Cantik sungguh si bunga semalu,
Biarpun dikelingi semak dan lalang;
Semua orang dibekalkan sifat malu,
Malu melanggar pantang larang.
Malu melanggar pantang larang,
Sesama manusia berbaik sangka;
Budaya menfitnat Allah melarang,
Pembalasan Allah di luar jangka.
Pembalasan Tuhan di luar jangka,
Hati merana roh merintih;
Mohon ampun kepada Yang Esa,
Pintu taubat terbuka orang menfitnah.
Hidup dan mati ketentuan Tuhan,
Siapa kita hendak menentukan;
Sebelum mentertawakan sebuah kematian,
Ajal menjemputmu Tuhan Aturkan.
Syurga neraka Allah tentukan,
Bukan manusia meletakkan hukuman;
Di hadapan Allah malu dihidupkan,
Di masa hidup dalam kelalaian.
Di hadapan Allah malu dihidupkan,
Di atas dunia dalam kelekaaan;
Kekurangan orang diperkatakan,
Kelemahan sendiri Allah balaskan.
Di akhirat nanti hari pembalasan,
Tiada ertinya segala kekayaaan;
Walaupun harta dijadikan cagaran
Amal kebaikan juga dipandang Tuhan.
Tertunduk malu di hadapan Tuhan,
Menyesali kehidupan yang dipersiakan;
Berjumpa Tuhan tiada bekalan,
Merana roh dan jasad dalam penyesalan.
Sahabat sejati saling berpesan,
Keindahan persahabatan kerana Tuhan;
Tutur kata amat terkesan,
Menjadi bekalan di kuburan.
Salam ukhuwah penuh kasih sayang,
Dari sahabatmu setulus ikhlas;
Mesej kalbuku dilayang,
Agar kau terima dengan hati yang ikhlas.
Karya: Rha NS
14 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment