Wednesday, 11 January 2012

HARGAILAH KASIH SAYANG

  • HARGAILAH KASIH SAYANG

    Sudah lama aku tidak pulang ke kampung.
    Rinduku pada bonda Fatimah tak dapat hendak dibendung.

    Sebelum pulang...Zana terpaksa menghadiri kelas anjuran
    Etiqa Takaful. Aku terpaksa ditumpangkan di kelas Zana.

    Kerana aku cumalah menumpang di kelas Zana...mahu saja
    aku tidur kerana semalaman aku tidak tidur asyik mengarang.

    Tapi tajuk yang disampaikan oleh penceramah itu amat
    mengujakan aku.

    Aku minta dengan zana pen dan kertas untuk mencatat apa
    yang disampaikan oleh penceramah itu.

    Tajuknya mengenai 'Keajaiban Minda',  jika kita tetapkan
    pemikiran kita pada sesuatu matlamat fokus adalah penting.
    Jika kita teruskan tetapkan pemikiran kita selama
    enam puluh hari berturut-turut ianya akan menjadi amalan.

    Katanya apabila hendak mencapaikan satu matlamat
    bayangkan di minda apakah matlamat yang diinginkan itu.

    Apakah usaha yang akan dilakukan untuk menjayakan matlamat itu.
    Bayangkan matlamat itu sudah berjaya dimiliki.
    Beri tempoh berapa lama akan tercapai matlamat yang diimpikan itu.

    Bersyukur aku dapat hadir ke kelas itu. Kukatakan pada zana kalau
    ada kelas ibu hendak hadir lagi.

    Kelas tamat pada pukul 1 tengah hari. Dan kami terus bertolak
    ke kampung Port Dickson. Zana tersalah jalan. Dia merungut-rungut.
    Aku mintanya suruh bersabar. Mungkin ada hikmahnya tersalah jalan.

    Kalau tak salah jalan cuma ambil masa setengah jam tapi kerana salah
    jalan ambil masa perjalanan satu setengah jam.

    Ketika kami sampai bonda Fatimah sedang terbaring di buaiyan.
    Itulah tempat bonda berihat menunggu kepulangan anak-anak
    kesayangannya.

    "Dah sembahyang zohor ke belum? Pergi sembahyang dulu nanti kita
    pergi ke Port Dickson ....kita pergi makan angin..." kata bonda
    Fatimah pada Zana.

    "Mak wa nak beli apa kat Port Dickson."

    "Adalah...ibu engkau pun pergi sekali."

    Selepas solat kami terus ke Pekan Port Dickson. Bonda Fatimah
    menyuruh Zana menghentikan kereta di hadapan kedai emas.

    Kami bertiga masuk ke kedai emas.

    "Nak gelang ke ...atau nak rantai....?" Bonda menanyaku.
    "Tak payahlah emak...emak bukannya ada duit."
    "Ada...cubalah tengok...mana satu yang berkenan."
    "Emak dapat duit mana ni..."
    "Adalah...."
    Kerana tidak mahu menghampakan bonda Fatimah aku pun cuba
    lah ...gelang pilihannya sekadar mengambil hati.
    "Kalau tak mahu gelang ....cuba tengok rantai..."
    Aku mencuba rantai...harga boleh tahan juga....
    "Emak ....lain kalilah beli ye...tunggu Zana ada duit
    mahallah emak..."
    Bonda Fatimah menawar rantai tersebut dan dia mengeluarkan
    duitnya dari dalam talipinggang yang berikat. Bergulung-gulung
    duitnya. Tak sampai hati aku melihat dia mengeluarkan duit
    yang disimpannya. Entah berapa lama dia menyimpan aku pun tak
    tahu. Entah apa pentingnya emas baginya untuk aku....akupun tak
    tahu. Mungkin dia hendak aku kelihatan berseri dengan adanya
    emas di badan. Biasalah perempuan emas penyeri badan.

    Selepas membeli rantai ...kami pergi mencari pinggan mangkuk
    untuk bonda Fatimah. Bonda kata nak cari pinggan khas untuknya
    saja. Aku mencari pinggan yang dikehendaki bonda Fatimah.
    Syukurlah bonda suka dengan pilihan corak pinggan mangkuk
    yang kubelikan.

    Sampai di rumah...aku tanpa melengahkan masa lagi, membuat
    bubur gandum kegemaran bonda Fatimah. Katanya bubur gandum
    adalah kegemaran aruah suaminya iaitu bapaku Mohd Ali.

    Setiap kali bonda Fatimah makan dia pasti terkenangkan bapaku.
    Mungkin bubur itu pengubat rindu bonda Fatimah pada bapaku.
    Selalunya aku masak bubur gandum sedap tapi kali ini tak
    berkualiti kurang sedap. Biasalah aku bila aku menghasilkan
    sesuatu jika tidak bagus....akan aku buat yang lain.
    Esoknya kalau ada kesempatan akan kubuat yang lain untuk bonda
    Fatimah kesayanganku.

    Esoknya aku bangun dari tidur....selepas menunaikan solat Subuh
    aku mengajak Zana pergi menghirup udara segar di pantai.

    Bonda Fatimah hendak ikut dan mengajak Sari pembantu rumahnya
    pergi sekali.

    Selepas sarapan pagi kami pergi ke pantai Tanjung Tuan yang
    tidak jauh dari rumahku.

    Kami bergambar . Suasana pantai sangat cantik. Waktu pagi yang
    menyegarkan. Kukatakan pada Zana masa dia kecil di pokok
    rhu inilah dia bergambar ....sekarang pokok rhu sudah tinggi
    melangit.

    Setelah bergambar, kami bawa bonda Fatimah jalan-jalan
    di sepanjanga jalan di Telok Kemang. Yang kelakarnya masa
    leka berjalan-jalan di jalan...masuk jalan mati.

    "Ha....! Jalan mati? Kalau macam tu baliklah". Kami bertiga
    tergelak.

    Kami sampai di rumah pukul 10.30 pagi , Setelah hantar
    bonda Fatimah ke rumah....aku ke pasar bersama Zana.

    "Ibu kita pergi beli ikan di Port Dicksonlah...zana nak potong
    rambut."

    "Ok juga boleh jimat masa."

    Setelah beli ikan...zana pergi ke kedai rambut manakala aku
    tunggu di kereta. Aku ingatkan dia ambil masa setengah jam
    tapi hampir 2 jam aku menantinya. Hilang kesabaran aku dibuatnya
    tapi mahu tak mahu aku sabar ajelah. Datang seorang gadis
    menunjukkan beberapa buah buku padaku.

    Aku membeli sebuah buku bertajuk,'PERANCANGAN EKSEKUTIF ISLAM 1433-1434H
    Tahun 2012. Bersyukur aku dapat memiliki buku tersebut.

    Zana datang ketika aku sedang menelefonnya. Dia tersengih-sengih.
    Aku hendak marah pun tak jadi.

    "Ada hikmahnyakan lambat....dapat ibu memiliki buku yang amat berharga ini."

    Sampai di rumah bonda Fatimah pukul 1 tengah hari.

    "Napa lambat?" Tanya bonda Fatimah pada Zana.
    "Pergi gunting rambut mak wa..ramai pelanggannya itu yang lambat,"
    "o...patutlah...ibu engkau beli ikan apa?"
    "Ikan selangat."
    "Mak wa suka tu....ikan emak makwa suka....masa kecil ikan inilah yang
    selalu makwa makan. Suruh sari ambil pisau dan alas siang ikan...makwa
    nak siang kat sini..."
    "Sari ambil pisau dan alasnya sekali...nenek mahu siang ikan di sini."
    Sari terus keluar....nenek ...nenek tak payah potong....Sari bisa kok
    potong ikan itu...."
    "Ala....kau tak tahulah...."
    "Bisa....bisalah...."
    "Sari engkau dengar ajelah cakap bos engkau tu...jangan lawan tokey,"
    kataku.
    "Tapi kak ....kalau di sini potongnya ikan....habis semut datang..."
    "Apa susah semut datang kita halaulah....janji jangan lawan tokey....ok."
    "Iya....iyalah...saya turutin."
    "Macam tulah bagus!"

    Ikan selangat ku masak lemak, goreng dan buat sambal belacan.
    "Engkau mesti belajar buat sambal belacan Sari."
    "Ngak bisa kak..saya tak mahu ...percik di mata saya..."
    "Akak akan ajar macam mana tak percik mata ye...nanti kalau bos nak
    makan sambal belacan yang senang ini tak tahu nak bikin...macam mana ini...!
    Kita sebagai pekerja mesti puaskan hati bos....barulah berkat gaji kita...
    betul tak? Dan orang tua jangan dilawan...mesti dihormati."
    "Iya kak...orang tua seperti Quran lama dibuang tidak mesti dihormat."
    "Pandai pun engkau ...."
    "Dengan si jiran sebelah rumah macam mana? Dah ok ke?"
    "Dia ribut-ribut jumpa Sari..."
    "Apa katanya...?"
    "Engkau ni macam budak-budaklah... semuanya hendak cerita....?
    "Kalau tahunya saya macam budak-budak kenapa mahu bising-bising...
    baliklah istirehat.Kalau saya macam budak-budak ...kakak ni lagi
    macam orang tiada sekolah tau ngak? Saya malaslah nak layan...saya
    nak tidur..."

    "Pandai kau jawap ye Sari...lain kali dia tak beranilah nak menghasut
    engkau...engkau boleh bekerja dengan aman dan tetapkan matlamat engkau
    mahu kumpul wang sebanyaknya ...kata mahu bikin bisnes..."
    "Iye kak...saya mesti sabar kan..."

