BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (303) KARYAKU CITA-CITAKU
YA ALLAH LURUSKAN NIATKU
Jika Allah menolongmu tiada siapa yang dapat menghalangNya
DENGAN BELAS EHSANMU BALASLAH CINTAKU INI
Bila mana hati sudah terpana dengan Dzat CintaMu Tuhan...
Segala dipandang didengar adalah zikirku padaMu Tuhan
KehadiranMu terasa menyelubungi kalbu
Rasa jantungku berhenti berdegup bila lupakanMu
Berilah kekuatan padaku yang tidak pernah sempurna
Tapi kucuba melakukan kesempurnaan cintaku padaMu
Dengan belas EhsanMu balaslah cintaku ini.
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Februari 2012
EMBUNAN DARI SYURGA
Duhai si bunga nan menawan
Indahmu di sana
Cantikmu kutertawan
Harummu mewangi kalbu
Aku ingin miliki cintamu
Kerana cintamu suci dan murni
Sesuci embun pelangi cinta
Tapi bisakah aku miliki cintamu?
Tempatmu jauh ku tak tahu
Di lautan pergunungan pasir
Tempat tandus kemarau nan panjang
Biarpun kemarau nan panjang
Kau terus berjuang untuk hidup
Agar terus hidup
Kau terpaksa memijak duri-duri
Luka parah
Berdarah...darah...
Dalam sendu terpilu
Kau dibakar terik mentari
Kau tahankan juga
Mentari tak pernah jemu membakarmu
Dalam kehausan kau masih bertahan
Kau berdoa agar hujan turun
Menghilangkan dahagamu
Tapi mana bisa mungkin hujan turun
Di tempatmu yang beriklim kemarau
Tapi kau sabar...sabar...sabar
Hingga Tuhan kasihan padamu
Di setiap duri
Dikirimkan embun dari Syurga
Engkau bersyukur sebanyak-banyak-Nya
Syukur yang tak terhingga
Berkat kesabaranmu
Yang tak henti diuji
Lambang cinta Tuhan-Mu pada kamu
Dengan izin-Nya
Kamu berbunga indah
Indahmu di sana
Siapa yang melihat pasti ingin memilikimu
Untuk dipetik diletak di sanubari
Memiliki cintamu
Seperti memiliki sekuntum bunga di Taman Syurga
Bersyukur aku pada-Nya
Andai engkau milikku
Itulah Takdir yang aku imani
Duhai suara misteri di sana
Suaramu kudengar
Dengan jelas tanpa hijab
Semua-Nya dengan izin-Nya jua
Jika kau ingin memiliki cintaku
Jika kau ingin memetik bungaku
Sanggup kau menempuhi segala liku?
Memijak duri yang akan melukakanmu?
Dan akan melukakan hatimu?
Sanggupkah kau dibakar terik mentari?
Hingga hatimu terbakar hangus?
Pastinya kau tak akan sanggup
Jika kau tak sanggup
Menempuh segala onak dan duri
Semata ingin memiliki cintaku
Padamkanlah saja niatmu
Biarkan saja aku di sini
Bersama dengan Kekasihku
Yang menciptakan aku
Yang memberi kehidupan padaku
Apa saja dugaan yang diberikan padaku
Aku redha kerana itu lambang cinta-Nya padaku
Apa yang ditakdirkan padaku
Apa yang dikehendaki KUN FAYAKUN
Itulah takdir yang aku imani
Karya Ratu Rimba Niagara
18 Disember 2012
KARYAKU! DUNIAKU!
Aku masih ingat lagi ketika itu aku baru berusia
lapan tahun. Ketika itu aku belajar di Sekolah
Kebangsaan Telok Kemang, Port Dickson Negeri
Sembilan. Apabila cikgu tanya apakah cita-citaku,
aku katakan ingin menjadi pengarang terkenal,
semua gelakkan aku kerana aku tidak sepandai
mereka.
Aku menangis teresak-esak kerana malu ditertawakan,
cikgu Mariam memujukku dan memarahi kawan-kawan
yang mentertawakan aku.
Satu hari cikgu Mariam menyuruh ketua darjah menampal
karya cerita bergambarku di dinding bilik darjah.Cerita
bergambar itu bertajuk,‘Pak Dolah Penjual Sate’. Betapa
gembiranya aku ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.
