Thursday, 18 February 2021

BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (304) BAHAGIA SALING MEMBANTU

BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (304) BAHAGIA SALING MEMBANTU

YA ALLAH LURUSKAN NIATKU
Jika Allah menolongmu tiada siapa yang dapat menghalangNya
Mungkin imej ‎satu orang atau lebih dan ‎teks yang berkata '‎لله JIKA... Melibatkan Allah dalam segala urusan kita, maka Allah akan melibatkan segala kekuasaan-Nya untuk menolong kita. @ph"‎'‎‎
Kita Ingat ALLAH,
ALLAH ingat kita.


DENGAN BELAS EHSANMU BALASLAH CINTAKU INI
Bila mana hati sudah terpana dengan Dzat CintaMu Tuhan...
Segala dipandang didengar adalah zikirku padaMu Tuhan
KehadiranMu terasa menyelubungi kalbu
Rasa jantungku berhenti berdegup bila lupakanMu
Berilah kekuatan padaku yang tidak pernah sempurna
Tapi kucuba melakukan kesempurnaan cintaku padaMu
Dengan belas EhsanMu balaslah cintaku ini.
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Februari 2012





Mungkin imej teks yang berkata 'TANDA-TANDA ALLAH SAYANG 1. DIBERIKAN KESEDIHAN -Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut nama-Nya. 2. DIBERIKAN KESAKITAN -Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari Nya. 3. DIBERIKAN KEHILANGAN -Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Nya. DIBERIKAN KESUSAHAN -Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha. 5. DIBERIKAN PENDERITAAN -Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Nya. 6. DIBERIKAN KEMISKINAN Kerana Allah mahu kita meminta kepada Nya. 7. DIBERIKAN KEHINAAN -Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari Nya. OLEH ITU.. JANGAN TERLALU BANYAK KETAWA. KERANA ALLAH AKAN JAUH DARI KITA. -sepet-'
Anda dan 198 yang lain
5 Komen
88 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Lihat 3 lagi komen


Aamiin 🤲🤲🤲
Mungkin imej teks yang berkata 'SALAMSEJA Mungkin orang akan melihat kamu sebagai insan yang LEMAH disisi ALLAH kamu adalah insan inaa yang paling KUAT dengan bNya.. #muhasabahDiri'
Anda dan 28 yang lain
1 Komen
7 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen

Jangan takut gagal tetapi takut pada tidak mencuba
Mungkin imej satu orang atau lebih, orang duduk, pakaian luar dan teks yang berkata 'JANGAN TAKUT GAGAL TETAPI TAKUT PADA TIDAK MENCUBA -IRFAN KHAIRI www.fb.com/irfankhairi.fb f'
Anda dan 464 yang lain
25 Komen
91 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Paling Relevan




BAHAGIA HIDUP SALING BANTU MEMBANTU
Leftenan Adam Sakeenah
assalamualaikum dan salam sejahtera
kalau ANAK MUDA kurang ajar,TOLONG AJAR KAN...
kalau ORANG TUA terlebih belajar,JANGAN BIADAP
yang muda di hormati
yang tua di sanjungi
nak memberi,ikhlas tak perlu bicara
jika menjatuhkan secara sengaja,tak perlu ambil kerna satu penghinaan
(ada juga hamba jumpa manusia seperti di atas hari ini,hendak memberi hamba wang ringgit,apabila hamba mahu mengambilnya,di jatuhkan wang itu satu persatu,maka cara
terbaik
.hamba tak mengambil wang itu dan berlalu pergi)
pandangan anda bagaimana?
Unlike · · · 15 hours ago
You like this.
BERBUDILAH SEBELUM MATI
Tundukkan badan berhadapan yang tua
Tanda hormat pada yang tua;
Itulah adap menghormati yang tua,
Karena yang muda akan tua,
Yang tua di hormati,
Yang muda disayangi;
Tua muda saling hormati,
Bahagia saling menyayangi.
Sesama kita saling menyayangi,
Tiada wujud saling membenci;
Yang ada di jiwa saling menyayangi,
Sayang menyayangi menjauhi benci.
Iri hati punca benci ,
Benci semakin benci;
Wajah hodoh karena benci,
Buang benci hati menjadi suci.
Hati ego rasa hidup sempurna,
Orang lain dipandang hina;
Kekayaan rasa hidup sempurna
Wang diberi hati penuh hina.
Mulut manis bagaikan gula,
Hati penuh ulat membusuk;
Gila harta mengila-gila,
Bermaharajalela niat membusuk.
Duhai hamba yang baik budi,
Orang bebudi kita merasa;
Mulut manis menyemai budi,
Tapi hati penuh racun berbisa.
Hati di dalam siapalah yang tahu
Bicara manis seperti gula;
Menyemai budi biar semua tahu,
Hakikatnya itu semua palsu belaka.
Wang ditabur rasa diri kaya gila,
Menganggap manusia semuanya hina;
Duhai hamba kutiplah uangnya,
Sesudah dikutip berikan padaku pula.
Bila kudapat wang itu,
Kan ucapkan terima kasih;
Karena wang itu lambang inspirasiku,
Betapa jangan memandang hinanya kasih.
Wang itu lambang muhasabah diri,
Agar bila kukaya raya jangan jadi begitu;
Kekayaan adalah Kurniaan dari Ilahi,
Diinfakkan sebagai bekalan akhiratku.
Andainya uang dapat membeli kasih,
Kasih semua mereka yang terkasih;
Kan ku usahakan untuk membeli kasih,
Senyuman berharga buat terkasih.
Kekayaanku untuk membeli kasih,
Kasih mereka yang memerlukan;
Gerhana bertukar menjadi pelangi kasih,
Begitu hebatnya sebuah perkasihan.
Sesama insan saling menyayangi,
Bantu membantu tolong menolong;
Hidup kita akan diberkati,
Bahagia hidupa saling tolong menolong.
Harta yang didermakan seikhlas hati,
Itulah yang kita punya;
Akan dihitung di akhirat nanti,
Di Al-Mizan nanti pasti bahagia.
Janji Allah pasti ditepati,
Tak akan rugi kita berbudi;
Berbudilah sebelum mati,
Pasti Allah membalas segala budi.
Tua akan mati,
Muda pun akan mati;
Semuanya akan mati,
Berbudilah sebelum mati.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
141212
Disiarkan Di Page Kesultanan Johor
161212
Suka
Komen
Kongsi

WWW

ALLAH ITU MAHA INDAH
Allah Itu Maha Indah
Seindah 99 nama-Nya
Semerdu Kalam-Nya
Tak jemu dibaca berulang-ulang kali
Apabila menyebut nama-Nya
bergetar hati meruntun jiwa
Apabila tidak menyebut nama-Nya
Hati pilu seperti ditusuk sembilu pilu
Apabila membaca Kalam-Nya
Wangian cinta-Nya meresap dalam
Roh dan jasad terus merindui-Nya
Menanti dan menunggu untuk
Bertemu dengan-Nya
Moga terpilih menjadi kekasih-Nya
Insya-Allah AAmiin Ya Rabbal A’Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
11 Disember 2012
DENGAN RAHMAT KASIH-MU TANPA BATAS
Duhai hatiku
Yang sudah banyak kali terluka dan dilukai
Hinggakan semua hatiku sudah hancur lulur
Tapi ku cuba
Terdaya mampu
Untuk kucuba tersenyum
Agar tiada yang tahu
Hatiku sudah hancur sehancurnya
Tapi bila mana kufikirkan
Apalah ada pada
Kehancuran hati yang nampak
Kan kujahit hati yang nampak
Dengan Nur Hidayah KasihNya
Yang dihantar melalui para sahabat akhiratku
Untuk merawat hatiku yang hancur
Berkat aku berkawan
Dengan sahabat akhirat
Yang tak jemu
Yang tak lelah
Mencurahkan ilmu akhirat
Kesedihan...kelukaan...hatiku
Insy-Allah berjaya dipulihkan dengan izinNya jua
Hatiku jadi tenang...
Hati yang tenang inilah
Yang akan mengadap Tuhan...
Dalam jiwa yang tenang
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukur Ya Allah ....
Karena dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
Kau Kurniakan aku sahabat akhirat
Berkat ilmu akhirat yang dikongsikan kepadaku
Aku amalkan dalam hidupku
Yang tandus iman ini
Hatiku terawat
Hatiku bersinar-sinar
Sinaran iman
Iman yang menjadi penemanku
Tika di dunia mahupun di alam akhirat
Terima kasih sahabat akhiratku
Kerana keikhlasanmu berbagi ilmu dunia akhirat
Moga Allah Azzawajalla membalas kebaikanmu
Dengan Rahmat Kaseh-Nya Tanpa Batas
Tika kau hidup dan mati
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Sahabat Akhiratmu Selagi Hayat Ingin Menjadi Sahabatmu,
Ratu Rimba Niagara
11 Disember 2012
BIDADARA & BIDADARI MENCARI CINTA SEJATI-NYA
selagi namanya manusia
selagi itulah memerlukan cinta
hidup ini sepi tanpa cinta
cinta membuatkan hidup jadi ceria
cinta tak mengenal siapa
siapa pun layak untuk jatuh cinta
tapi belum tentu layak memiliki cinta
kerana cinta tak boleh dipaksa
mencari cinta umpama
menyatukan puzzle yang sesuai
selagi tak sesuai
selagi itulah
tiada keselarian cinta
ibarat perkahwinan
suatu lumrah kehidupan
masing-masing memenuhi
kehendak perkahwinan
tanpa ada perasaan cinta
samalah seperti robot
yang tak ada perasaan
makanya aku tak mahu cinta
seperti robot
tanpa ada jiwa
untuk saling cinta mencintai
dan cinta itu jadi lebih bermakna
apabila disandarkan pada
Allah Azzawajalla
menjadi matlamat hidup dan mati
itulah cinta sejati yang didambakan
bidadara & bidadari
mencari cinta sejatiNya
moga termakbul
bagi pasangan yang bercinta kerana-Nya
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Karya Ratu Rimba Niagara
101212
RAYUAN PUNGGUK BERLAGUKU KAU SEPIKAN
Setia mu di sana
Setia ku di sini
Tapi kutahu kau sudah benci padaku
Rayuan pungguk berlaguku kau sepikan
Di ombak rindu
Pilu rasa hatiku
Pergilah rindu
Kerana aku terdera rindu
Dan tak ingin ku merinduimu lagi
Sia-sia saja aku merinduimu
Sepimu membuat aku
Tak mahu lagi berlagu rindu padamu
Jangan kau nantikan aku lagi
Tunggulah kau di ombak rindu sepimu itu...
Menyanyilah kau bersama ombak rindu itu
Kerana ku tahu ombak memutih ditepian pantai itu
Itulah cinta mu
Yang membuatkan kau terus
Melupakan aku dalam cinta terbiar sepi
Moga kau bahagia di samping dia yang kau cinta...
Siapalah aku di hatimu
Cuma bertandang dalam mimpi
Hilang mimpi
Hilanglah cinta dan rindu
Begitu rapuhnya cinta...
Serapuh biskut
Kejap ada kejap tak ada...
Aku tak mahu cinta serapuh biskut
Yang aku mahu
Cuma cinta seperti Adam dan Hawa saja
Makanya selamat tinggal cinta...
Namun ku doakan moga kau bahagia
Di samping dia yang kau cinta
Moga bahagiamu hingga sampai di Syurga
Insya-Allah Aamiin..
Ratu Rimba Niagara
101212
RINDU JUGA DATANG BERTAMU
Bila benci tapi rindu
Rindu juga datang bertamu
Kutunggu rindumu tak jemu-jemu
Biarpun kau sepi tak sudi menyapaku
Bikin hatiku benci padamu
Namun kurindu
Rindukanmu
Di ombak rindu
Kukirim salam padamu
Agar kau sudi menjawab salamku
Biarpun itu cuma ingauanku
Malangnya aku
Merinduimu
Tanpa balasan cinta darimu
Aku kau biarkan sepi tanpa candamu
Aduhai malangnya nasib mencintaimu
Dulu kau bilang sayang padaku
Kini kau benci padaku
Bencimu
Buatku bertambah rindu
