BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (296) BERIBADATLAH SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK
Jika Allah menolongmu tiada siapa yang dapat menghalangNya
Allahu Akbar
Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan, Kebangkitan.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayangLihat yang asal
Subhanallah
SELAMAT MENUNAIKAN
SOLAT MAGHRIB...
اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.
بســــــم الله الرحمن الرحيــــــم.
Lihat Terjemahan
Aamiin
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
" SELAMAT MENJALANKAN IBADAH SHALAT SUBUH
SEMOGA AMAL IBADAH KITA DI TERIMA OLEH ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
Aamiin
Allahumma Shalli Aalaa Sayyidina Muhammad Wa'alaa Aali Sayyidina Muhammad #Aamiin
Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan, Kebangkitan.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayangLihat yang asalNilaikan terjemahan ini
Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan, Kebangkitan.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayangLihat yang asalNilaikan terjemahan ini
Ilmu Tasawuf hanya insan yang terpilih untuk memahami setelah melalui pelbagai tahap ujianNya.
Dikongsi dengan Awam
Allah aturkan indah kenangan kita untuk sama kita muhasabah diri & ambil hikmahNya
Aamiin
www
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya اللّهُ, hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam Syurga bersama iman.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
السلام عليكم
Ya اللّهُ, hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam Syurga bersama iman.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
السلام عليكم
Kusampaikan salam silaturahim buat semua sahabat yang dikasihi dunia akhirat.
Ku mohon maaf atas segala kesalahanku padamu samada perbuatan dan tutur kata, sesungguhnya sampai kapanpun aku insan yang tak sempurna untuk menjadi sahabat yang
terbaik
untukmu justeru maafkanku agar kita tidak saling menuntut di akhirat nanti. Di dunia kita tidak dapat bertemu , insya-Allah di Syurga kita kan bertemu untuk menyambung silaturahim yang pernah kina bina tika hidup di dunia.
Allah temukan kita samada alam nyata atau alammaya bukan tidak disengajakanNya tapi disengajakanNya agar kita saling:
1) Muhasabah diri
2) Memberi manfaat dunia akhirat
3) Saling pesan memesan
4) Saling ingat mengingat
5) Nasihat menasihati
6) Berkongsi pahala
7) Saling membantu
8) Berkongsi ilmu dunia akhirat
9) Berlumba membuat kebaikan
10) Bersama menempah tiket ke Syurga
Indah semua perkara libatkan Allah pasti DIA memberi jalan keluar dan kemenangan itu janji Allah kepada hambaNya yang yakin dengan segala ketentuanNya.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya amat sedih mendengar berita kepulangan Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ke rahmatullah. Hari ini Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin dan ilmuwan Islam yang banyak berjasa.
Walaupun kami berbeza pendapat dan pandangan, tetapi kami berkongsi impian untuk Malaysia kekal sebuah negara Islam yang aman dan makmur. Saya doakan semoga roh Allahyarham Nik Aziz dikurniakan husnul khotimah dan ditempatkan bersama para syuhada di Syurga Al-Jannah. Al-Fatihah.
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA DIKEMBALIKAN,' Karya Ratu Rimba Niagara, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, Kdymm Sultan Kelantan, PM Najib Razak & Lang Kelana
"BERIBADATLAH SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK"
"Kita kena ingat mati, supaya perasaan untuk mengejar ilmu di dunia dan akhirat akan sentiasa menjadi keutamaan.
Beribadahlah seperti kita akan mati esok." - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat
Tuanku Sultan sedang membaca Surah Yaasin semasa baginda melawat Tok guru Nik Aziz.... Allahu Akhbar - Kdymm Sultan Kelantan
"Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya amat sedih mendengar berita kepulangan Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ke rahmatullah. Hari ini Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin dan ilmuwan Islam yang banyak berjasa.