Aku bangga dengan diriku.
Ketika darjah lima aku suka benar membaca buku sastera
kakakku tingkatan enam. Aku minat sangat dengan bahasa-
bahasa yang digunakan pengarang, di samping kupinjam
buku cerita daripada kawan-kawan sekolahku.
Aku masih ingat lagi ketika aku di tingkatan empat aku
berjinak-jinak menulis novel pendek, selepas tulis aku
memberi kawanku membacanya.Aku bertambah taksub apabila
kawan-kawanku membaca mengalirkan air mata penuh emosi.
Hari-hari mereka menunggu kisah selanjutnya.Bertambahlah
taksub aku mengarang.
Seingat aku novel remaja yang kukarang itu tamat ceritanya
setelah hampir lima tahun. Hingga kini masih ada dalam
simpananku hampir lebih 30 tahun bertajuk,’RATINA’
Yang bertuahnya skrip novel itu telah disemak oleh guruku
pada ketika itu Anwar Ridhwan. Ketika itu aku menghadiri
kursus penulisan anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan
(PEN). Sekarang guruku telahpun menjadi Sasterawan Negara
bergelar Datuk.
Setelah menghadiri kursus penulisan aku semakin taksub
untuk menghadiri apa-apa jua kursus penulisan anjuran
mana-mana pertubuhan penulisan, kalau dikira hampir
puluhan kursus penulisan aku telah pergi menghadiri ,
ramai guru-guruku yang kini telah bergelar Sasterawan
Negara, kalungan tahniah kuucapkan biarpun agak lewat.
Terima kasih juga kepada guru-guruku yang lainnya.
Jasa kalian mengajar aku dan mencurahkan segala ilmu
penulisan yang amat kuminati sejak di bangku sekolah
lagi begitu terkesan dalam jiwaku hingga saat ini.
Kepada kawan sepenulisanku Zaharuddin sesungguhnya aku
terhutang budi kerana beria-ia sangat ingin karyaku
disiarkan di syarikat penerbitan buku. Atas usahanya
karyaku berjaya di terbitkan. Setelah lima belas tahun
berlalu karya novel kanak-kanak bertajuk.'Tangan Emas'
diulang cetak dalam versi yang baru.
Ada satu cerita lucu yang masih kuingat hingga saat
ini,apabila kawan sepenulisan aku mengatakan namaku
sebaris dengan penulis-penulis tanah air terbitan
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Apabila dapat tahu aku
segera memcari buku tersebut dan ternyata memang
tercatat namaku. Seakan nak runtuh dunia ini,tidak
percaya betulkah aku itu? Tapi hakikatnya memang
betul.
Ada satu lagi cerita lucu yang masih kuingat, masa itu
tingkatan lima, “Rabeah ni mengarang surat ke jabatan
kerajaan macam hantar surat kepada kekasih berbunga-
bunga bahasanya,” kata cikgu Nordin ketika mengajar
mata pelajaran Bahasa Malaysia. Aku tersipu-sipu malu
dan kawan-kawan apa lagi gelak habis-habisan.
Baru aku tahu setiap kali aku menghantar surat kepada
jabatan kerajaan aku akan tersenyum sinis sendiri
mengingati kata-kata cikgu Nordin.
Ketika menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53 aku menghantar
poskad kemerdekaan yang aku hasilkan sendiri kepada
Sultan-Sultan dan Pemimpin Kerajaan dengan ucapan
‘Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53 Semoga
Malaysia Tercinta Terus Gemilang!
Hargai Kemerdekaan! Merdeka Selamanya!
Aku menghantar juga kad ucapan Selamat Hari Raya
Aidil Fitri dan aku karangkan serangkap pantun
yang kutujukan khas untuk sultan dan pemimpin .
Gembiranya hati tidak terkira apabila sultan dan
pemimpin membalas kad ucapanku.
Aku terharu hingga saat ini. Siapalah aku.
Aku pamerkan kad tersebut di Galeriku.
Aku masih ingat lagi di alam persekolahan apabila pergi
bersama arwah ayahku ke pasaraya pasti aku akan membeli
berbatang-batang ball pen dan buku nota hingga ibu dan
ayahku menggelengkan kepala.
“Bie…baru bulan dulu dah beli…takkan dah habis
dakwat?” tegur ibuku. Aku tersengeh-sengeh
memandang ayahku. “Ala…takkan awak tak tahu
anak awak tu pengarang… ha…banyak mengarang
cepatlah habis dakwat.”Ibuku tidak terkata apa.
Ibu pun tersenyum juga akhirnya.
Kerana taksub dengan pen , beg tangan yang ingin
kubeli kupastikan ada poket di luar senang hendak
kuaturkan dengan deretan ball pen yang pelbagai
jenis dan warna. Bukan nak menayang tapi aku puas
melihat deretan pen seolah-olah rugi aku tidak
mencapainya untuk berkarya jika ilham datang.
Saat yang tidak dapat kulupakan hingga saat ini
apabila arwah ayahku menghadiahkan aku sebatang
pen berjenama ‘ Parker”. Sukanya hatiku saat itu
bukan kepalang. Kucium pipi ayah tanda terima kasih
yang tidak terhingga. Ayah memang seorang yang
penyayang dan memahami.
Ibuku pula bila nampak karyaku tersiar di dada akhbar
dialah yang menayangkan karyaku kepada semua orang
yang ditemuinya. Nak kata macam mana? Ibu peminat
nombor satu setelah ketiadaan ayahku.
Kadang-kadang aku pun tertanya-tanya pada
diriku, “Betul ke aku ini seorang pengarang?
Aku ni bukan pelajar lulusan universiti , ah!
Tak kisahlah yang penting aku minat dengan
duniaku mengarang dan terus mengarang.
Aku masih ingat lagi, ketika aku menghadiri
kursus penulisan selama tiga hari , akulah yang
sibuk-sibuk mengutip hasil karya teman-teman
sekelas untuk dijadikan buku hasil karya penulis
yang menghadiri kursus.Dan apabila jadi buku kuhantar
kepada penganjur untuk dijadikan bahan rujukan dan
koleksi.
Dalam kelas akulah peserta yang paling banyak bertanya.
Selagi tak faham aku akan tanya hinggakan perceramah
tidak kering gusi hendak menjawab. Nak pandai mesti
banyak bertanya.
Masa rehat , aku mengambil kesempatan bertanya
dengan guruku yang kini bergelar sasterawan Negara,
ketika itu aku sedang menyiapkan buku cerita kanak-
kanak bertajuk, “ Putera Duyung”, hasil tunjuk ajar
dan buah pemikirannya aku berjaya menyiapkan
buku tersebut dengan begitu baik sekali.
Aku mendapat ilham menghasilkan, ’Putera Duyung’ ketika
itu aku pergi lawatan sambil belajar di Indonesia ditaja
oleh kerajaan Negeri Sembilan. Terima kasih kerajaan
Negeri Sembilan yang ketika itu Menteri Besar Tan Sri
Isa Samad tanpa sokonganmu siapalah aku.
Benarlah kata pepatah,“Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan”.
Cerita “Putera Duyung” bagiku amat unik dan jika dijadikan
filem animasi akan menjadi filem animasi yang hebat.
Aku pernah menjalankan kaji selidik buku Putera Duyung ,
kanak-kanak amat menggemarinya. Kerana terlalu minat
dengan cerita Putera Duyung yang merangkak membaca
terus pandai membaca. Lucu sekali. Bagaimana kepuasan
penulis menghasilkan karya, begitulah kepuasan pembaca
bila membaca karyaku.
Nak dikatakan aku ni syok sendiri tidak juga, kerana
setiap karyaku akan aku jalankan kaji selidik kepada
ribuan pembaca terdiri daripada pelbagai peringkat
umur, taraf akedemik dan kaum. Semua komen-komen
yang aku perolehi amat mengejutkan, membuatkan aku
bertambah yakin dengan karyaku jika diterbitkan akan
mendapat sambutan di luar dugaan.
Bukan nak membangga diri atau angkat bakul sendiri
tapi sekadar beri semangat kepada diri sendiri yang
dah lewat usia ni masih lagi berangan-angan nak jadi
pengarang.
