Saturday, 14 January 2012

BONDA HANNA SYAIRMU MENDAYU-DAYU MENGAJAKKU MENGENAL DAN MENCINTAINYA


CINTANYA UNTUK CINTAKU CINTAMU  CINTA SEMUA

Allahu Akhbar!
Bonda Hanna kasihku padamu sepenuh jiwa
Hilang laraku mendengar syair sufimu
Kusayang kamu hingga tak lalu makan tak lena tidur
Syairmu mendayu-dayu mengajakku mengenal dan mencintaiNya
Mengenyangkan rohku yang ketandusan cintaNya
Terjelepuk aku diperdu rindu
Terus-terusan merinduiNya
Ku jatuh cinta padaNYa
Syukur aku padaNya
Mengurniakan aku pujangga sufi sepertimu
Karyamu bak mutiara yang kucari-cari
Bak pelangi indah di waktu pagi
Harumnya menyelubungi pagi dan petang
Petang bawa ke malam
Aku beradu dalam muhasabah aku padaNya
Moga Dia membalas cintaku cintamu juga

Warkah puisi cintamu mengajak aku mengenal dan mencintaiNya
kupamirkan di halaman muka buku
biar ramai sepertiku MemujiNya Meng-AgungkanNya
Di sebilang masa di setiap waktu

Allahu Akhbar sukanya aku... sukanya engkau
Mesej cinta mu telah kusebar luaskan
Dibaca seluruh penghuni bumi
Pelbagai bangsa pelbagai bahasa

Rahsia cintaNya boleh dimiliki
Asalkan ikhlas mencintaiNya
Dia Maha Pengasih Maha Pengasih
KasihNya Tanpa Batas Tanpa Had
Moga cinta berbalas cinta
CintaNya untuk cintaku... untuk cintamu...untuk cinta semua.
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Rha NS
14 Januari 2012
· · · 19 hours ago

  • Wildant Ahmad likes this.
    • Rabeah Mohd Ali Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
      Apa kabarmu nanda yang sentiasa tersanjung di hati
      Selamat sarapan pagi dan selamat sore...
      Moga rahmat Allah sentiasa tercurah untukmu nanda Wildant Ahmad
      19 hours ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN KARYA KITA)
    15 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;