Baru kufaham erti benci tapi rindu
Terseksanya merindumu
Benci tapi rindu...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
101212
EMBUNAN PELANGI CINTA SYURGA
Cinta...cinta...cinta...
Semua perlukan cinta
Di manakah dikau cinta?
Adakah di balik awan sana
Adakah di balik bintang sana
Adakah di balik bulan sana
Adakah di balik mentari sana
Atau pun sudah sedia menanti di SyurgaNya
Semuanya menjadi persoalan
Yang menjadi tanda tanya si pemburu cinta
Tanpa berputus asa
Terus mencari cinta
Terus memburu cinta
Yang didambakan itu
Bila kita berkata
Kaulah cinta yang kuburu
Kaulah cinta yang kudambakan
Gelombang alam ghaib kian terasa
Tapi DIA tetap dipasrahkan cinta
Cinta....cinta...cinta ...
Diuja dipuja mahu dimiliki cinta
Semata kerana-Nya
Cinta oh! cinta... aku memujamu
Bukan kerana cintamu
Yang belum pasti kumiliki
Tapi kerana gelombang alam ghaib
di Lauhmafuz seakan sampai
ke deria cintaku
mengatakan kaulah
cinta yang telah
tercatat di Lauh Mahfuz-Nya
Insya-Allah AAmiin
Cinta...cinta...cinta...
Yang kutahu
DIA Tuhanku Maha Pemberi Cinta...
Cinta kepada semua hamba-Nya
DIA Maha Memahami Cinta Hamba-NYa
Sejak Nabi Adam lagi...
Kerana terlalu memahami Adam ...
Merasa kesepian
Adam hanya melihat pasangan
Burung di Syurga sedang berkicauan
Melagukan Syair Cinta Menga-Agungkan Tuhan Di Syurga
Kerana terlalu memahami Adam yang kesunyian
Allah Azzawajalla mencipta Hawa
Bidadari Syurga untuk Adam cintai
Hawa bersyukur dan redha menjadi bidadari Adam
Hari...hari adalah cinta
Hari-hari mengucapkan syukur
Atas cinta Kurniaan dari-Nya
Hari-hari berbahasa indah-indah
Saling puji memuji
Saling puja memuja
Akulah kekasihmu Hawa
Aku cintakanmu Hawa
Kaulah bidadariku Hawa
Kaulah ratuku Hawa
Sepanjang hayat aku mencintaimu Hawa
Tiada duanya ...
Kau diciptakan untukku
Aku diciptakan untukmu
Untuk memadu cinta seutuhnya
Dan berjanjilah kau Hawa
Menjadi kekasihku selamanya
Kita bercinta selamanya di Syurga
Sambil memandang Adam
Penuh dengan cinta
Penuh dengan wangian cinta Syurga
Hawa menjawab,,,
Duhai Kanda Adam kekasihku yang kucintai kerana-Nya
Dinda mencinitaimu keranaNya
DIA menciptakan dinda dariapda tulang rusuk kiri kanda
Makanya dinda terlalu lembut
Makanya layanilah dinda dengan lemah lembut
Selembut Sutera Syurga
Andaikata kanda mengkasari dinda
Akan patahlah tulang rusuk ini kanda
Dinda bersyukur padaNya
Menciptakan dinda untuk kanda cintai
Dinda tertalu bahagia
Pabila kanda mencintai dinda sepenuh
Hati kanda yang ikhlas dan suci murni...
Kanda Adamku...
Lihatlah daunan Syurga itu
Bagaimana indahnya embunan pelangi cinta
Di daunan itu
Begitulah indahnya cinta kita ini kanda...
Kanda ...kandalah yang dinda cintai
Kerana telah tercatat di Lauh Mahfuz ..
Kandalah hamba-Nya
Yang dinda cintai
Selagi hayat di kandung badan
Ketahuilah kanda
Setiap kejadian yang Allah SWT jadikan
Semuanya ada sebab musabab
Hikmah di sebalik
Kita berpisah di Syurga
Tapi bertemu di Jabbal Rahmah
Kerana kita
Adalah ibubapa
Kewujudan seluruh manusia di bumi
Anak-anak kita terlalu ramai
Banyaknya tak terkata
Kanda Adam adalah bapa manusia
Dinda Hawa adalah ibu manusia
Makanya semuanya anak-anak kita
Anak yang kita sayangi biarpun kita
Sudah tiada...
Kanda...kita akan menunggu anak-anak kita.. kanda
Pasti hari pertemuan di kala itu...
Kita dengan anak-anak kita
Saling berpelukan rindu
Saling rindu rinduan
Dalam tangisan syahdu
Biarpun tak pernah bertemu
Tapi akhirnya bertemu dengan
IzinNya juga....
Duhai anak-anak ayahanda semua
Ayahanda sangat mencintai bunda Hawamu
Bunda Hawamu terlalu menyayangi ayahanda
Bunda Hawamu diciptakan untuk ayahanda cintai
Selagi hayat di kandung badan...
Bunda Hawamu sajalah yang ayahanda cintai
Berkat cinta yang tulus dan murni
Berkat saling cinta mencintai kerana-Nya
Berkat berbahasa-bahasa indah seindah Syurga
Lahirlah anakanda-anakanda
Yang lahir ke dunia bagaikan
Permata-permata Syurga
Yang indahnya seperti pelangi di malam hari
Sungguh mempesonakan seperti
Embunan pelangi cinta Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indahnya cinta kerana-NYa!
RATU RIMBA NIAGARA
091212
KALAU SAYANG BILA-BILA PUN SAYANG
Moga persahabatan kekal abadi,
segala canda simpan di hati;
tapi jangan kanda menyepi,
dulu bilang sayang kini jadi benci.
Kalau sayang bila-bila pun sayang,
Bersumpah setia sehidup semati;
Susah senang kita bersama sayang,
Tak enak diri terus menghilang diri.
kerana kita sudah sehati,
dalam hati belum tahu;
kata hendak sehidup semati,
itu cuma mainan mimpiku.