Angan-anganku untuk mengadakan galeri hasil karyaku
sejak tiga puluh tahun yang lalu kini tercapai,
walaupun tidaklah se gah mana tapi aku puas dengan
galeri karyaku itu. Sijil-sijil kursus penulisan
yang pernah aku hadiri dan surat-surat sokongan
yang aku perolehi daripada jabatan kerajaan dan
swasta menghiasi keseluruhan dinding galeri karyaku.
Rak buku penuh dengan hasil karyaku yang telah
kuhasilkan sejak tiga puluh lima tahun yang lalu.
Semua hasil karya belum diterbitkan mana-mana
penerbitan. Cuma satu dua saja yang diterbitkan.
Sedar tak sedar aku sendiri yang menjadi penerbit
untuk karyaku sendiri.
Pernah aku iklankan di akhbar mencari rakan kongsi
atau pelabur untuk projek hasil karyaku tetapi hingga
kini masih gagal. Aku ingatkan nak kongsi keuntungan
bersama tapi mereka kata karyaku terlalu ringkas dan
tidak sesuai.
Walaupun mereka tidak terimaku sebagai rakan kongsi
perniagaan, ada kebaikan di sebaliknya apabila setiap
kali berjumpa dari seorang ke seorang, idea aku
bercambah. Kertas kerja dari muka surat yang sedikit
lama-lama menjadi ribuan muka surat.
Mana tidaknya segala idea dan kaji selidik pembaca ada
di kertas kerjaku, kerana terlalu tebal, cuma aku dapat
bukukan lima ratus muka surat.Kertas kerja itu (mengenai
ideaku 'Kota Buku Karyaku Duniaku' di jadikan sebagai
produk perlancongan negara) kuhantar kepada Perdana
Menteri dan Menteri-Menteri yang berkaitan dengan kerja
seniku untuk dinilai bagi pihak rakyat Malaysia yang
menyokong penuh untuk direalisasikan kerajaan Malaysia.
Namun begitu terpulanglah kepada kerajaan Malaysia,
bagiku, aku telah mejalankan tanggungjawabku kepada
rakyat Malaysia dan negara tercinta. Kalau diterima
inilah sumbanganku kepada negara tercinta.
Apapun aku yakin dengan karyaku kerana hasil daripada
kaji selidik kepada ribuan pembaca dan surat sokongan
yang aku perolehi mengatakan karyaku berkualiti dan
akan memberi impak yang besar dalam dunia perbukuan
negara di samping dapat memupuk minat membaca kepada
rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi.
Sekarang ini pemikiranku masih lagi segar membayangkan
aku telah memiliki sebuah , “Kota Buku” yang di dalamnya
ada semua hasil karyaku. Setiap tajuk buku ada produknya
tersendiri, seperti drama pentas, arca, filem animasi ,
setiap watak kartun yang ada dalam hasil karya ada
permainan kanak-kanak.Secara tidak langsung apabila mereka
membeli, seolah-olah mereka ada dalam dunia karya yang aku
hasilkan itu.
Satu tajuk buku ada lokasinya dan kalau ada lima puluh
tajuk buku seluas mana “Kota Buku” tak dapat hendak
aku bayangkan. Puaslah pencinta karyaku untuk menghayati,
‘Kota Buku” yang aku angankan itu.
Ini cuma bayangan yang ada di kotak pemikiranku .
Kalaulah benar impianku ini menjadi kenyataan pasti
tika itu, “ Karyaku! Duniaku! Dapat dikongsikan
bersama mereka yang meminati karyaku dan akulah
insan yang paling bahagia di dunia ini. Berbaloilah
segala usaha dan pengorbanan apa yang aku perjuangkan
selama puluhan tahun ini. Dan Kota Buku ini akan aku
wariskan untuk generasi dan negaraku yang tercinta!
Jika ini cuma bayangan dan tidak menjadi kenyataan
aku redha dengan ketentuanNya. Aku puas dengan
kehidupanku ini kerana aku menghabiskan usiaku
dengan,“Karyaku!Duniaku! I
Karya: Ratu Rimba Niagara.
1 Januari 2011
PUISI ADALAH DUNIAKU!
Itulah namanya puisi...
