Wednesday, 11 January 2012

KALAU KAU SUDI TOLONG BERI SOKONGAN PADAKU!


  • KALAU KAU SUDI TOLONG BERI SOKONGAN PADAKU!

    Duhai kawanku Ross Zaini
    Bilamana aku menulis
    Seakan tanpa henti aku menulis
    Jika aku ini manusia luar biasa aku akan menulis tanpa henti
    Tanpa menghiraukan penat dan lelah
    Tanpa makan dan minum

    Selagi aku mencurahkan idea
    Semakin banyak idea yang datang mencurah-curah
    Hinggakan aku mabuk mana satu hendakku tulis

    Allah Maha Besar Allah Maha Kaya
    Kadang kala aku menangis
    Siapalah aku untuk menulis apa yang aku tidak tahu
    Tapi Allah tidak biarkan
    Dia berikan ilham apa yang hendak kutulis
    Menangis aku dalam sendu
    Syukur aku padaNya kerana tidak pernah menghampakan aku dalam berkarya
    Jadinya aku teramat sayang dengan anugerah Allah ini
    Setiap karya yang kuhasilkan amat berharga padaku
    walaupun tiada nilai apa-apa pada mereka
    waimapun komen setiap pembaca pada karyaku terlalu amat berharga lebih berharga daripada permata

    Kalau kau sudi tolong berikan sokongan padaku
    agar aku terus menulis dan menulis sehingga
    terhenti nafas terhentilah pena...
    Sokonganmu  amatlah kuhargai dan sanjung tinggi...
    Moga Allah sahaja yang dapat membalas budi baikmu
    dari dunia hingga akhirat. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

    Karya Rha NS
    11 Januari 2012
    · · · 46 minutes ago


      • Rabeah Mohd Ali Mirdza & Nanda Wildant terima kasih kerana tak jemu membaca karyaku dan menyokong karyaku. Moga Allah saja yang dapat membalasNya segala kebaikan kamu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
        13 minutes ago ·



    • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
      11 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;