah tercatat
Di Suratan Takdir
Kau datang padaku
Di kala hatiku pasrah dan redha untuk memilikimu
Kau berjaya kumiliki digenggaman
Atas kehendakNya kumemilikimu
Dan itulah takdir yang tersurat
Dan itulah piala anugerahNya
Syukurku dalam sujudku
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2012

DEMI MERAIH CINTANYA DEMI MENDAPAT BALASAN CINTANYA
Terharuku teringatkan kisah cinta Zulaikha dan Yusuf
Akhirnya Allah kabulkan percintaan Zulaikha pada Yusuf
Takdir cinta tercatat di Lauhmahfuz tiada siapa yang tahu hanya Dia Yang Maha Tahu
Sebelum Mengenal Tuhan ...Zulaikha yang tergilakan Yusuf
Sesudah mengenal Tuhan CintaNya pada Allah mengatasi segalaNYa biarpun cinta Yusuf sudah dimilki
begitu hebat keajaiban cinta
cinta berbalas cinta ...cinta keranaNya membawa ke SyurgaNya
Berbeda kisah percitaanmu dengan si pujangga Rajjj
Sama-sama pujangga sufi
Masing-masing memburu cintaNYa
Masing-masing meraih cintaNYa
Dan aku merasakan beban cinta dan beban rindumu
Oooohhh Rajjjj
Ooooo Rajjj
Balaslah cintanya
Agar hilang beban cintanya padamu
Moga tenang jiwanya
Aman jiwamu
Sama-sama cinta
Sama-sama sayang
Demi meraih cintaNya
Demi mendapat balasan cintaNya
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2012


KERANA ALLAH MAHA TAHU ISI HATIMU ISI HATIKU
Kau dan aku tiada bezanya
Kau hambaNya
Aku juga hambaNya
Kau berhak memiliki cintaNya
Aku juga berhak memiliki cintaNya
Sama-sama ada hak
Selagi nafasmu masih ada
Selagi nafasku masih ada
Selagi nyawa belum sampai di kerongkong
Samalah kita memburu cintaNYa
Memiliki cintaNya tanpa iri di hati
Kerana Allah Maha tahu isi hatimu isi hatiku
Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2012


KAU BERGERAK BERSAMA BAYU MEMBAWA SETANGGI CINTANYA
Jika kau seperti dewangga di dalam dewala
Kau bergerak bersama bayu
Membawa setanggi cintaNya
Lalu kau sirami di hati-hati ketandusan cintaNya dan rinduNYa
Roh dan jasad kembali bercahaya-cahaya mendapat Nur Hidayah KasihNya
Kau Syukur aku pun syukur
Berkat penghambaanmu ...
penghambaanku penghambaan semua
padaNya Yang Esa
Karya Ratu Rimba Niagara
14/1/2012


MENUJU KE JALAN-JALAN SYURGANYA
Janganlah kau risau
Janganlah kau bimbang
Teman sejati yang kau cari
Yang kau nanti-nantikan
Yang kau impikan
Ada di grup ini
Grup yang sama pemikiran
yang sama minat
yang sama perjuangan
Perjuanganmu perjuanganku perjuangan mereka tiada bezanya
Semuanya bermatlamat yang satu
Menuju ke jalan-jalan SyurgaNya
MencintaiNya melebihi daripada segalaNya!
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2012



PANTUN KISAH PERSAHABATAN PALSU
Assalamualaikum duhai semua sahabat fbku,
Apa kabarmu di sana;
Moga bahagia selalu,
Salam kasih salam sayang untuk semua.
Di sini aku mula nak bercerita,
Bukan nak mengumpat bukan nak mengata;
Tentang sebuah kisah untuk dikongsi bersama,
Kalau ada pandangan aku ingin mendengarnya.
Bermula dengan seorang jiranku satu ketika dulu,
Namanya Siti Rohani kawan baikku;
Sikapnya buatkan aku bercelaru,
Bermuka manis di belakang mengumpat mengejiku.
Kami selalu bergelak ketawa bersama,
Hingga dikenali sebagai kawan hati sejiwa;
Tapi rupanya sekadar topeng belaka,
Tak sangkaku kenapa sampai hatinya.
Memang sifatku bertegur sapa dengan jiran di sekelililngku,
Bila bertemu bersalaman bertanya kabar;
Bercerita tentang ceramah di surau,
Bila cerita gembiranya hati tidak dapat digambar.
Kak Leha jiran yang sama ke surau,
Minta aku ajarkan mengaji untuknya;
Tanpa berfikir aku setuju kerana itu minatku,
Belajar bersungguh bersemangatnya Kak Leha.
Tepat masanya ku nantikan Kak Leha,
Kak Leha tak juga kunjung tiba;
Hatiku bimbang dengan tiba-tiba,
Mungkin Kak Leha sakit agaknya.
Tiba-tiba hatiku terasa pilu,
Kawan baik jiranku semuanya menjauhkan diri;
Tertanya-tanya aku kenapa mereka begitu,
Apa salahku kenapa aku dihukum begini.
Aku mengadu kepada Siti Rohani,
Siti Rohani memujukku agar bertabah hati;
Pujukan Rohani esakkanku terhenti,
Syukurku punyai kawan sebaik Siti Rohani.
Kemesraanku dengan jiran-jiranku tidak seperti dulu,
Mereka telah menjauhkan diri dariku;
Mujurlah ada Siti Rohani yang sudi berkawanku,
Selalu memujukku dan menasihatikan aku.
Kutanya Siti Rohani kenapa mereka begitu,
Jahat sangatkah aku hingga mereka menjauhkan diri;
Yang peliknya Kak Leha pun begitu,
Rohani katakan adatlah manusia begini.
Setiap hari aku tertanya-tanya,
Kenapa semua jiranku terus menyepi;
Kepada Tuhan aku berdoa,
Supaya diberi kesabaran ujian yang kuhadapi.
Lama-lama aku sudah menjadi lali,
Tidak mempunyai ramai kawan seperti dulu;
Cuma ada kawan baikku Siti Rohani,
Namun kurindukan semua kemesraan seperti dulu.
Suatu hari aku berkenalan dengan jiran baru,
Dia buta punyai anak dua;
Berkawan dengannya sukanya hatiku,
Lauk-pauk yang kumasak kuberikan padanya.
Biarpun Ros buta aku suka berkawan dengannya,
Anak-anaknya selalu kubelikan coklat;
Berkawan dengan Ros hari-hari berbunga-bunga cinta,
Kuberdoa supaya hubungan persahabatan tidak menjadi kelat.
Tengah hari itu aku pergi ke rumah Ros,
Pergi bersama dengan Siti Rohani;
Menghantar lauk kegemaran Ros,
Ros menyambutku dengan suka hati.
Terperanjatku apabila Ros beritahuku,
Supaya jangan berkawan dengan Siti Rohani;
Kutanya Ros kenapa dia kata begitu,
Katanya Siti Rohani tidak ikhlas hati.
Aku tergelak-gelak untuk menahan sabar,
Kerana Siti Rohani ada di sebelahku;
Ros bercerita tidak sabar-sabar,
Siti Rohani mengatakan padanya keburukanku.
Kata Rohani padanya... jangan makan makanan yang kuberi,
Kerana makanan yang kuberi makanan yang sudah basi;
Elok terus dibuangkan saja jangan disimpan lagi,
Kusenyum dalam duka melihat Siti Rohani.
Siti Rohani tidak terkata apa,
Membisu dia seribu bahasa;
Kupujuk hati supaya tidak mengapa,
Setidaknya ku tahu Siti Rohani itu siapa.
Barulah ku tahu siapkah yang empunya angkara,
Hinggakan kawan-kawanku menjauhkan diri;
Rupanya kawan baikku sendiri empunya angkara,
Aku tak tahu kenapa busuknya hati Siti Rohani.
Syukurku kepada Tuhan Yang Maha Tahu,
Menunjukku siapakah Siti Rohani sebenarnya;
Di depan manis di belakang menikamku,
Tidak sangkaku kenapa sampai hatinya.
Selama ini aku amat menghargai persahabatan dengannya,
Kenapa dia setega itu denganku;
Kujalinkan persahabatan seikhlas hati dengannya,
Tapi apakah ini balasannya keikhlasan persahabatanku.
Aku terlalu kecewa dengan sikap Siti Rohani,
Menangisku pabila kenangkannya;
Moga aku tidak diketemukan kawan seperti Siti Rohani,
Mulut manis tapi amat busuk hatinya.
Moga Allah jauhkan aku dari persahabatan yang palsu,
Kata-kata manis tapi hati penuh beracun;
Persahabatan palsu buat hatiku pilu,
Moga persahabatan palsu ku ini menjadi pengajaran.
Kepada semua teman FB yang dihormati,
Terima kasih atas segala sapaanku;
Sampai sini pena terhenti,
Salam ceria dariku untuk semua teman fbku.
Karya Ratu Rimba Niagara
21 November 2011


Tak akan kubiarkan persahabatan terkubur sama Insya-Allah
Biarpun jasad terpisah dari badan
Tarbiyahmu kubawa di alam sana sebagai peneman
Syukurku berteman denganmu teman




YANG MENUNGGUMU DI SINI
SELAGI NAFASKU ADA
Rinduku rindumu di perdu rindu
Rindu rindu serindunya pada Yang Satu
Takkan kupatahkan kalamku
Biarpun menitis darah pekat merah
Biarkan Zulaika
Biarkan Balqis
Biarkan Walinong Sari
Biarkan Yusuf
Mahu pun Raj
Menjulang tahtamu
Akan kupamirkan sebagai piala paling berharga
Anugerah dariNYa
Yang akan kusyukuri dan semua penghuni bumi...
Duhai Bonda Hanna buah hatiku pengarang jantung
Kutunggumu di perdu rindu
Bawalah rinduku bersamamu
Agar terbias cintaNyapadamu
Dan terbias cintaNya ke aku
Yang menunggumu di sini
Selagi nafas ku ada
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2012

YA ALLAH BALASLAH CINTA BONDA HANNA
TERIMALAH IBADAH UMRAHNYA
Allahu Akhbar!
Terharuku bonda Hanna ku sayang...
Siang malam terbayang-bayang
Biarpun wajahmu sejelita Zulaikha tidak kupandang
Tapi kutahu jelita imanmu buat ku tersungkur
Menyembah Tuhanku dalam rindu membara
Syukurku Ya Allah Kau kurniakan cinta Bonda Hanna
padaku...
Balaslah cintaNya Ya Allah
Balaslah cintaku juga
Balaslah cinta semua yang mencintaiMU
Kami percaya wujudMU Allah
Kami percaya Sifat Pengasih PenyayangMU Allah
Kami rindu kami cinta padaMU Allah
Satukan hati-hati kami Ya Allah
Saling menyayangi keranaMU Allah
Kerana kami takut padaMU Allah
Satukan cinta kami dalam redhaMu Allah
Kerana kami mahu balasan cintaMU Allah
Ya Allah
Bonda Hannaku ingin ke RumahMU Allah
Limpahilah ia dengan rahmatMu
Terimalah segala amalannya
Berikanlah kekuatan dan kesihatan tika mengejakan ibadah umrahnya
Ampunkan segala khilafnya Allah
Kabulkan segala doanya Allah
Terimalah ibadah umrahnya Allah
Dengan balasan umrah mambrur Allah
Limpahkan cintaMu di hatinya tanpa had Allah
Agar kepulangannya nanti dapat dikongsikan
Sinarnya bersama semua sahabat-sahabatnya di bumiMu ini
Aamin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2012


PINTU HIDAYAH KASIHNYA TERKETUK DI PINTU HATIMU
Hadirmu walaupun cuma bayangan tak kutahu
tapi kupercaya wujudmu ada di sana
biarpun suara mu tidak kudengari
... tapi suara hatimu amat kufahami
kubaca baris demi baris
lantas terlahirlah kasih terwujudlah sayang
kasih keranaNya sayang keranaNya
setiap hari disinari cahaya cinta
bercahaya-cahaya dilamun cinta
cinta yang kudambakan padaNya
terbias di kalbumu
dibawa bayu setia dengan izinNya
pintu hidayah kasihNya terketuk dipintu hatimu
syukurlah aku dalam sujudku
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2012


TERIMALAH KASIHKU SEJATKAN DALAM KALBUMU
Kasih mengasihi keranaNya
Indahnya seakan di SyurgaNya
Tutur katamu secantik bahasa seindah budi
Tiada mu pasti kurindu
Warkah Khashaf cintamu padaNya terbenam di kalbu
Tengiang-ngiang berulang kali kubaca
Lalu mengujakan aku merindui Tuhanku Tuhanmu Tuhan Sekalian Alam
Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang
Maha Membalas Disetiap Kebaikan
Moga Allah membalas kebaikanmu
Mengkongsi ilmu padaku pada semua
Sejahteralah dikau wahai kekasih Allah
Ilmu dicurah tersejat dikalbu membeku selamanya
Mencair tiba-tiba pabila ingin dikongsi bersama semua
Terima kasih sayang
Terimalah kasihku sejatkan dalam kalbumu duhai Bonda Hannaku!
Ku sayang kamu selagi hayat ku ada...
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2012

CERIA DAN DUKA DIGABUNGKAN MENJADI PELANGI CINTA
Duhai Kerabat diRaja...
Duhai Laksamana Mas ...
Duhai anak bangsa Rumpun Melayu
Berpisah dengan kalian aku nggak tega
Kalian adalah sebahagian daripada hidupku
Ceriamu cerialah aku
Dukamu dukalah aku
Adakalanya ceria menjadi penawar
Setelah adanya duka
Ceria...ceria...ceria...bak pelangi hati
Duka...duka...duka.. bak gerhana hati
Ceria dan duka digabungkan menjadi pelangi cinta
Cinta demi negaraku negaramu dan
Demi senyuman anak cucu Rumpun Melayu
Karya: Putri Rimba Niagara
4 April 2012
Unfollow Post · April 4, 2012 at 10:32am
Prabu Sri Narayana Kusuma, Datuk Jem and 5 others like this.

apa diharap kasihnya orang,
kusemai padi tumbuhnya lalang;
apa diharap budinya orang,
kasihku terpadam terus menghilang.


dalam hati ada benci,
kuharap bunga dibalas racun;
kubuang segala benci,
moga berbunga budi yang santun.



Janji apa lagi hendak kusandarkan,
Pada mereka yang tak tepati janji;
Ingin aku lupakan,
Ikatan sebuah janji.




BERERTINYA KEJUJURAN
Sesiapa saja boleh melafazkan jujur,
Mulut berkata lain hati bicara lain;
Jadi mana letaknya jujur, 
Sejujurnya tanya hati tanyalah iman.
Kejujuran terletak pada hati,
Hati yang ikhlas tersirna kejujuran;
Orang yang jujur sentiasa dihormati,
Sahabat sejati selalu memberi sokongan.
Hati tak nampak kerana terselindung,
Perselindungan yang penuh teka teki;
Orang yang ikhlas tak perlu bimbang,
Kerana mata batin nampak di hati.
Kejujuran terserlah di hati,
Bila berkata lahir dari sanubari;
Mata berkaca sejernih air di kali,
Senyuman terukir wajah berseri.
Bila kejujuran nampak di hati,
Semua janji akan ditepati;
Bukan seindah menabur janji,
Memakan diri tak tertunai nanti.
Orang jujur ramai yang menyukai,
Bila bercakap seikhlas hati;
Bukan kejujuran sampai memakan diri,
Diperkotak katikkan sesuka hati.
Bila berkata asyik membangga diri,
Kerana rasakan hidup serba sempurna;
Perasaan orang lain tidak diambil peduli,
Sahabat menjauhkan diri kerana hati terluka.
Kejujuran buat hati jadi tenang,
Segala urusan dipermudahkan Tuhan;
Ditempuhi segala dugaan yang datang,
Moga mendapat redhaNya Tuhan.
Berertinya kejujuran dalam setiap kehidupan,
Hidup dilalui bagaikan sinar ketenangan;
Wajah berseri-seri hati penuh keceriaan,
Tiada langsung berdengki-dengkian .
Teman menyelewang hati tak keharuan,
Bila berkata tiada kebenaran;
Perkataan yang sia-sia yang diluahkan,
Persahabatan hambar tiada berkekalan.
Hati terhiris bak sembilu pilu,
Kata-kata diluahkan bagaikan hirisan;
Hirisan hati penuh pilu,
Biarkan kuundur diri jangan aku dipersalahkan.
Jangan aku dipersalahkan,
Kesan dari ketidakjujuran;
Mulut mengiyakan hati menafikan,
Itu tandanya orang mempersendakan kejujuran.
Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.
Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.
Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.
Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Rabiulawwal 1434H
14 Januari 2013