Jika ada sejuta pemuisi di dunia ini
Maka sejutalah gaya penyampaian puisi
Nggak bisa sama
Yang penting difahami dan diminati oleh si pembaca
Tak kira apa juga taraf pendidikan dan kerjaya mereka
Jika puisi yang dihasilkan
Semua peringkat dapat menghayati dan memahami
Itulah kepuasan sebenar si pengkarya puisi
Bagiku puisi adalah duniaku
Semenjak rakan sastra kubilang
Setiap kata-kataku adalah puisi
Makanya aku teruja dalam dunia puisiku
Aku tenggelam dalam kata-kata puisiku
Aku taksub dengan kata-kata puisi semua rakan puisiku
Dunia yang kudambakan
Karena terlalu taksub
Aku bingkaikan
Puisiku
Puisi rakan puisiku
Biarpun berbeda bahasa dan berbeda benua
Itu lagi kusuka
Karena tertaksuban dengan dua puisi yang berbeda
Aku campurkan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
Biarpun ada yang akan kaget
Aku nggak kisah
Yang penting aku
Adalah aku
Cara aku berpuisi caraku
Itulah duniaku
Asalkan ada yang sudi membaca puisiku
Itu pun sudah memadai
Tak like dan tak komen pun tak apa...
Kalau sebagai teman fb
Pastinya mesti...
Karena aku tak tega
Punyai teman fb
Yang sepi
Dalam kelu
Maka dari itu faham-faham ajelah
Jika aku sepi terus ....
Sekarang ada kah kamu faham....?
Rakan fbku...
By Ratu Rimba Niagara
25 Rabiulakhir 1436H
15 Februari 2015
TEMPAT KEMBALI DARI YANG BERMULA
Pabila kembali dari yang bermula
kupadamkan segala dendam kesumat
kukikis habis nafsu amarahku
kubenamkan segala sifat mazmumah
di zikirruAllah dalam kalamuAllah dalam sujudku pada Allah
Pabila kembali dari yang bermula
amarahku tak akan terguncang
galauku tak akan terus bertapak di hati
kerana jika wujud lagi
amarah ...dendam dan galau yang parah
akan membuatkan aku jadi
masam kusam kejam
pasti roh dan jasadku sengsara di dunia dan di akhirat
mohon dijauhkan
Yang aku mahu hatiku
terus di sinari mentari
rembulan terus membiaskan
cahaya keemasannya
Moga hatiku yang telah kembali dari bermula
sentiasa terdidik dan terikat dengan
sumpah setia pada Pencipta-Nya
sejak ditiupkan roh di kandungan bunda
aku patuh dan aku taat kerana KAU adalah Tuhanku
yang menciptakan aku dari alam roh kepada alam manusia
dari alam manusia kepada roh kembali dan dari alam roh
ke alam realiti Syurga atau neraka
moga Syurga Teratas akhir tempatku
yang indah dan bahagia tanpa titik
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
By Ratu Rimba Niagara
25 Rabiulakhir 1436H
15 Februari 2015
NUR HIDAYAH KASIH-NYA TERUS BERSINAR
Mentari akan terus bersinar
bersama senyumanmu senyumanku
bersama syukurmu syukurku
mengental berpintal lalu
tersimpul mati
dalam hatimu dalam hatiku
tak pernah jemu kita saling
jalinkan kasih dan sayang demi-Nya
tak akan ada terluka dilukai
tak akan ada perih
menanti kasih di ombak rindu
tak akan ada sepi menyepi
tak akan ada teka teki
dalam menjalinkan kasih dan sayang
yang ada kusayangmu demi-Nya
kau sayangku demi-Nya
kita semarakkan karya bersama
karyamu karyaku
penuh dengan jiwa
penuh dengan penghayatan
agar roh sucimu
agar roh suciku
dapat mensucikan
debu-debu
kemunafikan dari kalbumu kalbuku
maka tertintalah hasil pena
yang berarti buatmu buatku
buat semua pembaca
yang sudi menghayati
hasil karangan
yang digubah indah
mengindahkan hati-hati yang suram
dalam derita sengsara tanpa Nur Hidayah Kasih-Nya
berkat ilham
yang disirnakan ke kalbumu kalbuku
kita menangis bersama-sama
betapa kerdilnya kita di Sisi-Nya
betapa kita perlukan-Nya
di setiap saat dan ketika
tanpa-Nya
kita bagaikan hilang arah tanpa tujuan hidup
hidup berarti kerana-Nya
hidup tak berarti tanpa-Nya
Makanya
Hadirlah Ya Allah
Hadirlah ke kalbu imanku
Hadirlah ke kalbu iman dia rakan sastraku
Hadirlah ke kalbu iman pembaca
Yang membaca karyaku karya rakan sastraku
Inilah dunia yang kami dambakan tanpa lelah
Semata-mata mahu mendapat
Redho-Mu
Kasih-Mu
Rahmat-Mu
Tika hidup dan mati
Aamiin Aamiin Ammin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Rabiuakhir 1436H
15 Februari 2015
BERCINTA DI SYURGA
TERPATRI DI SYURGA
Kadangkala aku tertanya-tanya?