Ratu Rimba Niagara
101212
MAKA BERBISIKLAH CAMAR DI MEGA SENJA
BERPUISI BERSAMA BULAN BINTANG MATAHARI
camar di mega senja
tak jemu menunggumu
kelibatmu jarang kupandang
kau makin jauh dariku
tapi di setiap mega senja
pasti aku datang
manalah tahu kau
sudi menyapa puisiku
tapi sapaan mu
tak juga bertandang menyapa puisiku
dan aku jadi jemu
seolah aku melukut di tepi gantang
seolah aku pengemis jalanan
menagih balasan puisi darimu
bilamana ku tahu
aku disepikan
kerana puisiku
tak setandingmu
yang berbahasa puitis
makanya aku jadi
perindu sepi
disepikan karya teman-teman puisi
yang sudah tersohor
dan aku berlalu pergi
kerana siapalah aku
di hatimu
di hati teman-teman puisi tersohor...
dan aku sudah biasa dengan sepi
maka aku berpuisi
bersama
bulan
bintang
sang mentari pagi
kerana mereka bila-bila masa
sudi berpuisi bersamaku
dan saling berbalas puisi
puisi nan indah
memuji
Kebijaksanaan Tuhan
mencipta alam ini
tanpa bantuan sesiapa
bilamana DIA berkata
KUN FAYAKUN
maka terjadilah....
RATU RIMBA NIAGARA
20 Muharram 1434H
4 Disember 2012M
Heri Fairuz
mengapalah sang kodok begitu riuh bersahutan mengharap hujan....
sedangkan mendung tak jua menyelimuti angkasa,,,,,
resah dalam kegerahan dan kegersangan relung hati tak jua tersirami kesejukan....
berserahlah dengan keagungan sang kuasa.....niscaya damai itu kan menyejukan resahmu
December 4 at 9:46am ·
Ratu Rimba Niagara:
tak akan kutunggu suara sang kodok
suaranya bukan untukku lagi
makanya hanya ku tunggu suara sang pungguk
pasti suara sang pungguk menyejukkan resah
mengingatkan aku arti sebuah kasih sayang demi-Nya...
Apa pun terima kasih duhai si pungguk yang sudi menyapa puisiku...
December 4 at 10:48am ·
Heri Fairuz hahahaha,,,,
sudahlah,,,,,,,buang segala asa semu itu dari pelupukmu....
sambutlah,,,gerbang bahagia,,,,ditepian mega....
punggukpun telah lelah dalam penantian panjangnya,,,,
dilema..com...hehehehe
December 4 at 1:43pm ·
Ratu Rimba Niagara
tapi malangnya suara si pungguk sudah tidak kedengaran lagi kerana telah habis suaranya melagukan rindukan bulan yang sudah merajuk pergi....hehehehe
KARYA HERI FIRUZ & RATU RIMBA NIAGARA
101212
SENYUMMU SEIKHLAS HATI
Duhai kanda ku sayang,
Senyumanmu seikhlas hati;
Semakin kupandang semakin sayang,
Mana mungkin hatiku menjadi benci.
Duhai kandaku tersayang,
Kurindu kamu dalam bayangan;
Hatiku hatimu sudah berpadu sayang,
Bersua kita jika Allah izinkan.
Sampai bila tak akan berubah,
berkata di bibir manis bicara;
dalam hati semuanya berubah,
lain di hati lain bicara.
di tepi bibir cinta yang mulia,
dalam hati pemalsuan cinta;
kukagumi cintamu yang mulia,
itulah harga sebuah cinta.
Tak akan ada rasa tersinggung,
Jika pandai menjaga hati;
Hati umpama pengarang jantung,
Berkata berhati-hati jangan ikut hati.
Ratu Rimba Niagara
101212
December 10 at 12:27pm · Edited · Like · 1
Sulaiman Dawud Laa Ilaaha Illa Allah Muhammadurr Rasuulullah
December 10 at 12:27pm · Unlike · 2
"Hiduplah seperti pohon yang berbuah lebat
hidup di tepi jalan dan ketika di lempari org
dengan batu,tetapi dibalas dengan buah".
Photo: "Hiduplah seperti pohon yang berbuah lebat
hidup di tepi jalan dan ketika di lempari org
dengan batu,tetapi dibalas dengan buah".
Puisi Pepohon Iman
Ingin kusemai bunga-bunga cinta
agar apabila bertunas nanti
segar disinari cahaya iman
akarnya menjadi pasakkan
iman yang kukuh bercambah
akarnya merata tempat.
Merimbunlah dikau tunas-tunas
cinta keimanan
menjadi pepohon rendang
dewasa dalam keindahan iman
rimbunan dedaun menghijau
saujana mata memandang
dedaunanmu merimbun
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
melentok-lentok sambil mengalunkan
zikir munajat memuji Tuhannya.
Alunan zikirmu padaNya
membuatkan aku terkesima
dalam rindu mendalam padaNya
dan aku mencemburuimu
kerana hidupmu...
tiada lain kecuali
berbakti kepada Tuhanmu
dan menabur jasa kepada
penghuni bumi.
Bertambah mengindahkan lagi
pepohon iman itu berbunga
gugusan kuntum bunga
memukau panorama...
Wangian bunga pepohon iman
dapat dihidu di seluruh benua
tiada apa yang dapat diucapkan
melainkan SUBHANALLAH.
Setelah habis musim bunga
tiba masanya pepohon iman berbuah
gugusan buah melebat
memenuhi pepohon iman
terkesima mata memandangnya.
Apabila gugusan buah pepohon iman
sudah ranum daripada tangkainya
sedia dipetik penghuni bumi
lalu berkata, ”Makanlah buah pepohon imanku ini...
Moga... Cahaya keimanan meresap
dalam roh dan jasadmu, itu doaku.”
Setelah penghuni bumi
makan buah pepohon iman itu...
Sisa buah pepohon iman tersebut
dilemparkan ke sungai deras mengikut
kederasan air terjun
lalu terdampar ke hutan belantara
di situlah bermulanya penghidupan
baru kepada pepohon iman
meneruskan kelangsungan hidup baru
pasrah dan redha
dengan asal kejadiannya!
Karya: Ratu Rimba Niagara
101212
PENDEKARKU SYAHIDMU DI JALAN-NYA
Salam sejahtera pendekarku
Kau sumber inspirasiku
Kegagahanmu membuatkan aku tabik hormat padamu
Semangatmu tak pernah padam membela ibu pertiwi
Membuatkan aku kagum denganmu
Api perjuanganmu sentiasa membara-bara
Rela pertaruhkan nyawa
Demi keamanan mempertahankan
Kemerdekaan negara tercinta
Ilmu kependekaranmu
Bukan untuk kau berbangga
Mendabik dada akulah hero Nusantara ...
Tapi adalah mempertahankan negara
Dari diserang musuh durjana!
Pendekarku...
Kau setiasa bersiap siaga
Turun ke gelanggang
Jika ada yang datang mencabar
Kau sahut segala cabaran
Nyawa di badan jadi taruhan
Tak akan kau hiraukan lagi
Badanmu hancur
Ditusuk senjata si durjana
Tak akan kau hiraukan lagi
Tubuhmu bermandikan darah
Darah di tubuh terus mengalir
Kau syahid di medan juang
Kukalungkan bunga-bunga Syurga di pusaramu
Tanda aku hargai perjuanganmu
Membela ibu pertiwi
Di Syurga bidadari menantimu tersenyuman indah
Itulah balasan dari Tuhan-Mu
Atas syahidmu ke jalan-jalan-Nya
Aku bersyukur di sejadah cinta-Nya
Pendekarku syahid di jalan-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua...
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
10 Disember 2012
TERIMA KASIH GRUP 360 TIGER MERAH SLIM RIVER
BismillahiRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Terima kasih rakan seperjuanganku Leftenan Adam Sakeenah
Kerana sudi menjemput hamba ke grup ini
Untuk memperkenalkan diri
Hamba bukanlah di kalangan ratu bangsawan
Cuma ratu rimba niagara
Ratu yang mengetuai rimba niagara
Dilantik oleh penghuni rimba niagara
Untuk memerintah rimba niagara
Agar mereka merasai
Dilindungi dan dibela daripada manusia
Yang berhati jahat untuk memusnahkan rimba niagara...
Berkat berkasih sayang kami aman di sini...
Di sini rm tidak berharga
Yang berharga daunan kasih semulia budi
Dan kerana kasih seluhur budi
Kami saling rela mempertaruhkan nyawa
Demi keamanan rimba niagara
Beginilah kehidupan kami di rimba niagara setiap hari
Saling menghargai satu sama lain
Dan hormat menghormati di antara satu lain
Tak akan ada sifat cemburu
Yang ada sifat ingin membantu jika
Penghuni kami ditimba musibah...
Bantu membantu adalah amalan hidup kami
Dan kami aman bahagia di sini....
Keindahan kehidupan kami di sini
Ratu rimba kami...sudi dan sentiasa sudi
Untuk menyiarkan karya-karyanya di grup ini
Bertujuan sekadar berkongsi kehidupan rimba dan
Apa saja yang difikirkan perlu...
Jika karya saya
Tidak memenuhi kehendak admin
Bisa saja di deletekan post...
Moga pertemuan di grup ini memberi
Kebaikan dunia akhirat...Aamiin...
SETIAP YANG BAIK ITU DARINYA
YANG LEMAH ITU DARI KEKURANGAN SAYA SENDIRI
MAKANYA MAAFKAN SAYA JIKA ADA KEKHILAFAN DALAM BERBICARA.
Daripada Ratu Rimba Niagara
081212
Ratu Rimba Niagara shared Sabariah Awi's photo.
Assalamualaikum wr wb
apa kabar sahabat alam mayaku?
moga persahabatan kita bahagia sampai Syurga Inysa-Aamiin
ku di sini sentiasa rindu dan mengyayngimu sepenuh iman ? ? ?
biarpun telah berpisahdan tak pernah kenal di alam maya
cuma kamu mengenali karya-karya hamba di rimba niagara ini
percayalah siapa kamu , hamba amat menyayangi mu
karya-karya yang kukarangkan ini istimewa untuk kalian
pembaca karya-karyaku tersayang...sayang sesungguhnya
sayang dari dunia hingga akhirat..Insya-Allah Aamiin
Andaikata tutur kata dan ada yang melukakan hati kalian
Hamba hulurkan tangan memohon maaf dari hujung rambut
hingga ke hujung kaki ...maafkan hamba ye...
jika kalian tidak dapat maafkan moga kalian berlembut hati
memaafkan hamba ye....trima kasih kerana sudi memaafkan hamba
dan terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia karya hamba
karya-karya ini adalah lambang cinta hamba kepada semua pembaca
karya-karya hamba di alam maya samada hamba masih hidup atau
telah meninggal dunia nanti...
Ya Allah terimalah kasih sayangku pada semua pembaca-pembaca karyaku
Kumpulkanlah kami di Syurga-Mu nanti
Berkat kami saling berkasih sayang keranaMu
Berkat kami saling bantu membantu ke jalan-Mu
Berkat kami berazam mahu mati menyebut kalimah
Syurga-MU
La-ilaha-iLLaLLah- Muhammadur-Rasulullah (?? ??? ??? ???? ???? ???? ????)
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

WWW

TULISLAH KALIMAH SYURGA DI WALL ALAM MAYAKU AGAR AKU INGAT
DI AKHIR NAFASKU WALAUPUN KALIAN TIADA DI SAAT ITU

AKU TAK PUNYA APA SOBAT

Ratu Rimba Niagara:

Hai napa nak minta no hp...napa tak minta nombor akauan bank senang bank ini kan uang untuk hamba terus berjuang ye sobat...faham-fahamlah hamba di rimba ini nggak punyai uang sobat...manalah mampu nak beli h/p...sobat....harap faham dengan keadaan hamba ye...sobat....maafkan hamba karena terus terang pada sobat...

Sobat Akhirat:

Ooo gitu...habis tu karya-karya yang banyak-banyak tu kenapa tak dijadikan uang
ye? bukan setakat h/p je boleh beli....apa keperluan seluruh rakyat rimba pun
boleh....

Ratu Rimba Niagara:

Begitu ke sobat...sejujurnya hamba di rimba ini hanya cukup sekadar kasih sayang
setulus hati...dan kasih sayang setulus hati itu yang kami pentingkan daripada
uang atau pesona dunia....kami di sini saling bantu membantu...saling hormat menghormat...saling menghargai...saling berkata nan santun dan saling muhasabah diri...tiada lain di hati kami hanyalah mahu membuat kebajikan kerana-Nya untuk
persiapan ke negeri abadi....

Sobat Akhirat:

Maksud kamu ...kamu tak butuh uang....???? Kaget aku ...ni ..sobat....?

Ratu Rimba Niagara:

Bohonglah aku katakan padamu aku tak butuh uang sobat akhriatku....
Andainya aku hidup semua mahukan pesona dunia melampau pasti aku butuhkan
uang sobat....

Sobat Akhirat:

Apa maksudmu pesona dunia melampau? Aku nggak paham boleh jelaskan?

Ratu Rimba Niagara:

Jika duniawi menjadi matlamat sebenarnya aku berhidup...itu maksudku...
bagiku hidup sekadar apa adanya....

Sobat Akhirat:

Apa maksudmu hidup sekadar apa adanya....aku nggak paham sedangkan
aku lihat gambarmu seperti kayaknya seorang bangsawan....

Ratu Rimba Niagara:

Ala....itu coma...lakonan untuk watak Putri Rimba Niagara....sedangkan watak
sebenar aku ...tidaklah begitu....yang aku mahu mereka bukan kenal aku tapi
kenal semua karya-karya yang aku tulis sobat....tak kenal aku di dunia ini
tapi berkat menjadi sobat pembaca setia karya-karyaku....dapat bersama
di alam Syurga nanti Insya-Allah Aamiin ...

Sobat Akhirat:

Lagi kaget aku ni....tak kenal kamu....coma kenal karya-karya kamu...
tapi bertemu di alam Syurga....adakah kamu pasti masuk Syurga?
Gimana jika tak masuk Syurga adakah kita bisa ke temu?

Ratu Rimba Niagara:

Duhai sobat akhiratku...
Sesiapa pun ...tak layak menentukan Syurga itu adalah tempatnya....itu cuma Allah
saja yang tahu kepada siapa hamba-Nya yang layak. Satu kerugian yang besar
jika kita beramal soleh kerana mahukan Syurga ....

Sobat Akhirat...

Apa maksud kamu? Sedangkan pagi petang siang dan malam ....kamu sebut
Syurga....Syurga...Syurga...
Mahu jadi seperti ahli Syurga
Mahu berkata seperti ahli Syurga
Mahu berhati Syurga...
Mahu bekawan dengan ahli Syurga...

Berarti kamu beramal mahukan Syurga itu yang aku faham...maafkan aku kerana udah
lama aku mahu tanya sama kamu mengenai perkara ini tapi aku takut kamu kecil hati...kerana aku bayangkan jika aku bersahabat denganmu aku menjadi ahli
Syurga....karya-karyamu membuatkan aku terpesona dengan nikmatnya Syurga.

Ratu Rimba Niagara:

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...
Sobatku jikalah aku membuat sesuatu amalan kerana Syurga....amat rugilah aku sobat
kerana pasti aku tak ikhlas pada Allah SWT kerana aku beramal bukan keranaNya tapi
kerana SyurgaNya. Dan pasti aku akan dicampakkan ke neraka paling bawah..
jika itu balasan-Nya Dia ke aku...aku relakan kerana siapalah aku untuk memiliki SyurgaNya yang diberi kepada semua hamba-Nya yang ikhlas beribadat semata ingin mendapat redhaNya mendapat rahmatNya. Tahukah kamu sobat...jikalah aku beribadat sekalipun beribu tahun dan amalanku seluas langit sedalam samudara ...aku masih tidak layak memiiki Syurga-Nya....

Sahabat Akhirat:

Kenapa kamu bilang begitu....aku nggak bisa ngerti ini...lagi aku kaget...
apa yang kau jelaskan padaku...tolong jelaskan pada aku. agar aku bisa ngerti apa yang kamu bilang....

Beribadat seribu tahun...
amalan seluas langit....sedalam samudra
masih tidak layak memiliki Syurga

kaget....kaget...kaget aku sobat...
lagi kamu berkata lagi aku benar pusing kepala jadiku
tolong jelaskan sejelas-jelasnya...

Ratu Rimba Niagara:

Maksud aku Allah SWT masukkan hambaNya ke Syurga bukanlah kerana banyak-NYa
amal soleh hamba-Nya tapi kerana Rahmat Kaseh-Nya pada hamba-Nya asalkan niatkan beramal soleh ikhlas semata kerana-Nya.

Sahabat Akhrat:

Maksud kamu kita beramal soleh bukan kerana Syurga tapi kerana kita mahukan
redhaNya dan rahmat kasehNya ...beramal soleh ikhlas semata kerana-Nya
iya kan itu maksud kamu...

Ratu Rimba Niagara:

Benar katamu itu sobat....

Sahabat Akhirat:

Ini pertanyaan akhir yang ingin aku ajukan padamu sobat....
Setahu aku kamu selalu bilang Syurga....Syurga...Syurga....
Seolah kamu beramal soleh bukan kerana redha dan rahmat kasehNya
Maaf jika pertanyaan aku ini keterlaluan ....sebenarnya mahu memecahkan
Kebuntuan aku ini.

Ratu Rimba Niagara:

Memanglah kita mahukan redha dan rahmat kasehNya
tapi mana bisa mungkin kita dapat redha dan rahmatNya tanpa usaha tanpa
dicari dimana redha dan rahmatNya.....jika kita duduk tanpa usaha apa-apa
pasti hidayah kasehNya tidak kita raih....tak akan bisa....tak akan bisa...
bermimpilah kita sampai mati tak akan dapat redha dan rahmat kasehNya ...