Walaupun kami berbeza pendapat dan pandangan, tetapi kami berkongsi impian untuk Malaysia kekal sebuah negara Islam yang aman dan makmur. Saya doakan semoga roh Allahyarham Nik Aziz dikurniakan husnul khotimah dan ditempatkan bersama para syuhada di Syurga Al-Jannah. Al-Fatihah." -PM Najib Razak
MOGA MATI DALAM KHUSNOL KHOTIMAH
Mengingati mati adalah guru untuk muhasabah diri
akan terhakis segala keegoan diri
semasa hidup semua dimiliki sudah tiada
gagah perkasa jadi kaku
berkuasa jadi beku
petah bicara jadi bisu
hebat kecantikan bakal menjadi kenduri ulat kubur
siapa pun status darjat setinggi-tinggi hingga serendah-rendah
semuanya bakal menjadi tengkorak
sekelip mata yang dibanggakan semasa hidup tiada lagi setelah mati
jadi apa yang hendak dihairankan dengan kehidupan sementara ini
Aku kamu dan semua akan mati
tapi tak tahu bila
bila-bila masa boleh mati
tua muda
kaya miskin
semuanya mati
pasti mati
tapi tak tahu bila
selagi belum mati
selagi itu TUHAN
masih beri peluang untuk memiliki Syurga-Nya...
'Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu,'
Andai hidup kamu diawali dengan amal soleh
tapi di akhir hidup kamu di akhiri dengan kejahatan
maka nerakalah tempat kamu
Andai hidup kamu diawali dengan kejahatan
tapi diakhirnya hidup dalam kebaikan
maka Syurgalah tempat kamu
tapi jika kamu dimasukkan ke Syurga
sedangkan di awalnya kamu tidak taat kepada TUHAN
walaupun di masukkan ke Syurga
pasti menyesal kerana tidak puas beribadat kepada TUHAN
cuma di saat-saat akhir saja
begitulah indah-Nya beribadat dari awal hingga ke akhirnya
hidup dalam khusnol khotimah
kebaikan...kebaikan...kebaikan
hanya kerana-Nya hanya untuk-Nya...
Ketika jasad ditanya soalan kubur
gagal menjawab soalan kubur
terseksalah jasad
menanggung azab
terbuka pintu neraka
bahang api neraka
terus ke kubur
lalu tanah kubur menghimpit
hingga ke tujuh petala bumi
menanggung azab kubur
sehingga HARI KEBANGKITAN
Kepada ahli kubur
yang berjaya menjawab soalan kubur
di buka pintu langit Syurga...
terus ke kubur
bercahaya...cahaya..cahaya...
di luaskan seluasnya
menjadi taman Syurgawi
nan indah
beradu bagaikan
bidadara (ahli kubur hamba Allah soleh)
bidadari (ahli kubur hamba Allah soleha)
merasa kenikmatan alam kubur sehingga HARI KEBANGKITAN.
Memang menakutkan bila gagal menjawab soalan kubur
Memang membahagiakan bila dapat menjawab soalan kubur
Gagal atau berjaya
bergantung kepada amalan masing-masing
kerana itu siapapun kita
tidak boleh menghukum
siapa ahli Syurga
siapa ahli neraka
kerana diri sendiri pun tidak tahu apakah lulus soalan kubur
setelah mati baru tahu lulus atau tidak menjawab soalan kubur
kita tulus atau tidak
kita tidak dapat beritahu mereka yang hidup
bagaimana kita sekarang
kerana bila sudah mati
hubungan dengan manusia yang hidup telah terputus
cuma yang mati
hanya mendapat saham kubur yang berterusan bilamana semasa hidup dia
bersedekah jariah
ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan
anak-anak soleh dan soleha mendoakannya...
jika semuanya tiada bergantung haraplah kepada amalannya saja...
sebab itu semasa ada peluang hidup
yang banyak harta bersedekah jariahlah
yang banyak ilmu sebar-sebarkanlah walaupun sebaris ayat
yang ada anak didiklah menjadi anak soleh dan soleha
walaupun sudah mati seribu tahun saham akhirat akan berterusan...
"BERIBADATLAH SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK"
DITULIS UNTUK MUHASABAH DIRI SENDIRI LALU DIKONGSIKAN KEPADA SAUDARA SEISLAM YANG KUSAYANGI DUNIA AKHIRAT
JIKA DITANYA ALLAH NANTI
"DUHAI HAMBAKU ADAKAH ILMU YANG KAU KETAHUI DISEBARKAN?
HANYA ENGKAU DAN RASUL MENJADI SAKSI YA TUHANKU.... "
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SETIAP YANG BAIK DATANG DARI ALLAH
YANG LEMAH ITU DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI
MAKA SAYA MINTA MAAF ATAS SEGALA KELEMAHAN SAYA
SEPANJANG BERSIARAN KARYA."