MENANTI TIBA MAHKOTA JIWA
Hilang roh hilanglah jiwa,
Hilang jiwa tak punya hati;
Adanya hati hiduplah jiwa,
Roh tenang bila miliki mata hati.
Menanti tiba mahkota jiwa,
Wajah berseri bak purnama malam;
Alangkah indah sehati sejiwa,
Merealisasikan cita yang tak pernah padam.
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Januari 2013


INDAHNYA TERMASUK DALAM GOLONGAN AHLI SYURGA ALLAHU AKBAR AAMIIN
Suka
MOGA HATI KITA TAK SEKERAS BATU SELEMBUT SALJU DI PERGUNUNGAN HIMALAYA SENTIASA MERASAKAN HATIKU DALAM GENGGAMAN ALLAH KEPADA-NYA AKU BERSERAH PASRAH SEGALA-NYA HANYA PADA-NYA


    PENGHUNI SYURGA SALING MEMBERI SALAM SEJAHTERA
    Saiful Bahari Waalaikumussalam
    AsZie Nazie walikmslm..
    Hira Bara Yg tk jwab tk islam ker..
    Jgn tlalu cpt mnghukum..
    Kmu dengar ker org jwb ker tk jwb..
    Rabeah Binti Mohd Ali Memberi salam sunat menjawab salam wajib
    di Syurga penghuni-Nya saling memberi dan menjawab salam...Allahu Akbar indah-Nya hidup di Syurga. Aamiin
    "Hira Bara maafkan Katsumi Suzika kerana menghukum orang yang tak jawab salam bukan Islam...sesama kita saling memaafkan kerana kita insan yang tak sempurna."
    PETIKAN WALL GRUP MENGEJAR PELANGI RINDU, KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    4 RABI'UL AKHIR 1437H
    14 JANUARI 2015
    "ANDA BOLEH MEMILIH UNTUK BERKATA BAIK ATAU TIDAK
    TAPI AKU MEMILIH UNTUK BERKATA BAIK KERANA SETIAP YANG BAIK ITU DATANG-NYA DARI ALLAH YANG LEMAH ITU ATAS KELEMAHAN DAN KEJAHILAN AKU SENDIRI."

YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS BAGAIKAN AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
ALLAH PANDANGLAH AKU DENGAN PENUH RAHMAT KASIH-MU
ALLAH...ALLAH...ALLAH
KAU YANG KUCINTA
KAU YANG KUPUJA
MENYEBUT NAMA-MU RASA TAK JEMU
HADIRLAH KAU DALAM HATIKU
HADIRLAH KAU DALAM JIWAKU
HADIRLAH KAU KETIKA NAZAKKU
AGAR BILA BERTEMU-MU DI LANGIT KE TUJUH
KAU MEMANDANGKU DENGAN PENUH RAHMAT KASIH-MU
SUBHANALLAH INDAH-NYA PERTEMUAN DI KALA ITU
CINTAKU CINTA-MU
TERPANA DALAM DZAT CINTA-MU
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
HANYA KAU DAN AKU YANG TAHU SAAT PERTEMUAN DI KALA ITU MAKA-NYA
YA ALLAH SEBELUM PERTEMUAN ANTARA KAU DAN AKU
MAKA SEBELUM PERTEMUAN ITU BERILAH PELUANG
SEMASA HAYATKU MASIH ADA
UNTUK MEMBUAT SEGALA KERJA-KERJA AMAL SOLEH
YANG KAU REDHAI YANG ADA NILAIAN DI SISI-MU
SEGALA KERJA AMAL BIARLAH ANTARA KAU DAN AKU SAJA YANG TAHU BUKAN UNTUK DIRIAKKAN KEPADA MANUSIA BIARPUN SEBESAR ZAHRAH
KERANA RIAKKU SEBESAR ZARRAH ITU AKAN MEMAKAN AMALAN SOLEH NAUZUBILLAH...
LENYAPKANLAH AMALAN YANG KUBERBUAT DARIPADA PANDANGAN MEREKA KARENA AMALAN YANG KUBUAT ADALAH LAMBANG CINTAKU PADA-MU ALLAH...
HABLUMNINANNAS HAMBLUMMINALLAH
ITU YANG KAU AJARKAN KEPADAKU YA ALLAH
MAKANYA JADIKAN TINTA-TINTA YANG KUTULIS INI
DAPAT MENYATUKAN PERPADUAN UMMAH DI SELURUH DUNIA
INI YANG KUDAMBAKAN DARI-MU YA ALLAH
DALAM MEMPERJUANGKAN ...PERJUANGANKU INI
KAU KURNIAKAN PARA HAMBA-MU YANG BERJIWA AKHIRAT
UNTUK MEMBANTUKU MENJAYAKAN NIAT SUCIKU INI
KAU BUKAKAN HATI HAMBA-HAMBA-MU UNTUK MEMBANTUKU
SAMADA SECARA GHAIB ATAU NYATA
KARENA PERJUANGANKU ADALAH ILHAM DARI-MU
YANG AKU SYUKURI SEBANYAK-BANYAK-NYA
HADIRKANLAH ALLAH KARENA AKU TAKUT PERJUANGANKU
KECUNDANG DISEBABKAN TIADA INSAN YANG SUDI BERSAMAKU MEMBANTUKU...
YANG AKU RAYU INI BUKAN PADA HAMBA-MU YA ALLAH
JIKA KEPADA HAMBA-MU PASTI DIA TIDAK MEMAHAMINYA
JIKA KEPADA-MU PASTI KAU AKAN MEMAHAMKANNYA
AGAR TERBUKA HATINYA MEMBANTU AKU KE JALAN-JALAN-MU
ANDAI-NYA TIADA JUGA HAMBA-MU YANG SEJUJUR IKHLAS UNTUK MEMBANTUKU PERJUANGANKU HINGGA TAK DAPAT DITERUSKAN LAGI...MAKANYA YA ALLAH AKU REDHO KAU AMBIL SAJA NYAWAKU KERANA AKU TAK SANGGUP LAGI HIDUP TANPA PERJUANGANKU LAGI...INILAH PERMINTAANKU PADA-MU ALLAH....MOGA KAU AMPUNKAN AKU..
DAN MEMAKBULKAN DOAKU....AAMIIN YA RABBAL A'ALAMIIN.
HAMBA-MU YANG BERGANTUNG HARAP SEPENUH-NYA PADA-MU
.................................
3 Rabilawal 1437H
15 Disember 2015
SALAM PENUH DAMAI
SALAM PENUH DAMAI
DAMAI MENDAMAIKAN
DAMAI UNTUK SEMUA
DAMAI UNTUK SEMUA PENGHUNI BUMI TERCINTA
ITULAH MISI DAN VISI KITA BERSAHABAT
PERSAHABATAN NAN INDAH
SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
PERDAMAIAN YANG KITA PERJUANGKAN BERSAMA
UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI
GENERASI KINI DAN GENERASI AKAN DATANG
ITULAH ARTI DAMAI
YANG ENGKAU FAHAM YANG AKU FAHAM
SALING BEKERJASAMA
SALING MEMBANTU
DALAM ARTI KATA
KAULAH SAHABAT SEJATI
YANG MENGERTI
ARTI SEBUAH DAMAI
SAMA KITA PERJUANGKAN
KEDAMAIAN INI
KITA HADIAHKAN KEPADA ANAK CUCU
ANDAI KITA SUDAH TIADA DI DUNIA INI
PENGHUNI BUMI TAHU BETAPA KITA SAYANGKAN MEREKA
SEPENUH JIWA RAGA
KEDAMAIAN YANG KITA TINGGALKAN NANTI
DIWARISI KE ANAK CUCU
DIPERTAHANKAN KEDAMAIAN SEHINGGA HUJUNG NYAWA
PENGHUNI BUMI TAHU AKAN KEWUJUDAN KITA DI BUMI
BAHAWA KITA PERNAH
PERJUANGKAN KEDAMAIAN UNTUK MEREKA
ITULAH TANDA KASIH SAYANG KITA UNTUK MEREKA YANG HIDUP AGAR SEMUA DAPAT HIDUP AMAN SEJAHTERA
TANPA ADA KEGANASAN DAN PEPERANGAN
INDAHNYA BUMI INI AMAN DAMAI
BERKAT SEMUA PENGHUNI BUMI PENTINGKAN DAMAI
DAMAI MENDAMAIKAN
DI HATIKU DI HATIMU DI HATI SEMUA
SEMUA CINTAKAN DAMAI
DAMAI DALAM KETENANGAN
TENANG SEMASA HIDUP
TENANG SEMASA MATI
IN SHAA ALLAH SYURGA MENANTI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Rabiulawal 1437H
15 Disember 2015
Ratu Rimba Niagara shared Sucikan Hati Dari Penyakit Hati'sphoto.
'KU INGIN DUNIA SASTERAKU MASUK KE DUNIAMU
KERANA DUNIAMU ADALAH SASTRAKU'
MOGA ALLAH AZZAWAJALLAH MENGIRIMKAN RAKAN FBKU
YANG AKAN BERSAMA MEMPERJUANGKAN
SASTERA YANG KUKARANGKAN SEIKHLAS
HATINYA MENJADI RAKAN SETIAKAWANKU
SEHINGGA KE HUJUNG NYAWANYA
TIDAK SAMA SEKALI MEMBIARKAN AKU
BERJUANG KESENDIRIAAN
MEMBIARKAN KARYAKU TANPA DI LIKE
DAN DIKOMENTAR ATAS APA JUA ALASAN
ATAS APA JUA DARJATNYA
KARENA FBKU ADALAH HANYA TERUNTUK
MEREKA YANG TAHU AKU DILAHIRKAN
KE DUNIA INI UNTUK MENJADI
PENGARANG DAN TUGASNYA SEBAGAI RAKAN FBKU
SEBAGAI PEJUANG SASTRAKU
SETIA MEMBERI KOMENTAR YANG BERNAS
SEIRING TEMA KARYA...
KARENA KOMENTAR WALAU PUN SATU PERKATAAN YANG DITULIS
AMAT BERHARGA BAGIKU LEBIH BERHARGA DARIPADA PERMATA
BERHARGA DI DUNIA INI
KARENA KOMENTAR PEJUANG SASTRAKU AKAN DIBACA OLEH
ANAK CUCU SENUSANTARAKU
WALAU PUN 1000 TAHUN AKU DAN PEJUANG SASTRAKU
SUDAH TIADA DI DUNIA INI
ITULAH MATLAMAT KENAPA
AKU MELANTIK RAKAN FBKU MENJADI PEJUANG SASTERAKU
KEPADA RAKAN FBKU,.MANTAN RAKAN FB, BAKAL RAKAN FB DAN SEDIA ADA RAKAN FB
TOLONG SUDI FAHAMI DUNIA SASTERAKU
MAAFKAN AKU...
MAAF SEBANYAK-BANYAKNYA
ANDAI KITA TAK BERKAWAN FB LAGI
BERERTI KAMU SUDAH FAHAM
KENAPA KITA BERTEMAN FB DAN KENAPA KITA BERPISAH
BERPISAH DI DUNIA ALAMMAYA TIDAK SEMESTINYA
TERPUTUS SILATURRAHIM
KITA TETAP BERSILATURRAHIM SAMPAI MATI SAMPAI SYURGA
