Tuesday, 10 January 2012

GELAP MALAM MENERJAH PILU



Gelap malam menerjah pilu,
Sayup menderu angin berlagu,
bulir-bulir rindu..
menerjah dinding hati,
butir-butir sendu
 bergenang di kelopakmata,
sebak pilu..
rentas rasa..
membara jiwa lara..
pada bicara kita..

Jauh melantun rindu hiba,
mendakap tinta wajah..
mengusap cinta..
kasih..akulah yang sedang merinduimu..
berkelopak mekar jambangan jiwa..
tidak bernoktah..
hanya untukmu.

CNK ~ 11012011
See More

· · · 7 hours ago

  • You and 4 others like this.

    • 'Cato Enzo Assalamualaikum & Met Pagi Cik Nina Karina serta rakan-rakan yang lain juga...
      6 hours ago ·

    • Ya Umairah Waalaikummusalam..selamat pagi sis cato..selamat pagi cik nina sayangggg...
      Kasih dan sayang ku milikmu juaaa!!!!

      5 hours ago via mobile · · 1


    • 'Cato Enzo Semoga semua urusan kita hari ini berjalan dengan baik dan lancar ya Ya Umairah... :)
      5 hours ago · · 1

    • Ya Umairah InsyaAllah sis..mudah-mudahan..
      5 hours ago via mobile ·

    • Rabeah Mohd Ali Cik Nina Karina...
      Janganlah kau menangis hiba
      Sendumu adalah senduku
      Biarpun tiada siapa yang mahu memujukmu
      Biarlah aku yang memujukmu
      Agar kau dapat hentikan tangisanmu itu
      Selagi kau tak hentikan tangisanmu
      Hatiku gundah gulana
      Tolong berhentilah tangisanmu itu Cik Nina Karina
      Ketahuilah kau
      Pabila membaca dan menghayati karyamu
      Hatiku terus jatuh kasih dan sayang

      Duhai angin tolong sampaikan kiriman
      Sapu tangan cinta kasih sayangku untuk Cik Nina Karina
      Dengan ada sapu tangan cinta kasih sayangku pada Cik Nina Karina
      Boleh dia berhenti dari tangisan yang amat menghibakan itu

      Setulusnya kukatakan Cik Nina Karina
      Tangisan tak akan dapat meredakan kesedihanmu
      Tapi jika dapat menenangkanmu menangislah semahumu
      Tapi jangan sampai kau berputus asa untuk meneruskan kehidupanmu yang pasti akan menempuh segala cabaran dan rintangan
      Tempuhlah dengan tenang Cik Nina Karina
      Allah sentiasa bersamamu
      Allah tak akan tinggalkanmu biarpun sedetik
      Mohonlah cinta padanya
      CintaNya Maha Agong untuk layak dimiliki oleh sesiapa pun
      Asalkan ikhlas dan jujur mentaatiNya di sebilang masa dan seketika
      Moga cintaNya cintamu membawa ke SyurgaNya
      Amin Ya Rabbal A'Lamin

      5 hours ago ·
      • Cik Nina Karina Tersentuh hati ini tatkala menatap lembaran bicaramu Rabeah Mohd Ali
        Berderai airmataku walau cahaya mentari panas memaku...
        terus mengalir..seiring membaca bait demi bait ungkapan sahabatku..
        Inginku hentikan tangisan ini dengan saputangan cinta kirimanmu..
        namun hiba hatiku tak memungkinkan aku berhenti menangis
        bukan kerana rindu semalam..
        bukan kerana gundah temaram..
        Tapi..
        airmata kini mengalir kerana kesyukuran..
        syukur masih ada yang sudi mendengar rintihan
        syukur kerana masih ada teman yang sudi memujuk rawan..

        Indah sungguh nasihatmu wahai teman..
        membekas di hatiku
        menyakinkan aku..
        cinta hakiki hanya cinta Nya Yang Maha Agong
        cinta yang satu hanya milik Nya
        Subhanallah..Ya Allah cinta hati kami..
        Ku ingin mentaatiMu di setiap waktu..
        agar cintaku membawa ke syurgaMu..
        InsyaAllah..

        Lewat hembusan angin bayu ini..
        kukirimkan haruman wangi salam persahabatan..
        buatmu Rabeah Mohd Ali...
        moga Allah sejahterakan hidupmu..

        kujunjung kasih setiap kata-katamu..
        akan ku bariskan di kotak ingatanku..
        akan ku sauhkan di dermaga hatiku..
        menjadi ingatan buatku pada rindu dan cintaku padaNya.
        3 hours ago · · 1
      • Cik Nina Karina SAlam ukhuwah untuk semua rakan2..terima kasih di atas sokongan pada puisi nina.. nina baru belajar .. :)
        3 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Tiada apa yang lebih bermakna jika Allah temukan dengan hambaNya
        yang memahami erti cinta dan kasih sayang keranaNya
        Tak akan ada dengki
        Tak akan ada iri hati
        Takkan ada mencemburui
        Hanya yang ada kasih sayang keranaNya
        Hati rasa sayang
        Hati rasa tenang
        Hati rasa dihargai
        Cinta berbalas cinta
        Semata keranaNya
        Indah dan bahagia selamanya
        Syukur atas KurniaanNya dihadirkanmu untukku...
        3 hours ago · · 2
      • Cik Nina Karina Itulah doa hajatku di setiap sepertiga malam
        Mendekatkan aku pada cinta dan sayang padaNya...
        3 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Moga Allah makbulkan doamu doaku membawa bekalan yang ada nialaian di sisiNya sebelum nyawa sampai di kerongkong.
        Kenang daku dalam doamu duhai sahabatku Cik Nina Karina...
        a few seconds ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
      11 Januari 2012






















    (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
    11 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;