SAHABAT DUNIA AKHIRATMU YANG INGIN SETIA DENGANMU,
AKU HAMBA ALLAH SEPERTI KAMU JUGA
SEBAGAIMANA KAMU INGIN MATI DALAM KHUSNOL KHOTIMAH
BEGITU JUGA AKU
MAKA DEMI-NYA KITA SERASI BERSAMA HINGGA JANNAH
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
30 SAFAR 1436H
23 DISEMBER 2014
SUBHANALLAH INDAH-NYA CAHAYA CINTA ALLAH UNTUK SEMUA HAMBA-NYA
Pradita Fia and Lang Kelana like this.
Lang Kelana Assalamualaikum bonda indah bercahaya meliputi ruang 7petala langit 7petala bumi.kalam bonda menusuk menikam menusuk kalbu hanya air mata berderai diribaan menjadi saksi di padang masyar nanti ingatan suci bonda amiin
Rabeah Waalaikummussalam wr wb nanda...moga Allah swt memakbulkan doa nanda dan yang membaca kalam yang bonda tulis. Dengan izin Allah jua bonda bisa menulis seindah ini...Syukur Allah syukur sebanyak-banyak-Nya. Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
PETIKAN WALL RATU RIMBA NIAGARA
30 SAFAR 1436H
23 DISEMBER 2014
PETIKAN PAGE PM KDYMM SULTAN KELANTAN, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, PM NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA
23 RABIULAKHIR 1436H
13 FEBRUARI 2015
(KARYA DISIARKAN PULANG KERAHMATULLAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AL FATIHAH MOGA DITEMPATKAN BERSAMA ROH-ROH YANG BERIMAN DIMASUKKAN KE JANNAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
PANTUN MUHASABAH DIRI
Orang bijak ingat mati,
Setiap amalan fikirkan akhirat;
Keikhlasan beramal itu dihajati,
Tiada bererti melainkan saham akhirat.
Upah dari manusia untuk dunia,
Upah dari Allah untuk dunia akhirat;
Orang dunia memburu upah hingga hujung dunia,
Orang beriman memburu saham akhirat.
Hati panas semua akan menjauhimu,
Justeru sejukkan hatimu dengan wuduk;
Akan terpancar ketenangan di wajahmu,
Biasakan dirimu menjadi tawaduk.
Biar miskin harta,
Jangan miskin iman dan budi;
Miskin harta orang tak kata,
Kaya budi bawa ke mati.
Bumi musnah angkara manusia,
Kerana tidak menghargai bumi;
Apabila bumi berbicara,
Bencana datang menyembah bumi.
Hidup adalah suatu pengambaraan,
Pabila mati pengembaraan baru bermula;
Amalan diredhai menjadi bekalan,
Roh dan jasadmu tenang di alam Syurga.
Rohmu tidur lena di kuburan,
Lenamu tidur bagaikan ahli Syurga;
Permandangan Syurga dilihat penuh kesyukuran,
Berbahagialah dikau tidur dalam bauan Syurga.
Ya Tuhan kucintamu bukan kerana SyurgaMu,
Tapi ingin mendapat keredhaanMu;
Tabahkan hatiku tidaklah jemu,
MencintaiMu tika hidup hingga matiku.
Jantung berdegup seratus ribu kali sehari,
Kutangisi apabila tidak mengingatiMu;
Ya Allah sinarkan hidayahmu kepada kami,
Berzikir dalam senyap itu yang dimahu.
Berzikir dalam senyap itu mahuku,
Agar jantung berdegup seiring roh memujiMU;
HambaMu yang hina ini merayu padaMu,
Di akhirat nanti terimalah rayuanku.
Ya Allah berilah aku peluang dan ruang,
Untuk melakukan kebaikan yang Kau redhai;
Jangan biarkan syaitan mengambil peluang,
Mempengaruhi aku hingga ke mati.
Aku cemburu orang mengingati Allah,
Kenapa aku tidak begitu;
Hati tenang mengingati Allah,
Justeru aku mahukan begitu.
Hidup memang menyilaukan,
Kerana kita memerlukan kilauan iman;
Balasan Syurga atas kesabaran,
Itulah yang diharapkan orang beriman.
Duhai kekasih Allah di cintai,
Balaslah cinta kami ini;
Pilihlah kami mendapat Syafaatmu nanti,
Perjuanganmu sentiasa kami ingati.
Betapa tulus cintamu kepada kami,
Seharusnya kami balasi;
Perjuanganmu kami tangisi,
Shafaatmu di Mahsyar perkenankan nanti.
