Wednesday, 11 January 2012

JANGAN LUPA KIRIMKAN DOAMU UNTUK AYAHANDA NANTI


  • JANGAN LUPA KIRIMKAN DOAMU UNTUK AYAHANDA NANTI

    Nanda kaulah buah hatiku pengarang jantungku
    Kebahagiaanku terletak pada kebahagiaanmu
    Sakitmu sakitku jua
    ...
    Biarkan ayahanda membanting tulang empat kerat
    Asalkan hidup mu sentiasa sempurna
    Takkan kubiarkan perutmu tidak beralas makanan

    Biarkan ku kulalui segala cabaran
    Hanya semata mecari sesuap rezeki
    Namun kupastikan kau berjaya dalam pelajaranmu

    Tiada harta bertimbun yang dapat kutinggalkan padamu
    Ilmu yang kau miliki pergunakanlah untuk hari bekalmu
    Hari bekalmu di negeri yang pasti
    Tak ada ilmu yang berguna melainkan berguna
    Berguna di dunia berguna di akhirat
    Itu yang patut ada padamu anak kesayanganku

    Anak sesolehamu manalah ada dosamu padaku
    Kau tak pernah buat ayah rasa terguris apatah lagi mengecewakan hatiku

    Biarlah alam ini jadi saksi kasih sayang ayahanda padamu anakku
    Biarlah Allah tahu betapa ayahanda sayangkanmu anakku

    Cuma pesanan ayahanda tika ayahanda tiada nanti
    Jangan ditangisi walau setitis air matamu

    Tabahlah menjalani hidup ini sebagai seorang hambaNya
    insan yang kerdil walaupun nanda berada di tingkat tinggi manapun!

    Dan jangan lupa kirimkan doamu untuk ayahanda nanti
    Doamu sentiasa ayahanda nantikan agar hilang rindu ayahanda padamu anak kesayanganku yang kutinggalkan di duniaNya.

    Karya Rha NS
    11 Januari 2012
    · · · 4 hours ago

      • Lina Yusoff Sungguh sayu pabila baca karyamu ini Kak Rabeah. Menusuk ke hati ku. Indah, sungguh indah :)
        3 hours ago via mobile · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Linaku...Insya-Allah akan kukarangkan puisi istimewa untukmu tanda kusayang padamu...sudi ke...hihihi
        3 hours ago ·
      • Lina Yusoff Hahahaha...Kak Rabeah sungguh lucu tetapi besar hati dan pemurah :)
        3 hours ago via mobile · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Lina....siapalah aku nak dibandingkan mereka yang hebat...aku baru nak mengenal erti puisi...yang mahu belajar dari meraka yang pakar berpuisi indah...setakat nak bagi faham tu...bolehlah ye....hihihi takut kau tak sudi hendak membaca karya kirimanku yang apa adanya...hihihi kalau kau tak sudi biarlah aku berpuisi bersama alam saja....dia mengerti apa maksudku....hihihi
        2 hours ago · · 1
      • Suzana Mohdshah rabeah mohd ali hidangkanlah puisi awak itu kami rela merasainyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
        2 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Jika kuhidangkan sebanyaknya...dikuatiri kau jemu menjamahnya....hihihi maklumlah rencah yang sama ....
        (hihihihi) bila kau bosan dengan karyaku....kau bosan juga denganku itulah yang kukuatiri cintamu hilang lenyap bersama karyaku nanti...hihihi
        2 hours ago · · 1
      • Lina Yusoff Jangan bimbang Kak Rabeah, cinta sejati tak pasti luput dengan sekelip mata.
        2 hours ago via mobile · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Jika itu bagai dikata...lahir dari hatimu nan suci bersih...fahamlah aku... aku tak bertepuk sebelah tangan apabila berkarya...Insya-Allah selagi hayatku ada selagi kudrat pemikiranku dipinjamkanNya selagi itulah aku berkarya sehingga terhenti nafas terhentilah pena.
        2 hours ago ·
      • Lina Yusoff Berjuanglah Kak Rabeah. Jangan pernah mengaku kalah, jika halangan menimpa. Walau cinta dan sambutan tidak diterima, walau dicaci atau dihina.Walau angin kuat menghebus kearahmu. Kerana perjuangan suci tidak akan mati ditelan masa, mahupun bila dilanda malapetaka. Ia akan tetap segar dan tegar sepanjang masa. Berkaryalah selama-lamanya..jika itu yang kau cinta!
        about an hour ago via mobile · · 1
      • Rabeah Mohd Ali MANA MUNGKIN AKU MENULIS SEBARIS AYAT TANPA IZINMU

        Jika jalan ini yang kupilih
        jika jalan ini yang kucinta
        Jika ini telah tertulis untukku
        Jika ini jalan yang Allah tentukan untukku
        Jika ini boleh membuatkan Allah mencintaiku
        Jika ini mereka juga mencintaiMu Ya Allah
        Jalan cinta berbalas cinta keranaNya
        Syukurku Ya Allah
        Berikan aku kekuatan Ya Allah jika aku lemah
        Bukakan hati rakan-rakanku untuk sentiasa bersamaku menyokongku
        Tanpa izinMu Ya Allah aku hanyalah hambaMu yang hina
        Mengangkat satu jaripun aku tak boleh inikan pula memegang pena untuk berkarya... kudrat pemikiran yang Kau pinjamkan tidak berfungsi ....mana mungkin aku menulis sebaris ayat tanpa izinMu
        PertolonganMu Ya Allah sentiasa kuharapkan
        Kau kirimkan para hambaMu untuk menyokongku tidak kira apa juga alasannya dia tetap menyokongku ke jalanMu
        aku ingin ke jalanMu
        mereka juga sepertiku ingin ke jalanMu
        Redhailah perjuanganku
        Redhailah perjuangan semua sahabatku yang ingin ke jalanMu juga
        Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya Rha NS
        11 Januari 2012
        about an hour ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA
      11 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;