Friday, 13 January 2012

AYAT-AYAT CINTA DUA KEKASIH MENUJU CINTA KEPADA KEKASIHNYA



Ah Bonda..
hari ini kedewasaan mengenyit cintaMu
gerak-diam Qadim Zamani
mata membelai wajah samesta Diri
ingin saja ku-ikat kaki di kaki-Mu
... selamanya bersanding di pelamin kasih
biarlah waktu mengisarku menjadi debu
asal saja jirim-ku menjadi jisim
perlahan resap dan hilang di wuquf qalbi
diam-diam berjalan menawafi ka'abah hati
menyempurnakan kesejatian wujudi.

Ooh Engkau,
dari goa aku terlontar ke samudra
merenangi asma' berhala bersalut emas permata
pada nazak di pantai rindu aku dahaga
leraikan haus-ku dengan CintaMu yang angsana
Syriaku menunggu jambak bibirMu untuk kucupan rahasia
tidur-lah Damsyik, Simuragh menjaga
gulunglah asmara menjadi cahaya
bahagikan anggurNya di mana-mana
biar semua terungkap makna
biar Cinta bukan rahasia!

· · · See Friendship · Yesterday at 9:51am ·


  • Bonda Hanna likes this.

    • Bonda Hanna Rajendra Nath Tagore II..
      Aduuuuuuuuuuuhh Dzalim..
      merentap Qalbi Roh hampir terhenti..
      munanjjat Cinta mu..
      ofra haza ♥
      menyiat Luth ku
      jangan kau tapak barang seinci
      al rahmah..laa marhamah
      meningalkan aku disini
      tersembam di Ujudul Azalli
      Saufiul Saufi
      dengan mulutNya bibr ku merasa
      nikmatnya Cinta..
      Cinta kepda mu..

      Yesterday at 10:52am · · 2

    • Rajendra Nath Tagore II O Hambra.............!
      mrk menggali kolam airmata
      Peshawar termuntah darah
      Khidir-ku tetap di jerami, berbaring lena
      siapakah yg dungu berdiri membatu
      berpusarlah bersama ar-Rumi
      Syam Tibriz akan menyanyi!
      Aku menulis dari puisi,
      dakwatku cinta, hangatnya asmara

      Di manakah Ashabul Kahfi pergi menyendiri?
      sedang sepi kian menerjang
      Faqir-ku blm pulang!

      Engkau,
      Mesir-ku masih mendekap luka
      rindunya tetap berkaca pada ain-sofea
      lihatlah Nil-mu bermata-sayu
      aku tahu hatimu, engkau tahu hatiku!

      Teruslah,
      jgn lepaskan jemarimu yg ku-taut
      walau rindu-mu haus
      derita kasihmu terik,
      kita redah debu-debu Sahara
      menggapai makna
      membongkar rahasia
      Dua kita
      SATU di Cinta!

      Yesterday at 12:00pm · · 1

    • Bonda Hanna Rajendra Nath Tagore II..
      ya habib..
      Ashabul Kahfi wal Anbia mursalin
      Zulaika menggoyak Abaya
      Balqis terintai di lantai kaca
      Khadijah di lamar Baginda..saw
      Aishah terfitnah di buntut unta
      Adam terlotar ke dunia..

      uuuuuuhhhhh hebatnya Cinta
      Cinta ku kerana Faqir mu
      Faqir ku menggenal Cinta mu
      Cinta mu ditahta Faqir ku

      Al Chathiyah
      menguak albab ku
      menyusur Cinta mu
      menjatuhkan Cinta ku
      tumpanglanlah aku
      bersama Khafilah mu
      jangan..jangan..jangan tinggalkan aku
      aku terlalu menyintai mu
      terlalu rindu kepada mu

      Bawalah aku aduuuuhai..
      Fana terrfana
      di dalam Cinta kita
      di mana2
      kemana2
      ke Lahat ke Sirot...

      Yesterday at 12:34pm · · 2

    • Rajendra Nath Tagore II ada rerama patah sayapnya, ada cendrawasih goyah terbangnya..
      Yesterday at 12:37pm · · 1

    • Rajendra Nath Tagore II satu terdampar di terik derita di kontang sahara
      Yesterday at 12:38pm · · 2

    • Rajendra Nath Tagore II satu tetap terbang dalam goyah & airmata...!
      Yesterday at 12:38pm · · 1

    • Bonda Hanna aku berlari menharung pepasir menggejar rerama..
      Yesterday at 12:39pm · · 2

    • Rajendra Nath Tagore II oh anggur asmara, makin ku teguk makin ku dahaga....
      Yesterday at 12:41pm · · 2

    • Bonda Hanna aku bertogkat menyusur gurun..menuruti yg terbang goyah,,airmata ku turut tertumpah..
      Yesterday at 12:42pm · · 2

