- Roza Zalia subhanallah.. kak, setiap karya datang dari hati.. keikhlasan dari lubuk yang paling dalam. setiap orang tak mungkin mengutarakan cara yang sama untuk berkarya.. sumber inspirasi juga berbeza. janganlah menganggap karyamu mengotori dinding di sini.. mungkin ada kesilapan yang boleh diperbetulkan. jangan berputus asa dengan berundur diri begini.. karya saya juga mendapat inspirasi dari kehidupan dan ditokok tambah, dicampur bahagi.. saya juga tak punya pengalaman tapi saya tetap ingin menimba ilmu di sini dan brharap masih lagi di terima di sini.. kita perlukan tunjuk ajar kan?.. mengutarakan karya untuk sama2 berkongsi dan memperbaiki karya hasil kritikan membina rakan2 yang dikasihi di sini..
- Rabeah Mohd Ali Alhamdulillah...moga semua admin dan semua ahli merestui keputusanku ini...dan aku mendoakan yang terbaik untuk kalian semua terus mencapai kejayaan!2 hours ago · · 1
- Rabeah Mohd Ali Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran sahabatku,
Lama ku tak dengar kabar beritamu;
Kurindu kamu kusayang kamu,
Ya Allah patrikan kasihku kasih Nor Anida hingga ke SyurgaMu.
(Amin Ya Rabbal A'Lamin)about an hour ago · · 1 - Diari Amirdza kenapa kak Rabeah Mohd Ali?...boleh saya tahu,siapa yg menjatuh hukum pd akak sampai akak nk berundur?...ilham tu milik Allah,tiada cacat celanya....mengapa dijadikan bahan pertikaian...amat kesal dgn perkara sebegini....kelemahan ada pada setiap yang bernama insan,kerana itulah adanya kemaafan untuk perbetulkan keadaan...about an hour ago · · 3
- Diari Amirdza apalah sangat kalau penulisan akak tak setanding pengkarya disini...selagi kita bersandarkan pada pandangan orang,selagi itu segalanya menjadi terhad...kan senang kalau kita bersandar pada Tuhan,kerna Dia tak pernah memilih dan padaNya kita sama sahaja....betul kata kak Nor Anida....jangan berundur dulu sebelum berjuang kak Rabeah Mohd Ali....tak sepatutnya perkara begini terjadi dalam group kita ni...saya rasa sedih sekali kerana saya pun masih hijau kat sini,baru saja berkenal-kenalan...about an hour ago · · 3
- Rabeah Mohd Ali Sayangku mirdza sudah puluhan tahun kukeringkan air mataku ini ..tapi pabila terjadinya tsunami hati di sini...setiap hembusan kata-kata mereka yang tak sukakan karyaku telah mengundang gerhana yang selama ini telah kupadamkan ...tapi kini datang berkunjung lagi hingga hariku dipenuhi hujan...bertemankan hujan..ingin kulupakan hembusan kata-kata itu tapi lagi aku ingin lupakan lagi hatiku di landa gerhana....mana bisa mungkin aku berkarya dalam keadaan hatiku mendung...mirzaku? Lagi pun aku tak setanding mereka yang bijak berbahasa...bahasaku telah mengotori dinding-dinding Karya Kita...izinkan aku menenangkan fikiranku dan kukumpulkan kekuatan jika kau tak relakan perpisahan ini...dan jika kau relakan perpisahan ini...amat kuhargai dan kusanjungi...sejujurnya aku tak layak berkarya di sini...karyaku karya yang layak dibaca oleh kanak-kanak sahaja kerana tahap bahasanya tak puitis!57 minutes ago · · 1
- Nor Anida bercuti dulu Rabeah Mohd Ali--pantai hanya selangkah dihadapan mu. pergi sahaja kesana.menenangkan hati. jika nasib mu baik melihat aku dengan lapy ku..kamu jua boleh duduk disitu berkarya bersama ku....mudahan-mudahan hilang duka dihatimu53 minutes ago · · 2
- Rabeah Mohd Ali Terima kasih Anida Terima kasih Mirdza
Kalianlah sahabatku dunia akhirat
Kerana terlalu memahamiku dalam keadaan apa jua pun
Apa kata kalian berilah aku peluang menenangkan fikiranku dulu
Nanti sudah datang pelangi ...makanya hilanglah gerhana ini
Apakah kalian setuju sayangku?48 minutes ago · · 2 - Rabeah Mohd Ali PENGHARAPANKU PADAMU YA ALLAH
Aku bukanlah orang pandai tapi
minat kerja macam orang bijak pandai.
Pening memang pening,
sakit kepalaku
kerana siapalah aku nak dibandingkan
mereka yang bijak pandai.
Dengan pertolongan Allah yang Maha Bijak,
Dia mengilhamkanku,
Syukurku padaNya.
Insya-Allah selagi dikurniakan
kudrat pemikiran ku usahakan selagi larat
biarpun tidak dipandang manusia aku redha
tapi pandangan ihsanMu amat aku harapkan
sepenuh jiwaku kerana aku teramat takut sekiranya
di alam akhirat nanti biarpun aku menangis air mata
darah sepenuh alam sekalipun Kau tak akan pandang!
Aku tak mahu begitu Ya Allah!
Dengan air mata penuh pengharapan ini Kau pandang
dan terimalah segala usahaku ini. Amin.
Karya: Rha NS
(29.4.2011)43 minutes ago · · 2 - Roza Zalia Amin.. semoga beroleh ketengan.. Allah sentiasa bersamamu.. Allah mengenali hatimu dan mengetahui apa yang kamu rasai.. berat melihat perpisahan terjadi di sini.. Doaku sentiasa buatmu kak.. semoga umur yang panjang menemukan kita untuk sama2 berkongsi buah fikiran. sekiranya hayat ternoktah sebelum smpat bertemu, iringilah doa agar ukhwah tetap terpelihara meski cuma dalam ingatan..
(PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
13 Januari 2012
Thursday, 12 January 2012
SEKIRANYA HAYAT TERNOKTAH SEBELUM SEMPAT BERTEMU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment