Thursday, 12 January 2012

DALAM DIRI



  • DALAM DIRI

    Tafakkur yang menaakul
    jalur-jalur ungu zikir khafi
    sepi yang indah teserlah,
    bait-bait ismu Dzat pada latifatur-qalbi
    bergetar bergema, merona jingga segala
    menular dzauk wujudi pada agitasi
    dan mabuk pun menggoyah
    mencair kujur Diri!

    HU Allah,
    memuntah rindu membiru
    hangat membara, menggunung api kasih
    membakar memamah, mazmumah yang parah
    pada lengkung pelangi diri
    AH Allah, Junaid pun berkepak tinggi,
    mencari Uweis al-Qorni
    yang lari menyendari pada gembala domba di sahara

    O Syah Naqsyabandi,
    aku mohon sujud pada rendah kakiMu
    pada Baba Samasi yg mengerti
    hakikat Diri Syaikh Abdul Qadir Jelaini!

    Allah HU,
    anggurMu memecar di dahi Ali
    mengalir merah bagai darah al-Husainni di Qarbala
    menyusur ke laut Parsi mencari Diri
    dan Dzun-Nun al-Misri,
    aku tahu mangkuk pengemismu,
    adalah gemerlapan yaqut berair, zamrud zabarjan
    berbayang biru nilam
    dan bucu ufuk piramid,
    tiba-tiba runtuh bersama Ramsis II
    di munajat Musa birai Tursina!

    Lihatlah Sorga,
    di mata di dada Dia
    bahawa Sidratul Muntaha pada mikraj adalah TOHA,
    yang mengalir ke telaga Fatihah nan bercahaya
    mencium raudhah di rindu ka'abah
    Hajar Aswad tiba-tiba melimpah,
    pd wuquf qalbi di Arafah,
    dan aku hilang Diri!


    ; darwis

    · · · January 8 at 9:58am

0 comments:

Post a Comment

 
;