    • Rajendra Nath Tagore II jgn mendera hamba dgn kilauan cinta, cincang saja hamba dgn pedang rindu...
      Yesterday at 12:43pm · · 2

    • Bonda Hanna makin di kongsikan bersama..makin deras gelas senjat..
      Yesterday at 12:43pm · · 2

    • Bonda Hanna biar kita di cincang lumat berdua..
      Yesterday at 12:45pm · · 2

    • Rajendra Nath Tagore II O yg rahsianya antara Kaf & Nun, lihatlah apa yg telah rindu lakukan padaku, sekejab-sekejab bagai angin aku menderu, sekejab2 merkah lantaiku oleh airmata sayu....
      Yesterday at 12:47pm · · 2

    • Bonda Hanna Cinta Ali busar terpacak di kaki tetap juga Cinta
      sekedar begini masakan Goyah Cinta mu
      jika Gusar..Benamkan di lubuk Rindu Kita
      biar Lubuk menjadi putaran tsunami..

      Yesterday at 12:49pm · · 2

    • Rajendra Nath Tagore II O yg rahsianya antara kaf & Nun, lihatlah apa yg telah cinta lakukan padaku, sekejab2 bagai anggur pecaranku mengalir, sekejab2 bagai bara, hatiku menyala....!
      Yesterday at 12:49pm · · 1

    • Rajendra Nath Tagore II cukup bonda, hamba nantinya terbakar sirna!
      Yesterday at 12:51pm · · 2

    • Bonda Hanna KUN..?
      aaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh
      aimata mu beku di ta[ak tangan ku
      menjadi Zamrud
      bara mu juga terpadam di gengaman ku
      menjadi Delima..Api mu kita cucur dengan airmata kita berdua
      tersiram memadam bahang menjadi bayu uhud

      Yesterday at 12:56pm · · 2

    • Bonda Hanna Rajendra Nath Tagore II..ayuuuh
      ceracakan jari2 mu dan jari2 ku
      agar buak2 rindu ini tidak membuak
      sedang laharnya sudah pun melendak..

      Yesterday at 1:00pm · · 2

    • Bonda Hanna Paduka Ayahanda Chik
      thx for like ♥ ya"

      16 hours ago · · 2

    • Rajendra Nath Tagore II dari mana bonda?
      16 hours ago · · 2

    • Bonda Hanna dari pusara Cinta..yang menemukan lagi Cinta..♥ ya"
      16 hours ago ·

    • Rajendra Nath Tagore II bangun?.....dari rekahan rindu tanah-tanah kasih, lalu tegak dgn panji2 cinta?
      16 hours ago · · 2

    • Bonda Hanna rekahan itu engkau rekahkan didada tua ku
      Panji2 Cinta tidak di pudari usia ku..
      Rajendra Nath Tagore II
      biar merkah biar berdarah..aku tetap utuh teguh
      bersama Cinta ku nan Utuh ♥ ya"

      15 hours ago · · 1

    • Bonda Hanna Paduka Ayahanda Chik
      Padi hamba Huma nan sambang
      Daun padi bertukar lalang..
      sekedar Pipit
      bukanya engang ♥ ya"

      15 hours ago ·

    • Rajendra Nath Tagore II bonda terus ingin darahku bersimbah basah?....memenuhi lorong-lorong nyawa ruhul quddus, menelusuri ke ujung benua, untuk memetik wangian sidratul muntaha?....bonda tidak takut hangus sirna?
      15 hours ago · · 1

    • Bonda Hanna Basahkanlah
      darah mu tidak bertukar warna
      merah dan merah
      darah ku juga merah..
      lorong dan liku ruhul quddus tempaan kita bersama
      apa ku takut kesadratul muntaha
      sedangkan janji mu Rajendra Nath Tagore II
      menggikat kaki ku ke Tahtantara..Cinta kita tidak menggenal petaka dan puaka..Cinta kita Cinta terkongsi berdua..♥ ya"

      15 hours ago ·

    • Rajendra Nath Tagore II bonda,
      sarat rindu langit hujankanlah
      biar limpah basah kujur cinta
      apalah makna cinta kalau tidak bertaut-dekap
      apalah erti rindu tanpa menyatu!

      O Dia,
      Taj Mahal-ku mengirimi-mu untaian rindu
      dari zamrud ijau luhur ku-SATU
      bersama nilam biru lihatlah mataku
      aku menyulami kalong cuma utkMu
      Ini liqa' bersaksi lingkaran rindu

      O Engkau,
      ku-laung pekik namaMu
      kalau apiMu menghangus, rentungkanlah aku
      kerena rindu yang terlalu cintaku meng-ungu
      biar sirna berdebu diriku agar kau tahu
      betapa Dua kita pada makna cuma di mata
      betapa aku ingin menyatu menjadi SATU
      tiada yang tahu
      kerena cinta adalah cahaya samesta,
      biar kusirna tanpa sisa!

