Friday, 13 January 2012

DATANGLAH SEPI


Datanglah sepi
kerna indahmu buat ruangku wangi
sehingga mehrab sujudku enggan bangun
dan laut Noh-mu surut
dan merah kaki merpati-mu di tohor
Hallaj pun menyiram anggur,
yang Kau petik dan peram di piala luhur

Jangan pergi dulu sepi,
rinduku masih menguncup menunggu kasihmu mekar
turis-lah kelopak cintaku hingga berdarah
lihat-lah merahnya yg menitis dan airmataku yang basah
jerit-lah cintamu biar ku-tadah
haus-ku akan teguk kasihMu yang melimpah

Kekasih,
peluk-lah rindu-ku yang berombak
sehingga dapat putih pantaimu ku-suak
kucup-lah bibir kasihku yang sebak
kerana duka menanggung cinta seringkali buatku rebah
aku ingin pada sua Engkau bukan dia
aku ingin pada fana Dia adalah Kita
aku ingin pada sirna aku bukan lagi apa-apa
selain jambak cinta menjadi kita,
sehingga misteriNya bisa mereka jumpa,
pada makna & rahasia!
.
· · · · 3 hours ago

  • You and 5 others like this.
    • Norliza Liza bila hati berbicara sepi
      terasa ku terluka...kerinduan
      rindu kasihmu
      rindu sayangmu...
      3 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Pergilah kau sepi...
      Kehadiranmu terlalu runsingkan aku
      Hinggakan hilang tumpuan aku pada apa yang ingin kukejarkan
      Dalam mengejar matlamat itu...sepi telah membunuh anganku
      Justeru aku akan pastikan sepi takkan berani bertandang lagi
      Jika dia datang aku anggapkan cabaran untuk aku lagi dekat mencapai kejayaaan...
      Ketika itu barulah kuucapkan terima kasih kepada sepi kerana kata-katanya membuatkan aku beroleh kejayaan!!!
      Syukur Alhamdulillah!
      3 hours ago · · 1
    • Rajendra Nath Tagore II heheh, kan sepi itu indah?
      3 hours ago · · 1
    • Norliza Liza indah ke raj....
      3 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Bagimu indah tapi bagiku amat menyedihkan....hihihi
      3 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Kalau dulunya aku berada di pulau sepi tapi sekarang aku ada di pulau pelangi setiap hari ceria....hihihi
      3 hours ago · · 2
    • Norliza Liza Hari demi hari
      langkah di susun di sisi
      tapi dengan apa kah yang perlu di penuhi..
      adakah dengan hasrat al_hawa yang tiada mati
      atau dengan panduan wahyu_Nya
      agar diri di redori....
      Wahai diri yang selalu sepi
      kerana tiada usaha yang mau mengisi
      bukalah kelopak mata dari nyanyak mimpi
      basuhlah hati dengan tangisan di pipi
      yg mngalir sb jauhnya diri
      bukan kerana impian dunia yang
      hilang sebentar tadi....
      3 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Duhai Norliza teman talisiraturrahimku
      Pabila cinta bertapak di hati
      Dalam hati dipenuhi taman
      Taman-taman cinta disinari pelangi
      Aduhai cinta dalam restuNya Cinta dalam redhaNya menjadi idaman hati pada hati yang sepi pada hati yang punya hati untuk dicintai keranaNya!
      Moga kau miliki cinta dalam redhaNya dalam restuNya!
      2 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Duhai...Norliza....
      Pandanglah aku ini...
      Kalau kau sudi memandang aku...
      Agar hilang sepimu itu...
      boleh kita berbicara tentang cinta keranaNya...hihihi
      2 hours ago · · 2
    • Norliza Liza wahai sahabtku Rabeah..ku tatap wajahmu yang ayu
      tapi aku tidak sepi dan sunyi
      kerana disini ramai teman2 yang hampiri
      hilang segala sunyi..
      2 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Tak sudi katakan tak sudi,
      tidak aku ternanti-nanti;
      Kuingin melihat wajah si baik hati,
      Boleh kuingat hingga ke mati.
      ( Hihihi)
      2 hours ago · · 2
    • Norliza Liza hahahhaa bukan aku tak sudi
      kecil tapak tangan seluas padang bola liza tadahkan
      hadirmu amat liza hargai
      Rabeah Mohd Ali..jangan lah kau berkecil hati
      tadi aku hanya berbicara tentang sepi....
      tak terlintas buat kamu terasa hati maaf kan ku ya putri yang cantik sekali...
      2 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Kehadiranmu bagaikan pelangi.
      Aku hadir untuk bertalisiraturrahim dengan mu;
      Terima kasihlah kerana kau sudi,
      Moga Allah merahmatimu.
      2 hours ago · · 2
    • Rajendra Nath Tagore II heheh......apa pun.....sepi itu indah!
      2 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Ye...sepi mengindahkan segala yang sepi....hihihi
      2 hours ago · · 1
    • Norliza Liza amin ..amin ya ya Rabb bal a'lamin..semuga terjalin ukwah kita di sini..
      2 hours ago · · 1
    • Norliza Liza raj memang suka sepi...sb tu suka dok dalm gua....
      2 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Aku perlukan senyuman manismu penyambung ukhwah kita...hihihi
      2 hours ago · · 1
    • Norliza Liza aku selalu tersenyum biar pun dalam tangis....
      2 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku agar bisa menghentikan tangisanmu duhai Norlizaku sayang...
      2 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Benang cinta ada pada si rajendra dan aku cuma menjahitnya saja dengan penuh kasih sayang setulusnya keranaNya Insya-Allah.
      2 hours ago · · 1
    • Norliza Liza kan ku pintal benang2 cintamu agar ianya tak kan terputus lagi..
      2 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Kan ku patrikan pintalan cintamu cintaku agar kau tak menangis lagi dan kita bahagia selamanya sampai ke Syurga . Amin .
      2 hours ago · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA PUISI ILAHI)
    13 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;