Adakah kekasih sesetiamu?
Adakah kekasih sejujurmu?
Adakah kekasih mencintaimu kerana-Nya?
Adakah kau idola cinta Adam dan Hawa?
Makanya kudoakan moga kau
DiKurniakan cinta sesuci Adam & Hawa...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Diciptakan Hawa untuk Adam cintai
Diciptakan Adam untuk Hawa syukuri
DiKurniakan cinta Adam...
Saling cinta mencintai
Ditemukan bukan untuk berpisah
Tapi menyatukan hati
Hingga ke hujung nyawa
Dari Syurga Adam dan Hawa bercinta
Hingga ke Syurga Adam dan Hawa ..
Mematrikan cinta
Sungguh suci cinta Adam & Hawa...
Sungguh indah....indah...indah...
Mungkin ini skrip Adam kepada Hawa...
"Hawa kau bidadariku...
Untuk aku cintai seumur hidupku"
"Adam kau bidadaraku...
Untuk aku syukuri pada-Nya seumur hidupku,"
SUBHANALLAH
Indah....indah...indah...
Cinta Adam & Hawa ...
Cinta Idola....
Bagi semua pasangan
Yang bercinta kerana-Nya
Bercinta di Syurga
Berakhir di Syurga
Cinta abadi selamanya
Istimewa kukarang madah cinta ini untukmu rakan pujanggaku
Inilah madah cinta
Inilah puisi cinta
Inilah cerpen cinta
Yang dinanti-nanti abad ini
Moga memberi manfaat
Dunia akhirat untuk semua
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
By Ratu Rimba Niagara
25 Rabiulakhir 1436H
15 Februari 2015
OMBAK RINDU AKU RINDU
ombak rindu aku rindu
ombak rindu beralun alun rindu
ombak rindu di perdu rindu
rinduku di musim tengkujuh
rinduku tak bermusim
rinduku menderu-deru
rinduku tiada penghujung
rinduku beralun-alun
rinduku separuh mati
rinduku sepenuh hati
rinduku rindumu berbunga-bunga
rinduku hanya untukmu
aku sepi tanpa rindumu
rinduku membara-bara
rinduku berada dalam bara gelombang ombak mengganas!
rinduku berpintal-pintal hingga terpintal otakku memikirkannya
semua puisi tentang cinta dan rindu
hingga terkial-kial hendak memahaminya...
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Rabiulakhir 1436H
15 Februari 2015
KEINDAHAN RASA HATI SEINDAH OMBAK YANG TAK JEMU-JEMU MENGEJAR RINDUNYA KE PANTAI
seindah itulah-dunia tampa sastera atau tampa sastera dunia kurang sempurn-ombak sastera dapat menggoncang dunia ilmu pengetahuwan-sastera berombak badai-dermaga saksinya-membisu air berbicara dengan terik recollnya-atau air tidak bicara -tetapi air bicara dengan keperibadian nada bunyi ombak berderai jiwa- dengan nada atau dengan kodetik pribadi sastera-maka ombak dilihat tidak pandai bicara-tetapi ombak berbicara dengan nadanya indah burr has dan duhh dan lain lain nada suara ombak-dengan kata kata atau nada nada nya- ombak bernada bersuara tetapi tidak berbicara-sastera mengungkap kan-ombak bicara dengan terikrecollnya atau dengan kode kode etiksasteranya nusantara mendunia
By Adni Alam Prem.
OH! KODOK
Oh! Kodok!
