Thursday 14 July 2011

GOTONG ROYONG BERSAMA YB ABDUL RAZAK KHASBULLAH

GOTONG ROYONG MENAMBAK TANAH
DI HALAMAN RUMAH MAK LIMAH
PADA 10/7/2011 (3-5.30 ptg)

PROGRAM PRIHATIN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN KUALA LANGAT .


ABDUL RAZAK KHASBULLAH:

Puan Halimah 80 tahun adalah ibu tunggal warga emas.
Dengan menambak tanah di halaman rumah bagi mengelakkan
banjir di keliling rumah tersebut.

MOHD SYUKUR:

Tahniah. Kenapa saya tidak dipanggil bersama-sama.
Hari itu  difahamkan di Taman Pahlawan.  Tiada
informasi Tuan.  apa sudah jadi?

ABDUL RAZAK KHASBULLAH:

MS, program anjuran pemuda dan PDM...tak apa
lain kali akan diberitahu.

RABEAH MOHD ALI:

Gotong royong menambak tanah,
Berkerjasama dengan Pemuda UMNO Kuala Langat;
Menambak tanah di halaman rumah Mak Limah,
YB ARK menabur budi demi rakyat.

HAMZAH RADZI:

Ayoo abang Syukur tertinggallah...ingatkan sms ada
makluman.


MOHD SYUKOR:

Tak apa...cuma terkilan tak dapat membantu...
sepatutnya sama-sama ganding bahu. Lain kali
jangan lupa.


RABEAH MOHD ALI:

Mulia sungguh hatimu Encik Syukur,
Suka membantu amalan mulia;
Dapat bantuan rakyat bersyukur,
Di lain kali YB ARk pasti tak lupa.


Sukanya Mak Limah mendapat perhatian,
Kesudian wakil rakyat membantu amat dihargai;
Budi baik wakil rakyat sentiasa dalam ingatan,
Sepanjang hayat akan Mak Limah kenangi.

Mak Limah menghidang buah nipah,
Untuk dijamu kepada para dermawan;
Susah senang sama dikongsi Oh! Mak Limah,
Asalkan hidupmu sempurna dalam keselesaan.

Menadah tangan membaca doa,
Agar Allah permudahkan membantu rakyat;
Bantuan diberi ikhlas semuanya,
Hanya kesempurnaan hidup rakyat.


RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih Jumari Mohd Ihsan,
Kau adalah mpenyokong kuat wakil rakyat;
ARK wakil rakyat yang suka berihsan,
Menabur jasa demi rakyat.


JUMARI MOHD IHSAN:

RMA, ARK bukan wakil rakyat...dia tu mantan
Penyelaras DUN dan sekarang Ketua Penerangan UMNO
Bahagian Kuala Langat, peruntukan tak ada pun tapi
hati berjiwa rakyat, Bagaimana susah pun dia tetap
membantu rakyat, pemimpin berjiwa rakyat yang
patut diketengahkan.  Harap Perdana Menteri Datuk
Sri Najib perasan.


RABEAH MOHD ALI:

JMI...walaupun ARK bukan wakil rakyat tapi pada
pandangan saya rakyat di tempatnya pasti sudah
menganggap ARK wakil rakyat mereka sebenarnya
yang dikehendaki .  Tak percaya tanya orang-
orang Kampung SiJangkang    


RABEAH MOHD ALI:

Apa ada pada pangkat,
Kalau hanya di bibir sahaja;
Lebih baik tak ada pangkat,
Tapi jasanya mewangi di hati rakyat jelata.


NUR QASEH:

Saya suka pantun di atas.


RABEAH MOHD ALI:

Nur Qaseh gadis rupawan,
Berjiwa patriotik menyayangi negara;
Pada ARK sentiasa diberi sokongan,
Semangat perjuangannya sentiasa membara-bara.


Renungan matanya buat hati tertawan,
Hati budinya luhur seindah bunga di taman,
Berbudi bahasa menjadi amalan,
Tutur katanya sentiasa sopan.

DELIMA MERAH:

Saya pun suka.


RABEAH MOHD ALI:


Terima kasih Delima Merah,
Kerana menghargai hasil karyaku;
Semangatmu semerah darah,
Rela mati mempertahankan negaramu.


RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih Nur Qaseh,
Terima kasih ARK terima kasih Delima Merah;
Moga kita saling satu arah,
Ke arah kesefahaman yang tidak pernah marah.


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
10 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;