    "Engkau ni dari tadi dengar lagu orang tengah kecewa je...napa engkau tengah
    putus cinta ke?"

    "Iya kak....teman saya sudah bernikah....katanya dia ngak bisa tunggu
    saya lagi..."

    "Oo...patutlah engkau sedang kecewa...naik bingung aku dengar lagu Indon
    yang mendayu-dayu ni...tapi sedap juga lagu-lagunya kan..."

    "Lagu-lagu Indon memang sedap kak..."
    "Orang Indon tak minat lagu Malaysia ke?"
    "Sejujurnya saya katakan cuma Datuk Siti Nurhaliza aje yang orang Indon suka..."
    "Tak apala asalkan ada juga penyanyi Malaysia yang orang Indon minat dan suka....
    Macam mana engkau kenal dengan pakwe engkau tu Sari?"
    "Sejak dari sekolah...sampai kerja di tempat yang sama...baik sangat orangnya
    kak...penyabar....tak pernah marah. Bayangkanlah Sari pernah ludah ke dia ...
    dia masih lagi sabar."
    "Kenapa ludah...jahatnya kamu?"
    "Iyelah dia engkar."
    "Apa yang di engkarkan"
    "Janji jumpa jam sepuluh pagi datangnya jam 12.00 mana sari tak marah."
    "Sabarnya dia..."
    "Bukan itu saja pernah Sari lemparkan batu ke dahinya..hingga darah..."
    "Hi...kejamnya kamu....kamu biarkan...setega itu kamu..."
    "Itulah Sari bilang pada akak dia itu baik sangat sabar..."
    "Dah tahu baik sangat napa tak mahu kahwin saja sama dia..."
    "Tapi ngak munkinlah kak..."
    "Kenapa?"
    "Agamanya berbeda...dia china agama budha....mana mungkin keluarga Sari terima."
    "Sabarlah Sari ....Tuhan mahu gantikan yang lebih baik daripada dia."
    "Betul kata akak tu."

    Dalam borak-borak dengan Sari....lauk yang dimasak telahpun siap.
    Bonda Fatimah makan dengan begitu berselera...aku suka melihat bonda Fatimah
    makan masakanku.

    Aku selalu pesankan pada Zana...selagi orang yang kita sayang masih hidup
    hargailah kasih sayangnya kerana apabila mereka sudah tiada ...semuanya
    menjadi kenangan paling berharga dalam hidup kita.

    Karya Rha NS
    11 Januari 2012
    · · · 14 hours ago

    • Penaluka Kersani and 3 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali Duhai pejuang penaku apa pendapatmu mengenai karyaku ini ye...
        13 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Salam karya untuk Mansour, Rajendra dan nanda Windant....kalau tidak keberatan tolong beri ulasanmu terhadap karyaku ini...kerana ulasan kalian amatlah berharga bagiku untuk aku terus dan terus berkarya....apapun terima kasih diucapkan pada kalian semua.
        13 hours ago · · 3
      • Rajendra Nath Tagore II yah....semakin cerah dan penamu tampak bercahaya
        13 hours ago · · 1
      • Rajendra Nath Tagore II apa tinta yang engkau guna?
        13 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Tinta kasih sayang keranaNya...terlalu indah dalam sendu dalam syahdu aku berkarya....serasa dunia aku yang punya menyayangi segala yang ada di dunia ini menyayangi segala yang diCiptakanNya.
        13 hours ago · · 1
      • Wildant Ahmad aku tak dapat berkata-kata,tapi karya bunda rabeah sungguh ku suka!
        12 hours ago via mobile · · 1
      • Penaluka Kersani
        bagus...cuma dalam berkarya...guruku....pernah berkata...buatlah..buatlah....jangan terlalu asyik kata cerpen ..novel...kita tak sedap...jangan peduli sangat apa orang kata biarlah......tetapi jangan pula tak lansung ambil pendapat....kita adalah kita.....tetapi bagiku.....dalam arus moden...kita kena ada target....karya kita di tujukan kepada golongan mana....kanak-kanak?..remaja?..dewasa?.....bagiku.....bila kamu dah temui jawapan tu......kamu tak menoleh lagi........apa-apa pun....karya kamu memang bagus! cuma segarkanlagi........maaf sekadar pandangan..
        12 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih...terima kasih...selagi rakan-rakan seperjuangan tak jemu menyokongku...selagi  itulah aku terus dan terus berkarya...kerana sasteraku adalah duniaku.
        12 hours ago · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Sasteraku Duniaku! Sasteramu Minatku!
        12 hours ago · · 3
      • Rabeah Mohd Ali Duhai rakan-rakan seperjuanganku jikalah karyamu karyaku kusiarkan di blogku adakah kamu menyukainya ....tanda minatnya aku pada karya kalian??? Hihihi
        12 hours ago · · 2

    • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
      12 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;