Aku terpegun alam ciptaanMu,
Kesyahduan pemandanganNya hatiku sayu;
Subhanallah Maha KebesaranMu,
Kekuasaan!Kebanggaan! Hanya milikMu.
Allah Maha indah seindah 99 namaNya,
Seindah dan semerdu KalamNya;
Apabila menyebut namaNya bergetar jiwa,
Pabila lupakanNya roh merintah jasad merana.
Jiwaku meruntun membaca KalamNya,
Wangian cintaNya meresap dalam roh dan jasadku;
Terus menangis kerinduan padaNya,
Balasan cintaNya amat kutunggu.
Pandanglah aku di dunia ini itu mahuku,
Wahai Tuhan Semesta Alam;
Kutakut di akhirat Kau tidak memandangku,
Tiada berguna tangisan seisi alam.
Ya Allah berkatilah hidup kami,
Berilah peluang dan ruang beramal keranaMu;
Kami mahu bertemu denganMu dalam Kau redhai,
Moga di akhirat nanti mendapat ihsanMu.
Karya: Rha NS
1 Mei 2011
TAPI BUNDA MASIH MENARUH HARAPAN DAN YAKIN!
Nanda Wildant Ahmad....
Kadang kala...bagaikan mimpi kehadiranmu dalam hidupku
Biarpun wajahmu selalu berubah-ubah namun sudah cukup membuatkan aku tergelak selalu...hilang segala duka yang bersarang di hati...senyuman kelatku bisa kumaniskan macam madu lantaran lawak jenakamu lawak jenakaku...suka sangat-sangat dengan persahabatan ini walaupun perbedaan umur yang ketara...
ah! itu nggak penting yang penting saling memahami dan saling bertolak ansur tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri...
Bunda selalu menyatakan kepada puteri sulung bunda...yang bunda inginkan sebuah kehidupan yang penghuninya semuanya saling sayang menyayangi , saling menghormati, bercakap semuanya yang baik tidak ada yang tak baik melainkan yang baik-baik belaka..sukakan redha Allah dan mencintai Allah mengatasi segalaNya...tapi puteri sulung bunda kata...,"Ibu...suasana yang ibu idamkan itu cuma ada di Syurga...di dunia ini manalah ada...."
Tapi bunda masih menaruh harapan dan yakin...akan ada suasana yang bunda inginkan itu....satu masa kelak....tapi tak tahu bila...hanya Dia Yang Maha Tahu Hanya Dia Yang Maha Memakbulkan Cita-cita bunda. amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
13 Februari 2012
MANA TAHU DI ALAM SANA NANTI
BUNDA MENJADI SAHABAT PADA MAMAMU
Nanda Iman....
Dalam teman Fb ini
Hanya nandalah
Yang bisa membuat
Air mata bunda tertumpah di pipi
Menangis dalam sendu sedan
Seperti ke anak-anakkan
Bunda amat terharu
Melihat kesolehan kamu
kepada mamamu
biarpun mamamu tiada di dunia ini
kau masih mengingatinya
dan pastinya tidak putus-putus
kau kirimkan doa untuknya
sejuk perut mamamu mengandungkanmu
bahagia pula di alam sana Insya-Allah
mendapat anak sesoleh mu nanda...
kau adalah idola anak soleh di dunia ini
berbahagialah para bunda di muka bumi
ini yang mempunyai anak sesolehmu
anak sesolehmulah yang menjadi impian
para bunda di muka bumi ini
justeru izinkan bunda menumpang kasihmu
mana tahu berkat bunda menjadi bunda angkatmu
setidak-tidaknya pabila bunda tiada di dunia ini
pasti kau kirimkan sepotong doa untuk bunda
pasti bunda akan bahagia dan tenang roh bunda Insya-Allah
mana tahu di alam sana nanti
bunda menjadi sahabat pada mamamu
dan kami saling berpelukan terharu kerana
ditemukan di alam sana biarpun tidak di dunia
tidak pernah bertemu apa tah lagi mengenali
mamamu mengucapkan terima kasih kepada bunda
kerana tika bunda hidup di dunia dapat membahagiakan
nanda yang rindu dan kasih pada mamamu
pada Allah tiada yang tak lojik jika Dia Kehendaki
mana tahu apa yang dikatakan ini satu doa
yang murni lalu dimakbulkan Allah SWT
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
13 Febuari 2012
RINDUNYA TEROBAT SETELAH MENERIMA KIRIMAN DOAMU UNTUKNYA...