Sahabat Akhriat:

Habis itu...gimana caranya kita mahu menggapai redha dan rahmat kasihNYa?
Tolong segera katakan pada aku...kerana sudah nggak bisa aku hidup tanpa
matlamat dan tujuan...selama ini biarpun aku punya segala pesona dunia...tapi aku masih tidak tenang sekalipun aku sudah beribadat puluhan tahun lamanya...ye aku punyai harta dunia dalam masa yang sama beribadat tak prnah aku abaikan dan hartaku sudah banyak aku dermakan tapi masih tidak tenang...kenapa ye sobat?

Ratu Rimba Niagara:

Kita tak tenang walau pun segala kita punya....sebab....sebab....sebab...

Sahabat Akhirat:

Aduh kamu ini ....jangan bikin aku suspen ok...bilang saja apa sebabnya

Ratu Rimba Niagara:

Sebab itu aku mahu jadi teman akhiratmu...
Sama-sama muhasabah diri
Sama-sama sokong menyokong/memberi dukungan
Sama-sama saling bekerjasama ke arah amal soleh
Berkata seperti ahli Syurga
Sikap seperti ahli Syurga
Hati pun seperti ahli Syurga
Kerana ingin mendapatkan redha dan rahmat kaseh-Nya
Mestilah berhati seperti ahli Syurga

Sahabat Akhirat:

Berhati Syurga apa maksudmu?

Ratu Rimba Niagara:

Jangan berdengki hati
Jangan membangga diri
Selalu muhasaban diri
Saling memaafkan
Saling memanjangkan tali siraturrahim
Selalu bersangka baik dengan Tuhan dan manusia

Sahabat Akhirat:

Maaf ye jika aku tanya jika ini mengguris hatimu
Jika pertanyaan ini membuatkan kamu tak mahu berkawan denganku
Ini soalan terakhir aku janji tak akan tanya lagi...

Ratu Rimba Niagaa:

Oklah tanya sajalah ...soalan terakhir...soalan terakhir
tapi tak terakhir juga....

Sahabat Akhirat:

Jangan marah ...nanti lekas tua dong....
Aku mahu nanya kau kata mahu memanjangkan talisiraturrahim
Tapi aku dengar kau ini selalu berkawan nggak lama dan di alam maya
Ini kau selalu removekan rakan-rakan alam mayamu dan tak mahu terima
Mereka yang mahu menjadi sahabatmu dan aku ini pun berdoa agar
Hatimu lembut untuk menerimaku sebagai rakan fbmu...kenapa ye...
Inilah persoalan yang aku berat mahu nanya tapi aku mahu tahu sejujurnya
Darimu...bisa nggak kamu jelaskan....sejelas-jelasnya.
Macamlah kamu ini sempurna iman sangat
Macamlah kamu ini ahli Syurga
Maaf aku keterlaluan padamu

Ratu Rimba Niagara:
Allahu Akbar!
Akupun dapat rasakan
Ramai yang beranggapan begitu padaku...
Tapi apadayaku mahu jelaskan padamu agar kau mengerti...
Jika aku jelaskan pasti kau nggak bisa mengerti
Biarlah aku dan Tuhanku saja yang tahu kenapa aku removekan mereka di alam mya
Aku removekan bukanlah berati aku memutuskan talisiraturrahim tapi aku hanya mahu
Menumpukan ...fokuskan matlamat aku sebenar membuka akaun fb...
Andaikata suatu saat nanti aku tak bergiat aktif lagi ber fb...dan tak menjadi teman Fbmu lagi maafkan aku ye ...
Diamku berarti aku takut dengan Tuhanku
Kerana aku ingin menyendiri bersama kehidupanku yang Allah telah takdirkan padaku
Ke mana aku selepas ini...
Ke alam kehidupan yang aku dambakan
Ke alam barzah ke
Ke alam Syurga atas Rahmat Kaseh-Nya
Wallahua'lam
SesungguhNya alam ghaib aku ak tahu
Tapi yang aku tahu
Jika Allah sudah membuka tirai alam ghaibNya ke aku
Dan aku nampak segala alam ghaib yan selama ini tidak aku nampak
Ketika itulah pintu taubat dan segala amalan aku ditutup pengiraanNya
Saat itulah maut menjemputku pulang ke pangkuan-Nya
Saat itulah samaada aku boleh melafazkan kalimah Syurga atau pun tidak...

Sobat Akhirat:

Apa kalimah Syurga itu sobat...?

Ratu Rimba Niagara:

Semua persoalanmu kujawab tapi yang ini aku mahu kau yang menjawabnya
jika kau menjawabnya ...kaulah sobat akhirat yang aku dambakan...memang
tak salah aku memilihmu menjadi sobat akhriatku....manalah tahu berkat kau
tulis di wall aku ini kalimah Syurga itu...akan aku ingat sampai nafas terakhirku...
sekali pun tak pernah bersua di alam maya atau terpisah di alam maya namun
kalimah Syurga yang kau tulis di wallku menyatukan kasih di alam maya membawa ke Syurga. Insya-Allah Aamiin

Kepada semua rakan alam mayaku yang kukasihi semua tuliskanlah kalimah
Syurga di wall aku ini agar dapat aku ingat saat-saat di akhir nafas ku biarpun kalian tiada di saat itu...

Luahan kalbu rakan alam mayamu,
Ratu Rimba Niagara
161212


PERJANJIAN KITA ALLAH MENJADI SAKSI BUKAN DI ATAS KERTAS HITAM PUTIH

Alhamdulilah...senang bersahabat denganmu sobat...moga kita kekal menjadi sobat dunia akhrirat Insya-Allah Aamiin. Mulai sekarang apa masalahmu adalah masalahku dan apa masalahku adalah masalahmu....boleh ke sobat kita saling berkongsi masalah....bukanlah untuk kepentingan peribadi tapi untuk saham akhirat kita nanti...gimana pendapat sobat....jika kau sudi...perjanjian terlibat dengan saham akhirat ini Allah saja yang menjadi saksiNya...bukan atas kertas hitam putih....gimana pendapatmu sobat...dengan cadanganku ini...percayalah kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku dan kebahagiaanku adalah kebahagiaan mu...itu yang aku perjuangankan pada semua yang sudah aku anggap sebagai sobat akhiratku...