IN SHAA ALLAH AAMIIN
'KU INGIN DUNIA SASTERAKU MASUK KE DUNIAMU
KERANA DUNIAMU ADALAH SASTRAKU'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 RABIULAWAL 1437H
15 DISEMBER 2015
JANGAN ADA BENCI ANTARA KITA
Andainya ada diantara kita nanti..
Berubah hala serta memungkiri janji..
Jangan ada benci..
Suka dan duka dilalui..
Jadikan kenangan disudut hati..
Andainya cita cita tidak kesampaian..
Ikatan murni terputus dipertengahan..
Jangan dikesalkan..
Jangan lantaran kegagalan..
Kita berdendam saling bermusuhan..
Ungkit mengungkiti..
Sakit menyakiti..
Memusnahkan diri..
Kita harus tabah dan bersedia..
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba..
Di luar kemahuan kau dan aku..heart emoticon
( casey )
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN ALAMMAYA YANG SUDI LIKE DAN KOMENTAR KARYA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA YANG DISIARKAN DI ALAMMAYA
KALIAN ADALAH SUMBER INSPIRASIKU BERKARYA. PEMBACA KARYAKU ADALAH NADI SASTERAKU DUNIAKU MAKA AKU SYUKURI KURNIAAN ILAHI MENGIRIMKAN KALIAN UNTUKKU TERUS BERSEMANGAT MENULIS DAN TERUS MENULIS SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA IN SHAA ALLAH AAMEEN.
WARKAH ISTIMEWA UNTUK TEMAN ALAMMAYAKU BERNAMA CECILIA DEL TORO
Salam sayang untukmu Cecilia Del Toro...
salam perkenalan untukmu
salam teristimewa untukmu
melihat wajahmu
jiwaku jadi tenang
senyumanmu mengheret dukaku terus tersenyum
indahnya senyumanmu seindah hatimu berbunga cinta kasih dan sayang
biarpun kita berlainan bahasa, agama dan budaya
tapi bahasa alammaya yang bisu dan kaku
tidak sama sekali mengakukan persahabatan kita
kita bicara dalam bahasa sepi bisu tapi penuh bermakna
biarpun sekadar melihat wajahmu ...senyuman manismu
membuatkan aku rasa tenang dan bahagia....
pantun, gurindam, puisi dan syair yang kukarangkan
kau sudi menyapanya
walaupun sekadar kau like itu sudah cukup membahagiakan aku...
serasa kau begitu ikhlas untuk memahami apa yang cuba kusampaikan
sekalipun itu bukan bahasamu
barangkali deria bahasa bathinmu membuatkan kamu memahaminya
terima kasih ya kerana sudi like karya sasteraku
andaikata ditakdirkan suatu masa nanti kita bisa ketemu
pasti itulah saat yang paling membahagiakan
kita saling tersenyum
saling bertanya kabar
berceritakan tentang keindahan persahabatan kita di alammaya
walaupun berbahasa bisu kaku sepi
tapi bahasa kebathinan persahabatan kita tidak sama sekali kaku
ianya sentiasa hidup segar dan indah
seindah hatimu hatiku
yang sentiasa menghargai sebuah persahabatan suci murni di alammaya
yang Tuhanku perkenalkan denganmu
walaupun tanpa rancanganmu rancanganku
barangkali setiap kali melihat postku postmu
di wall Group RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING
membuatkan hati kita berbunga-bunga melahirkan rasa kasih dan sayang
menyayangi sesama insan tanpa membedakan agama bangsa dan warna kulit
ya...kita semua adalah warga bumi yang cintakan
kedamaian
ketenangan
dan saling menghargai di antara satu sama lain
apalah salahnya kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri kita
kita kongsikan/bagikan kepada warga bumi yang lain
manalah tahu jasa bakti kita yang tak seberapa ini
membuatkan warga bumi rasa sejahtera tenang
tinggal di bumi yang bertuah ini
inilah hadiah kita kepada generasi bumi
setelah kita tinggalkan bumi ini nanti
hidup berkasih sayang di dunia
In Shaa Allah jika diizinkan TUHAN
ALLAH SWT memilihmu untuk menjadi sahabatku di Syurga
berkat kita menyemarakkan bumi dengan
kesejahteraan dan kedamaian untuk warga bumi yang tercinta Aameen
Sekian. Sambutlah salam kasih sayang semurni hatiku hatimu....
Kawan Alammayamu yang menyayangi,
menyanjungi dan mengagumimu Cecilia Del Toro....
'SENYUMANMU SEINDAH HATIMU BERBUNGA CINTA KASIH DAN SAYANG'
Yang Menyayangimu Setulus Hatiku,
............................................................
Ratu Rimba Niagara
Teman Alammayamu Yang Suka Berpujangga,
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua,
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia,
19 Rabiulakhir 1435H
19 Februari 2014M
PERJUANGANMU PERJUANGANKU UNTUK SEJAHTERAKAN BUMI INI AGAR DAPAT DIHADIAHKAN KEPADA GENERASI KINI DAN AKAN DATANG TANDA CINTA DAN SAYANG KEPADA SEMUA MAKHLUK CIPTAAN-NYA. IN SHAA ALLAH AKAN DI PERJUANGKAN HINGGA KE TETESAN DARAH TERAKHIR. AAMIIN.
·
Dunia Koe Dunia Moe and 2 others like this.
1 share
Hapip Handoko · Friends with DP Mohd Mazlan
Amin ya Allah semoga semangkin teranglah matahati yamg mendapat cahaya Ilahi karena memang perjuanganmu adalah perjuanganku hingga perjuangan terakhir karena CINTA pada Allah dan Junjungan namun sayang jualah yang dapat mencapai KESUKSESAN karena dukungannya nyata dan tidak nyata semuanya bertasbih yang bergerak atau tidak dari daun hingga batu Wariskanlah pada generasi sedunia ini yang Engkau pilih Ya ALLAH amin
Ratu Rimba Niagara AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Ya Allah ku tak kesendiriaan dalam perjuangan ini
Kau sentiasa bukakan hati hamba-Mu
untuk memberi sokongan/dukungan
perjuangan ku ini
maka Ya Allah
Kau berilah Rahmah Kasih-Mu
kepada semua yang menyertai perjuanganku ini
dan temukanlah kami di Syurgawi berdekatan Rasululllah
bersama menatap Wajah-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Hapip Handoko · Friends with DP Mohd Mazlan
Amin amin amin
Ratu Rimba Niagara AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Moga Allah Azzawajallah makbulkan doa harapan dunia akhirat ini
dan menjadi saksi di akhirat nanti
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
makanya sobatku Hapip Handoko
sudilah menjadi rakan fbku merangkap pejuang sasteraku andai kau sudi...
YA ALLAH, KELUARKAN KAMI DARI KEGELAPAN RAGU DAN MULIAKAN KAMI DENGAN CAHAYA KEFAHAMAN, BUKAKANLAH BAGI KAMI MAKRIFAT ILMU, BERIKANLAH CAHAYA PADA HATI KAMI SEBAGAIMANA ENGKAU BERI CAHAYA KEPADA MATAHARI DAN BULAN
BUNGA-BUNGA SASTERAKU
BUNGA-BUNGA SASTERAKU KUTERBANGKAN DI SUDUT HATIMU.
INGIN KUTEMPA SASTERAKU AGAR MENJADI SERPIHAN HATI
LALU MENELUSURI JIWAMU , JIKA KAU MULA MEMAHAMI
DAN MERASAINYA DI SITULAH BERMULANYA DUNIA SASTERAKU
DALAM JIWAMU...... ANDAINYA ADA YANG TIDAK BERKENAN DI HATIMU DALAM DUNIA SASTERAKU TEGURLAH AKU DENGAN KATA-KATA NAN INDAH KERANA KATA-KATA NAN INDAH ITULAH YANG AKAN MENGHIDUPKAN DUNIA SASTERAKU.
SETIAP HARI AKU DILIMPAHI ILHAM YANG TAK PUTUS-PUTUS DARI-NYA. KERANA KETERUJAAN ITU AKU INGIN BERKONGSI DENGAN SELURUH PENGHUNI ALAMMAYA...TIADA NIAT SEBESAR ZAHRAH PUN UNTUK BERBANGGGA DIRI.
SETIAP KALI AKU MENGARANG MENGENAI KETUHANAN, ROH, ALAM BARZAH DAN LAIN-LAIN BUKAN NIATKU UNTUK MENGAJAR SESIAPA, ITU ADALAH UNTUK MUHASABAH DIRIKU SENDIRI YANG SENTIASA LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH-NYA DI MUKA BUMI INI. JIKA KAU MASIH LAGI TIDAK MEMAHAMI DUNIA SASTERAKU MAKA JANGAN CEMUH DUNIA SASTERAKU BIARKAN SASTERAKU KESENDIRIAAN BARANGKALI SASTERAKU TIDAK DAPAT BERTAHTA DI HATIMU. NAMUN BEGITU DUNIA SASTERAKU TIDAK AKAN MENGALAH AKAN TERUS BERSASTERA, AKAN KUBIARKAN CURAHAN ILHAMKU MENGALIR DI DUNIA SASTERAKU TANPA ADA SEKATAN DARIPADA MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMINYA KERANA ITU ADALAH DUNIA SASTERAKU. AKU YAKIN SATU SAAT NANTI AKAN HADIR PENGHUNI ALAMMAYA YANG MEMAHAMI DAN MERASAI KEINDAHAN DUNIA SASTERAKU....PENGAKHIRAN AKAN HANYA ADA SATU MATLAMAT KENAPA AKU BERSASTERA,,,,,, KERANA AKU MAHUKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARI-NYA AGAR BERSAMA MEMBINA JAMBATAN KE SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
18 Rabiulakhir 1435H
18 Februari 2014M
Eyang Budi Utomo tulisanmu adalah jembatan untuk Sorga
Aamiin Yaa Robbal a'lamiin
Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Sasteraku semuanya untuk yang sudi menyayangiku keranaNya sebagaimana aku menyayangi mereka semua keranaNya. Aamiin.
KAWAN SEJATI SAMPAI MATI SAMPAI KUBUR SAMPAI SYURGA AAMEEN
Kawan sejati dinanti-nanti,
Dalam doa Allah kabulkan,
Kawan sejati sampai mati,
Syukur akhirnya Allah Kurniakan.
Jika dia sudah menyapa seikhlas hatinya
tiada alasan untuk aku menolaknya
asalkan dia faham kenapa aku memilihnya menjadi kawan sejatiku
merangkap kawan teman sahabat dunia akhiratku
bersahabat dengannya berarti dia penyelamat soalan kuburku dan menyelamatkan aku tika meniti titian siratulmustakim
begitu hebatnya kawan sejati sampai mati sampai Syurga berkawan setia ...moga bersahabat dengannya setulus ikhlas kerana Allah Taala. Aamiin Ya Rabbal A'lamiin.
RATU RIMBA NIAGARA
18 Rabiulakhir 1435H
18 Februari 2014M
BERSAMA KITA MEMBINA JAMBATAN KE SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
YA ALLAH, KELUARKAN KAMI DARI KEGELAPAN RAGU DAN MULIAKAN KAMI DENGAN CAHAYA KEFAHAMAN, BUKAKANLAH BAGI KAMI MAKRIFAT ILMU, BERIKANLAH CAHAYA PADA HATI KAMI SEBAGAIMANA ENGKAU BERI CAHAYA KEPADA MATAHARI DAN BULAN
YA ALLAH IZINKAN KARYA SASTRAKU TERUS MENGALIR KE SUNGAI FIRDAUSI-MU
YA ALLAH YA TUHANKU JADIKANLAH KARYA YANG KUTULIS BAGAIKAN AIR TERJUN YANG MENGALIR TERUS MENGALIR TANPA HENTI . BIARPUN SERIBU TAHUN AKU TIADA DI DUNIA INI TETAP AKAN MENGALIR TERUS MENGALIR KE HATI MEREKA YANG MEMBACA KARYAKU DAN MENDAPAT MANFAAT DUNIA AKHIRAT APA YANG KUKARYAKAN. AKU YAKIN KARYA YANG KUTULIS ADALAH ILHAM DARI-MU YANG TIDAK PERNAH PUTUS-PUTUS KAU HADIRKAN. SUBHANALLAH SESUNGGUH-NYA ENGKAU MAHA PEMBERI TANPA HAD BENARLAH KAU MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
YA ALLAH IZINKAN HASIL KARYA SASTRA YANG KUTULIS TERUS MENGALIR KE SUNGAI-SUNGAI FIRDAUSI MENYATU TERUS ABADI SELAMA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
18 Rabiulakhir 1435H
18 Februari 2014M
Datuk Jem likes this.
Ratu Rimba Niagara Terima Kasih Rakan Seperjuanganku Datuk Jem Yang Dikasihi Dunia Akhirat atas kesudian like karya ini. Moga Allah membalas kebaikanmu dengan dimurahkan rezeki melimpah ruah. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Ratu Rimba Niagara shared her status.
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN ALAMMAYA YANG SUDI LIKE DAN KOMENTAR KARYA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA YANG DISIARKAN DI ALAMMAYA
KALIAN ADALAH SUMBER INSPIRASIKU BERKARYA. PEMBACA KARYAKU ADALAH NADI SASTERAKU DUNIAKU MAKA AKU SYUKURI KURNIAAN ILAHI MENGIRIMKAN KALIAN UNTUKKU TERUS BERSEMANGAT MENULIS DAN TERUS MENULIS SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA IN SHAA ALLAH AAMIIN.



Sertifikat kerabat kedaton kraton Wahyu Utama dianugerahkan kepada Ratu Rimba Niagara
Ratu Rimba Niagara shared Kedaton Kraton Wahyu Utama's photo.
Yesterday
Ratu Rimba Niagara Wisuda Pada Hari ini tgl 1juni 2012,
Jumat Legi , 11 Rajab 1433
Pesona Berita Mahagema Maha Cahaya Wahyu Utama Pesdona Filosofi Perdamaian Dunia Pesdona Kehidaupan Alam Semesta Raya Nan Maha damai kekal Abadi ''
Photo: Rabeah Mohd Ali Wisuda Pada Hari ini tgl 1juni 2012,
Jumat Legi , 11 Rajab 1433
Pesona Berita Mahgema Maha Cahaya Wahyu Utama Pesdona Filosofi Perdamaian Dunia Pesona Kehidupan Alam Semesta Raya Nan Maha damai kekal Abadi '' Kraton Kerajaan alam pesona wisata dunia Maya '' Kedaton Kraton Wahyu Utama '' Pusat nagari dongeng Pesona wisata rakyat Sejagat Kehidupan Alam Pesona Wisata Kebudayaan Zaman Damai Kekal Abadi Seru Seluruh Semesta Alam raya nan mempesona nan menakjubkan Mosium Lukisan Raja Raja SeNusantara Se Dunia central publikasi Pesona Wisata Nusantara Pesona Wisata Dunia. Kedaton Kraton Wahyu Utama Laboratorium Pesona Wisata Dunia Wahyu Utama Filosofi Center Genius Program ...
Sesungguh Nya Pada Hari Ini Pun Aku Wisuda Putri Istana Rimba Niagara Adindaku Kekasih Hatiku dalam pesona sair sair Lukisan Karya Ratu Rimba Niagara ....Sebagai Bidadari Duta Budaya Pesona Wisata Nusantara Ratu Dunia penyair Sang Pujangaga Ratu Rimba Puisi Pesona Maha Karya Agung Kedaton Kraton Kerajaan Alam Pesona Wisata Dunia Maya Kedaton Kraton Pesona Wisata Wahyu Utama Pusata Nagari Dongeng Pesona Wisata Rakyat Sejagat Central Laboratorium Pesona Wisata Dunia
MOGA BERJAYA CITA SUCI MURNIMU RAKAN SEPERJUANGANKU AAMIIN
Sarimah Shahari, Ila Efira and 2 others commented on your post in kita tetap sejiwa.
KH. Abdullah Gymnastiar
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
UMMAT KENA BERSATU BERJIHAD.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
3 RABIULAWAL 1437H
15 DISEMBER 2015
SALAM MAAL HIJRAH 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"




Imej mungkin mengandungi: teks

~~LaMan CinTa~~
 sedang bersama 
Fatmawati Binti Akmal
 dan 36 yang lain.

Kebahagiaan selalunya tidak akan hadir sebegitu mudah. Seringkali ujian akan tiba untuk menguji kesabaran dan ketabahan di atas usaha yang dilakukan. Kerana kebahagiaan selepas ujian sudah pasti lebih manis daripada kebahagian yang dikecapi tanpa diuji….
Kongsi

Komen

  • KEHIDUPAN INI SETITIS CUMA
    ALANGKAH RUGINYA JIKA MENAFIKAN
    CINTA SYURGA DI DUNIA UNTUK
    DIPATRIKAN HINGGA KE SYURGA
    MAKANYA KITA RAIHKAN BERSAMA
    SYURGA DI DUNIA DAN SYURGA YANG ABADI






















































PELANGI SASTERA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 September 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;