BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (87) MENJADI SAHABATMU SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
MENJADI SAHABATMU SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
Menjadi sahabatmu seindah pelangi di malam hari, walaupun hanya bicara di alammaya tapi hati terpatri kasih bersahabat untuk saling menyebarkan kebaikan dan kedamaian pada seluruh penghuni bumi tercinta. Senyummu setiasa tak bermusim karena senyummu seindah pelangi di malam hari.
Dalam hati ada taman,
Taman budi berbunga iman,
Sahabat berhati budiman,
Silaturahim terpatri seindah iman.
TERIMA KASIH SAHABAT SEJATI
BISMILLAAHI TAWAKKALTU ALLALLOOH; WA LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAAH;
“Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah; Dan tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”
KAU PELANGI INDAHKU
KULIHAT PELANGI INDAH DI ATAS KEPALAMU
KULIHAT PELANGI INDAH DI MATAMU
KULIHAT PELANGI INDAH DI SENYUMANMU
KULIHAT PELANGI INDAH DI HATIMU
KUDENGAR PELANGI INDAH DI SETIAP BICARAMU
BEGITU INDAH PERKENALAN KITA
SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
INDAHNYA MENJADI SAHABATMU….
SEINDAH DIRIMU YANG SENTIASA SENYUM
DALAM SETIAP TUTUR KATA
TENANG JIWA MENDENGAR
SANTUN BICARAMU
SENTIASA TERAKAM DI KALBU
SYUKURKU PADA-NYA
DIKURNIAKAN RAKAN ALAMMAYA
YANG BERKATA INDAH
SEINDAH PELANGI DI TERJUNAN NIAGARA
KASIH SAYANGKU SENTIASA MEMBARA
UNTUK SETIAP HARI
BERKATA INDAH DENGANMU
TANPA MENGGURIS SEDIKIT PUN HATIMU
AGAR HATIMU HATIKU
SENTIASA BERADA DALAM RAHMAT KASIH ILAHI
ALLAH TEMUKAN KITA DI ALAMMAYA
MOGA ALLAH TEMUKAN KITA DI ALAM REALITI JUA
DI SYURGAWI
AAMIIN YA RABBAL A’LAMIIN.
RAKAN ALAM MAYAMU YANG DITAKDIRKAN TUHAN MENJADI SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
IN SHAA ALLAH AAMIIN
MOGA KAU DAN AKU MENDAPAT HIKMAH DI SEBALIK PERTEMUAN INI UNTUK BERSAMA MENCARI JALAN-JALAN PULANG KE PANGKUAN-NYA DALAM JIWA YANG TENANG…REDHA LAGI DIREDHAI-NYA
YA ALLAH
JADIKANLAH KARYA SASTERAKU
MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU
AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU
ATAS KEHENDAK-MU
AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA
ALHAMDULILLAH
SYUKUR YA ALLAH
TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS
BIARPUN SEBARIS AYAT
ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU
MENGATASI SEGALA-NYA
YA ALLAH KERANA KARYA SASTERA YANG KUTULIS
ADALAH DARI-MU,
JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHA ATAS TAKDIR-MU
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH
DI SEBALIK-NYA
YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH
TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU
JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A’LAMIIN.
SASTERAKU ILHAM DARI-NYA
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI
RATU PEMIMPIN DI RIMBA ITU YANG TERSURAT
YANG TERSIRAT AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI
TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA, TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.
NIAGARA KARYA SASTERA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTERA TANPA HENTI SEHINGGA NAFAS TERHENTI BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTERA YANG DITINGGALKAN TERUS TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP.
MOGA ILMU SASTERA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A’LAMIIN
SAHABAT DUNIA AKHIRATMU,
RATU RIMBA NIAGARA,
13 NOVEMBER 2020
YA ALLAH SATUKAN HATI KAMI SALING MENYAYANGI KERANA-MU
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Ya Allah Kau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
semua hamba-Mu Kau kasih dan sayang
Kau memberikan ujian pada hamba- Mu
bukanlah berarti Kau tak kasih dan sayang
tapi itu semua lambang Kau kasih dan sayang pada hamba-Mu
itu pun mengikut kemampuan hamba-Mu mengatasi ujian
Kuatkanlah aku menjalani hidup ini untuk nebarkan cinta dan
kasih sayang demi-Mu
jika aku lemah lantaran penghinaan mereka ke aku
Kau kuatkanlah semangatku
Untuk terus dan terus menyebarkan benih-benih kasih sayang
Yang Kau Redhai...