Nanda kesayanganku dunia akhiratku...
tika ini air mata mengalir deras
Membayangkan akulah mamamu yang telah pergi itu
Dapat kurasakan betapa rindumu pada mamamu yang telah tiada ...
dan ku amat yakin mamamu juga rindukanmu
dan rindunya terobat setelah menerima kiriman doamu untuknya...
dan hingga kini dapat kurasakan
rindumu
rindunya
berpadu
di perdu rindu SyurgawiNya
Karya Rha NS
13 Februari 2012
www
LALU JIWAKU BUNTU MERANA DALAM SEPI
Nanda buah hatiku pengarang jantungku...
Hadirmu bagaikan dibuai-buai dalam mimpi tapi realiti
Serasa setiap denyut nadimu berdegup kencang kudengari
Tapi aneh ...begitu aneh...setiap kali bayanganmu datang
ingin kupeluk agar hilangkan rindu di kalbu...
pasti bayanganmu hilang disapu ombak membadai
dan aku termangu sendiri
menunggumu di gigi pantai
bayanganmu seolah merajuk
tak mahu datang ke aku
lalu jiwaku buntu...merana dalam sepi
dan ku tak pasti rajuk mu sampai bila pada ombak
yang sentiasa menghalang keakraban kita
entah apa salahku...entah apa salahmu pada ombak
hingga sama sekali tidak mengizinkkan kau
bersamaku untuk sentiasa ceria bercanda
namun begitu apapun yang dilakukan ombak padamu
ku pasti kau akan tetap mengunjungiku
biarpun tidak dalam bayangan
memadailah dalam mimpi
dan pabila kau hadir dalam mimpiku
setiap kali itulah kita bisa bercanda
bermain ombak kecil di tepian pantai
tanpa diganggu gugat lagi
dan kita bahagia bersama
mengecapi panorama pantai yang mengasyikkan
mendengar deru ombak
deru angin
berzikir memuji Tuhan tanpa jemu
dan kita juga turut sama berzikir
tanda syukur kita kepada Ilahi.
Karya Rha NS
13 Februari 2012
BERILAH AKU PELUANG UNTUK AKU MENCINTAIMU SEUMUR HIDUPKU
Ya Rab
Aku rela aku dicaci dihina oleh mereka yang tak punya hati
Tapi Ya Rab aku tak rela jika cintaku padaMu dipersendakan
Bagaikan dihiris sembilu pilu
CintaMu ada pada mereka-mereka yang memujiMu
Menga-AgungkanMu di setiap masa dan seketika
Rela berkorban apa saja demiMu
Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru waktu
Dalam membilang waktu bilakah bertemu denganMu
Aku sama sekali tidak mahu tertipu dalam segala bentuk pujian
Yang boleh membuatkan hatiku terlalai dengan pesona cinta dunia
Sementara ada waktu
Berilah aku peluang
Untuk mencintaiMu
Seumur hidupku
Dan hidup bersama-sama
HambaMu yang juga mencintaMu!
Karya Rha NS
13 Febuari 2012
www
PADA HARI INI
9 tahun yang lepas
TAPI SERENDAH ITU KAU MENILAI CINTAKU DENGANNYA!
Duhai...hamba Allah
Kau berstatus hamba...
Aku jua berstatus hamba...
Kau dan aku semuanya akan mati!
Kau dan aku semuaya akan dihitungNya...
Sebelum aku mati
Sebelum engkau mati
Pastinya mahukan keredhaan
dan balasan cintaNya
Justru kenapa cintaku padaNya
disamakan dengan cinta pesona dunia
lalu kau memandang hina cintaku
Tahukah kau Allah sedang menilai cintaku terhadapNya
Tapi serendah itu kau menilai cintaku denganNya
Terpulanglah pada kau duhai hamba Allah...
Ketawalah semahumu kalau itu boleh membahagiakanmu
Tapi harus diingat!
Jika kematian menjemputmu di saat ini
Aku tidak tahu aku boleh memaafkanmu atau tidak
Kerna kalian telah mempersendakan cintaku pada
Tuhanku yang menciptakan aku dan menciptakan engkau!
Karya Rha NS
13 Febuari 2012
www
0 comments:
Post a Comment