Oh! Pocot!
kodok melatah
kodok digeletek
oleh dia...oleh dia...
kodok terus melompak
masuk ke kolam
menyelam...nyelam...
sambil menangis
kepiluan
sedu sedan
menangis hiba
kodok memanggil hujan
kwang....kwaaaaang... kwaaaaaaaaang!!!
kwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang!!!!!!
ku......ku........aaaaaaaaaannnnngggg!!!!!
sayup......sayup.....sayup.......
makin lemah......makin lemah.....
suara si kodok tenggelam tak berdaya......
ditenggelamkan oleh dia....dia....dia......
hujan kasihan melihat si kodok
memanggilnya penuh hiba
hujan menyeru petir
petir menyahut seruan hujan
lelangit sambar menyambar
berdentum berdentam sana sini
memberontak si petir
hingga terhentak penghuni bumi
ketakutan menyembunyikan diri
sambil menekup telinga
kerana bunyi
dentuman petir kilat
sambung menyambung tanpa henti
langit hitam pekat
seolah mahu menjelang malam
wal hal baru masuk waktu Asar
impak kilat sambung menyambung
hingga menggeluarkan cahaya
yang menakutkan
panahan petir tepat kena
gagak hitam
sedang berteduh di pohon rendang
bergelimpangan gagak hitam hangus terbakar
bagaikan terkena renjatan letrik
hujan turun selebat-lebatnya
membebat luka di hati si kodok
kerana panggilan si kodok
telah dimakbulkan Tuhan
dan selepas tamatnya hujan
muncullah pelangi
nan indah hingga ke malam hari
terlalu indah...indah...indah
kanvas langit di malam itu....
syukur si kodok
Tuhan masih sayang padanya
Tuhan menjahit luka hati
dengan benang kasih dan cinta-Nya
terima kasih Tuhan Yang Maha Mendengar
terima kasih hujan...
terima kasih petir
terima kasih pelangi
terima kasih ....terima kasih...terima kasih...
syukur Ya Allah
KAU AMAT MEMAHAMI ISI HATI
semua penghuni bumi tanpa terkecuali
semuanya dengan kehendak dan izin-Mu
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1 November 2012
SANTAI-SANTAI SAJA DONG
santai-santai saja dong
jangan beratkan fikiran
ceria-ceriakan
fikiran
kusut masai
hingga ide
tak tercerna lagi
gara-gara
tikam menikam
hambur menghambur
hingga lahar
meletus...letus melatah
diratah hingga hilang
mati azam
hingga terlentang KO
kalah mati
mati otak
gila...hahahaha
santai-santai saja dong
jangan beratkan fikiran
jangan ikutkan hati
dalam bicara
nanti makan diri
semuanya berhak
untuk bersuara bisu
jangan bisu
sebelum dibisukan
jangan kaku
sebelum dikakukan
jangan jadi pepatung
rugi merana sendiri
santai-santai saja dong
kita bersuara sama-sama
biarlah pelbagai suara-suara
serak merdu sengau gagap
kita adunkan menjadi satu
pasti bergema
menjadi suara buluh perindu
yang dirindui
oleh peminat
yang menanti
dalam santai-santai...
santai saja dong....
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1 November 2012
www
BUMI BERASAP LANGIT MENANGIS
Apabila bumi berasap
manusia kepanasan
langit tak sudi nak menangis
kerana sudah kering air mata
langit cuma menangis di dalam hati
simpati pada bumi yang tak henti dizalimi manusia
Andai manusia sudah sedar
muhasabah diri atas setiap kezaliman pada bumi
barulah langit senyum
tanda syukur pada Ilahi
lalu menangislah langit semahunya
agar terpadam segala derita manusia yang kepanasan
Bumi senyum kerana tidak lagi dizalimi
malah bersyukur diberikan pertunjuk kepada manusia
agar selalu bersyukur kenapa manusia dihidupkan
di muka bumi ini bukan di planet lain
hebatNya Allah betapa kerdilnya manusia
kekuasaanNya mengatasi segala yang ada di langit dan di bumi
Karya Ratu Rimba Niagara,
2 Jamadilawal 1435H
4 Mac 2014
Setiap kali ujian datang...senyumlah agar terpadam segala kelukaan di hati.
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
18 Februari 2021
0 comments:
Post a Comment