Kau sukakan akan persaudaraan...
Jalinan tali ukhuwah kasih yang kukuh
Yang boleh membuatkan islam di dunia ini bersatu padu
Tanpa ada permusuhan sesama sendiri
Di kala aku kesedihan dalam segala bentuk penghinaan mereka
Kau kirimkan senyuman mentari ..senyuman bulan...senyuman bintang
Itu sudah cukup menyerikan senyumanku yang kelat ini
Aku tak mahu memperlihatkan senyuman yang
Kelat, perih. sendu
Kepada-Mu
Kepada mereka
Biarlah Kau saja yang tahu isi hatiku
Betapa aku sayangkan semua hamba-Mu
Yang mahu ke jalan-jalan-Mu
Dan aku yakin seyakin-Nya
Di hari di mana semua yang aku kasihi di dunia ini
Tidak dapat membantuku
Masing-masing sibuk urusan diri sendiri
Untuk mengetahui samada kaki langkah
Ke Syurga atau ke neraka
Allahu Akbar pastilah keputusan yang amat mendebarkan...
Pasti akan menyebut
Allahuma Salim..Salim...
Selamatkan saya...selamatkan saya...
Saat kacau bilau ...huru hara..penuh debaran
Dengan sejuta harapan agar mendapat syafaat
Nabi Muhammad SAW
Masing-masing mahukan syafaat Kekasih-Mu
Nabi Muhammad SAW
Yang dapat diketemui baginda Rasulullah
Di Titian Sirad...
Di Neraca Al-Mizan
Di Kolam Nabi Muhammad SAW
Yang panjang kolam itu sebulan perjalanan
Dan lebar kolam sebulan perjalanan juga
Inilah tiga tempat yang mesti kami cari
Nabi Muhammad SAW
Dan moga kami dapat bertemu Rasulullah
Di tempat tersebut dan dapat memohon syafaat
Baginda Rasulullah berkat selalu mengingatinya
Tika di dunia dulu...
Sebagaimana Rasulullah menyayangi kami
Sehingga di akhir kalamnya menyebut kami
'Umatku...Umatku...Umatku...
Sebagaimana Rasulullah sayangkan kami
Kami pun sayangkan Nabi Muhammad SAW
Syukur kami sebanyak-banyak-Nya
Kepada-Mu karna mengurniakan
Nabi Muhammad SAW Kekasih-Mu
Yang tak jemu berdakwah kepada umatnya
Berkat dakwahnya
Kami dapat memiliki ilmu Al-Quran & Hadis..
Kerana tidak akan sesat seorang hamba itu
Jika berpegang teguh kepada
Al-Quran & Hadis
Moga Al-Quran & Hadis...
Sebati dalam roh dan jasad kami
Itulah tauhid kami hingga nafas terakhir
Mogalah terlafaz kalimah Syurga
لا إله إلا الله محمدا رسول
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Kuatkan hati-hati kami
Beramal soleh hanya kerana-Mu
Bukan untuk menunjuk-nunjuk
Tapi hanyalah semata kerana-Mu
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Satukanlah hati-hati kami
Sentiasa bersatu hati
Untuk menyebarkan kasih sayang
Dengan bahasa-bahasa yang Kau Redhai
Dan setiap kata-kata kami
Adalah mutiara-mutiara Syurga
Yang ada nilaian di Sisi-Mu
Yang akan dikira tika ditimbang Di Neraca Al-Mizan
Dan dapat menyelamatkan ketika meniti Titian Sirad..
Yang mana menentukan ke Syurga atau ke neraka...
Moga berkat kami saling berkasih sayang kerana-Mu
Tika di dunia ini
Tika nafas masih ada...
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
Masukkan kami Ke Syurga-Mu
Syurga Firdaus...
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Hamba-Mu yang kerdil,
12 Muharram 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH &
WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
12 Muharram 1434H
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah.
Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU
IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 November 2020
0 comments:
Post a Comment