RATU RIMBA NIAGARA
161212


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI SAHABAT AKHIRATKU
  • OK apa pun terima kasih atas kiriman gambar penghuni rimba...
  • Today

  • Sahabat Akhirat

    Asalamualaikum dan selamat malam saya berasa gembira dan berasa sayu dengan puisi Ratu.....biarlah Ratu berpuisi menyampaikan segala hajat dan maksud...bagi saya pula akan menyampaikan secara gambar dan lagu itu sahaja yang  dapat saya buat....saya berbangga ,suka,senang hati dan bahagia apabila dianggap kawan yang.baik Aamin Ya Rabbal A'Lamin......
  • Ratu Rimba Niagara
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin...
    Moga di Syurga menanti pasti...InsyaAllah Aaminn.
  • Ratu Rimba Niagara

    Syukurlah sobat diberi Kurniaan Tuhan kebijaksanaan ....moga kebijaksanaan sobat meberi kebaikan kepada penghuni bumi dan menjadi aset akhirat bila sudah masuk ke alam akhirat nati...Insya-Allah Aamiin.
    jika hamba inginkan perdapat idea boleh kah sobat berikan cadangan ...manalah tahu idea dan cadangan sobat pada hamba...hilang segala kebuntuan masalah hamba dalam menuju ke jalan-jalan Ilahi...boleh ke sobat...kalau tak boleh tak apa sobat...kerana hamba berkawan dengan sobat bukanlah kerana sobat miliki segalanya tapi hamba berkawan dengan sobat keranaNya kerana sudah menganggap sobat sebagai sahabat akhirat hamba ....duhai sahabat akhiratku....!!!!

  • Sahabat Akhirat

    Insya- Allah tetapi kebolihan saya tidaklah saperti Ratu.....lagi pun kadang pengertian kata berbida....kami di  Nusantara selalunya bahasanya kasar tetapi pada kami ia dah biasa.....ertinya pun kadang2 baik kami d sini jahat d sana......Di Nusantara terdapat banyak bahasa dan bangsa.....saya sendiri berbangsa Brunei.....Dato nenek sebelah Wan[Bapa] mimang org Brunei.....Ibu berbangsa arab....bapa Arab...ibu Brunei....Wan [Bapa] kahwin macik nya iaitu ibu saya........kerana untuk meneruskan suku kaum dan waris...dan saya ada lah anak tunggal lelaki dalam keturunaan....Moyang saya lari dari Brunei dengan menggunakan nama lain.....saya tak tahu kenapa mereka lari....ah tak apa lah itu dah jadi perkara lapok bagi saya.......Ratu saya akan menolong setakat yang boleh......
  • Ratu Rimba Niagara
    Alhamdulilah...senang bersahabat denganmu sobat...moga kita kekal menjadi sobat dunia akhirat Insya-Allah Aamiin. Mulai sekarang apa masalahmu adalah masalahku dan apa masalahku adalah masalahmu....boleh ke sobat kita saling berkongsi masalah....bukanlah untuk kepentingan peribadi tapi untuk saham akhirat kita nanti...gimana pendapat sobat....jika kau sudi...perjanjian terlibat dengan saham akhirat ini Allah saja yang menjadi saksiNya...bukan atas kertas hitam putih....gimana pendapatmu sobat...dengan cadanganku ini...percayalah kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku dan kebahagiaaku adalah kebahagiaan mu...itu yang aku perjuangankan pada semua yang sudah aku anggap sebagai sobat akhiratku...

  • Sahabat Akhirat
    Insya-Allah....Ratu....
  • Ratu Rimba Niagara
    ok terima kasih atas segala pengkongsian ilmumu moga Allah SWT merahmatimu. Aamiin


(RATU RIMBA DENGAN SAHABAT AKHIRAT)
161212
Ratu Rimba Niagara shared a status.
Like · · 

Mungkin imej satu orang atau lebih dan teks yang berkata 'BESOK pasti ada tapi BELUM tentu kita MASIH ada Andai ini DOA TERAKHIR kita, mohonlah pada ALLAH like fb Pesan Bonda Moga kita WAFAT dalam HUSNUL KHOTIMAH Aamiin...'
Selamat malam Sahabat ❤️
Anda dan 181 yang lain
107 Komen
Suka
Komen
Komen
Lihat komen terdahulu
Setiap kali ujian datang...senyumlah agar terpadam segala kelukaan di hati.
Mungkin imej 1 orang dan teks yang berkata 'Ss ORANG YANG HEBAT sentiasa ceria walau hati terluka,,, ORANG YANG HEBAT menyapu air matanya dengan senyum tawa,,, ORANG YANG HEBAT selalu redha bahawa dugaan itu adalah KASIH SAYANG ALLAH.'
Assalamualaikum...


Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
Suka
Komen
Kongsi
6j 
Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
Mungkin imej makanan dan teks yang berkata 'SOMETIMES WE NEED SOMEONE TO SMALA BE THERE. NOT TO FIX ANYTHING, OR TO DO ANYTHING IN PARTICULAR, BUT UST TO LET US FEEL THAT WE ARE CARED FOR AND SUPPORTED HEALTHYPLACE.COM'
Anda dan 824 yang lain
64 Komen
122 Perkongsian
Suka
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Paling Relevan

  • Moga hadir hambaNya yang sejujur ikhlas menyokong perjuanganku. Aamiin.
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Inshaa Allah ... Allah akan hadirkan seseorang yang boleh menjadi suporter kita jika kita letak Allah dalam hati saat melalui jalan yang sukar ... ❤👍
    8
    • Suka
    • Balas
    • 5j
    Most Relevant is selected, so some replies may have been filtered out.


'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
18 Februari 2021

0 comments:

Post a Comment

 
;