Friday 18 September 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (359) PM TSMY PRIHATIN PADA SELURUH RAKYAT SABAH INGIN DIBELA



SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (359) PM TSMY PRIHATIN PADA SELURUH RAKYAT SABAH INGIN DIBELA

Hanya pemimpin yang amanah saja akan mengotakan janjinya pada rakyat!

Majlis ramah mesra saya bersama masyarakat Sabah di beberapa kawasan hari ini bermula seawal 8.30 pagi dengan kunjungan pertama di Padang Bandaran, Kota Marudu.
Di situ, saya kongsikan pengalaman Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baru dibentuk selama tujuh bulan menghadapi cabaran pandemik COVID-19 dan situasi ekonomi. Alhamdulillah, Kerajaan PN adalah kerajaan yang berfungsi dan prihatin rakyat.
Mengemudi negara dalam keadaan yang cukup mencabar, saya anggap ini adalah suatu amanah dan menjadi tanggungjawab saya memastikan kerajaan berusaha sehabis baik bagi melindungi nyawa setiap rakyat Malaysia.
Dalam keadaan luar biasa itu, saya perlu bertindak cepat dengan menguatkuasakan Akta 342 dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Langkah ini tidak lain untuk menghentikan penularan wabak COVID-19.
Alhamdulillah, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara yang terbaik dalam pengurusan wabak ini.
Seperti biasa, saya tidak lupa mengingatkan masyarakat agar mematuhi SOP dan membiasakan diri dengan norma baharu dalam kehidupan seharian kita. Ini penting untuk kita semua faham.
Dalam pada itu, saya jelaskan betapa perlunya usaha untuk memulihkan ekonomi rakyat dan negara dilakukan bersama-sama oleh Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Pelaksanaan dasar perlu bergerak seiring, barulah pemulihan ekonomi dapat dilakukan secara menyeluruh dan berkesan.
Selepas program di Kota Marudu, saya bersama Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) beramah mesra dengan masyarakat di Dewan Tun Mustapha, Kudat. Saya dimaklumkan daripada 63,781 Sahabat AIM di seluruh negara, sebanyak 4,267 merupakan ahli Sahabat AIM dari Parlimen Kudat.
Syabas saya ucapkan kepada AIM yang bersama-sama kerajaan membantu saat sukar di awal penularan COVID-19 dengan menyalurkan bantuan bagi mengupayakan ekonomi ahlinya, khususnya golongan wanita.
Saya puji sikap amanah dan komitmen ditunjukkan ahli wanita yang membayar balik pinjaman mengikut jadual, sekaligus memudahkan usaha AIM membantu lebih ramai ahlinya menceburi bidang perniagaan.
Selesai majlis bersama Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Alhamdulillah saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, Kudat, bersama-sama penduduk tempatan, sebelum ke Kampung Rampayan Laut di Kota Belud untuk sesi turun padang yang terakhir pada hari ini.
Anda dan 5.8K yang lain
323 Komen
93 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Paling Relevan

  • SELAMAT HARI MALAYSIA JANJI DITEPATI
    Selamat Hari Malaysia ke-57
    duhai rakan seperjuanganku
    perjuanganmu terbayar kini
    penat lelahmu tertunai kini
    laungan suaramu tidak akan ditenggelamkan lagi
    kerana suaramu telah memecahkan dinding-dinding
    kekebalan yang membuatkan suaramu tidak dapat ditembusi.
    Sempena Hari Malaysia ke -57 ini
    semuanya sudah bererti pada semua rakyat Sabah dan Sarawak kerana semua janji ditepati maka senyumlah dalam syukur pada Ilahi
    kerana perjuanganmu telah dimakbulkan Tuhan
    Kerana janji telah ditepati!
    Hari Malaysia ke- 57 ini
    amat bererti bagi moyangmu
    DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH
    kau bahagia
    rakyat Sabah bahagia
    rakyat Malaysia bahagia
    pemimpin Malaysia bahagia
    Bahagia Hari Malaysia janji ditepati!
    semuanya bahagia
    meraikan Hari Malaysia
    pada 16 September 2020.
    'Selamat Hari Malaysia'
    Karya Ratu Rimba Niagara
    16 September 2020
    (Puisi disiarkan sempena meraikan Hari Malaysia
    ke-57 pada 16 September 2020)
    • Suka
    • Balas
    • 11m
    • Telah disunting
  • Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.
    • Suka
    • Balas
    • 17m
  • PM TURUN PADANG TANPA PERMAIDAI MERAH
    PM tak akan turun padang jika tak ada permaidani merah
    rakyat kata, 'Permaidani merah tak boleh dibentangkan kerana
    jalanraya tak ada tanah berlumpur berselut sama dengan bekalan
    air di rumah mereka.'
    Maka PM jadi bingung
    PM tidak hiraukan kakinya berlumpur
    bertemu rakyat untuk merasai jerih perit rakyat yang sengsara
    selama puluhan tahun lamanya.
    Bila tiada lagi permaidani merah terhampar
    kaki PM dipenuhi selut
    tepukan sorakkan rakyat menyambut kedatangan PM
    lalu bersorak, 'Terima kasih PM kesayangan kami,
    kehadiranmu dinanti puluhan tahun lamanya
    PM bagaikan pelangi mempelangikan hidup kami
    kami bangga dengan PM kami
    keranamu masalah kami selesai
    keranamu kami hargai kemerdekaan negara kami
    keranamu kami sayang negara kami
    keranamu kami bersyukur menjadi rakyat Sabah bumi Malaysia
    yang bertuah ini!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 September 2020
    (Puisi dikarangkan istimewa untuk PM TSMY dan seluruh rakyat Sabah & Sarawak tercinta!)
    • Suka
    • Balas
    • 18m
    • Telah disunting
  • PANTUN COVID-19
    Agong penyayang PM penyayang,
    Bertuah sungguh rakyat Malaysia,
    Covid-19 berterusan nyawa melayang,
    PKP dipatuhi demi cinta Malaysia.
    Agong dan PM sehati sejiwa,
    Siang dan malam fikirkan rakyat,
    PKP diarahkan selamatkan jiwa,
    Kekal duduk di rumah duhai rakyat.
    Covid -19 penyakit berjangkit,
    Bila dijangkiti merana badan,
    Mesti dijauhi agar tak menjangkit,
    Keselamatan rakyat diutamakan.
    Rakyat diseru jaga kesihatan,
    Kebersihan diri mesti diutamakan,
    Covid-19 tidak kelihatan ,
    Ada wujudnya jika tak diendahkan.
    Bahaya Covid -19 memakan diri,
    Bila dijangkiti sakit tak terperi,
    Rakyatku kamu tak sendiri,
    Sokongan padu sentiasa diberi.
    Duhai rakyat patuhi arahan,
    PKP untuk keselamatan anda,
    Anda selamat sukalah kerajaan,
    Begitu berharganya nyawa anda.
    Anda adalah permata negara,
    Covid-19 boleh kehilangan nyawa,
    Kematian anda hilanglah permata negara,
    Kerajaan berkorban hingga hujung nyawa.
    Barisan hadapan berkorban demi anda,
    KKM PDRM ATM BOMBA bersatu tenaga,
    Bekerja tak kira masa demi anda,
    Duduk di rumah tanda setia.
    Pesakit Covid -19 kian meningkat,
    Dijangkiti begitu mudah dan cepat,
    Wujudnya Covid-19 tidak bertempat,
    Covid -19 dijangkiti begitu cepat.
    Covid -19 tidak mengenal siapa,
    Sesiapa saja boleh dijangkiti,
    Justeru semua mesti berwaspada,
    Agar terselamat dari dijangkiti.
    KKM paling sibuk merawat pesakit,
    Pesakit Covid-19 bertarung nyawa,
    Berharganya nyawa setiap pesakit,
    Diselamatkan hingga hujung nyawa.
    Setiap yang hidup pasti mati,
    Pesakit Covid-19 ada yang mati,
    Jenazah diasingkan agar tak dijangkiti,
    Dari jauh didoakan tanda diingati.
    Pergilah dengan aman duhai yang disayangi,
    Kasih sayang tetap dikenangi,
    Di dunia kasih tersimpul mati,
    Di Syurga selamanya kasih abadi.
    Pantun Covid-19 dikarangi,
    Buat semua rakyat Malaysia,
    Yang sentiasa disayangi,
    Moga rantaian Covid-19 dapat dihenti.
    Aamiin
    Terima kasih Agong
    Terima kasih PM
    Terima kasih Jemaah Menteri Perikatan Nasional
    Terima kasih KKM
    Terima kasih PDRM
    Terima kasih ATM
    Terima kasih BOMBA
    Terima kasih PARA SUKARELAWAN
    Terima kasih semua rakyat Malaysia
    Atas pengorbanan diberikan demi Malaysia tercinta!
    Syukur Alhamdulillah
    Karya Ratu Rimba Niagara
    10 April 2020
    (Pantun disiarkan sempena meraikan Hari Malaysia
    ke-57 pada 16 September 2020)
    • Suka
    • Balas
    • 27m
  • PERDANA MENTERI DAMBAAN RAKYAT
    SUSAH SENANG KITA BERSAMA
    Kami tak hiraukan tohmahan hina terhadapmu duhai Perdana
    Menteri kesayangan kami...
    yang kami tahu kau adalah Perdana Menteri anugerahNya
    yang terindah kami syukuri sepanjang hayat
    memahami masalah rakyat di segenap sudut
    sehabis kudrat pemikiranmu memikirkan rakyat
    tanpa menabur janji manis
    kau buktikan kemampuanmu
    membela nasib rakyat tanpa seorangpun tercicir
    semuanya dibantu
    rakyat bersyukur
    terharu atas kepemurahanmu membantu rakyat.
    Kau tak hiraukan segala tohmahan hina terhadapmu
    dengan niat untuk menjatuhkanmu dari tampuk pemerintahan!
    Dengar sini yang tak puas hati dengan Perdana Menteri kami
    seandainya dibubarkan parlimen kerana mengikut kehendak kamu
    kami yakin kedudukan Perdana Menteri kami tidak akan terjejas
    Perdana Menteri kami akan menang percayalah...
    kemenanganmu adalah kemenangan rakyat
    justeru Perdana Menteri kami mesti menang!
    Perdana Menteri kami
    bukan seperti pemimpin lain
    turun padang bertemu rakyat
    setiap kali Pilihan Raya
    untuk memancing undi!
    Sebelum Pilihan Raya
    baru sebulan menjadi Perdana Menteri
    di kala negara ditimpa bencana Covid-19
    telah membantu rakyat
    sedaya upayanya
    bersama jemaah menterinya
    Terima kasih YDP Agong
    kerana merestui perjuangan Perdana Menteri
    dan Allah izinkan menjadi Perdana Menteri kami
    syukur Alhamdulillah.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    5 Jun 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk Perdana Menteri
    kesayangan rakyat Malaysia)
    • Suka
    • Balas
    • 30m
  • TERIMA KASIH PM KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
    Sekalung tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
    atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-8.
    Kehadiranmu tepat pada masanya di kala rakyat amat
    memerlukan seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat.
    "Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan
    melantik saya sebagai Perdana Menteri.
    Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia
    Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan
    fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan
    Persekutuan.
    Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah
    melalui pilihanraya.
    Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat
    sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
    Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat
    Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.
    Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina,
    saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun,
    Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik,
    saya adalah Perdana Menteri saudara.
    Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk rakyat
    dan negara.
    Terus mencurah bakti kepada rakyat, walaupun saya
    bukan pilihan rakyat tapi saya dan semua jemaah menteri
    di bawah pemerintahan saya, akan cuba sedaya mampu
    membantu rakyat tanpa seorang pun dipinggirkan semuanya
    akan mendapat perhatian!"
    Baharu saja menyandang jawatan Perdana Menteri
    tanpa diduga berlakunya penularan wabak COVID-19
    justeru kerajaan mewajibkan rakyat mematuhi Perintah
    Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan
    rantaian COVID -19. Jika perintah ini tidak dipatuhi,
    segala tindakan akan menjadi sia- sia.
    Setiap nyawa rakyat Malaysia terlalu berharga justeru
    kerajaan melindungi daripada terkena jangkitan wabak
    COVID-19.Kerana memahami kesusahan rakyat akibat
    penularan wabak COVID-19 pelbagai pakej Ransangan
    Ekonomi Prihatin Rakyat dilancarkan di mana semua
    golongan rakyat dibantu tanpa tanpa seorangpun dipinggirkan.
    Subhanallah baru menyandang jawatan Perdana Menteri
    sudah membuktikan kemampuan membantu dan
    memperjuangkan nasib rakyat.
    Dalam ujian ada rahmat, rakyat menerima bantuan dalam
    rasa syukur dan gembira.
    Syukur Alhamdulillah dikurniakan seorang Perdana Menteri
    pemurah, bertangggungjawab, mengasihi dan mementingkan rakyat daripada kepentingan sendiri.
    Rakyat terpegun dengan keluhuran budi dan pengorbananmu.
    Kaulah Perdana Menteri yang didambakan rakyat.
    Moga dipanjangkan usia untuk terus menerajui tampuk
    pemerintahan kini dan akan datang.
    Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadi
    Perdana Menteri kami, menabur bakti bersama
    Jemaah Menterimu.
    Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiap
    masalah rakyat kami juga menyayangimu.
    Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggi
    sebaris para nabi kekasih Allah kerana pemimpin
    yang adil dan amanah. Insya-Allah Aamiin.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 April 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat
    Malaysia tercinta)
    (Puisi disiarkan sempena meraikan Hari Malaysia
    ke-57 pada 16 September 2020)
    • Suka
    • Balas
    • 34m
  • SAYA SAYANG PERDANA MENTERI SAYA
    Saya warganegara Malaysia.
    Rakyat negara saya terdiri daripada
    pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
    India. Walaupun berbeza agama,
    bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
    aman damai tanpa sebarang sengketa.
    Kami hidup bersatupadu, tolong
    menolong dan hormat menghormati.
    Perdana Menteri saya yang ke-8
    namanya YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
    Saya menghargai Perdana Menteri saya
    kerana membantu dan membela nasib
    seluruh rakyat Malaysia dalam sebarang
    situasi.
    Terima kasih Perdana Menteri,
    kami rakyat Malaysia rasa bertuah
    mempunyai seorang Perdana Menteri
    yang baik hati dan penyayang
    sayangkan rakyatnya melebihi
    nyawa sendiri.
    Moga Malaysia berjaya
    rakyat sihat, aman makmur
    selamanya!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    26 April 2020
    (Puisi disiarkan sempena meraikan Hari Malaysia
    ke-57 pada 16 September 2020).
    • Suka
    • Balas
    • 36m
  • PANTUN TERIMA KASIH PERDANA MENTERI
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Sudi menjadi Perdana Menteri kami;
    Pengorbananmu rakyat hargai,
    Namamu indah tersemat di hati.
    Perjuanganmu setulus ikhlas,
    Membela rakyat pelbagai kaum;
    Budi ditabur tiada harap dibalas,
    Bangganya rakyat penuh kagum.
    Jasamu Perdana Menteri rakyat hargai,
    Turun ke padang tak kira masa;
    Setiap masalah rakyat cuba difahami,
    Agar rakyat hidup sempurna.
    Tiada istilah penat dan jemu,
    Sentiasa fikirkan masalah negara;
    Masalah negara difikirkan tanpa jemu,
    Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.
    Hidupmu penuh dengan kebaktian,
    Berbakti kepada rakyat juga negara;
    Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,
    Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.
    Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,
    Mahukan negara terus maju;
    Semangat perjuangan terus membara,
    Negara dipacu rakyat terus maju.
    Negara dipacu rakyat terus maju,
    Negara maju rakyat berinovasi;
    Negara maju dunia terpukau,
    Hasil negara terus dikongsi.
    Rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan,
    Bermuafakat bersatu hati;
    Bersatu hati untuk merealisasi,
    Setiap usaha pasti jadi kenyataan.
    Setiap usaha pasti jadi kenyataan,
    Asalkan rakyat dan pemimpin bersatu hati;
    Bersatu hati saling memberi kepercayaan,
    Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.
    Kejujuran hati membentuk kerajaan,
    Kerajaan cekap dan amanah;
    Rakyat sentiasa diberi perhatian,
    Pemerintahan dilaksana secara berhemah.
    Pemerintahan dilaksana secara berhemah,
    Tiada perkecilkan mana-mana parti;
    Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,
    Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.
    Perdana Menteri kaulah pertiwi,
    Perjuanganmu tak terhenti;
    Semangatmu membara kami kagumi,
    Budimu indah mewangi di hati .
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Nasihatmu sentiasa kami ingati;
    Pengorbananmu kami sanjungi,
    Budi baikmu sentiasa kami hargai.
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Tan Sri Muhyiddin kesayangan kami;
    Moga sentiasa dirahmati,
    Dirahmati ketika hidup dan mati.
    Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,
    Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;
    Saling faham memahami di antara mereka,
    Demi kerana Malaysia tercinta.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    29 April 2020
    (Pantun dikarang untukmu Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia terima kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami moga Allah merahmatimu Aamiin)
    (Pantun disiarkan sempena meraikan Hari Malaysia ke-57 pada 16 September 2020)
    • Suka
    • Balas
    • 37m
  • Mati hidup semula pun tak akan dapat PM yg pemurah amat faham derita rakyat. Moga Allah balas kebaikan abah dengan Syurga yang tertinggi aamiin.