      15 hours ago · · 1

    • Bonda Hanna Rajendra Nath Tagore II
      jika aku rentung haggus
      tidakkah birai matamu berkaca
      melihat Cinta ku berdebu..?
      memandang panji2 kasih menjadi abu ?
      sambarlah aku sehingga terbakar jua lengan abaya mu..
      lalu ku minta lilt serbanmu di buka..buat membalut lukaku..
      dapatkah kau berikan penggorban itu..?

      15 hours ago ·

    • Rajendra Nath Tagore II Siapakah yang tahu makna rindu kalau bukan Dia?
      yang selalu mengintai balik cermin kaca
      menghimpun quddus kasih kemilau putih
      melakar takdir dlm kerahsiaan bayang
      mencipta pahit berJalan
      di ujung manis kau telan!.....ku buka serban, ku simpul nyawa, bangunlah ruh, sujudlah cinta, jika dgn darah boleh kau bayar harga cinta, pengorbanan itu hamba beri percuma, asal saja terbaqa bersama..

      15 hours ago · · 1

    • Rajendra Nath Tagore II Engkau,
      Sekejab lagi Bahteraku kan menderu
      membelah lautan pilu
      mengekori jambak-jambak rindu
      yg bertaburan di laut cinta!
      hulurkan jemarimu,
      dan biar kuramas bersama rindu
      menatap mata kasihmu yg jernih
      dan mendekap dadaku ke dadamu!
      Engkaukah Nafas?
      dari nyawa rindu?
      yg hidup bersama nnyawa HU dan AH ku
      yg telah bertaut-baur, sebati menjadi DIRI?
      sehingga bila cermin kurenung,
      aku melihat KAMU
      berdiri dalam wajahku
      dan aku bingung,
      apa KAMU itu AKU???

      15 hours ago · · 1

    • Bonda Hanna Kemelut rindu bertarung
      antara kau dan aku terkepung
      di lurah cendraloka bermain asmara jingga
      dalam qiam ku engkau menggoda
      aku terpeluk wahidul qahhar
      yang aku cium aljabbar

      aku impikan terbuka Injab 18 tanpa ku singkap
      Rajendra Nath Tagore II
      jika pun ia tersingkap
      bagai cendela yang terkuak
      Bila pungguk rindu mendayu purnama
      Allah hu Allah hu..Hu Allah Hu Allah..
      di cemara ranting
      di cemara kasih

      15 hours ago · · 1

    • Rajendra Nath Tagore II Inna lilLah...wa inna ilaihi roji'un.....bergumal Hu haq antara latifatur qalbi, pada wuquf semadi ku riba mahkota sifat, lebur hancur af'al manusiawi, berpulang ma'ani ujudku tiada...Hu Haq Hu Haq....!
      15 hours ago ·

    • Bonda Hanna Darinya kita datang
      Kepadanya kita kembali
      kita mencari jalan pukang yang hakiki abadi
      Latiful qalbi Latiful Izzati Latiful Khobir Latiful Rotib
      Al Haqq Haqqul Mubin
      Antal Haqq Haqqul Yaqin
      Rajendra Nath Tagore II
      Haqq di atas Haqq Haqqul Insanni
      Haqqul dhohiriwal bathini...♥ u Raj

      7 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Masya-Allah ayat-ayat cinta dua kekasih menuju cinta kepada kekasihNya. Sesiapa yang membacanya bukan di alam cinta fantasi tapi cinta realiti sejati...cinta berfaktakan cinta keranaNya!
    • 4 hours ago ·
    • Bonda Hanna Cinta Rajendra Nath Tagore II
      beraduk darah ku tersalai di para2 injabi
      ya Rabeah Mohd Ali
      dalam perjalanan Cinta
      menggatur tapak rindu
      ku berpaut di bahunya dalam dzikir kasih
      kami berkasih
      dialah kekasih
      akulah kekasih
      merindu kasih yang maha pengasih

      jika tersungkur
      tidak sempat rebah dia berlari memamapah
      Rabeah aku teramat menyintai dia
      Cinta hingga ke Sirot
      dia meribaku di Mahsyar
      3 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Kiranya cintamu berbalas kaulah wanita yang terpilih saling berbalas cinta keranaNya saling memburu cintaNya tak kira waktu dan ketika dan setiap helaan nafas adalah cintaNya...Bersyukurlah kau kerana cinta dunia bawa ke SyurgaNya..sebab itu kukatakan bukan cinta fantasi tapi realiti bawa ke Syurga. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      3 hours ago ·


    (PETIKAN DARIPADA  WALL RAJENDRA NATH TAGORE II)
    13 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;