Hanya pemimpin yang amanah saja akan mengotakan janjinya pada rakyat! Syukur Alhamdulillah dapat pemimpin yang amanah.
    • Suka

Assalamualaikum slmt mlm jumaat semuanya,Aamiin.
Imej mungkin mengandungi: lautan, teks yang berkata 'AKAN DI PERTANYAKAN SEGALA NIKMAT "Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah- megahkan di dunia itu)" Takatsur:8) @CAHAYAISLAMID'
1
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Amin 🤲🤲
 
Lihat yang asal
 
Nilaikan terjemahan ini
Tiada penerangan foto disediakan.
25
4 Komen
1 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Paling Terkini


Selalu bersangka baik dengan takdir Allah jiwa jadi tenang!


ubhanallah

QALAM ILMU
 menambah foto 3D.

1h 
Mashaa’ALLAH , Antara Bunga Langka & Unik
Inilah the flower of patience, ia mekar setelah 7 tahun, dan bertahan selama 7 hari. Kemudian ia akan mati.
Gerakkan tetikus anda untuk melihat foto dalam 3D
1 Komen
Suka
Komen
Kongsi

Komen


  • ALLAHU AKBAR.
    • Suka





Imej mungkin mengandungi: teks

~~LaMan CinTa~~
 sedang bersama 
Fatmawati Binti Akmal
 dan 36 yang lain.

Kebahagiaan selalunya tidak akan hadir sebegitu mudah. Seringkali ujian akan tiba untuk menguji kesabaran dan ketabahan di atas usaha yang dilakukan. Kerana kebahagiaan selepas ujian sudah pasti lebih manis daripada kebahagian yang dikecapi tanpa diuji….












































SASTERA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin




ITULAH YANG TERZAHIR
apa yang kau zahir
apa yang ku zahir
itulah ilham dari Allah
kerana setiap yang baik itu
datang dari-Nya
jika apa yang kau zahir
tak seiring apa yang ku zahir
pandangannya berbeda
tapi matlamatnya tetap sama
mahu menuju ke jalan-jalan-Nya
itulah yang terzahir...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
Alhamdulillah


TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah...dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!

SELAGI ADA USAHA
SELAGI ADA KEYAKINAN
SELAGI ADA KEPERCAYAAN
SELAGI ADA KESETIAAN
MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
UNTUK DIHADIAHKAN
KEMERDEKAAN INI
PADA ANAK BANGSA
SAMPAI BILA-BILA Ratu Rimba Niagara
19 Ogos 2020

HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTERA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
18 September 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;